“Hari ni saya hantar abang pergi sekolah ya?” Hannah mendekati Uwais yang sedang menghadap cermin.Pagi itu Uwais tidak banyak cakap.Tali lehernya pun tidak minta dipakaikan.Merajuk yang sengaja dibuatlah tu!
“Tak payahlah,sayang kan busy sekarang ni..nanti kalau sayang hantar abang pergi sekolah lambat pulak sampai pejabat kan?” Uwais membiarkan Hannah menolak tangannya yang sedari tadi cuba menyimpul tali leher tapi masih tidak menjadi.Hannah sudah berdiri di
hadapannya.Wajah itu direnung lama.Hari itu Hannah memakai baju kurung Pahang untuk ke pejabat.Cantik! tapi lagi cantik kalau Hannah memakai tudung seperti Batrisya.Mahu dia luahkan saranan itu kepada Hannah tapi dia tidak tahu ayat apakah yang terbaik untuk dicakapkan supaya Hannah tidak berkecil hati.Dia faham,bukan satu perkara yang mudah untuk mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan.
“Hmm…macam nak sindir saya aja kan?”
“Eh…ada orang yang sentap ke?” Uwais sengeh.Hannah senyum saja.Tangannya lincah mengikat tali leher Uwais.
“Pasal semalam tu,saya minta maaf.Bukan sengaja pun,kan saya dah cakap saya sibuk sekarang ni..kalau tak jawab tu,bukan saya tak nak tapi abang kena fahamlah kan…”
“Sibuk pergi shopping…”
“Abang, dah la marah tu…saya tak sukalah kalau abang merajuk..nanti muka abang ni jadi tak handsome tau..”Hannah mencuit hidung Uwais selepas membetulkan kolar baju yang dipakai suaminya itu.
“Hmm..abang tak merajuk lagi kalau sayang abang ni bagi seven kiss tiap-tiap hari,kira penalti la kan..siapa suruh tak jawab call semalam..” Uwais angkat kening.Tengok pada senyuman Uwais yang semacam itu Hannah sudah agak.Ada la bendanya tu..
“Seven kiss? Elleh…nak ambil kesempatan la tu..alasan!” Hannah mencubit kedua pipi Uwais. “Orang nak kiss bukan cubitlah..” Uwais memegang kedua tangan Hannah dan diletakkan di bahunya.
“Okeylah…nasib sayalah kan,dapat suami yang suka mengada-mengada macam ni..”Hannah lihat Uwais tersengeh nakal.
“Seven kiss yang macamana ni?” Hannah mengerut dahi.Uwais menunjukkan satu persatu tempat yang perlu diciumnya.Bermula dengan dahi,kedua mata,batang hidung,kedua pipi dan berakhir di bibirnya.
“Cepatlah!!” desak Uwais.Hannah tak tau nak cakap apa.Gatal sungguhlah anak lelaki Sarimah ni, satu kerja pulak aku kena buat macam tu tiap-tiap pagi..
Hannah tanpa berlengah melayangkan ciuman di tempat yang dimaksudkan Uwais tadi. “Dah..puas hati?” Hannah mengecilkan mata bila Uwais menggeleng.
“Lain hari tempat yang terakhir tu lama la sikit..5 minit ke” Uwais tayang senyuman nakalnya lagi.Hannah turut senyum tapi senyum ada makna tu…
“Ieeee…nak tambah lagi tak..yang ni? boleh?” Hannah mencubit pinggang Uwais.Geram pulak dengan permintaan Uwais yang macam-macam itu.
“Tak nak! tak nak! yang ni kalau boleh jangan ada langsung..”Uwais gagal mengelak.Mahu tak mahu terpaksa juga menahan cubitan Hannah itu.
“Nak minta apa-apa lagi?”
“Dah cukuplah sayang…sakit!” Uwais geleng.Hannah ketawa.Padan muka!
“Abang pergi sarapan dululah ya? Hannah nak bersiap sekejap” Hannah menarik tangan Uwais. “Kita sarapan sama-samalah sayang.Nak bersiap apanya lagi..dah cantik la,tak payahlah nak touch-up lebih-lebih..sayang abang ni dah cukup cantik pun” Uwais memeluk Hannah dari belakang tapi Hannah segera meleraikan pelukannya itu.
“abang pergi dulu ya? makan kenyang-kenyang tau..kejap aja,nanti saya datanglah..lepas tu saya hantar abang ..”Uwais sudah ditolak keluar dari bilik.Kemudian pintu bilik itu ditutup.Aku tahulah dia nak suruh aku sarapan tapi apasal pulak dah macam menghalau ni? bukan tadi dia dah bersiap ke? Uwais menggeleng.Dia segera mengatur langkah ke dapur.Tak faham aku dengan
kerenah orang perempuan ni!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Selamat Pagi Abang Long…” sapa Putera sebaik sahaja dia melihat abang iparnya itu muncul di dapur.
“Angah..jangan lupa pasal pesan Along malam tadi..”sempat dia berbisik ke telinga Mastura. “Itu kalau dia tanya,kalau dia tak tanya..kita diam ajalah..nanti tak pasal-pasal buat dosa kering” jawab Mastura perlahan.Dia dan Anis berpandangan.
“Apa hal korang berdua ni,berbisik bagai..macam ada agenda sulit aja..” tegur Uwais.Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Anis.
“Hannah mana Uwais? tak nak sarapan ke?” Sarimah menuangi air teh ke dalam cawan di hadapan Uwais.
“Biasalah mak,orang perempuan..selagi tak puas hati selagi tu nak duduk depan cermin” “Eh..mak ni pun perempuan,tak payah duduk lama depan cermin,sentiasa berpuas hati dengan kecantikan mak yang semulajadi ni..” Sarimah senyum.Uwais ketawa.
“Mak tak payah cakaplah..kalau arwah ayah ada..saya rasa,mak dah macam perempuan sihir cerita snow white tu..wahai cermin sakti..siapakah yang lebih cantik daripada Sarimah dalam dunia ni?” Uwais membuat suara ala alih suara rancangan di televisyen.Meledak tawa Putera melihat aksi Uwais itu.Begitu juga Mastura dan Anis.Sarimah mencebir.Ada ke samakan aku dengan perempuan sihir? tak layak ke aku ni jadi Snow White?
“Nanti kan mak,cermin tu jawab macam ni…Sarimah yang mana satu? ada ramai Sarimah dalam dunia ni..Sarimah pelakon? pengacara?penyanyi?” Uwais mengekek ketawa.Suka betul dapat mengusik maknya pagi itu.
“Kau jangan nak buat lawak pepagi macam ni,nanti air teh ni mak tak tuang dalam cawan dah,mak terus tuang dalam mulut kau tu aja..nak?”
“Uishh..mak ni ganas lah..”
“Maunya tak,kalau kau nak puji mak ni takpelah jugak…menghabiskan masa aku aja melayan kau”
“Mak,Abang Fawaz tak bangun lagi ke mak? tanya Uwais.Baru dia perasan Fawaz tiada di meja makan.
“Itulah kau,tak tahu perkembangan semasa..aku jugak yang kena cerita..” “Ce cite..ce cite..”Uwais sengeh.Putera makin galak ketawa.
“Kau cakap macam tu lagi,aku jadikan kau betul-betul macam Si Husin tu..hangin betul
akulah..tengah serius ni tahu ?” marah Sarimah.Putra yang ketawa disumbat mulutnya dengan roti.Rasakan…suka sangat dia!
“Yelah…ce ci…err..teruskan mak..teruskan…”Uwais terpaksa buat muka serius.Sarimah duduk di sebelah Putera yang berusaha mengunyah roti yang disumbat.
“Makan sampai habis roti tu…bukan main lagi ketawa kau ya?” “Padan muka!” Mastura sempat mengusik Putera.
“Apa cerita mak dengan abang Fawaz tu? tebiat apa lagi yang dia dah buat kali ni..” Uwais bertanya.
“Dia pagi ni pergi solat di surau kampung kita ni..hai, sejak akhir-akhir ni rajin betul dia ke surau tu”
“Hmmm…rajin ada makna tu mak! nak bodek Pak Cik Safuan la tu mak..kalau dah rajin sangat,suruh aja dia bersihkan satu surau tu..”
“Ini bukan soal nak membodek..ini soal Fawaz tu dah betul tergilakan Batrisya tu..” “Hah?? Abang Fawaz sukakan Cikgu Sya?” Mastura dan Anis bertanya serentak.
“Aik? kaki gossip macam Angah ni tak tahu lagi ke? “Putera sempat membalas usikan Mastura padanya tadi.
“Kau diamlah! betul ke mak cik?”Tanya Mastura. “Iya…”
“Sejak bila? Abang Fawaz tu baru seminggu kat sini..” Mastura rasa pelik.Jatuh cinta apa dalam masa tak sampai seminggu..dasyat tu!
“Cinta kalau nak datang tak kenal masa Mastura oi…Cinta pandang pertama katanya..”Balas Sarimah.Dia terpandangkan Anis yang menutup mulut kerana menguap.
“Anis? mengantuk ke? jangan tidur dalam kelas pulak nanti..itulah,malam tadi mak suruh tidur awal kau masih nak membaca jugak” Tegur Sarimah.Bimbang juga kalau Anis tidur dalam kelas nanti.
“Kan malam tadi black out? kenapa tak tidur aja?” tanya Uwais.Putera sedikit tersedak dan segera mencapai minumannya.
“Black out apanya? setahu mak ada aja elektrik malam tadi..”
“Mana ada mak cik..kan mak cik tidur awal?” Putera menyampuk.Habislah kalau abang iparnya tahu yang semua tu konspirasi semata-mata.
“Malam tadi abang ada call hanset korang bertiga tapi tak berjawab.Ingatkan semua dah
tidur..mana satu betul ni,ada ke takde elektrik malam tadi?” Uwais rasa seperti ada yang tak kena pula bila melihat Putera seperti menggelabah.Hannah beriya sangat malam tadi,siap menjerit dan menangis.Mahunya dia tak cuak? bukan dia tak tahu yang pujaan hatinya itu takutkan suasana gelap gelita.Bergegas dia pulang ke rumah.
“Anis,kau dah siap makan kan? jomlah kita pergi..abang Din mesti dah tunggu..”Mastura sudah mahu bangun.Baik selamatkan diri!
“Nanti dulu,awal lagi ni..jawab dulu soalan Abang ni,kalau ada elektrik,kenapa korang bertiga tak study kat ruang tamu malam tadi? kalau takde elektrik pulak..macamana Anis boleh study dalam bilik? takkan pakai lilin atau pelita pulak? luar biasa sangat rajinnya tu..”
“Emm..macam ni,emmm..hah,mula-mula black out..kitorang masuk bilik..then,ada balik elektrik tu..Anis pun study semula la kut..tapi Mastura dah tidur Abang Long..” jawab Mastura tapi suaranya seperti tidak meyakinkan.
“Betul Anis?” tanya Uwais.Wajahnya serius.Anis sekadar angguk tapi sememangnya Anis tidak pandai menipu bila matanya terkebil-kebil dan seperti ketakutan.
“Mak Awa…malam tadi betul ke takde elektrik?” dia bertanya pula pada Mak Awa yang sedang membersihkan dapur.
“Eh,setahu Mak Awa okey aja..malam tadi Mak Awa tidur lambat..mengaji sekejap..dalam pukul 12 baru tidur..rasanya,bilik pun tak panas malam tadi,penghawa dingin berfungsi aja..masa bila pula takde elektrik?” terang Mak Awa.
“Korang bertiga tipu abang kan?” Tanya Uwais.
“Taklah Abang Long…”Putera geleng.Anis dan Mastura senyap sahaja.Uwais yakin,Hannah yang merancang semua tu malam tadi.Pandai betul dia berlakon…siaplah!
“Yang kau marah sangat ni kenapa Uwais? pasal elektrik pun kau nak kecoh ke?” tanya Sarimah bila air muka Uwais seperti menahan marah.
“Ni,budak bertiga ni mak..dah pandai menipu,takde lain…adalah mastermindnya tu..” Uwais segera bangun.
“Mastermind apa bendanya? Tak fahamlah mak..dah nak ke mana tu,makan pun tak lagi“ “Jumpa menantu kesayangan mak tu lah..korang bertiga jangan ingat terlepas ya? dah..pergi sekolah cepat!” arah Uwais.Terkocoh-kocoh Putera bangun dari kerusi.Alamak! melayanglah 50 ringgit jawabnya! dah kantoi! patutnya Along berpakat dengan Mak Cik Sari dan Mak Awa sekali.. kurang-kurang bagilah 100 sorang ke..kan dah pecah rahsia!
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Sayang!! buka pintu ni…”Uwais cekak pinggang.Apa yang lama sangat dalam bilik ni? tak siap lagi ke? dah tu,dikunci pulak dari dalam! ni yang buat aku nak marah ni.Tak kira,mesti kena marah jugak…ada ke aku ni ditipunya? Arghhh!! kalau dia senyum secantik bidadari pun aku takkan termakan godaan..siaplah dia,suka hati aja dia kenakan aku!
“Hannah! bukalah pintu ni,abang nak masuk ni sayang…”Uwais mengetuk-ngetuk pintu.Geram betul aku,menipu satu hal..pandai pulak dia berlakon tu..tak rasa bersalah langsung! memang nak kena ni..pantang betul aku kalau kena tipu,nasib baiklah bukan anak murid aku..kalau tak, dah lama aku rotan!
Pintu dibuka.Uwais menarik nafas.Bersedia untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya! “Abang ni kenapa? ketuk pintu macam nak roboh aja..” Hannah muncul dihadapnnya.
ZUP!!! Uwais rasa jantungnya tersentap.Subhannallah!!! isteri aku ke ni? dia mengintai ke dalam bilik.Lagaknya seperti mencari-cari sesuatu.
“Abang cari siapa?” Hannah mengerut dahi.
“Awak ni siapa? Hannah mana?” tanya Uwais.Wajahnya serius sahaja.Hannah ketawa lalu memukul lengannya.Soalan tak berapa nak cerdik!
“Menyampah tau tanya macam tu..”Hannah mengerling Uwais yang masih tak berkelip memandangnya.Betul apa… yang ini,memanglah rupanya sebiji isteri aku tapi…. “Ini isteri abang ke? Hannah Maryam ke?” Tanya Uwais.Mahunya dia tak berkelip
memandang.Mahunya dia tak terus bertanya.Di depannya ini wanita yang bertudung, sudahlah cantik bertudung..berbaju kurung..bila dia senyum..Subhanallah!!..kalau mati pun dia tak menyesal! terbang semua rasa geram dan tak puas hati.Ai! rasa nak melompat pun ada! “Abang ada isteri lain lagi ke? sayalah ni,Hannah Maryam..dah tak kenal isteri sendiri lagi dah?” Hannah mengusap pipi Uwais.Sengaja ke tidak agaknya bertanya macam tu? lain sangat ke aku bila pakai tudung?
“Cantik…tapi,sayang tak cakap pun dengan abang nak pakai tudung?” “Kenapa? mesti kena minta izin dulu ke?”
“Eh..tak..benda baik macam ni,tak payahlah minta izin abang..Abang suka sangat..Terima Kasih”Uwais senyum.Isteri aku dah pakai tudung? Alhamdulillah..
“Sebab apa abang cakap terima kasih?” Hannah mengerut dahi.Tak faham!
“Sebab dah ringankan beban abang kat akhirat nanti..” Senyum Uwais makin lebar.Masih tak puas memandang isterinya itu.Alahai…. sabar Uwais,jangan kau pengsan kat sini pulak! bukan tadi aku nak marah dia ke? tak sampai hatilah pulak!
“tadi abang beriya sangat ketuk pintu kenapa? macam nak marah aja..saya lama sangat ya? bukan senang jugak nak pakai tudung ni..nak pulak,saya yang tak biasa ni..itupun Sya yang ajarkan..” Cerita Hannah.
“Eh..tak..bila pulak abang nak marah.Abang pelik aja,biasa sayang tak kunci pintu pun..ada kejutan rupanya..”
“Ingatkan abang nak marah tadi” Hannah senyum.Uwais cepat-cepat menggeleng.
“Takdelah,mana ada…”Uwais menafikan.Memang aku nak marah pun tadi tapi dah tak jadi dah… lupakan ajalah pasal elektrik tu! abang dah maafkan sayang pun! Alahai sayang abang…
cantiknya! janganlah ada lelaki lain yang jatuh hati dengan isteri aku ni! Tak mau..tak mau..tak mau..
“Jomlah hantar abang pergi sekolah” begitu teruja sekali Uwais.Dia menarik tangan Hannah. “Eh!! sabarlah dulu..Saya belum sarapanlah…” Hannah ketawa.Apa kena dengan suami aku ni? “Haah..lupalah pulak..”Uwais menepuk dahi.Ish…macamana boleh lupa pulak ni!