“Hanny..janganlah sedih lagi..nanti abang Fawaz belikan ikan lain ya? yang lagi cantik..yang lagi mahal..” Fawaz merenung wajah sedih Hannah.Uwais pula baru selesai menanam bangkai ikan yang sudah “arwah” itu.Dibawa pulang untuk dibuktikan pada Hannah.Kalau dia beritahu saja yang ikan itu sudah mati tentu Hannah tak percaya pula.
“Hanny tak nak ikan lain..” jawab Hannah.Dia berlalu pergi dan masuk ke dalam rumah.Tanpa menegur mak mertuanya yang berada di ruang tamu Hannah terus saja masuk ke bilik. Sarimah yang sedang menonton TV hanya memandang simpati.Hmmm…kesian menantu aku,dah mati pulak ikan kesayangannya tu..perlu ke aku ajak dia karaoke? manalah tahu,boleh hilang sedihnya tu..
“ini semua abang Fawaz punya pasal!” marah Uwais.Ketika itu dia dan Fawaz sudah berada di beranda rumah.
“Kenapa aku pulak? bukan aku yang bunuh ikan tu!”
“Kalau abang Fawaz tak sibuk-sibuk buka mulut masa kita sampai tadi,takdelah Hannah terkejut macam ni..kan dia dah sedih sangat tu..” Geram betul Uwais.Dia bercadang untuk beritahu Hannah dengan caranya sendiri tapi abang Fawaz yang memang suka menyibuk itu awal-awal lagi sudah memberitahu Hannah sebaik saja turun dari motosikal.Mahunya Hannah tak terkejut? elok-elok senyum sambut dia balik terus bertukar mendung kerana diberitahu ikannya
mati.Langsung dia tak berpeluang nak slow talk..nak aja aku tanam abang Fawaz ni sekali dengan ikan tu!
“Hanny sayang sangat ikan kecil tu kenapa? mahal sangat ke ikan tu?kau cakap dengan aku dari mana dia beli ikan tu? aku belikan nanti..yang sama..serupa macam tu..” Fawaz mula tunjuk lagaknya.
“Abang Fawaz memang tak habis lagi nak tunjuk lagak? Hannah sayang ikan tu bukan sebab ikan tu mahal..tapi sebab saya yang hadiahkan..saya yang tangkap sendiri ikan tu..nak tunjuk kasih sayang pada seseorang kita tak perlukan wang ringgit..yang kita perlu ada cuma hati! Uwais terus mendaki anak tangga.
“Setakat ikan macam tu.. seratus ekor pun aku boleh hadiahkan pada Hanny..Aku pun boleh tangkap sendiri”
Uwais berpaling.Panas betul hatinya dengan perangai berlagak sombong lelaki itu.
“Baik!! kalau macam tu.. kita tengok esok, saya cabar abang Fawaz dapatkan ikan laga tu di tali air sana..tak payah seratus..seekor pun cukup..” Uwais mencabar.Takpe..kau berlagak sangat kan? aku nak tengok kau berkubang dalam tali air tu..
“Okey!!..aku jamin..aku boleh dapat lebih daripada tu..” Fawaz mendaki anak tangga,dia sengaja melanggar bahu Uwais hinggakan Uwais hampir terjatuh kalau tak kerana Uwais memegang ambal pintu.Sabar ajalah!!
“Mak cik..Hanny mana?” tanya Fawaz.
“Dalam bilik dialah..yang kau sibuk mencari menantu aku kenapa?” tanya Sarimah.Fawaz sengeh dan duduk di kerusi.
“Err..saja tanya..emmm..mak cik, saya laparlah..”
“iya tak iya..mak cik pun terlupa nak ajak kau makan..tadi Hannah dah hidangkan,dia pun belum makan tu..tunggu Uwais katanya..hah,Uwais…ajaklah Fawaz ni makan..” arah Sarimah pada Uwais yang baru nak masuk ke biliknya.
“Suruhlah dia makan sendiri mak..dia ada tangan dengan kaki..pergi ajalah ke dapur tu,saya nak pujuk Hannah ni..”Uwais memulas tombol pintu dan masuk ke biliknya.
“Betul jugak, kau pergi ajalah makan sendiri..Mak Cik pun tengah syok tengok TV ni..alah,kau tak payah malu-malulah..buat macam rumah sendiri aja..”
“Takkan saya nak makan sorang mak cik..” “Dah tu,kau nak aku temankan? “
“Iyalah..takkan mak cik sampai hati nak biar tetamu makan sorang-sorang..” “Ewah..kau pun boleh tahan mengada ya?’
kalau nak minta dengan Uwais tu mesti dia tak bagi punya… +++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang…ikan comel tu dah mati…” Hannah memaut lengan Uwais yang baru duduk di birai katil.Disandarkan kepalanya pada bahu Uwais.Perlahan jemarinya menyeka airmata.Uwais rasa luluh hatinya kerana pertama kali dia lihat Hannah menangis di hadapannya.
“Nak buat macamana,dalam dunia ni takde benda yang kekal pun..” pujuk Uwais.Dah la aku ni tak pandai nak pujuk sangat pun..
“Memanglah..tapi saya sayang ikan tu,kan ikan tu hadiah pertama abang?”
“Okeylah..nanti abang bagi hadiah lain pulak tapi tunggu hari lahir sayanglah..”Usik Uwais.Namun Hannah masih berwajah mendung.
“Tak nak…ikan tu cantik..comel sangat! saya suka ikan tu..kalau tengok ikan tu,saya selalu ingat kat abang tau..”
“Iya? abang ni comel macam ikan tu la ya?” Uwais mengekek ketawa.Ada ke samakan aku dengan ikan tu? emmm..bolehlah!
“Abang ni…orang tengah sedih ni tau”
“Sorry..sorry..sorry…sayang janganlah sedih lagi,esok kita pergi cari ikan tu lagi nak?”
“Hah? betul ke bang? emm..boleh dapat lagi ke? abang kata susah nak dapat..” Hannah rasa tak sabar pula.Dia memang suka pergi ke tali air tu..rindu pulak nak pergi sana..
“InsyaAllah..kenalah usaha,lagipun abang ni otai penangguk ikan laga..” Uwais tepuk dada. “Iyalah tu… “ Hannah tarik hidung mancung Uwais.Dia tersenyum,wajahnya tidak mendung lagi. “Senyumlah selalu macam tu…isteri abang kan lagi cantik kalau senyum..” puji Uwais.Hannah terus ukir senyum.Alahai..cantiknya ! berdegup kencang jantung Uwais.
“Abang belum makan kan? “ tanya Hannah.Memang waktu Uwais balik tadi dia nak ajak Uwais makan tapi tiba-tiba Abang Fawaz beritahu yang ikan peliharaannya dah mati..maunya dia tak sentap! ikan laga tu hadiah pujaan hati aku..
“Belum..lapar ni,sayang masak apa?” Uwais pegang perut.
“Tadi mak ajar saya masak gulai telur itik..” cerita Hannah teruja.Walaupun dia tak pernah makan gulai itu dan memang bukan makanan pilihannya tapi mak mertuanya beritahu itu antara
kegemaran Uwais.Sayang punya pasal..apa pun dia sanggup buat! “Iya? pandai ke sayang pecahkan telur itik tu?”
“Pandailah..kalau tak percaya,jom kita pergi makan…” Hannah tak sabar pula nak tunjuk hasil dari air tangannya yang kedua.
“Abang nak kena komen lagilah ni..” “Iyalah…kalau tak sedap jangan tipu tau..”
“Tak..abang tahu,mesti sedap punya..tengoklah siapa gurunya..Mak Cik Sarimah tu,serba boleh..terbaik tu”
“hah, tadi kan mak cerita pasal kisah cinta dia dengan arwah ayah..” Hannah tambah kelihatan ceria.Lega hati Uwais.Eloklah kalau dia lupa dulu pasal ikan tu..
“Dengan sayang pun dia cerita? hmmm..mak..mak.. tu tak lain cerita pasal surat cinta dialah tu..” “Abang pun tau?”
“Maunya tak? mak tu..tiap-tiap malam baca surat arwah ayah tu..” Uwais mengelus rambut Hannah yang terjuntai di dahi.
“Kalau macam tu,saya pun nak abang tulis surat cinta macam arwah ayah jugaklah..nanti kalau abang dah takde,bolehlah say abaca surat tu..macam mak buat sekarang..”Hannah
ketawa.Sengaja mengusik..dia seakan menulis di telapak tangan Uwais dengan jari telunjuknya. “Sampai hati minta abang mati cepat..”
“Eh..taklah..tak nak cakap macam tu..saya sayang abang sangat-sangat…” Hidung Uwais dicuit. “Apa dia? tak dengar” Uwais sengeh.Sengaja nak suruh Hannah ulang.Bukan senang nak dengar kan..
“malaslah nak cakap banyak kali..jomlah pergi makan,kata lapar” Hannah menarik hujung lengan baju Melayunya.
“Tak nak..abang nak dengar lagi apa sayang cakap tadi” Uwais geleng.Dia berbaring di atas katil.Hannah kerut dahi.Orang ajak makanlah! bukan ajak tidur!
Uwais sudah pejam mata.Kalau dibiarkan nanti tertidur betul pulak.
“Saya sayangkan Uwais Ukasyah..saaayaaangg sangat-sangat, puas hati?” bisik Hannah di telinga Uwaisl
“Alamak..rasa kenyanglah pulak..banyak sangat sayangnya tu” Uwais ketawa nakal.Hannah bangun dan terus menarik tangannya supaya segera bangun.
“Cepatlah….” rengek Hannah manja.Uwais segera bangun.
“Abang pun sayangkan Hannah Maryam jugak…saayaaanng sangat-sangat” luahnya pada Hannah yang turut tersenyum. Suka!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Apa? tidur sini?” Uwais terkejut bila maknya memberitahu Fawaz akan tidur di rumahnya malam nanti.Patutlah lepas makan tadi tak reti-reti nak balik! memang tension betul aku dengan abang Fawaz ni..
“Biarlah..sian Fawaz ni,dia cakap dia tak pernah rasa suasana kampung..” Mak Cik Sarimah duduk di kerusi.Uwais pula melihat Fawaz dan Hannah yang sedang berbual di dapur.Sibuk aja nak tolong isteri aku basuh pinggan..ieee…kalau tak sebab Hannah suruh aku rehat aja,nak aja aku halau abang Fawaz tu dari dapur.
“Macamana masakan Hannah tadi? kau ada nak komplen apa-apa?” “Takde mak..memang superb!”
“Tahupun kau..lepas ni kalau kau komplen lagi apa dia masak..maknenye kau menghina mak” “Yelah..yelah… orang tak komplen lagi dah..tak sangguplah mak nak kena tinggal lama-lama..Hannah tu kuat merajuk mak” bicara Uwais perlahan.
“Padanlah dengan muka kau tu, suka sangat menyakat dia..siapa suruh..dah lah, mak teringin nak nyanyilah..kau pasang set karaoke tu..”
“Alah mak ni, saya dah bosanlah mak berduet dengan mak..mak nyanyi sorang-sorang ya? saya mengantuklah mak..”
“Ewah..kau jangan nak jadi macam ular sawa ya? lepas makan nak tidur,pantang aku tau tak?” Uwais tayang muncung.
“Dah,jangan nak buat muka..cepatlah! mak nak nyanyi lagu “Bulan dipagar Bintang” “Adoilah..apa kata mak ajak Fawaz aja nyanyi dengan mak..”
“Budak bandar tu? kau ingat dia tahu lagu ni semua ? Gulai telur itik tadi pun dia nak makan mak tengok muka dia pucat semacam aja..Hannah pun sama,dia yang masak tapi makan sayur goreng aja? pelik betul!”
“Mak..diorang tu spesis yang sama mak..tapi mak jangan bimbang,tak lama lagi Hannah tu saya transformasikan dia..bukan setakat telur itik mak..gulai ikan patin yang dia tak suka sangat tu,tengoklah..jadi makanan kegemaran tu nanti..Uwais senyum penuh makna.Mak tak tahu…anak mak ni dulu pun dia benci sangat mak tapi sekarang kalau tanya..panjang sangat sayangnya!
“Kau tersengeh apa lagi tu? Ya Allah! isteri kau ada kat dapur tu pun kau boleh angau lagi?” “Iyalah mak..orang nak pasanglah ni..mak ni, teruja pulak dia!”
“Kau jangan banyak cakap, mak dah lama tak nyanyi ni..sejak kau pindah mana ada mak karaoke lagi dah”
“Satu dua lagu aja tau mak..nanti roboh pulak rumah ni” Uwais masih mahu mengusik.
“Kau kalau tak dengki dengan suara sedap mak tak boleh ke?” Sarimah menepuk peha Uwais. Uwais ketawa besar.Bila masa pulak aku dengki…mak..mak..
“Mak Anis tak balik lagi? tanya Uwais setelah selesai memasang set karaoke pada TV. “Tak ..katanya tidur sana..tadi dia telefon mak”
“Pulak? eloklah..yang dalam rumah ni pergi tidur rumah Tuk Ayah..yang dari sana pulak datang nak tidur sini?” Uwais menggeleng.Mengenangkan Fawaz buat dia rasa bengang.Sekali lagi dia menjenguk ke dapur.Entah apalah yang rancak sangat dibualkan Hannah dengan Abang Fawaz.Tapi takpelah..daripada dia sedih pasal ikan tu,lebih elok kalau bersembang dengan Abang Fawaz tu….lagipun, Hannah sayangkan aku..dah takde makna aku nak cemburukan Abang Fawaz Cuma meluat aja dengan perangai dia tu!