• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 20 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 52-55)

“Dah pukul berapa ya?” Uwais meraih pergelangan tangan Hannah.Dia melihat jam tangan Rolex yang dipakai Hannah sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Ketika itu mereka berdua sudah sampai di depan rumah.Entah kenapa Uwais rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Seperti ada kerja yang dia lupa nak buat..

“10.30? alamak..saya sepatutnya ambil Anis kat sekolah ni…malam tadi dia mesej bas sekolah sampai dari KL pukul 10.00 pagi…” Uwais baru teringat.Adoilah…dating dengan Hannah punya pasal kan aku dah terlupakan Anis…mesti dia dah lama tunggu.Handset dah la tak bawa tadi.. “Macamana awak boleh lupa ni? kasihan kat Anis,kalau saya memang tak suka kalau orang buat saya tunggu..nak pulak yang tak menepati waktu..” sempat pulak dia kena bebel dengan

Hannah.Baru saja Uwais nak melangkah masuk ke dalam rumah,sebuah kereta Myvi putih muncul dan berhenti berhampiran pokok jambu di halaman rumah.

“Siapa tu awak?” Tanya Hannah.

“Itu macam kereta Batrisya…” jawab Uwais.Dia melihat Anis keluar dari perut kereta bersama 2 orang lagi perempuan dan seorang remaja lelaki.

“Itu kan Anis..dan adik-adik awak?” Uwais segera mendapatkan mereka.Hannah meletakkan botol kaca yang dibawanya tadi di atas pangkin.

“Assalamualaikum…” Anis memberi salam.Dia berjalan beriringan dengan Cikgu Batrisya.Sementara Mastura dan Baihaqi mendapatkan kakak mereka..

“Waalaikumussalam…” jawab Uwais.

“Abang…kenapa tak datang ambil Anis..Kawan lain semua dah balik,nasib baik ada Mastura dengan Putera temankan…dan kebetulan pulak Cikgu Batrisya ada kelas tambahan kat sekolah tadi..”

“Abang terlupa…terima kasih ya Sya…menyusahkan Sya aja kena hantar diorang ni balik..” Uwais lega bila adik-adiknya itu selamat sampai di rumah.

“Perkara kecil aja..lagipun rumah Sya dengan rumah abang ni sebelah menyebelah ..bukan Sya kena pergi ke tempat lain pun..” Cikgu Batrisya membalas senyuman Uwais.

“Haah Abang Long…penat tau kitorang tunggu..nasib baik Cikgu ajak kitorang tumpang..”sampuk Putera.

“Kenapa korang berdua tunggu Abang Uwais jugak? takkan Abang Din tak datang ambil, eh…apsal korang berdua pergi KL tak cakap kat Along? Hannah bertanya kerana dia langsung tidak tahu kedua adiknya itu turut mengikuti program motivasi yang disertai Anis.Sesekali matanya mengerling Cikgu Batrisya yang berdiri berhampiran Uwais.Cikgu ni dah hantar adik-adik aku balik tak reti-reti nak balik rumah sendiri pulak ke? takkan nak melekat kat sini pulak kut…siap berbalas senyum dengan suami aku pulak..

“Alah…relekslah Along,Tuk Ayah dah bagi kebenaran…kitorang pergilah..sepatutnya memang abang Din ambil kitorang tapi Anis cakap abang Long nak datang ambil,lagipun elok jugak kitorang datang sini..dapat jumpa Along..nak harapkan Along balik rumah Tuk Ayah?

hmmm…sebulan sekali..”jawab Putera.Dia duduk di pangkin tapi matanya terpandang pula botol kaca berisi ikan laga di situ.Mahu diambilnya tapi spontan ditepis oleh Hannah.Terlongo sekejap Putera..sejak bila pulak Along ni suka bela ikan? bukan dia geli dengan benda hanyir ke? “Mana dapat ikan ni Along ?..comellah..” tanya Putera.

“Cantik!” Mastura turut memerhatikan ikan laga itu.

“Iyalah…ekor warna ungu ni susah nak dapat…” Anis mengambil botol itu dan

dibeleknya.Kemudian ditunjukkan pada Cikgu Batrisya.Hannah hanya memerhati.Suka hati aja tayang ikan aku tu kat Cikgu yang tak reti nak balik rumah ni erk?

“Ini mesti abang Uwais yang tangguk kat belakang rumah kan? hmmm…berkubang dalam tali air macam zaman sekolah dulu ya?” Cikgu Batrisya meneka.

“Haah..tadi abang bawa Hannah pergi sana..” Uwais angguk kemudian duduk di sebelah Putera. “Sya ingat lagi,dulu masa zaman sekolah abang dengan abang Hafiz suka sangat pergi

sana..dah tu,dapat ikan laga yang cantik-cantik pulak tu..sayangnya ikan laga yang abang pernah hadiah kat Sya dulu tu dah mati…comel sangat ikan tu..warna biru ekor merah..” Cikgu Batrisya

mula bercerita.

“Sya ingat lagi? dah lama tu…abang pun dah lupa” Uwais ketawa.Memang dia berkawan rapat dengan Hafiz,abang kepada Batrisya..sebab itu kemana mereka berdua pergi..Batrisya pun mesti ikut sekali. Uwais langsung tak perasan yang Hannah sebenarnya panas hati dengan cerita itu. Oh…maknanya,aku ni orang yang kedualah dapat hadiah ikan ni? huh! rupanya..dia dah pernah dating dengan Cikgu ni kat tali air tu masa zaman sekolah dulu? Hannah rasa menyampah pulak tengok Cikgu itu.Walaupun memang tiada tanda-tanda menggoda Uwais mahupun tergedik-gedik tapi dia memang tak boleh terima cara tutur kata Batrisya yang terlalu lemah lembut itu…siap panggil abang lagi tu…yang Si Penjual Burger ni pun satu,bukan main lagi melayan…marahnya pada Uwais pula.Apa tidaknya,sebaik sahaja nampak guru muda itu,mata Uwais hanya tertumpu pada guru itu sahaja.Dia yang tercangak kat sebelah langsung tak dipedulikan! Cantik sangat ke cikgu ni?

“Mestilah ingat….” lembut sahaja suara Cikgu Batrisya.Makin meluat Hannah mendengarnya... “Oh ya, sebenarnya kan Sya memang nak jumpa dengan abang..ada sesuatu yang Sya nak beri pada abang…alah, dalam keretalah pulak..jom,Sya tunjukkan..” gamit Cikgu Batrisya.Tanpa berlengah Uwais bangun dan mengekori cikgu itu.Ewah…macam lembu kena cucuk hidung! dah tak ingat isteri dia kat sini? inilah lelaki..pantang ada perempuan cantik! cantik ke? huh, aku lagi cantik…setakat cikgu kampung macam ni, see my facelah! terpaksa menyedapkan rasa cemburu di hati..namun begitu..Hannah tetap sebal sebab dia akui Cikgu Batrisya yang berbaju kurung dan bertudung itu punya daya tarikannya sendiri..kalau tak! takkanlah Uwais pun tak berkelip pandang kat dia? Bilalah cikgu ni nak balik…kang tak pasal-pasal aku hilang pedoman kat sini..macam dah takde lelaki lain, penjual burger ni jugak yang kau pilih..suami aku pulak tu! tak boleh jadi

ni…apsal dia tak cari aja penjual burger lain..kan ramai kat sekitar kawasan Kuantan ni? tahulah suami aku tu handsome!

“Baik kan cikgu Sya tu? dah tu lemah lembut..sopan santun…kalau kita ada abang,bolehlah kita suruh cikgu tu jadi kakak ipar kita kan Putera?” Mastura meluahkan rasa terkilannya.Memang dia sukakan tingkah laku Cikgu Batrisya,lagipun di sekolah..memang Cikgu itu selalu dapat pujian pelajar-pelajarnya..bukan sahaja prihatin tapi sangat penyabar orangnya.

“Memang pun,kalau Anis ada lagi sorang abang,dah lama suruh pinang aja Cikgu Sya tu…” sampuk Anis pula.Berdesing telinga Hannah mendengar keinginan yang datang dari dua orang adiknya itu.Sudahlah dia sakit mata memandang Uwais yang sedang berbual dengan Cikgu Batrisya di sisi kereta cikgu itu.Entah apa yang dibualkan sampai jauh macam tu,siap bergelak ketawa…benda apa yang beriya sangat cikgu tu nak bagi kat Uwais? sungguh dia tak suka situasi yang dilihatnya..entah-entah diorang ni bercinta sebelum Uwais ambil dia jadi isteri..manalah tahu? kalau tak takkan asyik menempel aja kat rumah mak mertuanya ni.. “Ek elleh…apa susah..tak payah nak ada dua tiga orang abang..tu hah! abang Long kan ada…suruh ajalah dia ambil Cikgu jadi isteri nombor dua..tak dapat jadi kakak ipar..jadi madu kakak kita pun okey apa…” Putera ketawa galak. Niatnya sekadar nak melawak tapi salah timinglah pulak.Dengar saja usul tak bernas Putera itu spontan Hannah menarik telinga kiri Putera.

“Apa putera cakap tadi? ulang sekali lagi?”

“Hah,padan muka…pulas lagi Along..suka-suka aja nak suruh Abang Long kahwin lagi..ingat kita kaum perempuan ni suka dimadu? Mastura tumpang sekali memulas telingan sebelah kanan. “Adeh…sakitlah! orang gurau aja…”

Anis menutup mulut menahan tawa melihat Putera yang kena buli dengan dua kakaknya. “Rasakan….” Hannah melepaskan telinga Putera yang sudah merah.

“Padan muka…” Mastura turut melepaskan telinga Putera.

“Sakitlah…cakap kat Abang Long! Along ni garang macam harimau” ugut Putera.

“Cakaplah! dengan telinga dia sekali Along pulas…” Hannah mencubit pipi Putera yang mencuka. “Apahal ni?”

Hannah kaget bila Uwais tiba-tiba ada di sebelahnya.Dia lihat kereta Myvi sudah pun dipandu keluar dari halaman rumah.Elok pun dah balik…buat sakit mata aku aja ada kat sini…

“Abang Long..tengoklah Along dengan Angah ni..diorang pulas telinga Putera sampai merah macam ni..” adu Putera.Uwais terkejut melihat kedua telinga Putera memerah.

“Alah..orang gurau aja..Along tu yang marah sangat…Putera cuma cakap nak suruh Abang Long ambil …mmm….mmmm…” Belum pun sempat Putera menghabiskan aduannya,Hannah sudah terlebih dahulu menutup mulut adiknya itu dengan tangannya.

“ambil apa? apasal awak tutup mulut dia?”Uwais rasa pelik.Hannah tak tahu nak bagi alasan apa.Tak rela kalau Uwais tahu yang dia marah sebab cemburukan cikgu Batrisya tadi.

“Ambil buah mempelam..dia nak suruh abang ambil buah mempelam ni hah..tapi Hannah tak nak menyusahkan abang sebab tu kitorang pulas telinga dia..err..sebab dia mengada-ada aja..bukan dia nak makan sangat pun…kan Mastura?” Alahai.. alasan aku ni macam tak kena aja?

whateverlah…janji dia tak tahu sebabnya..

“Haah…tak percaya tanya Anis…kan Anis?” Mastura pula mengharapkan pengakuan Anis. Anis sekadar angguk.Uwais kerut dahi.Pasal tu pun Putera kena pulas telinga?apa yang susah sangat? jolok ajalah buah mempelam ni… macam tak patutlah pulak!

“Sya bagi apa kat awak?” tanya Hannah.Ketika itu adik-adiknya sudah dibawa Anis masuk ke dalam rumah.Uwais pula sedang menjolok buah mempelam.Alahai…tak pasal-pasal dia jolok juga buah ni…

“Takde apa…”jawab Uwais acuh tak acuh.Hannah tak puas hati.Takkan takde apa-apa..rasanya dia memang nampak seperti ada sesuatu yang diberikan Batrisya pada Uwais tadi.Sesuatu seperti sampul surat.Mana dia sorok ya? entah-entah surat cinta tak? dia mula curiga…apa hubungan Uwais dengan Batrisya sebenarnya?

Suami yang Kubenci 21

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 52-55)

Garis besar

Dokumen terkait