Wajah tampan itu direnung lama.Hanya dalam jarak sejengkal sahaja.Hannah menyentuh dahi Uwais yang masih lena dengan hujung jari telunjuknya,merayap hingga ke batang hidung Uwais yang mancung terletak.Hannah senyum bila Uwais langsung tak sedar. Lenanya dia tidur? Hannah mencapai alat kawalan lampu meja tepi katil.Dia meningkatkan lagi kecerahan lampu,Hmmm..barulah boleh nampak jelas muka suami aku ni..
Mengingatkan apa yang berlaku malam tadi buat dia rasa tersipu malu.Tanpa paksaan dia menjadikan dirinya bidadari buat Uwais di syurga,dan pujaan hati Uwais di dunia nyata mereka.Kali pertama dia rasa hatinya tenang untuk disentuh seorang lelaki. Dan saat dia membuka kelopak matanya pagi ini, dia tidak merasa menyesal untuk mengakui,kini dia mahu menjadi isteri Uwais dalam erti kata sebenar.Bukan lakonan mahupun untuk menjaga
kepentingan peribadinya.
Hannah merapatkan wajahnya ke telinga Uwais.
“I love You….” ungkapnya.Namun Uwais tidak mendengar ungkapan itu,biarlah.. susah untuk dia mengaku berdepan..namun lebih susah untuk dia pendamkan, mungkin dengan cara itu dia akan rasa lebih lega..
Laungan Azan kedengaran. Uwais mula sedikit bergerak, mungkin kerana suara azan itu buat Uwais tersedar.Hannah tak tahu nak buat apa. Spontan Hannah berbaring dan melingkarkan tangannya pada pinggang Uwais. Tak nak lah dia tahu yang aku lebih dulu tersedar tadi.. Hannah memejamkan matanya.Berpura-pura tidur.
Uwais membuka mata.Lama matanya terkebil-kebil memandang syiling. Kenapa aku rasa tenang sangat pagi ni? Oh ya, malam tadi aku dengan Hannah kan dah…
Dia berpaling dan melihat Hannah sedang lena.Kenapa tadi aku rasa macam dengar suara dia berbisik kat telinga aku ya? aku dengar dia cakap I love you..aku mimpi ke tadi? Uwais rasa mungkin dia bermimpi sahaja.Hannah susah nak luahkan perasaannya.Tapi kalau tunjuk lagak tu memang takde orang lain boleh lawan..Hannahlah orangnya..
Uwais senyum sorang-sorang. Hmmm..sekarang, sayang dah betul-betul jadi hak abang kan? dia takkan lupa saat indah malam tadi. Terima Kasih Ya Allah kerana mempermudahkan
segalanya.Dia tak pernah menyesal memiliki Hannah sebagai isteri,sekalipun sifat Hannah banyak yang tidak kena..dia senang hati dan berlapang dada menerimanya, tiada manusia yang sempurna..kalau Hannah umpama api, dia akan menjadi air yang akan memadamkan
bahangnya.
Menjadi suami yang baik bukan mudah..dia sendiri tidak memiliki kesempurnaan akhlak
rasulullah sehingga mengimpikan isteri semulia Aisyah Humaira’..Hannah Maryam sudah cukup buatnya. Kesabaran yang selama ini membuahkan hasil.Walaupun memakan masa yang lama tetapi tetap ada keindahan dan kemanisan dari kesabaran itu.
Dia tidak perlu mencaci atau memaki seorang isteri yang sentiasa merendahkan dirinya.Baginya, lelaki yang menghina seorang wanita yang dijadikan Allah sebagai pelengkap dalam hidupnya tidak ubah menghina diri sendiri. Perempuan itu asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki..jika dihina dan dicaci bukankah sama seperti menghina diri sendiri?
Uwais menyentuh pipi Hannah lalu diciumnya kejap. Hannah yang berpura-pura tidur masih berasa dadanya berdegup kencang sekalipun malam tadi mereka telah melalui saat yang lebih dari sekadar sentuhan..
“Bangun sayang…dah subuh ni…” bisik Uwais di telinga Hannah.
“Hmmmm..” Hannah pura-pura membuka mata.Alahai..aku malu sebenarnya,macamana aku nak pnadang muka dia pagi ni? ieeee…kenapalah aku rasa macam ni!
“mengantuklah…” Hannah betul-betul tak sanggup nak bertentang mata dengan Uwais.
“Sayang…. bangunlah..Assolatul khairu minan naum…solat tu kan lebih baik dari tidur..cepatlah, nanti terlepas subuh pulak” Uwais masih tersenyum.Apasal aku rasa dia macam malu nak pandang aku ni? tadi mata tu dah terbuka boleh pejam balik..ya ke mengantuk?
“Abang pergilah mandi dulu…”
“Abang pergilah mandi dulu…” Hannah sudah membuka matanya.Selalu macam tu tau! sajalah tu..
“Tak nak ikut abang mandi?”
“saya mengantuklah…” Hannah menarik bantal Uwais dan menutup mukanya.Uwais ketawa kecil.Dia
menggeleng melihat gelagat Hannah.Pandai pulak dia malu…layan ajalah! ++++++++++++++++++++
“Tak kerja ke?” Uwais menyarung kemeja putih berjalur yang diberikan Hannah padanya.Dia hairan melihat Hannah masih memakai t-shirt dan seluar track.
“Tak..” “Kenapa?”
“Nak temankan abang Fawaz… Tuk Ayah kan takde, takkan nak tinggal dia sorang-sorang..tak baiklah layan tetamu macam tu..nak pulak kalau saudara mara kita..”
Hannah membetulkan kolar baju Uwais.
“Hmmm… kan handsome abang pakai kemeja stripe ni,nasib baik padan…” Hannah gembira kerana akhirnya Uwais mengalah juga setelah hampir 5 minit dia mendesak Uwais memakai kemeja itupun bersyarat.Dia kena membiasakan dirinya memanggil Uwais “abang” jika tak,Uwais takkan pakai walau satupun pakaian yang dia belikan.
“Lain kali tak payahlah belikan pakaian mahal macam ni, abang ni guru ganti aja pun… bukan orang korporat “ Uwais rasa tidak selesa bila Hannah terlalu banyak membeli pakaian mahal untuknya.Dari T-shirt hinggalah kemeja semua nya yang berjenama dan mahal.Sehelai saja mencecah harga 300 ringgit!
“Okey apa, kenalah nampak bergaya.. abang ni, takkan nak pakai baju beli kat pasar malam kut..agak-agaklah, suami Hannah Maryam kenalah ada citarasa..” Hannah berpuas hati melihat Uwais yang tampan memakai pakaian dari jenama Ermenegildo zegna yang dibelinya.
“Cubalah sayang fikir,kalau abang pergi gerai burger takkan nak pakai baju berjenama macam ni jugak? “
“Yang tu sesuailah dengan baju pasar malam abang tu” Hannah selamba mengejeknya. “Bila pulak abang beli baju kat pasar malam?” Uwais tak puas hati.Macamlah aku ni takde citarasa langsung.
“Teka aja..takkan marah kut…abang marah ya?” Hannah cuit hidung Uwais.
“Tak…sayang lagi ada..dah faham sangat, memang suka nak bertikam lidah kan? Uwais menarik Hannah. Pinggang Hannah dirangkulnya kemas.
“Mana ada..” Hannah menyandarkan kepalanya di dada Uwais.Pagi-pagi macam ni, berperasaan pulak Uwais aku ni nak beromantik. Dah pukul 7.00 la sayang… tak nak pergi sekolah lagi ke? adik-adik aku sure dah tunggu kat luar tu..sarapan pun tak sempat ni..
“Tengok, tak nak mengaku jugak..takpelah, kalau abang handsome macam ni hari-hari,ramailah perempuan kat luar tu yang minat…lelaki bercitarasa tinggi kan, mesti ramai yang berminat..” “Mana boleh! abang jangan nak mengada-ngada tau, tak kiralah… cikgu Batrisya tu pun jangan ada hati nak menggatal dengan dia, pergi sekolah tu nak mengajar aja kan? Hannah memegang kedua pipi Uwais.Dia jelas memberi amaran.Uwais ketawa.
“Siap gertak tu… takutnya abang..”
“Main-main pulak…saya serius tau!, abang kalau berani menggatal, siaplah..kura-kura abang tu saya bakar hidup-hidup..”
“Ya Allah.. ganasnya!.. “Uwais ketawa .Wajah Hannah mencuka. Pantang betul aku kalau cakap pasal perempuan lain. Ingat apa? aku takde perasaan?
“Dah la, abang dah lewat kan? cepatlah keluar..sarapan pun belum lagi” malas nak bergaduh.. nanti hilang mood nak bermanja..
“Macamana tak lewat, malam tadi Hannah ajak abang tidur lewat..”
“Ieeee… tak payahlah cakap pasal tu..” Hannah mahu mencubit lengan Uwais tapi lebih dulu Uwais mengelak. Nak malu sangat kenapa? elleh..malu tapi mahu la tu…
“okey..okey..okey…” Uwais rasa sudah cukup dia mengusik.Lebih-lebih nanti mengamuk pula Hannah,bukan senang nak dapat mood baik macam ni..
“Tau pun..” Hannah mengerling manja.
“Meh abang sayang sikit…kalau tak nanti abang rindu tahap kronik” Uwais kembali mendekati Hannah dan Hannah membiarkan Uwais mencium dahi dan pipinya.
+++++++++++++++++
Fawaz keluar dari biliknya.Dia tak sabar nak berjumpa dengan Hannah.Terlalu banyak yang dia nak bualkan dan sudah tentulah perkara pertama yang akan ditanya kenapa Hannah tak jadi berkahwin dengan Muiz.
Sejak dari kecil dia selalu berusaha buat Hannah sukakanya tapi suka Hannah bukan suka seorang perempuan pada seorang lelaki tetapi tidak hanya kasih daripada seorang adik pada seorang abang.Itu yang buat dia terlalu kecewa.
Dia rasa kecil hati bila Hannah memilih Muiz.Dia sedar yang dia tidak standing Muiz tapi setidaknya, dia masih mampu menjadi pesaing yang baik.Dia rasa dia juga ada kelebihan.Dia seorang Pengarah Urusan di syarikat hak milik sendiri bahkan bertapak di Emiriah Arab Bersatu.Dia memiliki rangkaian kedai emas terkemuka di Dubai, selama ini dia menghilang kerana sibuk memajukan dirinya.
Kalau Muiz bukan pilihan Hannah lagi.Tidak salah kalau dia mencuba..
Fawaz mengatur langkah ke bilik Hannah,baru sahaja dia nak mengetuk pintu bilik itu
terbuka.Fawaz terpaku bila melihat Hannah keluar sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki…ini kan lelaki semalam tu?
“Eh, abang Fawaz…dah sarapan? sapa Hannah.Uwais disisinya menutup pintu bilik. “Be..belum..tunggu Hannylah..” Fawaz sampai tergagap pula.
“Sorry,lambat sebab nak siapkan suami Hanny ni..dia nak pergi kerja..”
“Siapa..suami?” Fawaz terkejut. Tapi kan… dia tak jadi kahwin? kalau tak jadi kenapa pulak boleh ada suami? Fawaz masih keliru,ditambah lagi dengan rasa hampa..sungguh dia berasa sentap! Sekejapan saja semua harapan dan angan-angannya hancur berkecai! kenapa dia tak tahu yang Hannah sebenarnya dah kahwin? tak guna Muiz…dia Cuma cakap kat aku yang dia dan Hannah tak jadi kahwin tapi dia tak cakap yang Hannah kahwin dengan lelaki lain!!
“Iyalah…lupa nak kenalkan, ini suami Hannah…Uwais nama dia..abang, yang ni Fawaz..dia tua dua tahun aja dari abang..” terang Hannah pada Uwais.Fawaz merenung Uwais dengan pandangan tak percaya.Jadi..inilah Uwais?? siapa dia ni? macamana dia boleh jadi suami Hannah? Arrrgghhh!!!! kenapa boleh jadi macam ni??
“Nak pergi kerja ke?” Fawaz berusaha mengukir senyum dan menghulur salam.
“Ha..ahh..”Uwais angguk dan berjabat tangan dengan Fawaz.Mata Uwais perasankan Fawaz menyapu tangannya pada seluar selepas mereka bersalaman.Ish..perasaan aku aja agaknya,tak baik buruk sangka..
“Jomlah sarapan sekali..” pelawa Fawaz. Kalau kau nak berambus pergi kerja pun takpe… “Dah lambat lah.. “Uwais menolak.Memang dia dah lambat pun,tentu Putera dan Mastura dah tunggu.
“Ohh..” Fawaz sekadar angguk.Elok sangatlah tu… “Abang pergi dulu ya sayang?”
“Abang..” Hannah memaut tangan Uwais yang sudah mahu pergi.Tanpa berlengah tangan Uwais diciumnya.Uwais senyum..Alhamdulillah, satu lagi perubahan..
Fawaz rasa hatinya bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum..sakit tak terkata.Dulu Muiz dan sekarang Uwais yang datang entah dari mana ni pulak yang jadi penghalang aku..
“Pergi dulu Abang Fawaz..” Uwais meminta diri.