• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 23 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 60-63)

“Aku tengok kau ni asyik termenung aja daripada tadi… ada masalah ke?” Maira menyentuh bahu Hannah yang sedari tadi melamun.Sampaikan semua yang hadir dalam mesyuarat pagi itu sudah keluar pun Hannah masih lagi duduk di kerusinya.

“Kau cakap apa tadi?” Hannah memandang Maira.Kemudian matanya melihat sekeliling ruang bilik mesyuarat.Dah kosong? bila diorang keluar?

“Semua dah keluar,aku pun dah nak keluar ni..kau tu,nak bertapa dalam bilik ni ke?” Maira mengusik.

“Aku tak perasan pulak semua orang dah keluar..”

“Macamana nak perasan kalau kau tu jauh sangat termenungnya…hah, biar aku teka..kau ingatkan abang sayang kau tu ya..apa kau panggil dia? Si Penjual Burger..kan?”

“Takdelah! “Hannah menafikan walaupun tekaan itu seratus peratus betul. “Aku hairanlah dengan kau ni..dah tinggal serumah pun takkan takde feel lagi?” “Malaslah aku nak layan soalan kau ni”

“Malas ke malu…” Maira masih membuat provokasi.Wajah Hannah yang sudah merona merah itu jelas sekali kerana usikannya tadi.

“Kita ni bukannya orang lain..walaupun sepupu tapi dah macam adik-beradik… tak payahlah kau nak berahsia pasal perasaan kau tu lagi,orang kalau dah asyik termenung tu namanya

angau..mengaku ajalah,dengan aku kau simpan aja ego kau tu..apa kata kalau kita bercakap dari hati ke hati…” Maira memainkan buah caturnya.Hannah lama berfikir.Betul jugak.Dalam banyak-banyak sepupu yang aku ada,dia ni aja spesis yang boleh dipercayai..

“Emm..kalau aku tanya sesuatu boleh?”

“Tanyalah..anggaplah aku ni sebagai kaunter pertanyaan..tanyalah? Maira teruja.Hannah mengerut dahi.Overlah pulak Maira ni…

“Macam ni,katakanlah…bukan betul tau! konon-kononlah kan, emmm…kau nampak Abang As’ad kau tu dengan perempuan lain, apa kau rasa?”

“Abang As’ad dengan perempuan lain? kau nampak di mana?” “Kau ni,kan aku kata tadi..konon-kononnyalah..bukan betul pun..”

“Oh, kau pun satu..kalau ya pun nak buat contoh janganlah guna suami aku tu..Tapi takpe,biar aku jawab pasal kau dah tanya kan? kalau dengan Mak Cik-Mak Cik aku tak hairan pun,lainlah kalau dengan anak dara yang cun melecun..mestilah aku cemburu tahap gunung berapi nak meletup..”

“Maksudnya kau cemburulah ya?”

“Apalah sengal sangat kau ni,dah nama isteri kalau nampak suami dengan perempuan lain mestilah cemburu..itu tandanya sayang,takkan aku nak biar aja..takde maknenya aku nak tengok aja..nak bertepuk tangan lagilah mustahil..Yang kau tanya soalan macam ni kenapa? Ooo…ini mesti kau nampak Uwais dengan perempuan lain ya? cantik tak perempuan tu?

Hannah tak menjawab.Cantiklah jugak…tapi cantik aku lagilah…

“Diam tu betul la kan? dah tu,kau tak tanya dia siapa perempuan tu? itulah kau…ada suami kau tak suka,kau abaikan dia..sekarang kan dah ada yang nak pikat suami kau yang handsome tu.Kalau aku jadi perempuan tu pun memang takkan lepas peluang.. nak pulak kalau tahu yang lelaki tu diabaikan isterinya..

“Ieee…kau ni memang batu apilah! saja je nak bakar hati aku kan? ada ke aku cakap yang Uwais tu dengan perempuan lain? pandai aja kau kan…dah, pergi buat kerja… nak muntah pulak aku dengar ayat kau tu,macam perempuan miang tahu tak..” marah Hannah.Maira ketawa kecil. “Aku bukan apa,kalau betul Uwais ada perempuan lain..baru padan dengan muka kau..jual mahal sangat!..kau fikirlah sendiri..” Maira tersenyum bila Hannah mula tayang muka cemberut.Biarkan Hannah marah.Biar Hannah sedar,kalau betul itu terjadi bukanlah salah orang lain tapi salah dia sendiri.Ada suami tak reti nak jaga elok-elok…asyik nak pertahankan ego dia aja..

“Excuse me Puan Hannah..” Tiba-tiba muncul Aisyah,setiausahanya di muka pintu .

“Pengurus Jabatan Sumber Manusia dah sampai,Puan nak jumpa dia sekarang ke? beritahu Aisyah lagi.

“Dah sampai? okey,suruh dia tunggu saya dalam bilik saya ya?” “Okey..” Aisyah berlalu pergi.

“Buat apa kau nak jumpa Pengurus HR? Tanya Maira.

“Adalah…” Hannah senyum penuh makna.Berdasarkan pada jawapan Maira tadi, memang dia tak boleh biarkan lagi Uwais semakin dekat dengan Batrisya…satu peluang saja sudah cukup untuk buatkan dia tak senang duduk.

++++++++++++++++++++++++++

“Tiada kekosongan?” Hannah rasa kecewa.

“Memang tiada Puan.Lagipun, bukankah Puan sendiri yang memberi arahan pertukaran portfolio setiap jabatan? kita baru sahaja membuat pembubaran jawatan dan kenaikan pangkat

pekerja.Jadi..buat masa sekarang,syarikat memang tiada jawatan kosong apatah lagi untuk jawatan pengurus atau pegawai kanan..”

“Kalau macam tu,awak berikan saya laporan prestasi kesemua pegawai kanan syarikat..” “Untuk apa Puan?”

“Saya nak berhentikan mana-mana staf yang bermasalah..jadi,barulah ada jawatan kosong kan?” “Maaflah puan..setakat yang saya tahu,memang tiada pegawai kita yang bermasalah..Sejak Puan jadi CEO di sini, tiada seorang pun yang berani melanggar etika dan polisi syarikat..” jawab pengurus itu.Siapa yang berani nak langgar etika kerja di syarikat itu kalau punya majikan setegas dan segarang Hannah Maryam..tapi itulah kelebihan cucu Tan Sri Idris ini,dia tak peduli kalau orang tidak suka pada sikapnya itu tapi yang penting tiada siapa yang berani melawan cakapnya.

Hannah mengeluh.Takkan takde langsung? kalau macam ni, memang takde harapanlah aku nak bawa masuk Uwais dalam Syarikat ni..Tak boleh! aku takkan kalah dengan Batrisya,kalau cikgu tu boleh dapatkan jawatan guru ganti di sekolah untuk Uwais, takkanlah aku yang jadi CEO ni tak boleh buat lebih baik dari tu? Hannah mula berfikir.Dia memang tak boleh buang pekerja sesuka hati tetapi sebagai CEO dia berkuasa mewujudkan apa sahaja jawatan yang dia mahukan berdasarkan keperluan syarikat…dan untuk Uwais Ukasyah,sudah tentulah jawatan yang terbaik dan selayaknya.

“Ada apa-apa lagi puan?”

Hannah merenung wajah lelaki berkumis di depannya.Pengurus yang berusia lewat 40-an itu masih setia menanti arahannya.

“Memang ada…”

“Apa lagi yang puan nak tahu? “

“Bukan nak tahu tapi nak awak buat sesuatu..” Hannah tersenyum kerana dia sudah memikirkan sesuatu yang sangat bersesuaian dengan Uwais Ukasyah.Dia masih boleh ingat kandungan CV yang dibaca pagi tadi,ada beberapa kelebihan Uwais yang boleh diguna pakai.. antaranya,Uwais menguasai bahasa Arab..memang dia terkejut dan tak sangka tapi dia sukakan kelebihan Uwais yang satu ini sebab dia sendiri tidak ada kelebihan itu..

“Buat apa puan?”

“Wujudkan satu jawatan kosong dalam jabatan Komunikasi Korporat..” “Saya tak faham…jawatan apa?”

“Pegawai Perhubungan Komunikasi dan diplomatik..” “Tapi untuk apa?”

“Wakil khas syarikat untuk berurusan dengan pelabur dari timur tengah..saya dapati kita kekurangan kakitangan yang fasih berbahasa arab dan kebanyakkan pelabur kita dari timur tengah kurang fasih berbahasa inggeris..jadi,saya tak mahu nampak kekurangan servis kita di situ..penting untuk pelabur faham apa yang kita perlukan dan sebaliknya..”

“Ya,memang betul tu puan..sejak kebelakangan ni kita banyak menerima pelabur dari Dubai dan Qatar..tak kurang juga dari Jordan dan Arab Saudi..kalau macam tu, perlukah saya buat iklan untuk temuduga?

“Tak,awak buat surat tawaran jawatan..”

“Oh…maknanya dah ada oranglah untuk jawatan ni? tapi, siapa puan?”

“Untuk suami saya… Uwais Ukasyah bin Muhammad Akheeruddin, saya nak surat tawaran tu sampai di atas meja saya sebelum waktu balik…boleh?”

“Dah tentu puan..” Lelaki itu angguk tanda faham.Tiada lagi persoalan dan Hannah rasa tak sabar untuk pulang ke rumah dan menyerahkan surat tawaran dari syarikatnya kepada Uwais..Dia nak tengok riaksi Uwais, tentu Uwais suka sebab bukan sebarangan jawatan yang dia tawarkan,kalau nak dibandingkan dengan guru ganti tu,bagaikan langit dengan bumi..Bagus juga dia dapat tahu berkenaan kelulusan Uwais pagi tadi.Kalau tidak, terpaksalah dia menahan rasa sakit hatinya pada cikgu Batrisya. Huh, jangan haraplah kau nak dapat satu sekolah dengan suami aku

tu,usahkan satu sekolah,satu bangunan,satu bumbung ,satu bilik guru,satu meja hatta satu kantin sekali pun memang takkan ada! kira hari ni,aku bagi peluang ajalah untuk kau tunjuk prihatin kat Uwais aku tu..

Suami yang Kubenci 24

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 60-63)

Garis besar

Dokumen terkait