• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 35 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 100-104)

“Wangi tak?”

“Wangi…daun apa ni mak?” Hannah membelek daun yang panjang itu.Daun itu diberikan mak mertuanya supaya dihidu.Ketika itu mereka berada di kebun sayur yang tidak jauh dari rumah. “inilah daun pandan…kegunaannya untuk mengharumkan masakan ataupun minuman..banyak lagilah manfaatnya..”

Hannah angguk.Dihidu lagi daun pandan itu,memang wangi..Dia melihat beberapa rumpun daun pandan ditanam di kawasan tanah yang sedikit berair.

“Daun ni ke yang mak letak dalam nasi lemak tadi?”

“Iya…hah,pandai menantu mak..” puji Sarimah.Hannah senyum bangga .Bukan senang nak dapat pujian daripada mertua kan?..

“Elok-elok jalan dalam kebun ni, tanahnya lembab sikit..takut terpijak tanah selut,kotor pulak kaki tu nanti” Pesan Sarimah.Maklum sahaja,menantunya itu bukan orang kampung, risau juga dia kalau Hannah tak biasa.

Hannah mengekori mak mertuanya itu.Pelbagai jenis tanaman ada dalam kebun itu.Kalau setakat sayur mentimun,kacang panjang,terung tu dia tahulah juga tapi ada beberapa tanaman yang dia tak tahu namanya..

“Mari tolong mak petik sayur kangkung..”ajak Sarimah.Mak mertuanya itu sudah melangkah ke kawasan berair.Tanaman kangkung yang hidup subur itu ditanam di dalam kawasan seperti saliran air tetapi dijaga dengan bersih.Hannah membelek daun sayuran itu.Tiada langsung kesan dimakan ulat.Segar dan menghijau.

“Hah,apa lagi…petiklah sayur tu..”

Hannah tanpa berlengah menarik batang kangkung itu,tercabut sampai ke akarnya.Dia terdengar tawa mak mertuanya.

“Sayang oi…bukan macam tu..kalau Hannah buat macam tu,alamatnya..habislah semua sayur kangkung mak dalam kebun ni..” Sarimah memang sengaja nak tengok Hannah pandai ke tidak. “Tengok sini mak buat…nak petik sayur kangkung bukan susah,kalau buat macam Hannah tadi tu namanya cabut..patahkan dari batangnya macam ni…sebab apa,nanti dari bekas kesan patah tu,boleh tumbuh anak kangkung yang baru..kalau tengok kangkung ni ada dua jenis,satu yang tumbuh merayap,satu lagi tumbuh menegak..ikut kata orang lama macam mak ni,yang merayap ni lebih sedap daripada yang tumbuh menegak bila dimasak..tapi mak rasa,sama aja

rasanya..dah namanya kangkung,takkan nak rasa kobis pulak kan” ajar Sarimah.Dia menunjukkan cara memetik sayur kangkung yang betul.Hannah ketawa mendengar celoteh mertuanya itu.

“Oh,macam tu ya mak…” Barulah aku tahu,ish..nak petik sayur kangkung pun kena ada skill rupanya ya? belum cara nak masak lagi…bagi aku,ini rumit daripada kerja kat

pejabat..kiranya,Mak mertua aku ni lagi hebatlah daripada aku ya?

“Semua sayur-sayuran ni mak tanam sendiri ya?” tanya Hannah sambil memetik kangkung seperti yang diajar mak mertuanya.Ada yang panjang dan ada juga yang pendek.Belasah ajalah! “Iyalah,mak boring duduk saja,kat kebun ni la tempat mak melepaskan tension..mahunya tak bosan Hannah,mak ni sorang aja kat rumah bila Anis ke sekolah…Uwais pulak daripada pagi sampai ke malam,kerja memanjang..mengalahkan menteri”

“Takpelah mak,abang kan kerja cari duit..bukan dia buat kerja yang bukan-bukan..” Chewah! sejak bila pulak aku dah jadi penyokong kuat Uwais ni? bukan aku ke yang tak suka kerja jual burger tu? Kalau dah cinta tu,boleh tukar jadi apa aja kan? batu pun boleh jadi emas..

“Hmmm..mak bersyukur,Uwais tu walaupun kerjanya taklah besar mana tapi dia banyak berusaha.Dulu masa ayahnya meninggal..dia berubah mendadak..Mak sendiri rasa

bimbang,Uwais tu anak lelaki,rapat pula dengan ayahnya.Masa ayahnya meninggal dulu, setiap petang dia duduk dekat tali air belakang rumah tu.Apa tidaknya, hari-hari dia temankan ayahnya mengerjakan sawah padi kat tanah paya tu..seminggu Hannah, dia menangis kat tali air tu mengenangkan ayahnya..” Sarimah menyeka airmata yang mula membasahi kelopak.Hannah turut rasa sebak.Kasihan abang… dia dapat rasakan kesedihan itu kerana dia sendiri pernah

mengalami kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan.

“Adakalanya, mak tak mampu nak sediakan keperluan yang sempurna untuk dia macam kawan-kawan dia yang lain..Lepas ayah mertua Hannah meninggal, sebab penyakit lelah,mak kerja jual nasi lemak dengan kuih..Mak buka gerai depan rumah tu..nak harapkan duit pencen

arwah,berapa sangat..arwah kerja posmen aja..Uwais pulak nak ambil SPM masa tu,macam-macam dalam kepala mak ni,mana nak bayar yuran..buku-buku dia lagi..mak nak dia belajar sampai berjaya,mak tak nak dia jadi orang yang tak berilmu..” Cerita Sarimah lagi.Ketika itu mereka sudah pun keluar dari kebun.Kemudian mereka duduk di atas pangkin bawah pokok mempelam.Sarimah menyambung lagi ceritanya dan Hannah memang teruja nak mendengar kisah suka duka pujaan hatinya dibesarkan.

“satu hari,mak dapat tahu yang dia dah seminggu tak pergi kelas tambahan..rupanya, dalam seminggu tu dia pergi menangguk ikan laga kat tali air sana..hari tu,mak marah betul dengan dia.. mak turut dia kat tali air tu, masa tu dia berdua dengan Hafiz, abang cikgu Batrisya tu..berkubang kat tali air tu cari ikan laga..disebabkan geram sangat, mak rotan dia dengan ranting

buluh..berbirat badan dia, langsung dia tak menangis..Lepas tu,mak berhenti rotan dia bila Hafiz beritahu..dia bukan tak pergi kelas..tapi,cikgu tak benarkan dia masuk sebab dia tak bayar yuran..jadi,sebab nak bayar yuran..dia cari ikan laga tu untuk dijual..dia tak nak minta dengan mak sebab dia tahu, mak takde duit masa tu..”Sarimah masih tak lupa,hari di mana dia merotan Uwais sekuat hatinya.Meronta-ronta Uwais minta ampun padanya,kalau tak kerana Hafiz yang menahan dan menghalang..

Hannah tahan sebak.Berusaha dia menahan rasa sedih dihatinya.Namun tumpah juga manic-manik kaca dari kelopak matanya.Langsung diseka,dan dia memaut lengan mak mertuanya itu. “Mak tak payahlah sedih lagi,mak dah berjaya besarkan abang Uwais dengan baik..”

“Mak ni garang Hannah..tapi Uwais tu anak lelaki kesayangan mak..dia tu nakal,tapi dia anak yang baik..Hannah janji dengan mak..jaga Uwais baik-baik ya nak,dia tu Cuma ada mak dengan Anis..sekarang dia dah jadi hak Hannah…sayanglah anak mak tu,walaupun mak tahu dia tak padan dengan Hannah…”

“Mak…janganlah cakap macam tu.. Hannah janji mak,Hannah akan jadi isteri terbaik untuk abang…Hannah terima dia apa adanya mak..Hannah sayang abang Uwais,Hannah sayang mak.Hannah sayang keluarga kita..mak jangan sedih ya?” Hannah rasa tersentuh bila

mengenangkan selama ini dia selalu menghina Uwais.Memperkecilkan suaminya itu,tidak peduli dan banyak lagi. Isteri apa aku ni? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa yang dah aku lakukan pada abang selama ni..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam itu Hannah membelek album gambar lama keluarga Uwais.Seronok bila mendengar banyak cerita tentang Uwais semasa kecil.

“Kak Hannah tengok gambar ni,handsome kan?” Anis menunjukkan sekeping gambar Uwais sewaktu di sekolah menengah.Berpakaian kemas seragam sekolah bersama seorang gadis. “Siapa sebelah abang Uwais ni?”

“Itu kan cikgu Batrisya?”

Seperti biasa hatinya akan berdetak rasa cemburu.Hanya cikgu itu saja yang mampu buat dia rasa gelisah.Bukan dia nak buruk sangka dengan guru muda itu tapi sebagai perempuan dia tak mampu menolak rasa curiga..seorang gadis cantik hanya berkawan baik dengan seorang lelaki tampan?,siapapun susah nak percaya..

Asyik melayan perasaan Blackberry di atas meja berbunyi.Hannah cepat-cepat mencapai gajet itu.Alamak..abang call la pulak? macamana ni,mak ada kat sini…

Sarimah yang sedang menonton TV mengerling.Huh…itu tak lain anak bertuah akulah

tu,aish…tak boleh hidup kalau sehari tak bercakap dengan Hannah..betul punya angau budak tu.. “Hannah masuk bilik dulu ya mak? dah mengantuklah..”

“Iyalah…eloklah Hannah pergi tidur..” Ewah…mengantuk ya? mak ni pun dulu bercinta Hannah oi,lagi hebat daripada korang berdua..

Hannah cepat-cepat masuk bilik ke dalam bilik tidur Uwais. “Assalamualaikum..abang” jawabnya sambil duduk di birai katil. “Waalaikumussalam…kenapa lambat jawab?”

“Sayang…buka tingkap”

“Hah? buat apa nak buka tingkap? nanti masuk nyamuklah!” “Buka ajalah..abang ada kat luar rumah ni..”

“Apa? abang ada kat luar?”

Hannah segera bangun dan membuka tingkap.Memang betul,Uwais dah tercangak di halaman rumah.

“Abang!” Hannah sedikit terjerit tapi Uwais memberi isyarat supaya dia memperlahankan suara.Hannah mematikan talian.Dalam suasana terang bulan itu dia lihat Uwais menghilang entah kemana tetapi muncul bersama tangga yang entah dari mana diambilnya..

Uwais menyandarkan tangga pada diinding rumah.Dipanjatnya secepat mungkin.

“Abang…kalau jatuh macamana?” Hannah memegang tangan Uwais yang memaut ambal tingkat.

“Taklah,abangkan hero…”Uwais sengeh.

“Kalau mak tahu ni,mesti dia marah..kalau ikut pintu depan tak boleh ke? “

“Mak mesti tak bagi abang jumpa sayang,silap-silap kena halau balik..macam ni okey apa, ada macam romeo tak?”

“Banyaklah abang punya Romeo..”

“Alah,janganlah marah sayang..abang ada bawa ni untuk sayang” Uwais mengeluarkan sesuatu dari belakang bajunya.Sekuntum bunga mawar merah.

“Abang petik yang dekat taman rumah Tuk Ayah tu..”

“Bunga Mak Awa tanam tu? Hannah ketawa. Romantiklah pulak Uwais aku ni,siap bawa bunga bagai..aduhai hati,pujuklah perasaan aku ni yang dah terlalu jatuh cinta!

“How sweet…sayang abang” Hannah mencium lama pipi Uwais. “Kalau sayang, janganlah buat abang macam ni lagi ya?” “Janji,lepas ni..Hannah tak tinggal abang lagi dah..” “Sayang rindu abang tak?’

“Rindu sangat…”

“Malam ni,tidur mimpikan abang ya?” sedih sungguh suara itu.

“Alah..janganlah sedih..” pujuk Hannah.Dia senyum lalu mencuit hidung Uwais. “Abang kena balik ni,nanti mak dapat tahu pulak abang buat kerja tak bermoral ni..”

“abang bukan panjat tingkap rumah orang,rumah abang jugak kan..jumpa isteri abang kan tak berdosa pun..tapi jangan buat kerja ni kat rumah jiran sebelah pulak” Hannah memberi amaran.Uwais senyum saja.Sempat lagi dia nak cemburukan Batrisya…

“Abang letak motorsikal kat mana?” “Tu..dekat depan sana…”

+++++++++++++++++++++++++++

“Anis, tadi petang mak suruh Anis tutup pintu reban ayam..Anis buat tak?” Tanya Sarimah yang baru keluar dari bilik.Mukanya kelihatan putih dengan bedak sejuk.

“Alahai..mak,Anis lupalah Mak..” Anis yang sedang mengulangkaji pelajaran baru teringat pesanan maknya petang tadi.

“Hmm..belum tua dah lupa..sudah,pergi ambilkan mak lampu picit kat dalam bilik” Anis tanpa berlengah pergi mengambil lampu picit.Kemudian diserahkan pada maknya itu.Sarimah keluar ikut pintu hadapan rumah.Sewaktu dia menyarung selipar,dia perasankan sesosok tubuh yang sedang bersidai atas tangga di tepi bilik anaknya,Uwais.

“Aik? Jebon mana pulak yang panjat tingkap rumah aku ni?” Dia mengatur langkah perlahan-lahan.Senyap tanpa dikesan kehadirannya.Melalui cahaya bulan mengambang malam itu.Dia jelas sekali melihat Uwais yang sedang bermadu asmara dengan

menantunya.Astaghfirullahalazim… rupanya Jebon peliharaan aku yang buat kerja panjat memanjat ni.. Bukan main dia tengok Uwais dan Hannah bergelak tawa, belai membelai..naik berbulu mata aku tengok aksi korang bercinta! Hannah..Hannah…Mengantuk sangat katanya ya? rupanya duk berbulan madu di tingkap rumah aku..Siap ada bunga pulak tu.. yang Si Jebon ni pun satu, tak reti nak bersabar langsung! jaga kau…

“Abang balik dulu ya sayang?”

“Baik-baik sayang..” Hannah risau kalau-kalau Uwais terjatuh.Betul punya Romeo suami aku ni! “Hah…dah lama kau buat kerja ni Uwais??” suara sergahan kedengaran sebaik saja Uwais berpaling dan dia betul-betul terkejut bila melihat wajah putih melepak dan bertompok di depannya.

“Mak!!!!” jeritnya bagaikan ternampak hantu.

Longlai tubuh Uwais terjelepok.Dekat situ juga dia pengsan!

“Abang!!” jerit Hannah.Dia pun terkejut bila mak mertuanya muncul tiba-tiba begitu.Dengan muka penuh dengan bedak sejuk pulak tu..maunya Uwais tak terkejut! Hannah tanpa berlengah berlari keluar dari bilik.

Sarimah terlongo,dia menyuluh tubuh Uwais yang terduduk tepi tangga kayu. Boleh pulak dia pengsan? buruk sangat ke muka aku ni?

Suami yang Kubenci 36

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 100-104)

Garis besar

Dokumen terkait