Uwais membuka mata bila terasa ada tangan menyentuh wajahnya.
“Hah…dah sedar pun Romeo” terdengar suara garang maknya.Uwais terkebil-kebil. Aku kat mana ni?
“Abang okey ke? Hannah berada di sisinya.Baru Uwais ingat tadi dia terkejut sebab nampak hantu tompok! mana pergi hantu tu?
“Ya Allah..mak ke? “Uwais lihat maknya yang duduk di kerusi.Muka maknya itu putih sahaja..lah,bedak sejuk rupanya….Tapi,aku rasa tadi aku pengsan kat luar rumah kan?
Rupanya dia berada di ruang tamu.Dibaringkan di atas kerusi dan kepalanya dipangku di ribaan Hannah.
“Apa punya Romeolah kau ni Uwais, baru nampak muka mak dengan bedak sejuk ni pun kau dah pengsan? satu kerja pulak kami bertiga ni kena angkat kau masuk ke rumah…kalau ringan takpelah jugak..” Uwais sengeh saja bila mendengar bebelan maknya.
“Mana tak pengsan mak..dah macam hantu tepung gomak, mak buat apa malam-malam kat luar tu mak..sejak bila mak naik taraf jadi jaga..” Uwais merenung Hannah.Berada di ribaan Hannah sebegitu tak ubah macam dibelai bidadari syurga.Apatah lagi sedari tadi Hannah mengusap dahi hingga ke rambutnya.
“Apa jaga? kau ingat mak takde kerja lain nak buat?Kau tak payahlah nak berdrama
swasta..alasan aja,entah-entah tadi kau buat pengsan aja tak? hiii… geram betul mak dengan kau ni Uwais, dah lama kau buat kerja panjat tingkap rumah ni? tak senonoh tahu tak? kalau jiran nampak macamana? silap-silap kau kena kekah dengan parang..kalau mak tak kenal kau
tadi,dah lama mak tembak dengan senapang gajah!” Uwais telan liur.Uii…masa bila pulak mak aku ni masuk RELA? dalam rumah ni pun,manalah ada senapang…gajah apatah lagi..
“Adalah jugak sekali dua mak…”jawab Uwais selamba.Berbaloi jugak aku pengsan,dapat aku berbaring di ribaan bidadari syurga aku ni…
“Apa bang? pernah sekali dua? tingkap rumah siapa yang abang pernah panjat? ieee..gatal ya? pernahlah abang intai anak orang lain ya?” Hannah memukul lengan Uwais.
“Aduh..sakitlah sayang, betul la..memang pernah pun abang panjat tingkap tu masa nak cat rumah hari raya tahun lepas…” jawab Uwais.Dia segera bangun.
Anis ketawa melihat gelagat abangnya itu.Padan muka abang Uwais…takde kerja cari kerja..kan dah kena!
“Kalau ya pun kau nak jumpa Hannah,tak boleh ke ikut pintu depan? ini tak,tangga kat bawah rumah tu jugak yang kau angkut…teruk betul perangai kau ni..nak jadi Romeo tu mak tak kisah sangat,ini dah macam Jebon…memalukan keturunan aku aja..”
“Tapi mak, Hannah cakap takpe buat macam tu sebab saya bukan panjat tingkap rumah orang lain,lagipun yang saya nak jumpa isteri sendiri.. okey apa..Jebon handsome tu mak..” Uwais senyum nakal.Sempat pulak dia nak kenakan Hannah.Ayat cover nak bela diri pun ya jugak. Hannah membulatkan mata bila Uwais jawab begitu.Memang betul aku ada cakap macam tu tapi apsal pulak aku yang dikaitkan sekali? waaaa…abang memang sengaja nak kenakan orang kan? abislah aku sekali kena marah!
“Elok sangatlah, Sorang Romeo,sorang Juliet ya?wah …bukan main lagi, kalah Uda dan Dara..orang lain pun bercinta jugak tapi korang berdua ni dah tahap angau kenapa? Ya Allah, mujurlah laki bini..kalau tak bernikah lagi aku tak tahulah nak cakap apa…”
“Mana ada mak! abang ni yang pandai-pandai datang malam-malam lepas tu panjat tingkap tu,Hannah tak suruh pun mak..Hannah dah suruh dia balik,dia yang tak nak..dia cakap dia nak tidur kat sini…tapi Hannah tak bagi”
Uwais terbatuk-batuk kecil.Bila pulak dia cakap macam tu?Bukan main tadi membelai aku macam tak bagi balik.. Ewah… nak selamatkan diri nampak? takut kena marahlah tu..
“Sudah..tak payah nak bagi alasan..dua-dua pun sama..tak tahulah nak buat macamana dengan kau ni Uwais.. dah, pergi masuk tidur!”
“Apa mak?” Uwais macam tak percaya.
baiklah aku ni sporting…
“Tidur dalam bilik saya ya mak?” “Dah tu, kau nak tidur kat bilik mak ke?”
Uwais ketawa.Yes!! akhirnya, dapat jugak tidur kat sini..tak sia-sia panjat tingkap tadi! Sarimah tayang muka serius.Uwais berhenti ketawa.Erk! seriusnya muka mak…dah la muka penuh dengan bedak sejuk..dah macam zombie kampung pisang pulak..Otak!! heheh..
“Err..masuk tidur dulu ya mak..” Uwais bangun dan mengatur langkah untuk ke bilik.Sarimah angguk saja.Pantang dapat izin,laju aja kau ya?
“Hah..nak tinggal isteri kau kat sini? tak nak ajak masuk sekali? dah beriya-iya panjat tingkap tadi tu…” Sarimah menyindir.Uwais tetap senyum.Sarimah menggeleng lagi.Mengalahkan pengantin baru! aku seligi baru tahu..anak siapalah ni..
“Errr..sayang,jom masuk tidur..” Gamit Uwais.Hannah rasa mukanya memerah sebab malu. Ini semua abang punya pasal,buat malu aja kat mak!
“Terima kasih mak..maklah harapan bangsa” Uwais memberi tabik spring kepada maknya. “Banyaklah kau punya harapan bangsa…” Balas Sarimah.Gatal sungguh anak aku,tapi kalau macam ni punya perangai..cepatlah aku dapat cucu..
Uwais dan Hannah sudah masuk ke dalam bilik.Tinggal Sarimah dan Anis saja di ruang tamu. “Hah..kau esok-esok Anis,jangan buat kerja macam diorang berdua tu…kau buat macam tu,siaplah!”
“Ish..apa mak ni, ke situ pulak…” Anis muncung panjang.Tak pasal-pasal pulak aku pun kena! ++++++++++++++++++++++++++++
Pagi yang ceria.Pagi yang bahagia.Pagi yang segala-galanya indah di mata…
“Selamat pagi mak!” sapa Uwais sebaik saja dia masuk ke dapur.Lengkap memakai sepasang baju Melayu bewarna merah hati! umpama menzahirkan rasa cinta yang makin hari makin mekar di hati.Bersiap pun bukan main awal lagi…baru pukul 6.30 pagi!
“Hmm..amboi, kacaknya anak mak pagi ni…macam nak pergi bernikah lagi”
“Uiks..mak jangan main-main, harapan pun jangan bagi mak..tu,pujaan hati saya tu bukan boleh dengar perkataan nikah lagi..trauma” Uwais gelak.Hannah yang sedang mengacau air mencekak pinggang.Sarimah turut ketawa.
“Eh..eh…ada orang belajar buat air lah…” Uwais mendekati Hannah.Sengaja dia menelek ke dalam teko minuman.Air apalah yang dia buat…
“Janganlah kacau..” marah Hannah.Ala-ala merajuk manja.Makin galaklah Uwais nak mengusik. “Bila pulak abang kacau,kan sayang yang kacau air tu..bukan abang”
“mengadalah abang ni..cubit baru tau, mak………. tengok abang ni, suka usik Hannah..” Adu Hannah pada Sarimah yang sedang mengasingkan pakaian kotor dalam bakul.
“Mak dah boring tengok muka dia Hannah..dari bayi sampailah dah besar macam ni..kau ajalah yang ambil alih pulak..”
“Sampai hati mak cakap macam tu” “Elleh, terasa hatilah konon…” Hannah ketawa.
“Padan muka abang” bisiknya di telinga Uwais.
“Ohh..suka sangat kalau abang kena marah dengan mak ya?” “Tahu takpe..”
“Nasib baik kat rumah mak,kalau kat rumah kita tahulah abang nak buat apa kat sayang..” bisik Uwais.Hannah spontan mencubit pinggang Uwais.
“Gatal…”
“Adoi….cukuplah sayang,abang tahulah sayang suka tinggalkan love bite kat badan abang ni..” Hannah rasa nak menjerit dengan kata-kata Uwais itu.Merah padam mukanya.Pantas saja Uwais menjauhkan diri bila Hannah dah bersedia dengan sudip di tangannya.Tahu pun takut…
“Mak…butang baju Melayu saya mana mak?” tanya Uwais. Dia membiarkan Hannah sibuk di dapur menggoreng cekodok pisang.Wah.. makin maju nampaknya! macam ni baru isteri aku! “Hai,dialog kau pun dah macam P.Ramlee dalam madu tiga ya? kenapa kau tak tanya dengan Hannah aja?” jawab Sarimah.Uwais ketawa lagi…kali ni dia nampak Hannah makin tajam
merenungnya.
“Nak tanya Hannah? baju Melayu pun dia baru kenal mak,inikan pulak butang baju Melayu…” Hannah yang mendengar jawapan itu mengecilkan matanya.Uwais sengeh.Senyuman Uwais jelas memang nak mengusiknya lagi.Oh, aku tak kenal butang baju Melayu ya? tapi kalau bab nak buka butang baju..aku jugalah yang disuruhnya…abang ni memang nak kena!
“Kejap mak pergi ambil” Sarimah berlalu ke biliknya. “Abang…sini” panggil Hannah.Uwais geleng. “Sinilah..”geram pulak Hannah.
“Sayang mesti nak cubit abang kan?”
“Tak sayang…bukan nak cubit, tak nak ke morning kiss untuk hari ni…sementara mak tak nampak ni”
Uwais tak tunggu lama.Terus datang pada Hannah.
“Pandainya cakap Hannah tak kenal butang baju Melayu ya? lepas ni Hannah tak nak lagi buka baju abang..buka sendiri!” marah Hannah.
“Marahnya isteri abang… kalau tak nak,kenalah abang cari orang yang sudi…” “Apa dia abang? cakap sekali lagi?” Hannah bersedia nak mencubit lagi. “Takde..takde..abang gurau ajalah..tak naklah cubit..sakit”
“Cakap lagi macam tu,Hannah tinggal abang lagi lama dari 3 hari” ugut Hannah. “Tak naklah..”
Hannah buat tak peduli.Dia mengangkat cekodok pisang dari dalam kuali.
“Sayang..abang nak rasa boleh?” Uwais cuba menarik perhatian.Dah merajuklah pulak.Pantang betul kalau aku usik..asyik nak merajuk aja sayang aku ni..
“Ambil sendiri..” Hannah seperti tidak mahu melayannya. “Panas..”
Hannah mencapai tisu di atas meja makan.Dia mencapai sebiji cekodok pisang itu lalu ditiupnya.Kemudian dicubit kecil dan disuakan ke mulut Uwais tapi ditarik semula.
“Nak suap ke tak ni?” Uwais tayang muncung.Buat dah perangai manja mengalahkan budak tadika dia tu.
“Abang…kalau ya pun duduklah dulu,Cikgu apa makan berdiri ni..” Tegur Hannah lembut. “Alamak..terlupa la sayang,exited ni pasal sayang nak suapkan..”Uwais cepat-cepat duduk.Dia membuka mulut dan Hannah menyuapkan cekodok itu ke dalam mulutnya. Macam bagi makan anak burung pulak.Alahai suami aku ni..macam-macam kerenah!
“hmm..sedap tak?” Hannah tanya dengan perasaan berdebar.Disapu tubir bibir Uwais yang sedikit comot.
“Sayang yang bancuh ke tadi?”
“Iyalah..mak yang tunjukkan dan beritahu sukatan..”
“Sedap..” Uwais makan dengan berselera.Kuih kegemaran aku ni… “Ya ke? abang tipu..nak ambil hati aja kan?”
“Betul…sedap macam mak buat!..”Uwais meyakinkan.Aku cakap betul dia pulak tak percaya.Dah macamana?
“Betul?” Hannah inginkan kepastian.
“Demi Allah sayang…ini yang buat abang tambah sayang ni…” Uwais senyum.Uwais mengambil satu biji lagi cekodok di dalam pinggan.
“Abang…nanti petang lepas solat Jumaat, abang singgah rumah kita ya? dah lama tak tengok …ikan laga Hannah tu pun, dah lama tak bagi makan..mati pulak nanti” Hannah baru teringatkan ikan laga yang dihadiahkan Uwais.
“Hmmm..”jawab Uwais.Dia tak henti-henti mengunyah cekodok pisang.Hannah tengok dah tinggal separuh dalam pinggan.Sedap sangat ke?
Uwais sedang berfikir.Patut ke aku beritahu pasal Karnival tu sekarang ya? mood dia tengah baik ni..tapi,nantilah… Karnival tu pun lambat lagi,Batrisya pun belum tanya pasal tu…
“Abang…dengar tak?”Hannah mencuit hidung Uwais.Dia suka bila Hannah buat begitu,dah jadi macam habit pulak.
“Dengar…janganlah kacau..abang tengah makan ni” jawab Uwais lagi.
“Ya Allah, dah habis?” Hannah baru perasan cekodok dalam pinggan dah licin..cepatnya habis? “Kan abang dah kata…sedap..”Uwais senyum..senyum bahagia!