• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 38 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 111-114)

“Dah siap..”Hannah selesai mengancing butang baju Melayu cekak musang yang dipakai Uwais. Hannah merenung wajah Uwais yang masih cemberut.Marah lagilah tu… Selepas dia

memakaikan butang baju Melayu yang dipakai Fawaz,dia lihat Uwais masih berdiri di depan pintu bilik.Kemudian Uwais masuk ke dalam bilik dengan wajah mencukanya.Dia kemudian turut masuk bila Fawaz sudah lama menanti Uwais yang masih tak keluar.Rupanya buah hati pengarang jantungnya itu merajuk gara-gara "butang baju"

“Abang…Hannah dah selesai kancing butang baju Abang ni,tak nak pergi lagi ke? dah nak pukul satu ni…” Hannah mencuit hidung Uwais yang dari tadi tak bercakap.Alahai..marahnya sayang aku ni..Uwais masih duduk.Hannah yang berlutut di depannya itu seakan tidak mahu dipandang. “Apa cuit-cuit ni,batal wudhu’ abang..” Uwais mengerut dahi.Muncung panjang bila Hannah mencuit hidungnya.Hannah ketawa.Ya Allah…. marahnya…

“Nak cuit pun tak boleh? Eleh… apa susah, air kolah kat masjid tu kan banyak.. “ Uwais tak menjawab.

“Abang marah sangat ni kenapa? abang cemburu dengan abang Fawaz ya..” Hannah ketawa lagi.Uwais mengerlingnya.Uikss… siap jeling tu…

“Memang pun!! sukalah kan…”

“Ieeee….abang bila marahkan..handsome sangat, tapi…. kalau abang senyumkan..laaaaagi handsome…” Hannah cuba memujuk tapi Uwais tetap macam tu jugak..langsung tak nak senyum. Aii…payah jugak ya? emmm..takpe,cuba cara ni pulak…Hannah tak putus asa,waktu makin berjalan ni..kalau Uwais masih duduk alamatnya,orang dah habis khutbah baru Uwais sampai..itupun kalau dia nak pergi..buatnya dia tak nak? lepas tu mak mertuanya mengamuk? ieeee..ngeri!!

Hannah bangun dan kemudian mencari-cari sesuatu.Habis bantal yang tersusun rapi diserakkannya.Uwais pelik. Apa pulak yang dicarinya tu? dah tak nak pujuk aku ke?

“Cari apa?” tanya Uwais.Hannah tetap mencari sesuatu yang dia sendiri tak tahu sebab Hannah tak menjawab soalannya tadi.

“Sayang cari apa?” Uwais makin pelik.Beriya-iya sangat tingkah Hannah sampaikan poket baju Melayunya pun Hannah periksa!

“Tak jumpalah…” Hannah duduk di sebelah Uwais.Wajahnya resah.Uwais makin pelik ,tak jadi pulak dia nak merajuk..apa yang Hannah cari?

“Tak jumpa apa sayang…bagitau abang,biar abang tolong cari..” “Lesung pipit abanglah…” jawab Hannah selamba..

Uwais ketawa..mulanya perlahan kemudian semakin kuat hingga berair matanya.Hinggalah dia berhenti dan tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya di pipi.Ada ke cari dalam poket baju aku?

“Hahh…dah jumpa pun..kat sini rupanya…” Hannah memegang kedua pipi Uwais.Thanks God!! susahnya nak buat dia ketawa sampai kena berlakon pulak..nasib baik aku pandai berlakon! “Pandai sayang abang ni kan? saja nak buat abang ketawa ya?” Uwais meraih tangan Hannah dan dicium tapak tangan isterinya itu.

“Abang tu yang marah-marah..merajuk pulak tu..dengan abang Fawaz pun nak cemburu..” “Sayang dulukan dia daripada abang..suami mana yang tak cemburu”

“siannya…okeylah,nanti sayang dulukan abang ya? tak nak lah merajuk macam tadi tu..” “Uwais!!! dah lambat ni, cepatlah!!” terdengar laungan Fawaz dari luar bilik.

“Dengar tu…sibuk aja…” marah Uwais.Hannah ketawa.

“Abang Fawaz memang macam tu,tapi dia bukan jahat..abang layan ajalah perangai dia tu.. ya?” Uwais diam.Tak jahat apa!! dia tu nak mengurat sayang….takkanlah tak perasan! ke buat-buat tak tahu? Perangai menyibuk tak boleh blah dia tu aku nak layan? banyak lagi kerja lain!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++++++

Uwais.Topi keledar yang dihulur Uwais masih belum diambilnya.

“Dah tu?” Uwais kerut dahi.Mulalah aku naik bengang dengan dia ni…mengada-ngada..kau ingat kau Hannah aku nak layan? Mangkuk tingkat betul!

“Wei…kan ada dua biji kereta depan kita ni? yang kau nak naik motor buruk ni apahal? kau ni memang suka benda buruk ke?” Fawaz mencekak pinggang.Nasib baik Hanny dalam

rumah,dapatlah aku kutuk motor buruk budak kampung ni.. “Ooo..abang nak kata Hannah tu pun buruklah ya?”

“Bila pulak aku cakap macam tu? Alah..Hannah tu kau dapat sebab nasib kau baik aja…Hannah tu yang malang sebab dapat kau jadi suami dia..”

“Lantak abang Fawazlah ..tak kuasa dah saya nak layan..” Uwais letak topi keledar atas pangkin.Ikutkan hati nak aja aku tinggal dia ni…mulut macam bau longkang!!!

“Siapa suruh kau layan aku…”

“Oiii!!!!! bertuah punya budak, sampai bila korang nak melangak bawah pokok mempelam aku tu!!! korang nak solat Jumaat tak cukup rukun ke? dah pukul berapa ni? nanti terlepas khutbah pulak!! “ Laungan Sarimah dari dalam rumah buat Uwais dan Fawaz macam lipas

kudung.Bergegas Uwais lari mendapatkan motorsikal.Fawaz pulak cuba mencapai topi keledar di atas pangkin tapi terjatuh pulak dan bergolek betul-betul di kaki Sarimah yang pun keluar dari rumah.Gulp!!! Fawaz telan liur bila Sarimah mencekak pinggang.Mahu tak mahu dia beranikan diri mengambil topi itu.Erkk!! garangnya Mak Cik ni…mama aku tak garang macam ni..

“Cepat!!!! jangan sampai kepala korang berdua bergolek macam topi keledar ni..boleh pulak bersembang ? orang dah nak solat kat masjid tu!” jerit Sarimah lagi.

Uwais segera menghidupkan enjin motorsikal tapi tak nak hiduplah pulak.Motor ni pun terkejut dengan jeritan mak aku agaknya..

“Bukan salah saya mak cik! Uwais ni..saya ajak dia pergi naik motor tapi dia nak naik kereta..tu yang kitorang berbincang lama tu..” Fawaz mereka alasan.Dia segera memakai topi keledar. “Tebiat apa nak naik kereta Uwais oiii..kau dah ilang ingatan ke? kan ke kau pergi naik motor selama ni? waktu macam ni jalan sesak..ieeeee…apa lagi tu Uwais?”

“Motor tak nak hidup mak!!” Uwais sudah takut melihat maknya yang dah mula bertukar hampir menjadi Mak Lampir...Dah tu, kena fitnah pulak dengan Fawaz..bila masa aku nak pergi naik kereta!!!!!

“Mari sini…nak aku jugak yang buat kerja senang macam ni..kau ni Uwais,kurang vitamin ke apa?”

Sarimah memberi isyarat supaya Uwais turun dari motosikal.Cepat-cepat Uwais turun.Sarimah pula ambil alih dan akhirnya motorsikal itu berjaya dihidupkan dengan mudah.

“Tengok? macam ni namanya professional…” Sarimah turun dari motorsikal.Fawaz ternganga… “Mak memang terbaiklah mak… tanpa mak,siapalah motorsikal ni..”

“Dah..tak kuasa aku nak melawak dengan kau..pergi cepat!!!!!!!!!”

“Yelah..yelah…cepatlah naik abang Fawaz” arah Uwais yang sudah berada di atas motosikal dan siap memakai topi untuk keselamatan.Fawaz segera naik.Dipegang kemas pinggang Uwais. “Ni apa pegang-pegang pinggang orang ni..” Uwais rasa rimas.Kalau Hannah lainlah

cerita..bersemangat jugak kena peluk macam tu..ini abang Fawaz..ieee..geli aku!! “Aku gayatlah!!!!” Fawaz tak peduli.Dia tetap memeluk pinggang Fawaz.

“Apa lagi tu???” Sarimah bertambah geram.

“Pergi dulu mak!!” Uwais terus menekan gear dan motorsikal itu dipecut laju.

“Hati-hati bawa motor tu Uwais!!!!!!” laung Sarimah.Bergema satu kawasan rumahnya hingga Hannah yang berada di dalam bilik menjenguk ke tingkap.

“Kenapa mak?”

“Itu hah…bertuah dua orang tu, lambat nak pergi solat”

Hannah memandang ke arah jalanraya.Masih boleh nampak Uwais dan Fawaz yang menaiki motorsikal.Comelnya..macam adik dengan abang!

++++++++++++++++++++++++++++++

Balik dari solat Jumaat.Seperti yang dipesan Hannah padanya.Uwais singgah di rumah mereka yang terletak di Bukit Istana.Terpaksa diangkut Fawaz sekali walaupun memang malas dia nak ajak.

dia..ingat rumah kau ke? “Nak minum tak?” tanya Uwais.

“Elok jugak..kau buatkan aku fresh oren..jangan manis sangat tau?”

“Amboi..banyak cantik muka abang Fawaz nak fresh oren? air sejuk cukup ahh..” “Aku memanglah tak cantik..aku handsome..handsome daripada kau pulak tu..”

“Kalau nak minum ambil sendiri” Uwais teringin betul nak tolak Fawaz supaya jatuh dari sofa.Menyampah aku!!

“Aku baritahu Hanny kau tak layan aku macam tetamu..”

“Ieeee..”Uwais pergi juga ke dapur.Agaknya ada lagi minuman Marigold dalam peti ais.

“Woi Uwais…ikan apa yang kau bela ni? dah mati pun..busuklah!!” Fawaz terpandang akuarium kecil di atas meja tepi rak TV.

“Hah? mati? biar betul!!” Uwais baru teringatkan ikan laga Hannah.Masuk aja dalam rumah,dia terlupa nak tengok sebab melayan perangai mengada Fawaz.Uwais tak jadi buka peti ais..dia terus mendapatkan Fawaz yang sedang membelek akuarium dengan menutup hidungnya. “Mati?” tanya Uwais.

“Betul la..kau tengok tu..dah terbalik ikan ni..ikan apa ni?” “Habislah!!!!” Uwais kelihatan cemas.

“Kenapa? ikan aja pun..beli ajalah yang lain..”Fawaz mencapai remote TV.

“Ini ikan Hannah la…dia sayang ikan ni..matilah pulak,mesti sebab dah berapa hari tak makan..” Uwais rasa kesal.Macamana nak beritahu Hannah?”

“Ikan Hanny? kau buat lawak ke apa? sejak bila dia suka bela binatang hanyir macam ni? Fawaz ketawa.Ingat aku nak percaya..Uwais tak pedulikan gelak Fawaz.Dia memandang sayu pada ikan laga yang sudah mati itu…Sian ikan ni…kesian jugak kat sayang aku…mesti dia sedih ikan ni dah mati…

Suami yang Kubenci 39

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 111-114)

Garis besar

Dokumen terkait