“Dah dekat pukul 3.30 petang ni hah… manalah budak-budak bertuah ni tak balik lagi…” Sarimah mengomel sambil mengangkat bakul berisi kain kering yang baru diangkat dari ampaian.
“Abang singgah kat rumah agaknya mak..Hannah ada pesan suruh tengokkan rumah sebab dah berapa hari tak balik sana”
“iya ke..patutlah..” Sarimah membuka radio kemudian duduk di tiang seri rumahnya itu. MALAM KU BERMIMPI HAI DENGAN SATU BINTANG
BERKATA-KATAKU DI JENDELA…
KU LIHAT KANDA TERSENYUM MEMANDANG ASMARA BERGELORA MERESAP KE DADA…
Lagu nyanyian Saloma dan P.Ramlee itu bergema dari radio yang dipasang oleh Sarimah.Klasik FM memang menjadi pilihan halwa telinganya di waktu petang sebegitu.Hannah yang sedari tadi duduk menghadap laptop di ruang tamu mengerling pada mak mertuanya yang sedang melipat kain di tiang seri rumah.Dia tersenyum dan hampir saja ketawa kerana mak mertuanya yang turut menyanyikan lagu itu.Dia sendiri dah tak boleh beza mana satu suara yang keluar dari radio dan mana satu suara mak mertuanya..sedap dan mendayu-dayu.Boleh tahan suara mak mertua aku ni..
“Sedaplah suara mak… lagu siapa ni mak?”
“La..takkan tak tahu, inikan lagu Puan Sri Saloma dan Tan Sri P.Ramlee..mak memang minat sangat…kalau karaoke kat rumah ni memang mak nak nyanyi lagu diorang berdua ni aja..Uwais sampai naik rimas..kadang tu mak paksa dia berduet dengan mak..” bukan main lagi Sarimah bercerita tapi tangannya tetap lincah melipat pakaian.
“OO..”Hannah angguk.Aku manalah pernah dengar lagu lama…Karaoke? dasyat jugak mak mertua aku ni.Matanya terarah pada Set karaoke di rak TV.
“Mak suka menyanyi jugak ke?”
“Ish…mak ni setakat menyanyi di dapur aja..karaoke tu kalau boring menjadi aja..apa,ingat orang tua macam mak ni tak tension dengan kerja-kerja rumah ni semua? ” Sarimah ketawa.Hannah pun ketawa juga. Alahai.. mak mertuaku!
“Dulu masa muda belia macam Hannah ni, mak ni selalu kena tegur dengan arwah Tuk Wan Uwais..bukan apa,asyik menyanyi aja kat dapur..tahu ajalah,kalau suka menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua katanya…tapi,mak kahwin bukan setakat muda..macamana Hannah tengok muka Uwais tu..macam tu la arwah ayahnya masa muda..Cuma rambutnya tu..ada jambul la..tu yang mak terpikat tu..” Sarimah rancak bercerita kisah zaman muda.Hannah menutup laptop.Dia bangun dan duduk berhadapan dengan Sarimah.
“Mak kenal arwah ayah macamana ya?”
“mula jumpa masa dalam satu majlis kenduri kahwin..dia ahli kugiran,pemain gitar..” “O..abang tu pun pandai main gitar kan mak? Hannah nampak ada gitar kat rumah..”
“Memang pandai..dia belajar dengan arwah dulu, pendek kata..memang banyak ikut perangai ayahnya tu..”
Hannah senyum.Ada jugak ikut perangai mak yang suka buat scene of humor tu..”
“Lagi mak..ceritalah…” pujuk Hannah.Sarimah mula bersemangat.Maklum ajalah,mengimbas kembali zaman cinta pertama dan terakhirnya tu..terujalah pulak!
“Dia kenyit mata kat mak masa mak terpandang kat dia..tapi mak tak layan..walaupun handsome..”
“Mak jual mahal ya..” Hannah mengusik.
“Eh,mestilah…tapi dalam hati tu dah rasa macam Saloma dengan P.Ramlee pun ada..” Sarimah ketawa lagi.Hannah merenung wajah mak mertuanya itu.Tidak nampak tua seperti usianya yang sudah menjangkau 50 tahun..Bila ketawa dan tersenyum masih jelas kelihatan lesung pipit di pipi kanannya..tentu masa muda dulu mak mertua aku ni cantik kalau tak takkan abang Uwais aku tu handsome..adik ipar aku tu pun lawa apa..
“Satu hari, mak dapat surat…yang pelik tu takde nama dan alamat..tapi bila buka surat tu,rupanya surat cinta…daripada abang posmen..”
“Abang posmen?”
“Iyalah…arwah ayah tu kerja posmen..hari-hari hantar surat kat mak..surat cinta,sampai sekarang mak simpan..ya lah, walaupun dia dah takde tapi kasih sayang dia tak pernah mati..sampai sekarang mak masih cintakan arwah…”
Hannah terharu mendengarnya.Pertemuan pertama yang membawa kepada utus mengutus surat cinta dan kemudian berkahwin hingga salah seorang dari mereka telah dipanggil Ilahi tapi cinta itu tak pernah mati..Langsung tak sama dengan kisah cintanya..Hannah teringat pada pertemuan pertamanya dengan Uwais ,berlaku pertengkaran kecil..kemudian diikuti pertemuan
kedua..berlaku pergaduhan yang agak menakutkan..dia masih tak lupa bagaimana dia menyiram Uwais dengan milo ais..tak cukup tu..ditenyeh pula dengan burger keju…Akhirnya, mereka berdua dipertemukan oleh Tuk Ayah..masih segar diingatannya pertengkaran hebat antara dia dan Tuk Ayah kerana dia berkeras menolak untuk dijodohkan dengan seorang penjual burger !
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Takkan batal? Tuk Ayah, nak buat majlis apa lagi kalau pengantin lelaki dah takde? “ Hannah betul-betul tak faham.Mula-mula Tuk ayah putuskan pertunangannya dengan Tengku Muiz.Dia pun memang setuju.Dah tak hard-up dia nak bersuamikan lelaki tak bermoral macam tu.Ieee… kalau aku tahu perangai dia macam tu, dari dulu lagi aku dah reject..sekarang ni,aku jugak yang dapat malu!
“Kalau takde,kita adakan…”selamba jawapan itu.Tuk ayahnya yang sedang membelek akhbar di pandang dengan perasaan terkejut,hairan dan tak sedap hati. Ewah..sedapnya Tuk Ayah aku ni bercakap…kalau takde kita adekan? ingat aku nak kahwin pondok-pondok ke?
“Tuk Ayah,Hannah tahu semua orang tertekan..malu dengan apa yang Muiz tu dah buat tapi…lawak yang Tuk Ayah buat ni tak lucu pun..”
“Bila pulak Tuk Ayah buat lawak Hannah..”
“Tadi tu?.. dah la Tuk Ayah, Hannah dah ambil keputusan untuk batalkan semua tempahan yang kita dah buat… dah takde hati nak kahwin…”
“Hai..senangnya nak batalkan macam tu aja ya? kau ingat muka Tuk Ayah ni tebal macam dinding rumah ni? kau jangan nak mengada-ngada Hannah Maryam… Atuk kata jangan batal!!.. seminggu aja lagi majlis tu,saudara-mara kita semua dah buat persiapan,tetamu pun dah dapat jemputan..”
“Hannah nak nikah dengan siapa?” Bentak Hannah.Tuk Ayah aku ni dah kenapa pulak? Hatinya dah mula cuak.Siapa pulak yang dia kena nikah? dia bukannya terdesak sangat pun!
“Dengan pilihan Tuk Ayah.Sekarang masa untuk kau dengar cakap Tuk Ayah…dari kecil sampai ke besar asyik ikut cakap kamu aja..nak itu,nak ini..sampaikan kau bertunang di UK pun…ikut kepala kau aja ya? sekarang ni siapa yang kena tanggung malu? Aku ni Hannah!! ada kau fikir semua tu?”
Hannah terkedu.Tak pernah dia kena marah dengan Tuk Ayah sebegitu.Dia tahu dia dah malukan keluarganya tapi bukan salah dia..semua tu salah Muiz!! bukan dia yang kena tangkap khalwat..tapi nak buat macamana..kerana nila yang bukan setitik itu..memang sah-sahlah rosak susu sebelanga!
“Tuk Ayah nak suruh Hannah nikah dengan siapa? Hannah tak nak kahwin dengan orang yang Hannah tak suka..”
“O..jadi kau fikir Si Muiz keparat tu sukakan kau la? kalau dia cintakan kau takdelah dia nak buat tak senonoh dengan budak sekolah tu…macam tu nak jadi menantu dalam keluarga ni? langkah mayat aku dulu!! dulu masa aku nak jodohkan kau dengan Fawaz bukan main lagi kau tak nak..bolehlah aku terima kalau sebab kau anggap dia abang tapi kali ni aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi..sampai tarikh nikah nanti,kau mesti kahwin dengan Uwais!”
Uwais? Hannah tambah terkejut mendengar nama tu… apasal macam pernah dengar nama tu? kalau tak salah aku nama tu sama dengan nama penjual burger kurang ajar tu! Hatinya makin
resah.Takkan kut..dalam Malaysia ni ada ramai nama yang serupa. “Siapa Tuk Ayah?”
“Uwais… baik budak tu Hannah…Tuk Ayah percaya..kalau kau kahwin dengan dia..InsyaAllah kau bahagia..”
“Hannah tak nak Tuk Ayah!! “
“Degil betul budak ni… Tuk Ayah tak peduli..kau kena ikut jugak..kahwin dengan pilihan Tuk Ayah!” marah Tn Sri Idris hingga bergema suaranya satu rumah.Hannah diam.Dia rasa nak menangis kerana membayangkan dia terpaksa berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal! keinginan Tuk Ayah ini lebih dahsyat daripada berita Tengku Muiz ditangkap khalwat!
“Dengar sini Hannah..kalau kau degil lagi, Tuk Ayah akan batalkan hasrat Tuk Ayah nak lantik kau jadi CEO syarikat… orang yang tak bertanggungjawab macamana nak jadi CEO? yang dah malukan keluarga?”
“Apa kena mengena dengan tu pulak? itu kan memang hak Hannah? mana boleh Tuk Ayah ugut macam tu?” Dia sudah mula tak puas hati.. mana boleh Tuk Ayah ketepikan dia sebagai CEO sedangkan itu warisan arwah papanya.Dia anak pertama jadi dialah yang berhak! Tuk Ayah Cuma pemegang amanah saja..”
“Kau berani nak membantah lagi? kau betul-betul nak Tuk Ayah buat macam tu ke? memang betul hak kau dalam syarikat tu warisan daripada arwah papa kau tapi..saham Tuk Ayah lebih besar dalam syarikat tu..Tuk Ayah ni pengerusi Hannah..kau betul nak Tuk Ayah singkirkan semua hak kau dalam tu? jangan lupa..kau ada dua orang lagi adik..” Tan Sri Idris senyum sinis.Bukan sengaja dia nak mengugut tapi dia sendiri dah lama makan hati dengan perangai keras kepala cucunya itu.
Hannah mengeluh.Kenapalah sekarang Tuk Ayahnya dah berubah…agaknya terlampau marah dengan apa yang telah terjadi.Dia tak boleh biarkan cita-cita dia sebagai CEO terkubur macam tu aja..dia belajar bersungguh-sungguh hanya dengan satu impian..dia mahukan semua haknya! “Kalau dah macam tu,terpaksalah Hannah setuju..” jawabnya lemah.Sungguh dia rasa dia mangsa keadaan..
“Huh..itu yang kau nak dengar…kau jangan sedih..Orang yang Tuk Ayah pilih ni Tuk Ayah dah siasat latarbelakang dia.. baik dan bertanggungjawab..”
“Tan Sri…Tetamu yang Tan Sri tunggu dah sampai..”Mak Awa muncul dan mencelah perbualan mereka.
“Eloklah tu..suruh dia masuk..”Arah Tan Sri Idris. “Siapa Tuk Ayah?”
“Siapa lagi…bakal suami kaulah..”Tuk Ayahnya senyum lebar. “Assalamualaikum Tuk…” satu suara kedengaran menyapa. “Hah..mari sini Uwais..baru balik kerja ke?”
“Haah baru balik dari kelas tusyen..”
Hannah terkebil-kebil memandang kemesraan kedua lelaki di hadapannya itu.OMG!! memang dia ke?? penjual burger tu?
“Ini ke orangnya Tuk Ayah?” Hannah terus saja bertanya.
“Awak?? Hannah merenung Uwais yang kelihatan turut terkejut. Tidak!!!! aku tak rela nikah dengan Penjual Burger ni…macam ni kata baik? bertanggungjawab? aku boleh bahagia?
“Kamu berdua dah kenal ke? elok sangatlah tu...” Tan Sri Idris ketawa.Hannah tak cakap apa-apa walaupun dia terlalu ingin menjerit dan mengatakan dia tidak mahu bahkan tidak rela tapi
mengenangkan jawatan CEO yang dicitakan sangat tu..dia putuskan untuk berdiam sahaja.. “Memang kenal..kenal sangat,cucu Tuk Ayah ni pelanggan gerai saya..pelanggan setia pulak tu” Kata-kata Uwais itu buat dia rasa nak termuntah.Dia tahu itu sindiran sebenarnya.Kenapa lelaki tu boleh berlagak tenang? Kenapalah penjual burger ni yang dipilih Tuk Ayah..kalau beginilah jadinya,betul-betul dikatakan pelamin anganku musnah!
+++++++++++++++++++++
“Jauh menung Hannah?” sentuhan di bahunya mematikan lamunan.Dia tengok mak mertuanya sudah selesai melipat kain.Bahkan sudah bangun masuk ke bilik untuk menyimpan pakaian yang dilipatnya itu.
“Dengar bunyi motosikal tu..dah balik agaknya bertuah berdua tu..cuba kau tengok Hannah?” Arah Mak mertuanya.Memang betul kedengaran bunyi motosikal.Hannah segera menjenguk di tingkap.Memang betul,Uwais suaminya sudah balik.Dia terkenangkan kata-kata Tuk
Ayahnya..kau jangan sedih Hannah..lelaki yang Tuk Ayah pilih ni orangnya baik…
Hannah senyum pada Uwais yang melambai padanya.Kalau dulu dia kata dia tak kan bahagia tapi sekarang dia akui dia terlalu bahagia bersama penjual burger pujaan hatinya..Terima Kasih Tuk Ayah! walaupun permulaannya tidak begitu indah..