• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 58 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 185-189)

“Kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Uwais sebaik sahaja dia masuk ke bilik.Dia mendekati Hannah yang sedang berbaring sambil membelek sebuah album di tangannya.

“Tunggu abanglah…”

“Kan abang dah cakap, sayang mesti kena tidur awal…Abang kan selalu balik lewat malam..” Uwais duduk di sisi Hannah.Dia melihat album gambar yang tadinya ralik direnung isterinya. “Baru pukul 11 malam..awal pulak abang balik?”

“Balik sebab tak tahan duduk kat gerai tu..” “Kenapa? ramai sangat pelanggan ke?”

“Ramai tu biasalah…tapi…”Uwais berhenti seketika.Dia bersandar di kepala katil.Dipaut tubuh Hannah supaya bersandar di dadanya.

“Tapi apa..” Hannah cuit dagu Uwais.

“Entahlah, abang dah tak boleh nak bau burgerlah sayang…tadi abang cuba nak buat burger tapi tiba-tiba abang rasa tak tahan dengan bau cheese tu..nasib baik tak termuntah kat situ..abang pun balik ajalah..”

“Pulak…hmmm..pelik juga ya..siannya suami saya ni..”Hannah ketawa.Uwais menarik hidungnya. “Sayang tengok apa tadi?” Uwais mengambil album di tepi bantal.

“Saja tengok gambar kahwin kita..tak sangka pulak abang ada simpan gambar-gambar ni..saya jumpa dalam laci almari pakaian kita masa nak kemaskan baju abang tadi” beritahu

Hannah.Uwais sudah membuka album gambar itu.

“Memang abang simpan…seminggu lepas kita kahwin,jurugambar yang Tuk Ayah minta ambilkan gambar masa hari kita kahwin tu datang jumpa abang…dia berikan gambar-gambar ni..dia cakap,pengantin perempuan busy tak boleh nak berurusan pasal gambar ni..” cerita Uwais.Hannah terdiam.

Memang seminggu selepas kahwin,dia ada dihubungi jurugambar itu tapi dia buat tak

peduli.Kalau dah kahwin pun sebab terpaksa,untuk apa dia ambil kisah pasal gambar-gambar tu.. “Saya minta maaf…” Hannah bersuara perlahan.Dia turut melihat gambar-gambar didalam album itu.Uwais mengeluarkan salah satu daripada gambar-gambar yang ada.

“Tengok ni…gambar ni cantik..tapi senyum sayang ni…senyum paksa kan?”

Uwais tunjuk gambar ketika dia dan Hannah selepas majlis akad nikah.Hannah berdiri rapat dengannya dalam pakaian serba putih.Dia ingat lagi,masa tu Maira yang beriya suruh dia dan Hannah mengambil gambar bersama.

“Alah abang ni…yang sudah tu sudahlah…nak ingat lagi buat apa.Tak suka tau…”Hannah pukul dada Uwais.Dia mengerling Uwais yang ketawa.

“Bila fikirkan balik…macam tak percaya pulak..cucu Tan Sri Idris yang sombong tu dah banyak berubahlah….abang nak tanya satu soalan boleh?”

“Apa?” Hannah tayang muka cemberut.Uwais sengeh. “Sayang bencikan abang lagi tak?”

“Mestilah tak..”Hannah cium pipi Uwais. “Sayang abang tak?”

“Saaayaaanngg sangat…kan baby? kita sayang papa kan?” Hannah memegang perutnya.Dia ketawa bila Uwais mengerut dahi dengan gelagatnya.

“Sukanya dia…”

“Mestilah…tak lama lagi kita akan ada baby..masa tu,abang jangan nak buat perangai budak-budak lagi tau…saya tak laratlah nak layan baby kecil dengan baby besar ni..”Kali ini dia menarik pipi Uwais pula.

“Ya Allah…tangan ni duduk diam boleh tak..”Uwais senyum saja.

“Tak nak!!!” Hannah capai teddy bear gergasi dan dipeluknya.Tidak ada tanda-tanda yang Hannah mahu tidur bila dicapai pula PDA di atas meja tepi.Uwais perhatikan saja gelagat Hannah.Tak boleh jadi ni…dia kalau dah dapat benda tu,aku pun dia lupa..

“Mari sini..abang nak tidurkan baby dengan mama dia yang nakal ni…”Uwais menepuk bantal.Dia mengisyaratkan Hannah berbaring.

“Tak mengantuk lagilah..” Hannah geleng.Uwais tahu Hannah memang sengaja nak

bermanja.Hannah cuba untuk melihat PDA tapi Uwais sudah pun menarik tubuhnya dan dia dibaringkan.

“Tak nak tidur lagi….”Hannah ketawa kecil.

“Syyhhhh…tidurlah..pejam mata tu..tak reti penat ke? pregnant dengan tak pregnant sama aja aktifnya..tahulah takde alahan..” Uwais memeluk pinggang Hannah.Diusap lembut kepala Hannah.

Hannah pejam mata.Dia dapat rasakan ciuman Uwais di pipinya.Pelukan Uwais begitu kemas.Dia dapat dengar Uwais membisikkan doa tidur dan beberapa surah pilihan di telinganya hinggalah dia terlena.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Tolong jaga dia….” Mata Fawaz terarah pada Batrisya yang sedang berbual dengan

Hannah.Hari itu Uwais dan Hannah datang ke rumah Tuk Ayah untuk mengucapkan selamat jalan padanya.Dan yang paling dia terharu.Batrisya awal pagi lagi sudah datang membantu dia mengemas pakaian.Bahkan dia berasa lapang kerana kedua ibubapanya juga sangat sayangkan Batrisya.Terutama mama..bukan main suka lagi Batrisya datang..macam dah betul-betul jadi menantu..

“ tahulah…sekarang ni kerja saya dah lagi turun taraf…dah jadi jaga pulak …nak kena jaga Hannah dengan baby..sekarang nak kena jagakan buah hati abang Fawaz…iyalah,takut ada orang lain kebas pulak kan” kata-kata Uwais itu buat Fawaz ketawa.

“Mestilah…aku dekat sana lebih kurang dua bulan..jauh tu,manalah tahu kalau ada lelaki lain yang nak mengurat dia..kau ajalah harapan aku..”

“Jangan bimbanglah…InsyaAllah,6 bulan akan datang..Sya tu sah jadi isteri abang..”

“Terima Kasih…. walaupun kau ni kadang-kadang menyakitkan hati aku..tapi sungguh aku cakap ni..kau lelaki paling baik yang pernah aku jumpa..sekarang ni,aku dah tak risau lagi tentang masa depan Hanny..lagipun,bila aku balik nanti…projek akuakultur yang kita bincangkan tu,aku yakin kau boleh buat..”Fawaz menepuk bahu Uwais.

“Saya pun nak ucap terima kasih sebab abang Fawaz setuju nak jadi pelabur projek tu”

“Small matter la..aku ada duit tapi kau ada idea…apa salahnya kalau kita bekerjasama..sekarang kita bukan orang lain…keluarga kau keluarga aku juga..dan kita satu keluarga..ingat,itu pesan Tuk Ayah… walau siapapun kita..keluarga perlu diutamakan”

“Kalau tengok pada rupa abang Fawaz kan..memang tak sangka boleh cakap macam tu…”Uwais ketawa.Fawaz tumbuk bahu Uwais.Dia senyum saja.Ingat aku apa? poyo sangat ke?

“Dah lewat ni abang Fawaz..nak bertolak ke KLIA dah 4 jam..”

“Aku nak masuk dalam sekejap..” Fawaz mengatur langkah.Dia mahu berjumpa dengan ahli keluarga yang lain sebelum bertolak ke KLIA..hari itu juga dia akan pulang ke Dubai untuk menyelesaikan semua urusan perniagaannya.

“Sayang..abang masuk sekejap,sayang tunggu ya?” sempat dia berpesan pada Batrisya.

“OMG!! Sayang?” Hannah angkat kening pada Batrisya.Gadis itu senyum dengan wajahnya yang memerah.Memang semenjak mereka sudah bertunang Fawaz sudah membiasakan diri

memanggilnya begitu.

“Cik Abang dah nak balik Dubai…tinggallah Cik Adik kat Malaysia ni sorang-sorang..”Uwais mengusik sebaik saja dia menghampiri kedua wanita itu.

“Abang Uwais ni…saja tau,kalau tak usik saya tak boleh ke?” marah Batrisya.

“Amboi…sejak bertunang dengan Abang Fawaz ni,dah pandai marah-marah la…Sya, jangan garang macam orang tu tau..nanti abang Fawaz lari..”

“Ieeee…nak cakap sayalah tu kan? “

“Mana ada..abang tak sebut nama pun..” Uwais buat muka tak bersalah.

“Menyampah!!” Hannah tolak Uwais kerana geram.Dia terus masuk ke dalam rumah.

“Satu lagi kan Sya..tolonglah jangan ada perangai kuat merajuk macam tu..penat tahu tak nak pujuk..” Uwais segera mendapatkan Hannah.Batrisya ketawa kecil melihat Uwais yang berusaha memujuk Hannah.Dari jauh dia lihat Hannah sedang mencubit Uwais,tak cukup dengan itu

dipukul lengan lelaki itu beberapa kali.Errkk!! memang garang pun..tak pun,pembawakan budak agaknya…

“Ni kenapa senyum sorang-sorang?” entah bila Fawaz sudah berada di belakangnya,dia sendiri tak perasan.

“Takde apalah..emm..Abang dah nak pergi ke?” tanya Batrisya.Fawaz angguk. “Jaga diri baik-baik..”

“Hmmm..”Fawaz pandang Batrisya lama. “Saya ada sesuatu untuk abang..”

“Apa dia?” Fawaz teruja.Batrisya memberi isyarat tunggu.Tunangannya itu pergi mengambil sesuatu dari dalam keretanya.

“Ini untuk abang….”Batrisya menunjukkan sehelai sapu tangan berwarna putih dan berbunga mawar merah.Pada permukaan putih itu terdapat sulaman tangan gabungan singkatan nama antara dia dan Batrisya.

“Kenapa tak tulis Fawaz dan Batrisya?” Fawaz senyum ketika merenung gabungan nama itu. “Saja..untuk kita berdua…biar kita aja yang tahu..”Batrisya membalas senyuman Fawaz.Biar kita saja yang tahu…hmmmm…Fawaz angguk.Rasa hati antara dia dan Batrisya..biar mereka berdua dan Allah saja yang tahu…dan dua gabungan nama itu adalah simboliknya.

“Abang suka…cantik..terima kasih sayang..”

“Kasih diterima…”jawab Batrisya.Fawaz ketawa mendengar jawapan itu.

“Salam dengan abang…dah nak pergi ni..”Fawaz mengalas tangan kanannya dengan sapu tangan yang dihadiahkan Batrisya.Dihulurkan tangan yang sudah beralas itu lalu disambut Batrisya.Diletakkan tangannya itu di dahi Batrisya seketika.Seandainya Batrisya sudah sah buatnya.Sudah tentu dahi itu dikucupnya..Sabarlah wahai hati..6 bulan saja lagi!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Abang suruh abang Wahab aja hantarkan ya?” Uwais bangun dari sofa.Dia mahu membuat panggilan ke talian Abang Wahab.Baru sahaja balik dari rumah Tuk ayah,Hannah dah buat hal lagi.Kali ni nak makan Cheese Burger yang dia buatkan.Bukan abang tak nak sayang…tapi dah tak larat nak muntah!

“Tak nak!!! nak yang abang buat jugak” Hannah menarik tangan Uwais.Bukan main beriya-iya tangannya itu ditarik.

“Macamana nak buatkan..abang tak boleh baulah sayang…tak tahan baunya..” tegas Uwais. “Nak cheese burger yang abang buat!!!!” Hannah sudah memaut pinggang Uwais.Dia menyandarkan mukanya di dada suaminya itu.

“Bukan abang tak nak buat…abang tak tahan nak bau cheese tu sayang…cubalah

faham..sayang kan tadi dah makan banyak kat rumah tuk ayah? lapar lagi ke?” Uwais mengusap rambut Hannah.

“Abang sayang saya tak ni? ” Hannah tarik-tarik bajunya.Banyak pulak soalnya abang ni...Lapar tahu tak!

“Sayang…” jawab Uwais lembut.Dia nampak maknya yang sedang menonton TV buat tak tahu saja.Kalau pasal menantu dia..semuanya boleh! bukannya nak tolong pujuk Hannah supaya beralah.Apa beza burger yang dia buat dengan burger yang abang Wahab buatkan? sama aja…Cheese Burger jugak!

“Please…please..please…nak cheese burger..abang tak kasihan kat baby kita ni? baby nak makan cheese burger…”

“Oklah..abang suruhlah abang Wahab bawakan dari gerai..”

“Tak nak yang abang Wahab buat! orang nak yang abang buatkan…” Hannah sudah mula menangis.Uwais cuak.Nak makan burger pun sampai menangis? tak faham betul aku orang mengidam ni..

“nak cheese burger..”rengek Hannah.T-shirt Uwais sudahpun basah dengan airmata

Hannah.Jangan nangis boleh tak? mulalah aku rasa jantung aku nak luruh ni..tau aja dia yang aku tak boleh tengok dia nangis!

dia nak kau jugak yang buatkan burger tu..ikutkan ajalah..kau nak ke anak kau besok,air liur meleleh tepi mulut?”

Uwais geleng.Wajah maknya yang sudah mula nampak tanda-tanda nak marah itu

dipandangnya.Mak pun satu hal…manjakan sangatlah menantu dia ni…tapi betul jugak..kang tak pasal-pasal kempunan sayang aku ni..

“Kesian menantu mak tu… semalam dia nak sambal petai udang mak dah buatkan..hari ni dia nak burger aja Uwais..apalah susah sangat…kau pergi buat sekarang!! macamlah tak boleh kau tutup hidung kau tu dengan kain..” Sarimah sudah mula melenting.Untuk menantu dan cucu aku..jangan nak pandai-pandai kata tak boleh….

“Dengar tu..mak lagi sayang saya…Abang ni,cakap aja sayang…”Hannah memukul dadanya. “Sakitlah sayang…abang pun dah macam orang mengandung jugak…muntah aja

kerjanya..pening lagi..sayang tu Cuma tahu makan aja,nak itu nak ini…pulak tu aktif bukan main..asyik nak belasah abang aja..” bebel Uwais.Sekali lagi Hannah memukul dadanya. “Mak tengoklah ni…jangan esok anak saya suka belasah orang sudahlah..”

“Kau tu pun satu hal..kau kira kau punya alahan aja..itu baru sikit dugaan perempuan

mengandung yang kau dapat..Hannah ni nanti,nak kena bawa perut,nak kena tanggung sakit bersalin lagi…kau tak kasihan ke kat dia?” Sarimah bangun .Dia mahu pergi menjenguk Anis di bilik.Sibuk pasal Uwais dan Hannah hampir lupa pulak anak daranya yang sorang itu.

“Jangan cakap macam tu mak…takkanlah saya tak kasihan”Uwais ketap bibir.Dia rasa bimbang pula bila membayangkan kesakitan yang akan Hannah hadapi nanti.Sarimah buat tak peduli aja.Wah!! mak memang pilih kasih…

“Takpelah…abang buatkan ya sayang?”

“Betul?” Hannah senyum.Sebenarnya dia saja nak menduga.Bukan main susah dia nak berpura-pura menangis.Sayang abang juta-juta!

“Betul…nak buat macamana..sayang dah mengidam sangat kan..itulah,dulu bukan main berlagak..tak nak makan burger abang..sekarang sampai menangis nak makan..”Usik Uwais. “Ieeee…saja tau nak malukan orang..”Hannah cuba memukul dadanya tapi Uwais lebih dulu menahan.

“Tangan ni..suka sangat pukul abang ni kenapa…boleh tak kalau nak marah tu,cium abang ke..bestlah jugak..”

“Abang…cepatlah!! nak burger..”

“Iya…hiiii…kuat betul makanlah,muka sayang pun dah makin tembam lah..” “Macamana tak tembam…anak abang ni,suka sangat makan..”

“Elleh…dia yang nak makan sebenarnya..tapi kan,makin comel pulak sayang abang ni…” “Comel? ini baru nak masuk 3 bulan tau..akan datang lagi luar biasa comelnya…”Hannah ketawa.Dia tahu berat badannya sudah semakin bertambah tapi dia tak kisah.Selepas bersalin nanti dia sudahpun meminta Aisya menyusun jadual hariannya bersama kosultan perunding imejnya.Penting tau..kalau tak nanti,tak pasal-pasal ada dua,tiga dan empat di belakang…Uwais aku ni boleh tahan juga gatalnya!

Suami yang Kubenci 59

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 185-189)

Garis besar

Dokumen terkait