“Apa? penjual burger?” airmuka Fawaz kelihatan tegang. Sedikit terkejut Hannah dengan reaksi Fawaz sebaik saja dia menceritakan siapa Uwais sebenarnya dan bagaimana mereka boleh berkahwin.
“Iyalah,penjual burger..” jawab Hannah bersahaja. Ketika itu dia dan Fawaz sedang bersarapan. Terlintas fikiran Hannah mengingati Uwais. Kesiannya Uwais aku tu, tak sempat nak sarapan.. “Penjual burger?” tanya Fawazlagi. Nampak benar dia tak percaya. Hannah mengerut dahi. Berapa kali aku nak cakap? takkanlah aku sebut penjual burger bunyinya penjual tempe pulak? apa-apa ajalah abang Fawaz ni.. yang dia sentap sangat tu kenapa?
“Iya abang Fawaz, siang dia mengajar di sekolah..malam dia berniaga burger..”
“Macamana pulak Hanny boleh kahwin dengan lelaki macam tu? abang kenal Hanny, lelaki low kelas macam tu, tak tersenarai pun sebagai kawan, suami apatah lagi…CEO kahwin dengan penjual burger? abang tak sangka citarasa Hanny dah sama macam Maira..” Fawaz senyum sinis. Dia memang tak boleh terima adiknya Maira berkahwin dengan As’ad yang hanya kerani cabuk sekolah.
“Kenapa? CEO mesti kena kahwin dengan CEO jugak ke?” Hannah tak puas hati dengan sindiran Fawaz. Bila dia fikirkan balik, dulupun dia berfikiran yang sama dengan Fawaz..setiap hari bila dia pandang Uwais rasa macam pandang sampah tepi jalan…kalau bertengkar mesti nak menghina pekerjaan Uwais,padanya penjual burger tidak layak untuknya yang datang daripada keluarga ternama.
“Maksud abang , dah takde lelaki lain ke? takkanlah dah terdesak sangat?”
“Abang Fawaz… mahunya tak terdesak kalau seminggu lagi tarikh nikah Hanny dengan Muiz tu, tiba-tiba dia kena tangkap khalwat… masuk surat khabar pulak tu..malu abang tahu tak! dah tu, kad jemputan semua dah edar…takkanlah sampai tarikh nikah tu semua orang datang tapi nikahnya tak jadi?”
“Itu lagi satu hal…kalau abang tahu itu sebabnya Hanny tak jadi nikah dengan Muiz..masa di Dubai that day, abang kerjakan dia cukup-cukup..” Fawaz menghentak meja dengan
penumbuknya.Hannah telan liur,Uiks…lebih-lebihlah pulak abang Fawaz ni..
“Kalau iyapun dah terdesak sangat…kenapalah Hanny kahwin dengan lelaki macam tu? takde masa depan tahu tak? orang kalau nak cari suami,carilah yang stabil..” Fawaz merenung
Hannah. Macam aku ni baru betul.. yang terbaik ada depan mata tak nampak tapi penjual burger tu dia boleh pulak terima?
“Abang Uwais tu Tuk Ayah yang pilih…” cerita Hannah lagi. “Habis tu..kenapa tak bantah?”
“Nak bantah apa, Tuk Ayah cakap dia dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi dah..abang Fawaz kan tahu,masa di UK dulu,Hanny bertunang dengan Muiz tak cakap dengan Tuk Ayah..balik Malaysia aja, Tuk Ayah marah-marah bila dapat tahu hal tu, terus dia paksa Hanny nikah cepat dengan Muiz tapi lain pulak kisahnya… rancang dengan orang lain tapi jadinya dengan orang lain..”
“Salah siapa? Hanny memang saja cari pasal… elok-elok Tuk Ayah nak jodohkan kita.. Hanny tak nak..pilih Muiz tu kononnya sebab dia anak orang ternama..ada title “Tengku”..tapi sekarang apa jadi? dapat suami penjual burger… “
Hannah hilang kata-kata.Dia memang cuak kalau Fawaz ungkit tentang keinginan Tuk Ayah yang dulu nak jodohkan mereka berdua.Dia sayang dan hormatkan Fawaz kerana lelaki itu adalah lelaki kedua yang sentiasa ada bersamanya selepas Tuk Ayah.Dia tidak ada ayah untuk
bermanja, Tuk Ayah pula jauh di Malaysia.Bersama Fawaz dia rasa terlindung dan selamat.Sebut sahaja apa yang dia mahu,tidak pernah Fawaz gagal untuk dapatkan..setiap kali hari
lahirnya,Fawazlah orang pertama yang akan mengucapkannya..Fawaz sentiasa mendahului sesiapa sahaja.Sekalipun ketika dia memilih Tengku Muiz..Fawaz tetap juga setia
menjaganya..Cuma bila dia memutuskan untuk bertunang dengan Muiz..Tiba-tiba Fawaz menghilang tanpa berita..
abang….Hanny sayang abang, tapi Hanny tak boleh terima abang sebagai suami..”
“Tapi penjual burger tu boleh pulak Hanny terima? abang dengan Uwais tu, siapa yang lebih layak?” Fawaz tidak ada selera untuk makan.
“Cinta tak boleh dipaksa abang Fawaz… kalau dah Allah nak tanamkan rasa sayang dalam hati, tak kira siapa orang tu..kita tetap akan sayang..” Hannah tak mahu melukakan hati Fawaz tapi dia nak buat macamana? kalau masa sebelum Uwais wujud dalam hidupnya pun dia dah memang menolak Fawaz inikan pulak bila Uwais dah dinaiktaraf sebagai penjaga hatinya.. dah memang tak boleh nak buat apa lagi dah..cintanya pada Uwais dah tahap kronik!
“Huh…sekarang bolehlah cakap macam tu..” “Maksud abang?”
“Siapapun kalau dapat kahwin dengan orang cantik dan kaya macam Hanny ni takkan
menolak..nak pulak kalau yang jenis miskin papa kedana.. cuba kalau Hanny ni bukan sesiapa, nak ke Uwais tu terima? pernah tak Hanny fikir tu semua? Fawaz cuba menanam rasa
syakwasangka dalam hati Hannah.
“Tak baik abang tuduh suami Hanny macam tu, abang tak kenal dia..abang tak boleh cakap macam tu” Suara Hannah bergetar.Ikutkan hati nak aja dia marahkan Fawaz yang semudah itu menilai Uwais.Dia sudah mula mengenali Uwais. Suaminya seorang yang sederhana. Tak pernah pun mengambil kesempatan padanya, tapi dialah yang sebenarnya melayan buruk suami
sendiri.Kalau betul Uwais nak hidup senang , kenapa Uwais tolak tawaran kerja
daripadanya.Walaupun dia tahu perkahwinan dia dan Uwais ada kaitan dengan duit 50 ribu daripada Tuk Ayah tapi hanya setakat itu.Kalau betul pun Tuk Ayah bayar Uwais untuk
menikahinya,dia tak ambil peduli lagi.. dia tak mahu tahu lagi pasal hal tu..yang dia tahu Uwais dah jadi hak miliknya dan dia takkan benarkan sesiapapun menghina dan merendahkan Uwais… “So, Hanny kenal sangatlah suami Hanny tu? berapa lama Hanny nikah dengan dia? sebelum nikah pun tak pernah kenal kan?”
“Penting ke berapa lama? masa tak jadi penyebab sama ada seseorang tu boleh dipercayai ataupun tak,kadang-kadang orang yang dah lama kita kenal pun boleh tikam kita dari belakang abang Fawaz…” Tegas suara Hannah mempertahankan kepercayaannya pada Uwais.Bukan dia nak kurang ajar dengan Fawaz sebagai lelaki yang dianggap abang itu tapi kalau dah sampai cuba menanam duri dalam hatinya, dah tentulah dia takkan berdiam saja.Tak baik betul abang Fawaz ni, tak suka tau kutuk abang Uwais Hanny macam tu…
Fawaz terkedu.Pedas sungguh kata-kata Hannah itu.Walaupun tidak ditujukan padanya secara langsung,entah kenapa dia pula yang terasa..bak kata pepatah..siapa yang makan cili dia yang akan rasa pedasnya!
+++++++++++++++++++++++++
“Eh…eh…ada orang tu kan,asyik senyum aja..sampaikan tulis BRM pun tersenyum-senyum jugak?”
Teguran Batrisya itu buat Uwais ketawa.Dia meletakkan pen dan mendongak pada Batrisya yang duduk hanya bersebelahan dengan mejanya. Apa tak senyumnya kalau dah sepanjang hari hanya teringatkan Hannah Maryam..
“Cikgu Batrisya baru habis kelas ya?” usik Uwais.Batrisya membalas senyumannya.Dia seperti mendengar loceng tamat waktu pembelajaran sebentar tadi.
“Cikgu Uwais!! takde kelas ke?” sempat Uwais disapa salah seorang guru muda yang baru saja masuk ke dalam bilik guru itu.
“Takdelah! dah habis, kelas sikit aja hari ni…” jawab Uwais sambil mengangkat tangan. “Patutlah nampak free aja bercinta kat situ..” sempat pula guru lelaki itu mengenyit mata padanya.Uwais menggeleng.Ingat apa? aku ni bukan suami yang suka menggatal kat luar tau! “Cikgu Badri.. Batrisya ni dah macam adik saya, janganlah salah faham..” Uwais tak mahu kalau jadi fitnah pula nanti.
“Gurau aja…Cikgu Batrisya tak ambil hati kan?”
“Tak baik tau Cikgu Badri cakap macam tadi tu….Cikgu Uwais kita ni dah ada isteri…kalau isteri dia dengar macamana? saya juga yang kena tuduh..” Batrisya tarik muka.
sampuk Cikgu Raihan yang duduk di meja berhampiran.Terdiam Cikgu Badri kerana bertubi-tubi dipersalahkan.Aku bergurau ajalah…
Batrisya menyusun beberapa buah buku kerja yang berada di atas mejanya.
“Sya baru balik dari bilik Pengetua tadi..ada hal penting yang dibincangkan” wajah Batrisya agak serius ketika itu.Seperti ada sesuatu yang berat di fikirannya.
“Pasal apa?”
“Karnival Ilmu kan tak lama aja lagi..minggu depan”
“Oh, ya.. Sya jadi ketua Unit Perayaan kan? nampaknya, sibuklah Sya ya sepanjang minggu ni?” “Sibuklah juga, tapi…nak mintak tolong sikit dengan orang tu” Batrisya pandang Uwais.
“Orang mana?” Uwais sengaja buat-buat tak faham. “Orang yang depan Sya ni lah..”
“La…abang ke?”
“Dengan Cikgu Uwais la, sebab problem ni, dia aja yang boleh selesaikan..” Batrisya berterus terang.
“Iya? huh…macam hebat aja bunyinya tu? nak suruh abang buat apa?”
“Macam ni, Pengetua cadangkan Tan Sri Idris sebagai perasmi karnival tu, tapi..Putera ada cakap yang Tuk Ayah dia tu pergi ke Hong Kong..”
“Betul la tu..tak silap 2 minggu..lama tu, sempat ke?
“Tu la pasal..kalau Tan Sri takde, boleh tak kalau isteri abang Uwais yang jadi perasmi? dan kalau boleh nak minta syarikat dia tu jadi main sponsor untuk karnival tu..”
“Emmm…nak Hannah jadi perasmi? boleh aja..dia tu memang muka perasmi, hari-hari pun kerja dia buat perasmian pecah tanah projek syarikat dia…InsyaAllah, nanti abang tanya dia..” Uwais ketawa kecil. Ewah-ewah..pandai-pandai aja kau setuju sendiri ya Uwais..kalau Hannah tak nak macamana? apa susah..ambil aku ajalah jadi perasmi..
“Bolehlah ya? terima kasih banyak-banyak..” Batrisya rasa lega. “Terima Kasih aja,takkan takde upah kut..”
“Nak upah? err…hah, Sya belanja abang makan burger kat gerai abang tu,okey?” Batrisya memang dah tahu, mesti ada udang di sebalik mee ni..abang Uwais ni memang suka menyakat orang..agak-agaknya hari-hari dia usik Hannah kat rumah.
“Apalah Sya ni, tak berbaloi langsung..kurang-kurang bagilah abang satu tapak gerai jualan masa karnival tu, dapatlah jugak abang buat duit lebih kan..”
“ooo…cakaplah awal-awal,kalau yang tu..percuma aja Sya bagi..”
“Cantek la tu…” Uwais memang berharap untuk menyertai salah satu gerai jualan pada hari karnival itu nanti.Lagipun, dia memang teruja nak menyertai pelbagai program menarik bersama ibu bapa dan pelajar.Boleh dia bawa Hannah sekali..alang-alang dah datang,elok sangatlah kalau Hannah jadi perasmi .
“Oh ya, ini ada surat rasmi permohonan jadi perasmi untuk Karnival tu..dan surat permohonan untuk berikan sumbangan dan sebagai penaja utama karnival tu..tolong bagi pada Hannah ya? harap-harap dia sudilah..lagipun,adik-adik dia kan terlibat dalam aktiviti karnival tu..” Batrisya begitu berharap kerana dalam sekolah di kawasan kampung itu,hanya keluarga Tan Sri Idris sahaja yang berpengaruh dan sentiasa menghulurkan bantuan pada pihak sekolah.
“InsyaAllah Sya…” Uwais mengambil surat yang diberi Batrisya.. Inilah namanya takde beban batu digalas.Tolong-tolong juga…tapi yang nak ditolong ni Batrisya, Hannah pulak dah memang tak boleh dengar nama Batrisya ni disebut-sebut..nak buat macamana, Sya dah tolong
aku,mestilah aku kena tolong dia pulak kan..Hmmm..apa aku nak cakap dengan pujaan hati aku tu nanti ya? Harap-haraplah mood dia baik..Amin..