• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 55 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 172-175)

Syarat sah perkahwinan? Fawaz rasa cuak.Payah juga nak jawab tu.Dia kena huraikan panjang lebar tentang rukun nikah.Dia baru sahaja baca buku tentang munakahat tapi,tidaklah dia ingat kesemua syarat-syarat sah perkahwinan yang ada dibacanya itu.

“Opss..sorry ya bang..saya tak habis baca soalan…”beritahu pelajar perempuan di depannya itu. “Lah..ini apa baca soalan sekerat aja ni..abang ni dah berdebar tahu tak…baca betul-betul la..” “Maaf cikgu..saya ulang balik ya?” Pelajar itu memohon maaf kepada Uwais.Fawaz makin cuak.Separuh soalan pun dah buat aku berpeluh nak ditambahnya lagi?”

“Sebutkan syarat sah perkahwinan….dalam kurungan..rukun nikah sahaja..”

“Rukun nikah? tanya Fawaz.Pelajar itu angguk.Serta merta senyumannya terukir.Wahhh!!!! lega….. takdelah kena jawab panjang lebar.Silap-silap tersalah jawab.Malulah aku depan Sya.. “Senang aja tu..abang ni tak lama lagi nak naik pelamin…” Fawaz ketawa sambil mengerling Batrisya.

“Jawab ajalah…kata senang..”usik Uwais.Dia tengok Batrisya sudah memerah mukanya.Uikss..malu pulak anak Pak Imam nih!

“Rukun nikah kan? emm..mesti kena ada pengantin lelaki..kan Uwais?”

“Betul..betul..betul..” jawab Uwais.Hannah senyum saja.Dia juga perasan Batrisya seperti malu - malu sahaja.

“Kalau dah ada pengantin lelaki..mesti ada pengantin perempuan kan?”

“Tepat sekali..kalau takde..nak kahwin dengan siapa?” sahut Uwais pula.Dia dan Fawaz senyum-senyum.

“Pengantin lelaki dah ada..pengantin perempuan pun dah ada..kemudian,mestilah ada walinya yang sah..betul Uwais?”

“Memang betul..tapi wali yang sah la..bukan wali band ya..”

“Eh..bukan…bapak dia..bapak dia..”Fawaz mengisyaratkan ibu jarinya ke belakang.Hannah ketawa bila Fawaz buat begitu.Batrisya tak tahu nak buat apa..terpaksalah dia senyum juga menahan rasa malunya itu.

“Lepas tu…nak sahkan ikatan tu..mestilah kena ada lafaz ijab dan kabul atau kita panggil akad nikah…” jawab Fawaz lagi.

“Aku terima nikahnya Hannah Maryam binti Umar Mukhriz dengan mas kahwinnya 22.50 tunai..contohnya…” sambung Uwais pula sambil dihulurkan tangannya pada Fawaz.Fawaz menyambutnya.Boleh pulak mereka berdua buat babak pengantin akad nikah!

“Abang… yang tu dah lepaslah..ulang balik buat apa..buat malu ajalah abang ni” Hannah mencubit lengan Uwais.

“Uikss..contohlah.. saja nak Abang Fawaz lagi faham..kan Abang Fawaz?” “Betul! …dan yang terakhir..mestilah ada dua orang saksi yang adil…Sah?” “Sah! sah!...”Uwais ketawa mengekek.

“Itulah jawapan abang dik…” Fawaz pandang pelajar perempuan yang

tersenyum-senyum.Beberapa orang kawannya kelihatan sedang ketawa.Lucu barangkali melihat gelagat dia dan Uwais.

“Memang tepatlah bang!! terbaik…. dan hadiahnya..2 ekor teddy bear!!” “Kenapa dia dapat dua..cikgu dapat satu?” Uwais tak puas hati.

“sebab dapat yang kecil..cikgu dapat yang besar…”

“Jangan jeles la bro…tiga...”Fawaz bukan main suka lagi.Diserahkan teddy bear pada Batrisya. “7 lagi kan?” dia pandang Batrisya.

“Iya..” jawab Batrisya lembut.

“Bagus tak abang jawab tadi?” tanya Fawaz.

“Pandai…pandai sangat..”puji Batrisya sambil menguntum senyum. Fawaz rasa lega….ada harapan lulus ni!

“Abang…Abang Fawaz dah tiga..kita baru dapat satu..”Hannah tayang wajah cemberut. “Tapi kita dapat yang besar..” bela Uwais.

“Alah…banyak lagi khemah lain..kita pergi tempat lain pulak ya?” “Lepas ni kena menang lagi tau!

“Iya sayang…” pujuk Uwais.Fawaz dan Batrisya sudah mendahului mereka.Tunggulah sampai Panitia abang nanti.Besar punya hadiah untuk sayang abang!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “Uwais mana Hanny?”

“Dia pergi hantar hadiah dengan teddy bear dalam kereta..banyak sangat! Abang Fawaz dah dapat berapa untuk Sya?” tanya Hannah.Ketika itu Batrisya sedang berbicara sesuatu dengan seorang guru yang memanggilnya.

“sembilan…satu aja lagi tapi semua Panitia kita dah pergi..Mana ada lagi dah..yang lain semua dah tutup sebab cenderahati dah habis..” Fawaz kelihatan hampa.

“Siapa cakap dah habis! ada lagilah…” Uwais muncul di belakang Hannah.

“Ada lagi ke? rasanya semua khemah kita dah pergi..” Fawaz kerut dahi.Dia dah pergi semua khemah.Dia yakin..

“Memanglah…tapi ada satu Panitia ni yang hanya buat pameran tertutup..buat dalam bilik khas..” “Panitia apa lagi?”

“Muzik dan Pendidikan seni…”

“Abang Uwais! Panitia abang kita belum pergi lagi kan? Batrisya bertanya sebaik saja dia menghampiri.

“Abang ada Panitia jugak ke?”

“Mestilah ada…cikgu yang abang ganti tu,Ketua Panitia Muziklah sayang…”

“Oh..patutlah tahu sangat…cepatlah..nak tengok Panitia abang buat permainan apa..” “Mana ada permainan Cuma…”

“Cuma apa?”

“Ada cabaran sikit…Abang Fawaz ada berani?”

“Buat apa?” Fawaz tak faham.Kalau susah sangat aku tak nak! “Jom masuk tengok…”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam bilik yang luas itu kelihatan pelbagai lukisan dipamerkan.Ada ramai juga pelajar dan ibu bapa yang berlegar melihat hasil lukisan pelajar kelab seni lukis yang dipamerkan itu.Uwais membawa mereka ke bilik bersebelahan.Di situ mereka disambut oleh beberapa orang pelajar yang ditugaskan di situ termasuklah Hannah Mastura dan Anis.

“Selamat datang ke pameran kami…” Sambut Hannah Mastura.

“Patutlah Along tak nampak korang berdua.Kat sini rupanya..” Hannah lihat ada pelbagai alat muzik dipamerkan.Termasuklah piano,bass,Hap,drum, violin dan beberapa jenis guitar akustik yang pelbagai warna.

“Apa permainan kat sini? ingatkan ada karaoke..” Tanya Fawaz.

“Abang Uwais tak nak buat karaoke sebab dia takut mak tahu tempat ni..habislah!!” Anis menjawab dan ketawa mengenangkan maknya yang memang suka berkaraoke itu. “Tau takpe..”Uwais turut ketawa.Nasib baik mak tak tahu tempat ni..

“Habis tu,apa permainan kat sini? boringlah..”sampuk Hannah.Batrisya menekan-nekan piano di sisinya.Fawaz mendekati.Membiarkan yang lain terus berbual.

“Tahu ke main piano?”

“Taklah…saja nak tekan sebab tak pernah tekan benda ni..”Batrisya senyum comel.Fawaz turut tersenyum.Alahai…kalau macam ni punya parah,mesti kena pinang cepat-cepat!

“Abang Fawaz! sinilah..”panggil Uwais.Fawaz mendekat. “Apa?”

“Cabaran Panitia ni mudah aja…nyanyi satu lagu menggunakan salah satu daripada alat muzik yang ada ni…lepas tu,barulah boleh dapat hadiah teddy bear ni dan…3 kuntum bunga mawar merah! yang ni..kami sendiri yang beli tau!” terang Mastura lagi.

“Main alat muzik ni?” tanya Fawaz.

cadangkan abang main guitar ..amacam?”

“Mentanglah kau pandai main..sedaplah kau cakap..” Fawaz cekak pinggang.Uwais angkat kening.Bangga sebab Fawaz takde kelebihan yang dia ada..

“Riak!!” marah Fawaz.Uwais sempat ketawakannya. Hannah dan Batrisya duduk di kerusi yang disediakan.

“Lagu ni..khas untuk isteri saya..Hannah Maryam..” ucap Uwais.Beberapa orang pelajar bertepuk tangan.

“Fewittttt!!!!” ada pelajar lelaki yang nakal mengusik.

“Diamlah! cikgu nak nyanyi ni..kalau korang bising,ganggu feeling cikgu lah..” tegur Uwais. “Okey cikgu!! steady…” jerit seorang pelajar.Kemudian semuanya diam.Hannah yang duduk di sebelah Batrisya senyum pada Uwais yang sempat kenyit mata padanya.Omg!!! dia nak nyanyi lagu untuk aku ? selama ni tak pernah pun dia buat macam ni…terharu lagi…

Intro petikan gitar akustik kedengaran….bersama lontaran suara merdu Uwais yang mendendangkan lagu untuk pujaan hatinya.

aku tak ingin kau menangis bersedih sudahi air mata darimu…..

Uwais merenung Hannah.Mata mereka saling berpandangan..seakan tidak wujud lagi yang lain antara mereka.Hanya ada dia dah pujaan hatinya..

yang aku ingin arti hadir diriku kan menghapus lukamu sayang karna bagiku kau kehormatanku dengarkan, dengarkan aku……..

Hannah rasa dadanya sebak.Dia tak peduli lagi kalau ada pelajar yang tengok dia menangis.Oh my!!! kenapalah liriknya sedih sangat..

Seseorang menghulurkan tisu padanya.Dia pandang Batrisya yang tersenyum.Alahai…tahu-tahu pulak dia..diambil huluran tisu itu kemudian kembali memandang Uwais yang masih menyanyi untuknya.Fokus!! bukan senang nak tengok sayang aku ni menyanyi depan orang..untuk aku pulak tu!

hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu baik-baik sayang ada aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampuku, sayang

karna bagiku kau kehormatanku dengarkan, dengarkan aku hanya satu pintaku

di siang dan malammu baik-baik sayang karna aku untukmu….. kerna aku….untukmu…

Fewitt!!!!! terbaik cikgu!!!

Jeritan itu kedengaran bersama tepukan gemuruh.Uwais meletakkan gitar akustik di

tempatnya.Dia mengisyaratkan Mastura membawa teddy bear besar dan 3 kuntum bunga mawar merah padanya.Bila semua barang itu ada ditangannya..dia mendapatkan Hannah.

“Untuk isteri abang...Abang saaayaaaanngg isteri abang..”

Hannah menerima bunga dan teddy bear itu.Dia hanya senyum dan berbisik. “Seven kiss untuk abang kat rumah nanti..”

Uwais ketawa kecil.Nasib baiklah masa itu Batrisya sudah bangun dan duduk di sebelah Fawaz di bahagian belakang mereka berdua.

“Abang Fawaz?” tanya Mastura.

“Err…abang tak pandai main gitar..tapi..abang nak main piano tu”

“Piano? tanya Uwais.Sedikit terkejut.Uiks..pandai ke? jari nampak keras semacam aja.. “Kalau abang nak tahu..dia dari kecil lagi mama dia dah hantar dia ke kelas piano…terror main piano tu..abang? pandai ke..”Hannah ketawa bila Uwais mencebir.

“Iyalah…gitar untuk golongan low class macam abang aja kan..Piano tu untuk yang high class macam abang Fawaz tu kan..”

“Janganlah terasa..saya gurau ajalah..apapun,saya tetap suka bakat abang…”bisik Hannah.Uwais senyum.Nasib baik pandai pujuk…

“Lagu ni khas untuk seseorang yang sangat bermakna buat saya…”

Alunan piano kedengaran.Suasana yang tadi gamat kembali sepi.Hanya bunyi piano dan suara Abang Fawaz yang menyanyikan sebuah lagu Inggeris.

“That’s my Abang Fawaz…bila dah main piano..feeling habis…” Hannah memandang sekilas Batrisya yang ralik memandang Fawaz.Hmmm…cinta sedang berputik ke…

“Dia boleh menyanyi erk? Uwais seperti tak percaya..tapi suara abang Fawaz memang boleh tahan!

My morning starts to shine with teardrops in my eyes And here I am alone starting to realize

That my days would be brighter, if I could learn to hide The feelings that I have for you keep hurtin me inside

Then my day begins with simple thoughts of you Hoping that tomorrow would be me and you Sharing dreams with each other

And making them come true

Holding one another, saying all I need is you

Fawaz memejam mata ketika mengalunkan bait-bait lirik itu tetapi saat dia menyanyikan bahagian chorus.Jemarinya berhenti seketika dan kembali dialunkan sambil membuka mata dan

memandang ke arah Batrisya…pandangan yang begitu mengharap!

But will you say that you love me And show me that you care

Say when I need you, you will always be there But if you go and leave me

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 172-175)

Garis besar

Dokumen terkait