“Duduklah dulu Abang Fawaz…tambah peninglah saya tengok abang tak duduk diam macam tu” Uwais menggeleng melihat gelagat Fawaz.Dia bersandar di sofa.Apa kenalah dia hari
tu.Sepatutnya dia ikut ahli keluarganya ke rumah Imam Safuan untuk meminang Batrisya.Entah kenapa tiba-tiba kepalanya pening.Terpaksa dia biarkan Hannah saja yang pergi mengikut Tuk ayah,maknya serta kedua ibu bapa Abang Fawaz ke rumah Batrisya.Sudah hampir 3 jam mereka pergi dan masih belum pulang.
“Uwais…Aku telefon Hanny ya? tanya apa yang jadi kat sana..”
“Jangan…kan Tuk Ayah dah pesan….tak kira macamana pun jangan call..tunggu sampai dia balik!” Uwais melarang.Adoilah..apasal pening sangat kepala aku ni…dah makan ubat pun pening lagi? Cepatlah balik sayang…urutkan kepala abang ni..
“Kau pening lagi ke?” Fawaz mendekati Uwais yang kelihatan lesu sahaja.Kesian pulak dia pada Uwais.
“Pening..berat semacam aja ni..padahal,saya bukan ada migraine pun..” “Kau nak aku picitkan?”
“Takpelah..”
“Uwais..kau rasa..keluarga Sya terima tak pinangan aku tu nanti?”
“InsyaAllah terima…abang jangan risaulah” jawab Uwais sambil memejam mata.
“Dah lama aku tunggu ni..mula-mula kena tunggu Tuk ayah balik dari Hong Kong..lepas tu kena tunggu Papa aku pulak balik dari UK..dah dua bulan tahu tak? aku risaulah…”Fawaz meluahkan rasa risaunya.
“Sabar…”itu saja yang mampu Uwais jawab. Deruan enjin kereta kedengaran di luar rumah.
“Uwais!!! diorang dah baliklah..”beritahu Fawaz.Uwais sekadar angguk.Dia bangun juga dan mengikut Fawaz keluar.
“Macamana mama? tanya Fawaz tidak sabar.Belum pun Suria dan Halim duduk dia sudah bertanya.
“Abang Fawaz.. kalau ya pun,biarlah Mak Ngah dengan Pak Ngah duduk dulu..” tegur
Hannah.Dia menghampiri Uwais yang kelihatan pucat.Dia sudah mula risau sejak sebelum ke rumah Batrisya lagi.
“Abang macamana? pening lagi? tanyanya pada Uwais yang diam saja.
“Hmmm…”Uwais angguk.Membiarkan Hannah menyentuh pipi dan dagunya.Nak kata demam tak panas pun.
“Mak mana?tanya Uwais bila melihat maknya tidak pulang sekali ke rumah Tuk Ayah itu.Padahal maknya datang bersama dia dan Hannah pagi tadi.
“Mak balik rumah dialah..dia suruh kita tidur sana malam ni..mak pun risau tengok abang tak sihat..tadi dia cakap nak masakkan lauk ikan patin masak tempoyak kegemaran abang.. Jom Hannah bawa abang berehat..abang lapar tak? dah tengah hari ni…dah makan belum?”
“Tak lapar..nanti makan kat rumah mak ajalah..”jawab Uwais lagi.Hannah menarik tangannya dan mereka beredar ke bilik.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Fawaz….duduk dulu” perintah Tan Sri Idris yang baru masuk ke dalam rumah.Fawaz yang tadi sibuk bertanya pada orang tuanya tak bertanya lagi.
“Tengoklah tu bang…tak sabar-sabar..”Suria menggeleng saja melihat gelagat anak terunanya itu.Dia duduk di sofa diikuti suaminya.
“Terima ke tak mama?” desak Fawaz lagi.
“Ya Allah budak ini…cubalah bersabar..biar Tuk ayah yang jelaskan…” Fawaz terdiam.Tan Sri Idris duduk di sebelahnya.
“Fawaz…kau ni,kalau sesuatu..tahunya nak dapat terus..semuanya nak cepat..ini soal kahwin..bukan perkara main-main…”
“Memanglah saya tak main-main tuk..”
“Kami dah melamar Batrisya tu untuk kau..tapi….dia ada syaratnya..” “syarat apa?”
“Batrisya kata..dia hanya akan kahwin dengan kau atas 2 syarat..yang pertama..kau mesti kena pindah balik ke Malaysia sebab dia tak mahu tinggal di Dubai…yang kedua…kau juga mesti bermastautin di Kuantan ni sebab dia nak tinggal berhampiran dengan mak ayah
dia...macamana? kau nak tunaikan janji tu?”
“Alah…itu aja? memang saya dah buat keputusan nak balik Malaysia ni terus Tuk Ayah..saya dah bercadang nak jual aja asset saya kat sana…”
“Mama dah agak…sebab itu kami cakap yang kau dah memang dah setuju dengan semua tu..” sampuk Suria.
“Jadi macamana?” Fawaz makin tak sabar.
“Tahniahlah anak papa..sekarang kau dah jadi tunang cikgu tu..” “Aik? bukan tadi meminang aja ke?”
“Imam Safuan minta ditunangkan terus…Tuk Ayah kau pun setuju..jadinya, mama dah sarungkan cincin pertunangan ke jari buah hati kau Cikgu Batrisya tu…cantik budaknya…bila tengok
tadi,mama pun terus tak sabar nak jadikan menantu..mama setuju ajalah,cincin merisik tu terus jadi cincin tunang…”
“Sya tu sekarang tunang sayalah mama ya?”
“Iya..tak payah risau dah..dah takde orang lain boleh kacau..”
“Mama,papa dengan Tuk Ayah memang bestlah..” Fawaz ketawa girang.Yes!!!! Sya dah jadi tunang aku la…
“Ai..jangan lupa..mak cik Sari kau yang beriya-iya memuji kau depan Imam Safuan tu
tau…sebabkan mereka tu dah berjiran lama..dia terima sebab mak cik Sari kau jamin yang kau ni betul nakkan Batrisya tu..ingat, jaga anak orang tu elok-elok nanti..jadi suami orang nanti..jangan nak buat perangai pulak..” nasihat Suria.Fawaz angguk bersungguh-sungguh.
“Lagi satu..kami semua dah tetapkan dengan keluarga Batrisya tu…tarikh nikahnya 6 bulan dari sekarang..abang-abang Batrisya tu tak mahu kamu bertunang lama dengan adiknya tu..jadi,apa-apa urusan kau di Dubai tu,mesti kena uruskan cepat..”
“6 bulan lagi….kalau macam tu…saya kena balik Dubai secepat mungkin..mesti nak uruskan urusan jual beli dan macam-macam lagi..”
“Papa pun fikir macam tu,hal-hal urusan perkahwinan biar mama kau dan ahli keluarga kita yang uruskan..apapun kau selesaikan urusan kau di sana dulu” Halim menepuk-nepuk bahu
Fawaz.Dia berlalu untuk mengambil beberapa dari dalam kereta.
“Hmmmm…emm..mama ada ambil gambar Sya masa sarung cincin tadi tak?”
“Ada..mama tahu…anak mama mesti nak tengok kan? tapi adik kau yang ambil gambar tu…tapi Maira dah balik rumah dia sebab anaknya tu tadi meragam..menangis aja kerjanya..”
“Alah..nanti mama suruh Maira cuci cepat gambar tu tau..nak bawa balik Dubai..kurang-kurang sebulan dua kat sana…nanti rindulah mama”
“Amboi ..tengok cucu ayah ni..dah pandai rindu-rindu…”
“Fawaz…bila kau balik sini nanti…kalau nak kerja di syarikat Tuk Ayah pun boleh..” “Takpelah tuk..saya dah ada planning dengan Uwais..”
“Hai…rancangan apa pulak kau dengan Uwais nak buat?”
“Adalah….nanti Tuk Ayah tahu juga…”Fawaz senyum.Memang ada sesuatu yang telah dia persetujui dengan Uwais.Hanya dia dan Uwais saja yang tahu.Hannah sendiri pun belum tahu.Perkara itu dibincangkan beberapa hari yang lepas..dia sendiri tak sangka Uwais mempunyai cadangan yang bijak untuk masa depan mereka bersama..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Bau apa ni mak? tanya Uwais sebaik saja dia masuk ke dapur. Dia baru sahaja sampai dari rumah Tuk Ayah.Pening di kepalanya sudah sedikit berkurangan.
“Bau apa?” tanya Sarimah.Pelik dia tengok Uwais yang beriya tutup hidung. “Kuatnya bau tempoyak…mak masak apa ni?”
dikeluarkan maknya dari dalam peti ais.
“Masak gulai tempoyak ikan patin kegemaran kaulah…”
“Tapi busuklah mak bau tempoyak ni..” beritahu Uwais.Kuat betul! “Abang!!” Hannah muncul dan mendapatkan Uwais.
“Ada apa sayang…”
“Abang! mempelam kat depan rumah mak tu berbuah lebatlah abang…saya teringin nak makan..abang boleh tolong jolokkan tak?”
“Ni sejak bila pulak suka nak makan mempelam ni? selama ni tak ada pun nak suruh jolokkan…dah memang pokok mempelam tu selalu berbuah pun..”
“Abang ni…boleh ke tak?”
“Iyalah…abang jolokkan petang nanti..” “Orang nak sekarang…”
“Abang tak berapa sihatlah sayang…suruhlah Anis tolong jolokkan..”
“Kau ni kenapa Uwais? nak jolokkan buah mempelam rendah macam tu pun susah? besar sangat ke permintaan Hannah tu?” marah Sarimah yang sudahpun memadam api dapur. “yalah…nak pergilah ni..hah,sayang abang nak berapa bakul buah mempelam tu? ke nak satu lori..” dia cuit hidung Hannah.
“Amboi…nak perlilah tu..bukan banyak pun..sebiji pun takpe..Cuma nak rasa aja”
“Abang pergi ambil la ni..sayang tunggu sini ajalah..panas kat luar tu..tapi tunggu abang tau,kita makan tengahari sama-sama..”
“Mak..masak apa ni..sedapnya bau..”
Sarimah yang baru mencedok gulai tempoyak itu mengerut dahi.Pelik sungguh aku…sorang yang suka sangat makan gulai ikan patin ni cakap bau tempoyaknya kuatlah..busuklah…ni
sekarang,yang tak suka makan pulak cakap baunya sedap?
Sarimah letak mangkuk berisi gulai ikan patin di atas meja makan.Hannah sudah mendekatinya. “Sedapnya bau…tiba-tiba rasa laparlah mak..saya makan dulu takpe ke mak?”
“Mak tak gorEng ikan lagilah Hannah…ada sayur aja hah..takkanlah kau nak makan gulai ikan patin ni pulak..kan kau tak suka..”
“Takpelah mak.. Hannah memang nak makan ikan patin yang mak masak ni pun”Hannah sudah mengambil pinggan.
“Tak nak tunggu Uwais dulu ke?”
“Laparlah mak..”rengek Hannah.Sebenarnya dia rasa tak sabar nak makan gulai tempoyak ikan patin itu.
“Iyalah..makan dululah nak oi..kesian pulak mak tengok kau ni..macam-macam naknya..”Sarimah membiarkan Hannah meneruskan niatnya.Dia berfikir seketika.Tadi Hannah beriya nak makan buah mempelam.Jangan-jangan…menantu aku ni mengandung tak? tapi..takde pulak tanda-tandanya..nak kata dia mual..aku tengok elok aja..takde pulak dia cakap ada benda yang tak kena..
“Mak tak nak makan sekali?”
“Makanlah dulu sayang oi…mak nak goreng ikan kejap..” Sarimah tersenyum melihat gelagat Hannah.Lapar sangat agaknya.Biasa tu dia selagi takde Uwais selagi tu tak nak makan! “Sayang….banyak ni cukup tak?” Uwais kembali dengan dua tangkai buah mempelam yang masih muda.Dia lihat Hannah sedang makan nasi.
“Sayang? kan abang suruh tunggu abang..”Uwais mendekat.Mempelam diletakkan di atas meja. “Sorry…laparlah..abang nak? saya suapkan ya? Hannah menarik kerusi.Uwais duduk di
sebelahnya.
“Sayang makan gulai tempoyak? kata tak suka..”
“Sedaplah bang..luar biasa pulak rasanya..baunya pun..sampai saya rasa tak sabar nak makan” “Pulak?” Uwais kerut dahi.Tapi kenapa aku pulak yang rasa bau tempoyak ni menusuk hidung? “Tak percaya? cuba abang rasa…”Hannah menyuakan sesuap nasi.Uwais membuka
mulut.Disuapkan Hannah nasi itu ke mulutnya.Uwais mengunyah perlahan dan tiba-tiba dia bangun dari kerusi dan berlalu ke sinki.
“Kenapa ni bang?” Hannah hairan.Sarimah yang sedang menggoreng ikan turut terkejut.Uwais tiba-tiba muntah di sinki.
beriya sangat muntah.
“Mak…rasa ikan ni hanyirlah mak..loya tekak saya..”
“Hanyir apa pulak? biasa tu kau makan..takde pun kau cakap macam ni..mak ni bukan pertama kali tau buat masakan ni…kau jangan nak mengada-ngada”
“Betul mak! Uwais membuka paip dan membersihkan sinki.Dia kemudian mengelap tangannya dengan kain.
“Abang ni peliklah…selama dia yang suka sangat makan gulai tempoyak..sian mak, dah susah-susah buatkan abang cakap macam tu”
“Maaflah mak..agaknya sebab saya tak berapa sihat kut..”Uwais memohon maaf. “Mak..ada kicap tak?” tanya Hannah.Dia sudah selesai makan dan mencuci pinggan. “Ada..” Sarimah mengambil botol kicap dan diberikan pada Hannah.
“Abang…..”panggilnya.
“Nak apa lagi..”tanya Uwais.Dia faham sangat.Kalau panggilnya manja semacam aja..adalah yang dia nak tu.
“Tolong kupaskan buah mempelam boleh?” pinta Hannah.Uwais angguk dan mencapai pisau pemotong.Dia duduk semula di meja makan.Namun begitu,dia masih tak selesa dengan bau gulai tempoyak yang masih berada di atas meja.Dikupaskan kulit mempelam untuk isterinya itu.Dia lihat bersungguh-sungguh saja muka Hannah menanti.
“Masamnya…” beritahu Hannah bila potongan mempelam diambil dan digigit.Mengecil matanya menahan rasa masam.Memang teringin nak makan tapi masamnya buah ni..
“Masam ke? meh abang rasa…”Uwais pula mengambil dan menggigit isi mempelam itu. “Tak pun..okey aja..hmmmm…sedaplah pulak!” Sudahnya Uwais pula yang beriya makan buah mempelam itu.Hannah memerhatikan saja.Aku ke dia yang nak makan sangat ni?
Sarimah memerhatikan gelagat kedua anak menantunya itu.Aku rasa macam ada yang tak kena ni…aku agak ni..hati aku ni rasa macam Hannah ni dah berisi..aku kena suruh Usu Jarah datang rumah ni..periksa Hannah ni iya ke tidak dah mengandung..kalau betul..dapat cuculah aku nampak gayanya!