• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 60 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 193-197)

Ruang menunggu itu lengang dan sunyi.Uwais memerhatikan sekelilingnya yang tidak ada sesiapa melainkan dia sendirian di situ.Sesekali dia dengar bunyi derapan kasut tapi tiada sesiapa yang melewati kawasan itu.

Sudah hampir dua jam selepas dia menandatangani surat kebenaran untuk pihak hospital melakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan Hannah.

“Disebabkan isteri Encik Uwais mengalami pendarahan yang banyak,kami terpaksa lakukan pembedahan untuk selamatkan bayi Encik..lagipun,bayi dalam kandungan isteri Encik tak cukup bulan dan terlalu lemah,kalau kami tak lakukan pembedahan..kemungkinan akan membahayakan nyawa bayi Encik nanti..” dia masih ingat penerangan yang diberikan doktor wanita itu.Dia sendiri dalam keadaan masih terkejut.Dia tak banyak bicara dan tidak tahu apa yang perlu ditanya.Apa yang tahu,dia telah membenarkan pembedahan itu dilakukan.Tapi kenapa sampai sekarang masih tak ada tanda-tanda pembedahan itu sudah selesai.

Macamana keadaan Hannah agaknya? Doktor tu kata..bius akan dilakukan sepenuhnya,harap-harap Hannah tidak akan merasa apa-apa kesakitan sewaktu pembedahan dijalankan.

Uwais rasa handsetnya bergegar.Memang sengaja diletakkan dalam mood silent supaya tidak mengganggu situasi di ruangan itu.Tertera nama Fawaz lalu panggilan dijawabnya.

“Macamana Uwais? Hanny dah siap operation ke?” suara Fawaz kedengaran risau.Entah kali ke berapa Abang Fawaz telefon dia sendiri sudah tidak ingat.Sejak dia bawa Hannah ke hospital dengan bantuan Hafiz dan Putera..dari detik itu jugalah Fawaz tidak henti membuat

panggilan.Kalau tidak dia..maknya yang akan jawab.

“Belum…” jawab Uwais sepatah.Dia faham semua ahli keluarganya risau.Keadaan sudah berubah hampir seratus peratus..di sana,ada keraian yang sepatutnya menjadi saat paling gembira dalam keluarganya.Dan di sini pula,dia sedang berdepan dengan dugaan yang terlalu berat untuk ditanggungnya.

“Aku datang sana ya Uwais? aku tahu kau susah hati…takkan aku nak biarkan kau kat sana dalam keadaan risau..aku rasa tak senang hati Uwais..” suara Fawaz kedengaran

bergetar.Mungkin sedang menahan rasa sebaknya.

“Jangan abang Fawaz!! tolonglah…malam ni,tak sampai dua jam dari sekarang,abang akan akad nikah …”

“Tapi macamana aku nak teruskan kalau kau takde? aku bimbangkan Hanny..aku bimbangkan anak kau..aku bimbangkan kau jugak..”

“InsyaAllah takkan ada apa-apa..doakan Hannah selamat..anak saya selamat dan saya doakan abang dipermudahkan urusan malam nanti” Uwais sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku.Dia masih berdoa dan mengharapkan keselamatan isteri dan anaknya.Selebihnya,dia sekadar menyedapkan rasa hatinya sendiri.

“Aku minta maaf Uwais..sebab aku dan Sya tak dapat..

“Takpe..percayalah! saya lebih lega kalau urusan abang lebih didahulukan..lagipun,mak saya ada temankan..Tuk Ayah pun baru saja balik..itupun sebab saya nak dia ada dengan abang Fawaz malam nanti..”

“Aku serbasalah Uwais…”

“Abang Fawaz!..kalau betul abang Fawaz risaukan anak dan isteri saya..lepas akad nikah

nanti,abang datanglah ke sini..saya harap Hannah dah sedar waktu tu dan dia akan dapat tengok abang dalam pakaian pengantin..”

“Aku datang Uwais…aku akan bawa Sya sekali..kau tunggu..kau banyakkan bersabar..” Uwais mematikan talian.Dia menyeka airmatanya dengan jari.Ya Allah…berat sungguh dugaan ini..

Uwais rasa jemarinya menggigil.Sejak tadi dia cuba bertenang dengan mengambil akhbar untuk dibaca.Namun, hatinya tidak tenang dan dia terlalu risaukan keadaan Hannah dan bayinya. “Uwais..” dia rasa bahunya disentuh.Maknya sudahpun di sebelahnya.Memang sedari tadi,maknya ada menemaninya di situ,tapi waktu asar sudah semakin berlalu dan maknya meminta diri untuk pergi menunaikan kewajipannya.

“Mak…” Uwais tak tahan lagi,dia menangis di bahu maknya.

“Sabar….mak faham…kau pergi salin pakaian ya? kau belum solat lagi Uwais..ingat,dalam keadaan susah atau senang..Allah tempat kita mengadu..kuatkan hati tu,berdoalah..”pujuk Sarimah.Dia menyerahkan beg pakaian yang dihantar Anis dan Mastura.Walaupun kedua anak gadis itu mahu menemani abangnya itu di situ,tapi dia melarang..dia mahu mereka berada di majlis Batrisya sebagai wakil keluarga.Biarlah dia dan Uwais saja di situ.

“Kenapa mesti Hannah mak…kenapa mesti anak saya..” Uwais meraup wajahnya beberapa kali. “Jangan ditanya kenapa nak..itu semua kehendak Allah…dan Allah takkan berikan ujian kalau bukan kerana hambanya itu mampu menghadapinya..mak tahu kau tabah Uwais..pergilah menghadap Allah..biar mak tunggu di sini..”

Uwais angguk dan mengambil beg pakaian yang diberikan maknya itu.Dia mahu membersihkan diri dan menghadap Ilahi.Dia mahu berdoa agar segalanya baik-baik saja.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hampir jam 8 malam,barulah doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Hannah keluar dari bilik operasi.

“Macamana doktor..” Uwais terus bertanya.

“Emm..mari ikut saya ke bilik..kita bercakap di sana” “Tapi isteri dan anak saya macamana?”

“Sabar Encik Uwais..yang itu jururawat akan uruskan..saya ada perkara yang nak

disampaikan..tapi biarlah dalam keadaan yang tenang..mari..” ajak doktor perempuan yang memakai tanda nama “Azrin”

“Mak saya boleh ikut?”

“Emm..okey..mari mak cik..”Doktor itu mengukir sedikit senyuman.Uwais dan maknya mengikuti doktor itu ke sebuah bilik di paras yang sama.

“Jemput duduk..” pelawa doktor itu.Uwais tak banyak tanya terus saja duduk.Begitu juga dengan Sarimah.

“Doktor..isteri dan anak saya selamat ke?” tanya Uwais.Dia sudah tidak mampu bersabar lagi. “Alhamdulillah..saya dah berjaya keluarkan bayi dalam kandungan Puan Hannah.Dia juga dalam keadaan stabil Cuma masih belum sedar disebabkan kesan bius.InsyaAllah lebih kurang 6 jam lagi dia akan sedar..tapi..”

“Tapi apa pulak doktor?” Uwais makin tak sedap hati.

“Uwais…sabar..”Sarimah menepuk bahu Uwais.Nak sabar macamana lagi mak? doktor ni cakap lambat sangat!!

“Bayi Encik Uwais dan Puan Hannah tak cukup bulan dan terlalu lemah..kami akan berusaha untuk memantau tahap kesihatan bayi Encik tu tapi satu perkara yang perlu saya tekankan di sini..Encik Uwais dan isteri perlu juga bersedia sekiranya..”

“Sekiranya??”

“Sekiranya bayi Encik tidak dapat diselamatkan..kami masih membuat pemantauan dalam tempoh 48 jam..kebarangkalian akan berlaku jangkitan kuman atau serangan demam kuning dan kemungkinan besar juga bayi Encik Uwais ada masalah jantung..

“Apa??”Uwais rasa nafasnya sesak.Kejutan apa lagi yang perlu dia dan Hannah lalui..baru saja dia berasa lega dengan keadaan Hannah.Dia rasa matanya berpinar dan…segalanya gelap! “Uwais!! Ya Allah..kenapa ni nak?” Sarimah menepuk-nepuk pipi Uwais yang tidak sedarkan diri. “Bertenang mak cik..anak Mak Cik Cuma pengsan aja..”Doktor Azrin segera memanggil jururawat untuk mendapatkan bantuan.

++++++++++++++++++++++++++++++++

“Dah cukup?”

“Rasanya dah cukuplah..nanti bila kak Hannah sedar..dia boleh tengok gambar-gambar ni..” Mastura membelek kamera digital di tangannya.Detik lafaz nikah abang Fawaz pun sudah

dirakamkannya.Dia mahu melaksanakan amanah yang diberikan oleh kakaknya.Dia mahu bila Alongnya sedar nanti,Along dapat tengok detik bersejarah itu sekalipun dia tidak dapat bersama melaluinya.

Abang Fawaz dan Cikgu Batrisya tetap berusaha memberikan gambaran yang menarik untuk dirakamkan sekalipun senyuman mereka seakan terpaksa dan menyembunyikan

kerisauan.Alhamdulillah…semuanya dah selesai,sekarang masa untuk beri sokongan pada abang Long !

“Anis…kau rasa Along okey ke?” Mastura bertanya pada Anis.

“Mestilah okey..tadi Mak ada call..Kak Hannah dah selamat jalani pembedahan..baby boy dah lahir..” beritahu Anis.Hanya itu yang diberitahu oleh maknya di talian.Apapun,berita itu cukup menggembirakan dan melegakan hati mereka.

“Mas..Anis…mari kita pergi hospital!” ajak Fawaz.Dia kelihatan segak memakai baju Melayu bewarna putih.Begitu juga dengan Batrisya.Majlis akad nikahnya baru saja selesai dengan baik. “Malam ni jugak? Tuk ayah benarkan ke?” tanya Mastura.Dia lihat Tuk ayahya sedang berbicara sesuatu dengan abang Din.

“Dah..kita semua pergi sekali..Abang Din hantarkan..” beritahu Fawaz.Dia sudah menarik tangan Batrisya.

“Putera mana?” tanya Mas bila melihat kelibat adiknya itu tiada. “Putera baru pergi dengan abang Hafiz” beritahu Batrisya.

“Kalau macam tu,baik kita pergi sekarang..tapi boleh ke melawat waktu ni? dah nak pukul 10 malam ni” tanya Anis pada Fawaz.

“Boleh…KMC tu kan hospital swasta..lagipun tuk ayah dah buat tempahan wad VIP…ahli keluarga dibenarkan melawat 24 jam..”

“Tunggu apa lagi..marilah cepat..Mas dah tak sabar nak jumpa Along..”

Hampir setengah jam perjalanan mereka sampai di Kuantan Medical Centre.Sebaik tiba di wad yang menempatkan Hannah.Sarimah dan Putera sudah berada di bilik itu dan sedang menjaga Hannah.

“Macamana dengan Along ?” bisik Mastura ke telinga Putera. “Belum sedar…sebab masih ada kesan bius..”

“Abang Uwais?” tanya Fawaz pula.Dia lihat Hannah yang berwajah pucat sedang terbaring lesu dengan darah masih dimasukkan ke dalam badannya.Tentu Hanny sudah kehilangan banyak darah.

“Abang Uwais pergi tengok anak dia..Abang Hafiz baru pergi jenguk dia..” “Mari sayang…kita pergi tengok baby..”ajak Fawaz.Dia menarik Batrisya. “Nak ikut jugak..”Mastura mengekori Fawaz tapi Anis ditahan oleh maknya. “Kenapa mak? Anis hairan.

“Mak nak beritahu Anis sesuatu..”Sarimah menarik Anis dan disuruhnya duduk.Putera angguk pada Anis.Sebenarnya dia sudah tahu apa yang mahu dijelaskan mak cik Sarimah kerana dia sudahpun diberitahu.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Allahu Akbar Allahu Akbar…” sayu kedengaran suara Uwais mengalunkan azan.Tidak semerdu seperti kebiasaannya bila nada suaranya bersatu dengan tangisan yang perlahan.

Fawaz dan Batrisya terpaku.Mereka berdua telah ditahan oleh Hafiz daripada terus masuk ke bilik yang menempatkan bayi itu.Uwais kelihatan sedang menghadap sebuah incubator yang di dalamnya ada seorang bayi yang masih merah dan begitu kecil sekali.

“Anak Uwais?” tanya Fawaz pada Hafiz,abang iparnya.

“Ya..tapi,doktor kata..anak tu mungkin takde harapan untuk terus hidup..tadi,Uwais pengsan bila dapat tahu hal ni..”

“Kenapa boleh macam tu? kan ramai bayi yang lahir tak cukup bulan tapi boleh selamat? Fawaz tak puas hati.

“Bayi Hannah ni terlalu lemah..baru sejam lepas doktor buat pemeriksaan..katanya,bayi tu ada masalah jantung..” ternag Hafiz.Fawaz terkaku dan hilang kata-kata.

berita itu.

Mastura yang mendengar turut terkaku.Dia pandang Uwais melalui dinding kaca.Dia dapat lihat abang iparnya itu merenung sayu anaknya.Dia rasa sebak dan mula menangis.Kasihan

Along…macamana kalau dia dapat tahu pasal ni?

Uwais habis mengalunkan azan.Dia memandang anak lelakinya itu dengan rasa sebak.Anak yang papa sayang…tolonglah bertahan sayang..bertahanlah sehingga kau mampu untuk

menyusu dari mama..bertahanlah hingga mama mampu mendakapmu sayang..percayalah! papa akan curahkan segala kasih sayang papa hingga tidak aka nada kekurangan sedikitpun yang kau rasakan..tolonglah bertahan…Ya Allah..seandainya Kau mengambil dia dariku..berilah segala kekuatan yang mampu aku tahan daripada kesakitan dan kekecewaan kehilangan itu..sungguh aku takut ya Allah..Apa yang patut aku katakana pada isteriku bahawa jantung hati kami ini kau pinjamkan hanya untuk berapa ketika sahaja..mati itu pasti..dan aku berpegang pada peringatan Jibril kepada Rasulmu…Cintailah sesiapa sahaja yang kau mahukan di dunia ini namun harus diingat..satu hari..kau pasti akan berpisah dengannya….hakikat itu terlalu pedih ya Allah!!

Suami yang Kubenci 61 (Pra-Ending)

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 193-197)

Garis besar

Dokumen terkait