• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 17 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 44-47)

“Senyum-senyum macam tu…nak perli saya la tu kan? ini semua rancangan jahat awak kan? nasib baik saya kat rumah awak, kalau kat rumah kita saya takkan lepaskan awak..” Hannah memarahi Uwais sebaik saja dia mendapatkan Uwais yang sedang memetik gitar di bawah pokok mempelam.. .Sudahlah susah nak berjalan pakai kain batik ni,kena pulak tanggung malu sebab terpaksa mengaku depan mak yang aku ni tak tahu nak pakai kain batik ni..iieee,takde hatilah aku nak jadi orang kampung! tak cukup kain batik kena pulak pakai baju kurung kedah yang

dicadangkan mak mertuanya itu..

“Elok sangatlah kalau awak tak nak lepaskan saya…”Uwais sengeh.Hannah melepaskan nafas lemah.Aku cakap lain dia faham lain…geram betul aku dengan dia ni..

Uwais yang duduk di pangkin bawah pokok itu memberi ruang supaya Hannah duduk di sebelahnya..Tapi Hannah buat tak tahu, rela berdiri saja sambil tangannya memetik dan mengoyakkan daun mempelam. Tak nak duduk sudah…degil! buatlah perangai ego tu… Ada ke patut dia cakap aku buat rancangan jahat kat dia..memang tak boleh beza yang mana baik yang mana jahat agaknya isteri aku ni..okey apa,pakai kain batik dengan baju kurung kedah…comel aja aku tengok..macam ni barulah isteri aku,nampak sikit anak orang Melayu..ini tak,sibuk nak ikut cara orang barat..Namun Uwais akur bila memikirkan mungkin juga bukan salah Hannah kerana sejak remaja lagi dia sudah dihantar belajar di luar negara.Sementalah pula,kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan.Itu yang dia tahu dari Tan Sri Idris sendiri..Hannah jadi begini kerana tiada orang tua yang boleh mengajarnya tentang adab budaya,yang boleh menegurnya bila salah..yang perlu mendidiknya tentang agama.Suasana hidupnya pula bukan dalam kalangan masyarakat Melayu.Sedangkan yang tinggal di dalam Malaysia pun boleh tersasar dan melupakan budaya dan agama apatah lagi Hannah

Maryam…jadi kalau bukan dia,siapa lagi yang boleh membentuknya..ini bukan rebung,tapi dah jadi buluh..kalau dia berkasar dah tentu patah..satu pilihan saja yang dia ada..bersabar dan jangan putus asa! setiap orang buat silap..dia pun selalu buat silap,tapi setiap orang berhak untuk diberi peluang untuk berubah..siapa dia untuk menghukum Hannah? ketika dia mengakad

Hannah sebagai isteri,amanah telah diletakkan di bahunya,baik atau buruk ini isterinya..Ibu bapa yang membentuk anak sama ada menjadi umat yang taat pada agama atau tidak.Dan Hannah sudah tiada ibu bapa, yang Hannah ada cuma dia yang bergelar suami..walaupun dia suami yang dibenci..

Uwais tahu Hannah mungkin tak selesa.Tengok airmuka Hannah yang mencuka pun boleh agak.Tapi depan mak aku bukan main lagi dia senyum..maknenye,dia memang mahal senyum dengan aku aja..memang tak pandai cari pahala dia ni..

“Awak nak marah sangat kenapa? kan elok pakai macam ni..saya tak nampak ada yang tak kena pun? makin cantik adalah..” Uwais sedikit memuji.Manalah tahu,boleh menyejukkan hati

Hannah.Tapi apasal aku rasa yang dia bukan marah tapi macam..merajuk? aku ni bukan faham sangat perangai orang perempuan ni…

“Cantik apanya,macam orang kampung tahu tak? saya mana pernah pakai macam ni..awak memang tak adil! awak paksa say buat benda yang saya tak suka! suruh makan sambal petai,tempoyak semua tu..tak cukup tu,awak sengaja nak suruh saya pakai semua ni…awak takde hak nak ubah cara hidup saya Uwais..kalau saya nak ubah awak,apa awak rasa,tak suka kan?” Bertubi-tubi Hannah melepaskan perasaan tidak puas hatinya hingga Uwais hilang bicara. Uwais menarik nafas.Susah kalau bercakap dengan orang pandai tapi kurang bijak ni…

“Awak beritahu saya…sekarang awak rasa awak tak cantik ke? atau..dengan pakai macam ni,cantik awak berkurangan…macam tu? nampak macam orang kampung,kolot…awak nak nampak cantik pada pandangan siapa Hannah? orang-orang kat luar sana tu? saya hairan dengan sikap awak…Sayalah sepatutnya yang awak utamakan..awak sepatutnya nampak cantik di depan mata saya,suami awak..InsyaAllah, awak akan nampak cantik pada pandangan

Allah..lagipun, cantik tu universal…bukan fizikal semata-mata..kalau sekalipun awak ratu dunia tapi sikap angkuh awak melangit…tak ada gunanya, tak payahlah nak cuba menongkat langit,kalau kita ni manusia biasa aja..” Uwais menanti riaksi Hannah.Mesti kejap lagi dia

melenting…

“Orang macam awak ni nak nasihatkan saya? diri sendiri pun tak boleh nak maju nak bentuk orang lain konon…awak dengar sini,saya ada di sini sekarang ni bukan sebab awak okey..sebab saya masih ada rasa hormat pada mak..jangan nak tunjuk pandailah…kalau awak bijak

sangat,takkan awak jadi penjual burger…” Hannah memang tidak suka dirinya dikritik begitu.Walaupun cara Uwais bercakap memang lembut dan bersahaja tapi dia rasa sakit hati..malu dan selebihnya,dia tak dapat terima hakikat yang Uwais memang berhak untuk menegur sikapnya.

“Memang saya penjual burger…tak macam bekas tunang awak tu,anak Dato’ kan?

kaya..bergaya..ada title,saya ni apalah yang ada…tapi,mana dia bila awak perlukan dia? pernah ke dia fikir pasal maruah awak bila dia kena tangkap khalwat dengan perempuan lain..pernah tak dia fikirkan macamana hidup awak terpaksa bernikah dengan orang yang awak tak kenal? mana dia bila awak menangis sebab terpaksa akur dengan kehendak Tuk Ayah? di mana dia orang yang awak banggakan tu? takde Hannah…dia dah terlalu jauh dalam kamus hidup awak..tapi awak ada saya sekarang..penjual burger ni yang hari ni dah masuk 32 hari jadi suami

awak…awak tak pernah ambil tahu pun kan? saya tahu saya selalu usik awak,buat awak marah..sakit hati..meluat..menyampah..benci…dan mungkin saya pernah buat awak menangis…saya minta maaf..semua tu terjadi sebab saya manusia biasa,saya tak

sempurna..adakala saya seronok buat awak marah..sebab waktu tu aja saya dapat perhatian daripada awak..kalau tak,awak tak pandang saya pun..sekali pun awak tak pernah tanya,saya lapar ke? saya penat ke balik kerja lewat malam? tapi takpe,saya tak salahkan awak..sebab saya ni penjual burger…saya takde kelayakan untuk dapat perhatian daripada seorang CEO..dan takde sebab untuk awak rasa apa yang saya rasa sebab saya bukan suami pilihan awak..macam awak cakap tadi..siapa saya? saya penjual burger Hannah..” Uwais melihat Hannah berdiam saja.Huh…panjangnya dialog aku tadi tu…tak tahulah kalau dia tak tersentuh lagi.Memang takde perasaanlah kut..

Hannah rasa matanya berkaca.Kenapa dia rasa sesuatu menyentuh tangkai hatinya…kenapa dia rasa sedih bila Uwais cakap begitu.

Hannah menggosok matanya,dia berpura-pura seakan-akan matanya masuk sesuatu. “Kenapa Hannah?” Uwais bangun,cuba mendekat tapi Hannah berganjak menjauhkan diri. “Tak payah sibuklah,mata saya masuk habuk…” Dia terus berlalu meninggalkan Uwais.Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik,Hannah mengunci pintu dan menangis….

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak petang tadi,selepas perbualan mereka di bawah pokok mempelam..Hannah tidak banyak berbicara.Uwais mula risau kalau-kalau Hannah terlalu marah sampai tak nak bercakap.Aku Cuma luahkan perasaan aku aja petang tadi..bukan apa-apa pun..tak berniat pun nak menyindir dia..Uwais mengerling Hannah yang duduk di sebelahnya tapi agak jarak.Terpaksalah tu sebab mak ada,kalau tak..takdenya dia nak duduk sebelah aku.

“Mak dah mengantuklah Uwais..mak masuk dulu ya?” Sarimah bangun dari kerusi dan masuk ke bilik tidurnya.Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Rancangan televisyen pun tidak ada yang menarik.

“Awak tak nak tidur lagi ke?” tanya Hannah tiba-tiba. “Hah? errr..awak dah mengantuk ke?”

Hannah angguk.

“Tidurlah..”jawab Uwais.Seperti biasa mukanya yang bersahaja itu buat Hannah geram. “Nak tidur kat mana? takkan saya nak tidur kat ruang tamu ni pulak”

“Tidurlah dalam bilik..tapi takde sofa dalam bilik tu..takkan awak nak tidur atas lantai papan tu kut..”

“Awak ni kan,suka buat saya naik angin..boleh tak jangan nak main-main…saya takde mood nak bergurau..” Hannah muncung panjang.

“Okey..okey…tak boleh nak usik sikit..dah,pergi masuk bilik..awak tidur atas katil..” “Awak?”

Uwais sambil menutup TV.Hannah sudahpun melangkah masuk ke dalam bilik. “Awak…jangan tutup lampu ya?” pesan Hannah.

“Saya tak boleh tidurlah kalau terang sangat..saya janji,saya tak buat apa-apa kat awak Hannah..percayalah” Uwais meyakinkan .

“Memanglah saya percaya tapi..saya..saya..takut tidur dalam gelap..” Hannah malu nak mengaku tapi kalau dah terpaksa dia takde pilihan..

“Hah? takut apanya..bukan ada hantu pun..”

“Bukan pasal hantulah! awak dengan hantu lebih kurang sama aja,kalau saya tak takutkan awak,maknanya saya tak takutkan hantulah..” Hannah ketawa kecil.Aik? dia ketawa?kata takde mood .. bukan senang nak tengok dia ketawa..dah tak marahlah kut..lega!

Tiba-tiba lampu terpadam.Suasana jadi gelap. “Uwais!!!” jerit Hannah.

“Eh,apasal lampu padam? bukan saya yang tutup Hannah…ini macam..black out!” Uwais berbicara dalam gelap.

“Uwais!! awak kat mana? suara Hannah kedengaran cemas.

“Saya kat dalam bilik ni lagilah..saya pergi cari lilin jap,mak mesti tak sedar black out ni sebab mungkin dia dah tidur..”Kebetulan Uwais ada menyimpan lampu suluh dalam laci.Suasana bilik sedikit terang bila lampu suluh itu dibuka.

“Saya takut! awak janganlah tinggalkan saya..” Hannah yang tadi teraba-raba dalam gelap dapat melihat Uwais.Cepat-cepat dia memaut lengan Uwais.

“Saya pergi ambil lilin aja..awak duduklah dalam bilik ni sekejap..” Apa kena dengan dia ni? macam budak kecil pulak.. ada ke takut dengan gelap!

“Tak nak! tak payahlah pasang lilin..bahaya tahu tak? nanti kalau terbakar macamana? kita tunggu ajalah,kejap lagi mesti ada elektrik..” pegangan Hannah makin kemas.Betul punya takut ni..hairan sungguh! macamana dia boleh fobia dengan gelap ni?

“macamana saya nak bentang narita kalau bilik ni gelap..” Uwais terpaksa membiarkan lengannya dipaut.Aku dah mengantuk ni..Hannah ni pulak,tiba-tiba jadi pelik..

“Errr…eemmm..awak tidur atas katil boleh?”

“Hah? kan awak tak nak saya tidur satu katil dengan awak..biar betul awak ni..”

“Betullah..saya lagi rela tidur sebelah awak daripada tidur atas katil tu dalam gelap sorang-sorang..”

Uwais tak tahu nak cakap apa.Macam tu pulak? kan bagus kalau hari -hari kawasan Bukit Istana tu black out..heheh..dia senyum dalam suasana suram itu.

“Tapi dengan syarat..awak jangan nak ambil kesempatan pulak”

“Siapa yang ambil kesempatan pada siapa sekarang ni? sindir Uwais.Hannah diam..aku jugak yang kena..tak suka betul bila Uwais memang selalu betul..kenapa dia takut gelap? dia sendiri tak mahu ingatkan peristiwa ngeri itu.Kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya..kereta yang terbabas ke dalam gaung..bagaimana dia yang terselamat tetapi berada di dalam kereta yang hampir meletup dan suasana malam yang gelap bersama mama dan papa yang dah tak bernyawa..dia menangis sekuat-kuatnya bila mama dan papa sudah tidak bergerak..kalau tak kerana bantuan dari orang yang tidak dia kenali itu,sudah tentu dia dan kedua mayat orang tuanya hangus terbakar dalam letupan.Hampir 3 bulan dia trauma kalau tak kerana dia dihantar keluar negara,tidak mungkin dia pulih walau bukan sepenuhnya..

“Uwais…”panggil Hannah.Uwais yang sudah berbaring di sebelah kanan tidak menjawab.Dia dah tidur ke? Ya Allah..dalam gelap macam ni boleh dia terus lena? aku ni macamana?

“Uwais..awak dah tidur ke?” senyap.Hannah mula takut.Dia baring lebih rapat dengan

Uwais.Lengan Uwais dipaut kemas.Pinjam lengan awak boleh? bukan nak ambil kesempatan tau..terpaksa!

Suami yang Kubenci 18

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 44-47)

Garis besar

Dokumen terkait