• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suami yang Kubenci 41 by E-man Sufi

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 121-125)

“Ya Allah..dah macam hantu bungkus..” Uwais menggeleng melihat Fawaz yang masih

berselubung.Dia baru saja keluar dari bilik air.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.Bermakna waktu Subuh hampir berada di penghujung.

“Abang Fawaz dah bangun ke ? Tanya Hannah.Dia menjenguk ke bilik yang diduduki Fawaz.Bilik tetamu itu terletaknya di bahagian dapur. Uwais geleng.Dia menujukkan telunjuknya ke arah Fawaz yang masih lena,siap berselubung satu badan dengan selimut tebal.Malam tadi bukan main komplen,bilik sempitlah..katil kecil la..pagi ni kau baik punya tidur erk?”

“Biar saya kejutkan dialah..”

“Eh…tak payah…biar abang yang kejutkan” Uwais menahan Hannah dari terus menghampiri katil.Bukan apa,buatnya Fawaz mengigau ke.. manalah tahu,silap-silap terpeluk sayang aku ni..mana boleh!

“Sayang pergi tolong mak siapkan sarapan ya? ” Uwais menyentuh pipi Hannah. “Abang nak makan apa pagi ni?”

“Abang nak makan lempeng kelapa la…sayang boleh buat tak?” “Mana pandai..tapi saya suruh mak ajarkan ya?”

“Hah..macam ni la isteri abang…”

“Mestilah..isteri abang kan sayangkan abang..”Hannah senyum comel.Sempat dia cuit hidung Uwais sebelum keluar dari bilik.Uwais mencekak pinggang.Dia mengurut dagu seketika.Agak-agak Si Sengal ni nak ke bangun kalau aku gerak dia ni? Dia mendekati Fawaz.

“Abang Fawaz..bangunlah! dah Subuh ni..” Uwais menarik selimut yang menyelubungi seluruh tubuh Fawaz.Langsung tak bergerak. Biar betul dia ni! hidup ke lagi ni?

“Abang Fawaz…bangunlah!! Solat Subuh! dah nak abis waktu nih..” kejut Uwais lagi.Dia menarik kuat selimut Fawaz tapi kali ini terdengar dengusan Fawaz yang menarik balik selimutnya. “Aku nak tidur ni!!! jangan kacaulah…” marah Fawaz.Kalau tadi selimut menutupi seluruh tubuhnya tapi sekarang sudah separas dada sahaja.Fawaz tidur terlentang dengan mulutnya sedikit ternganga.Uwais geleng kepala.Baik punya tidur dia nih..siap ternganga lagi? nasib baik tak berdengkur!

Uwais menggeleng lagi.Teruk..teruk…patutlah kat rumah Tuk Ayah dia bangun lewat..memang bukan setakat Subuh Gajah dia ni..langsung terlepas Subuh agaknya! Uwais keluar dari bilik itu. “Hah! dah bangun Fawaz tu?” Sarimah yang sedang mengajar Hannah cara-cara membuat lempeng kelapa menyoal Uwais yang keluar dari bilik.

“Belum mak, punya susah nak kejutkan dia…”

“Abang Fawaz tu memang susah nak bangun tidur mak..dari kecil lagi dia memang macam tu” beritahu Hannah.

“Habis tu,solat Subuh dia macamana?” tanya Sarimah.

Hannah tak menjawab.Dia berpandangan dengan Uwais..aku nak jawab apa ya? Abang Fawaz dengan aku pun lebih kurang aja…nasib baiklah aku nikah dengan suami soleh..kalau tak sampai bila pun aku tak berubah agaknya.

“Hmm..Uwais..kau tolong ajarkan Hannah ni goreng lempeng..”

“Saya ajar dia mak? boleh..”Uwais senyum nakal.Dia angkat kening pada Hannah.

“Kau ajar dia goreng lempeng,bukan ajar dia bercinta..faham? nanti tak pasal-pasal hangus pulak lempeng tu karang..dengan kau aku goreng jadi lempeng nanti!” Sarimah memberi

amaran.Hannah ketawa.Uwais angguk dengan wajah penuh keinsafan..takut sebenarnya! “Mak nak pergi mana mak?” tanya Uwais bila lihat maknya itu mahu berlalu.Itupun selepas mencapai sebotol garam halus.

“Mak nak pergi gerakkan Fawaz tu..” “Garam tu nak buat apa mak?”

“Abang tahu,kalau sayang nak tahu..tu la cara mak gerakkan abang dari tidur masa sekolah dulu..sebab abang dulu pun payah bangun jugak..lepas mak buat petua turun temurun nenak moyang dia tu,sampai sekarang abang boleh bangun awal sayang..”

“Adalah…biarlah mak dengan kerja dia..kita buat kerja kita ya? Uwais sengeh…dia kenyit mata pada Hannah.Tangannya memaut pinggang Hannah tapi Hannah menolak perlahan.

“Abang ni,ingat tak mak pesan tadi…ajar saya goreng lempeng..bukan bercinta..”

“Iya ke? bukan mak suruh ajar cara-cara bercinta ke?” Uwais mengecilkan matanya.Berpura-pura keliru.Hannah segera memanaskan kuali.Uwais masih nak mengusik,Dia mendekatkan wajahnya ke pipi Hannah..hampir saja pipi itu diciumnya Hannah spontan menayangkan sudip di tangan. “Abang nak kena goreng jadi lempeng ke?”

“Tak nak…” Uwais cepat-cepat geleng dan segera menjarakkan diri.

“Tau pun..” Hannah senyum..Gatal! nasib baik menggatal dengan isteri sendiri..kalau dengan orang lain macam ni, tak payah mak,aku sendiri goreng dia macam lempeng!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sarimah masuk ke dalam bilik bersama dengan botol berisi garam halus.Dia lihat Fawaz tidur dengan lenanya.

“Amboi..siap ternganga tu..berapa kilo air liur basi dah diproses gamaknya..bertuah sungguhlah budak ini..agaknya, dah lama sangat duduk sendiri kat negara orang..ikut suka kepala kau aja nak bangun pukul berapa ya? ini hah! pakar dalam bidang mengejutkan manusia dari tidur..” “Fawaz!!!! bangun!!!..hari dah nak tengahari dah ni… kau nak bangun pukul berapa? ayam itik aku pun reti bangun sendiri tau!” leter Sarimah dengan suaranya yang memang semulajadi “loud speaker”..Dia menarik selimut Fawaz tapi seperti Uwais tadi..Fawaz menarik semula selimutnya. Hai..suara aku yang mantap ni pun takde kesan apa-apa kat telinga dia? pakai gegedang jenama apa budak ni?jenama mahal gamaknya..maklumlah,kaya raya!

“Fawaz!!!! bangun!!!” jeritnya lagi.Fawaz tetap tidur dengan lenanya.Owh…kau tetap lena ya..takpe..mulanya aku tak sampai hati..tapi tengok macam ni punya gaya kau tidur, teruja pulak aku nak mengamalkan petua tujuh keturunan aku nih..

Tanpa berlengah.Sarimah membuka penutup botol garamnya.Garam itu diambil secubit lalu diletakkan ke dalam mulut Fawaz yang ternganga.Mulanya berkeriut juga wajah Fawaz bila lidahnya terasa kelainan luar biasa itu tapi Fawaz tetap lena..

“Ya Allah… budak ni takde deria rasa ke apa? hah..kalau macam ni terpaksalah aku letak banyak..harap-harap takdelah penyakit darah tinggi budak ni” Sarimah dengan perasaan teruja yang membuak menyumbat terus mulut Fawaz dengan garam .Rasakan! payah sangat nak bangun ya?

Ptuih!! puih!puihh!

“Warghhh..uwekk…apa ni? mmmmm..masinnya!!!” Fawaz segera bangun bila terasa masin yang melekat sampai ke tekak.

“Hah!! bangun pun kau!”

“Apa ni mak cik? masin ni?” Fawaz yang sudah bangun segera menyapu mulutnya..Dia terkejut bila melihat Mak Cik Sarimah yang dah bercekak pinggang di depannya.

“Masin ya? ai..air liur basi sendiri pun dah tak tau rasa macamana?” Fawaz kerut dahi.Air liur basi rasa macam ni ke? masinnya air liur aku?

“Bangunlah!!! Ya Allah…Subuh dah nak habis ni Fawaz oi!!!..baik kau bangun sekarang,kalau tak..mak cik clearkan bilik ni sekali dengan kau!”

“Okey..okey..okey..saya nak bangunlah ni..”Fawaz bingkas bangun macam lipas kudung.Dia terjun dari katil dan berlari keluar setelah mencapai tuala mandi.Dia menuju ke bilik air tapi…. Dum!!!

“Auchhh!!!!” jerit Fawaz.Berpinar matanya yang sememangnya masih mamai.Rupanya dia terlanggar pintu bilik air yang ditutup.

“Yang kau main redah aja pintu bilik air tu kenapa?” Sarimah terkejut juga dengan bunyi dentuman yang kuat itu.

“Manalah saya perasan mak cik..” Fawaz segera membuka pintu bilik air dan masuk.Di luar dia dapat dengar ketawa Hannah dan Uwais. Malunya!!! kenapalah aku bangun lambat..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Kita nak pergi mana ni?” tanya Fawaz.Dia menampar-nampar nyamuk yang sesekali mengigit lengannya .

“Abang Fawaz ni ikut ajalah…” jawab Hannah.Dia berpegangan tangan dengan Uwais yang berjalan dihadapnnya.

“Banyak nyamuklah Hanny..” keluh Fawaz.Sudahlah dia pakai baju tanpa lengan,dah tu berseluar pendek separas lutut pula.Dia tengok Uwais bersahaja tanpa digiti nyamuk.Apa taknya,Uwais pakai seluar track dan baju berlengan panjang.Hanny pun sama!

“Takpelah..sekali sekala abang Fawaz derma darah..” Hannah ketawa.Dia berpandangan dengan Uwais yang tersenyum.Macam pernah dengar je ayat tu!

“Abang…abang…berhenti kejap” Hannah menarik tangan Uwais.Dia mematikan langkahnya. “Kenapa sayang?”

“Tu…buah tu..dah masak ke?”tanya Hannah sambil telunjukkan dihalakan kea rah pokok Duku yang berbuah lebat.

“Owh..buah ciku tu?” Uwais ketawa.Hannah memukul bahunya.

“Tak suka tau…manalah saya tahu yang ni bukan buah ciku..”Hannah sudah pun mendekati pokok Duku itu dan memetik buahnya.

“Mana? ini? bukan buah ciku ni Hanny..inilah buah Rambai kalau nak tahu” Fawaz memberitahu dengan wajah yang penuh yakin tapi sebenarnya auta!

Uwais mengekek ketawa.Hingga dia hampir terduduk.Memang sengal betul Fawaz ni..ada ke buah Rambai..yang tak boleh tahan tu,muka dia bukan main lagi berlagak betul! poyolah Abang Fawaz ni..

“Bukanlah..ini buah Dukulah abang Fawaz” beritahu Hannah.Fawaz mengerut dahi.Ceh,patutlah Uwais ni beriya sangat gelak..takpe,aku kena buat selamba aja..jatuh pulak airmuka aku yang handsome ni karang..

“Ya ke? Abang pun tak ingat sangat…” jawabnya selamba.Fawaz memetik sebiji dan mahu dirasa buah yang hampir masak itu tapi Fawaz yang sentiasa berlagak pandai itu tersalah pula cara memakan buah Duku.Uwais tak sempat menegur tindakan Fawaz yang mengigit buah Duku itu!

“Puiihh!!! apasal pahit ni??” Dia meludah dan membuang buah Duku itu.

Uwais gelak lagi..Adehlah!!! tolonglah hentikan lawak yang poyo ni abang Fawaz!!

“Bukan macam tu la Abang Fawaz..kita kena tekan hujung dia macam ni..kemudian,bila dah terbelah..baru kita buka..mana ada orang makan dengan gigit macam tu,memanglah termakan getahnya!” Hannah turut ketawa.Dia mendapatkan Uwais yang sudah mengatur langkah.Masih terdengar tawa Uwais.Fawaz menyapu mulutnya.Apasal tak cakap awal-awal? kenapalah malang sangat nasib aku hari ni!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Dapat tak?” Tanya Hannah.Dia tengok Uwais sudah berpeluh.Kasihan pulak,sudah hampir 15 minit Uwais berada di dalam tali air itu tapi masih belum dapat seekor pun ikan laga…kalau siput tu banyaklah!

“Takdelah sayang…ikan laga ni dah boleh hidu bau abang kut..”Uwais berseloroh.Dia masih berusaha menangguk.Fawaz yang duduk di bawah pokok pisang hanya memerhati.

“Uwais? bila giliran aku ni? kau bukan dapat pun..biar akulah yang tangguk! aku ni ikan tu belum kenal lagi..mesti ikan tu jatuh cinta dengan aku..” Fawaz ketawa.Uwais senyum juga.Eloklah..aku nak tengok..ikan ke benda lain yang jatuh cinta dengan kau kejap lagi..

“Abang…berhentilah dulu,tak dapat pun takpe..abang naiklah..” Hannah meminta Uwais naik saja ke darat.Bukan apa,dia rasa risau pula kalau lintah yang datang mengigit Uwais nanti..geli pun ada..

“Oklah!! abang Fawaz pulaklah..”Uwais segera naik.Belum pun sempat dia serahkan penangguk,Fawaz dah rampas dan terjun dalam tali air itu.

“Yiiieee Haaah!!!” jerit Fawaz.Uwais sengeh.Seronoklah..kau tengoklah kejap lagi.. Fawaz mula menangguk.Sekali..dua kali…tiga kali…takde!! usahkan ikan..siput pun tak dapat!..Fawaz tak putus asa..cuba lagi!

Uwais menyingsing kaki seluar traknya.Terdapat seekor lintah pada betisnya.

“Abang!!! binatang penghisap darah tu gigit abang lagi ke? jerit Hannah dengan muka

cemas.Uwais buat selamba.Ini yang aku tak tahan ni..sayang aku ni memang penggeli dengan “binatang penghisap darah” ni..

“Lintahlah sayang…” beritahu Uwais.Dia membiarkan saja lintah itu menghisap darah kotor di dalam badannya.

“Woit!!!! benda apa tu Uwais?” Fawaz terkejut bila melihat sesuatu yang panjang pada betis Uwais.Dah tu..dia tengok ada darah yang mengalir sedikit dari betis Uwais.

“Inilah lintah..”jawab Uwais sambil senyum nakal.Abislah kau!! “Mana kau dapat binatang tu?” Fawaz mula cuak.

“Dekat mana lagi..dalam tali air tu la” Uwais masih tayang muka selamba.Dia menarik lintah dari kakinya dan dibuang ke dalam tali air.Fawaz spontan melompat naik ke darat.Terelpas

penangguk dari tangannya.Dalam tali air??

“Warggghhhh!!!!! apa ni? apa ni? Uwais!! tolong aku Uwais!!” jerit Fawaz bila dia lihat ada lima ekor binantang yang sama pada kaki dan betisnya!!

“Abang! lintah tu gigit abang Fawaz!” Hannah turut menjerit tapi Hannah lebih geli melihat lintah itu.Dipautnya lengan Uwais.

“Abang..tolonglah Abang Fawaz tu..” Hannah kasihan melihat Fawaz yang sudah terduduk dan menghentak-hentak kakinya.

“Tolong? Abang busylah..nak cari ikan laga untuk sayang..”Uwais buat tak tahu.Dia turun semula ke dalam tali air.

“Uwais!!!! woi…tolonglah aku buang binatang ni!!” Fawaz betul-betul gelid an takut.Kenapa binatang ni melekat? Habislah..darah aku!!

“Hanny…tolonglah…buangkan benda ni” Dia merayu pada Hannah.

“Errr,nak tolong macamana? Hanny gelilah abang Fawaz..” Hannah menggeleng.

“Abang…tolonglah abang Fawaz ni” rayunya lagi pada Uwais yang sibuk menangguk ikan.Uwais memang sengaja.Padan muka..Elleh! bukan mati pun..lintah tu nak hisap darah kotor aja..dah busuk sangat hati tu..mesti darahnya pun kotor!

“Tolonglah…”Fawaz sudah pucat lesi kerana takut dan geli. “Kenapa ni? dari jauh saya dengar ada orang menjerit!”

Tiba-tiba Batrisya muncul.Di tangannya ada beberapa helai daun pisang.Memang dia pergi ke kebun ayahnya yang tidak jauh dari situ.Dia mengambil daun pisang untuk digunakan sebagai pembungkus lepat ubi.Dia bercadang untuk membuat lepat ubi petang nanti.Tengah memotong daun pisang dia terdengar jeritan dari arah tali air.

“Sya!! tolonglah…” Hannah mendapatkan Batrisya.

“Tolong apa Hannah?” Batrisya terkejut melihat keadaan Hannah yang cemas.Uwais pula buat tak tahu saja.

“Hai Sya!!” Uwais mengangkat tangan padanya.

“Tu..abang Fawaz..kena gigit lintah!” beritahu Hannah.Batrisya mengerut dahi bila melihat seorang lelaki menghentak-hentak kakinya ke tanah.Dah macam berguling-guling pun ada. “Lintah aja pun..” Batrisya menggeleng.Pertama kali aku tengok orang lelaki gelikan lintah.Menangis-nangis pulak tu..siapalah makhluk Allah ni!

“Yes!!! Syukur Alhamdulillah..sayang..abang dapatlah ikan laga,warna merah!!” jerit

Uwais.Hannah tak tunggu lama, dia terus mendapatkan Uwais.Maka tinggallah Fawaz dengan jeritannya yang sudah tidak dipedulikan.Batrisya pandang simpati pada lelaki di hadapannya itu..sungguh menyedihkan!.Dah..aku jugak ke yang kena tolong ni??

Suami yang Kubenci 42

Dalam dokumen Suami Yang Kubenci (Halaman 121-125)

Garis besar

Dokumen terkait