• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN

mengambil kursus Malay For Intermediate (UHF2161). Akibat dari pengistiharan situasi pandemik Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) maka segala aktiviti pembelajaran secara bersemuka telah ditangguhkan. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan kesemua aktiviti pembelajaran akan dilakukan dalam talian. Hal ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar antarabangsa ini juga berubah.Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar antarabangsa terhadap kaedah pembelajaran bahasa Melayu secara bersemuka dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.

SOROTAN KAJIAN LITERATUR

Sorotan kajian yang literatur dilakukan melibatkan kajian pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran secara dalam talian yang dilakukan oleh pengkaji tempatan dan juga luar negara.

Munurut Shahaimi & Khalid (2016) kaedah pengajaran dan pembelajaran bersemuka merupakan kaedah tradisional. Kaedah ini boleh berlaku secara sehala dan dua hala melibatkan guru dan pelajar di dalam ruang kelas yang khas. Hasil penyelidikan Agustin et al (2020) menunjukkan bahawa para pelajar lebih gemar melakukan pembelajaran secara bersemuka berbanding pembelajaran dalam talian kerana seringkali berhadapan dengan gangguan seperti ketiadaan kemudahan peralatan, kesukaran untuk akses internet serta tempat belajar yang kurang kondusif di rumah yang mempunyai ramai penghuni. Menurut Kok (2021) ketika pandemik melanda kaedah pengajaran dan pembelajaran bersemuka adalah keutamaan pilihan pelajar berbanding dalam talian. Pelajar didapati mempunyai tahap persediaan yang sederhana untuk mengikuti kelas dalam talian.

Manakala Ally, M. (2008) menyatakan pembelajaran dalam talian adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan internet untuk mengakses bahan pembelajaran, berinteraksi dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan sekelas. Kaedah pembelajaran ini dapat memberikan suasana pembelajaran yang baru kepada para belajar dalam usaha menimba ilmu. Menurut Jenal (2017) kemunculan pelbagai teknologi ICT dewasa ini telah mewujudkan banyak medium komunikasi yang membolehkan maklumat dan proses pembelajaran berlangsung dalam talian dengan berkesan.

Hal yang sama juga dikongsikan oleh Yusof dan Tahir (2017), iaitu kemajuan teknolgi maklumat dan komunikasi sangat membantu para pendidik dan pelajar bagi memastikan keupayaan dan keberkesanan pembelajaran dalam talian. Kajian yang dilakukan oleh D. Suriani dan Hamidah (2020) di Universiti Bina Bangsa Serang Indonesia berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian mendapati bahawa 80% responden bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian berbanding hanya 32% responden menyatakan kesukaran yang mereka hadapi khususnya untuk memahami kandungan pembelajaran.

Manakala 62% responden mengatakan pembelajaran dalam talian memberikan manfaat sekiranya perlaksanaan kaedah ini dilaksanakan dengan terancang. Kaedah pembelajaran sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian hanyalah dua platform yang berbeza yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu menyampaikan maklumat. Proses pembelajaran itu sendiri sebenarnya sebuah proses yang kompleks dan menyeluruh. Cindy et al. (2010) juga menyatakan bahawa apa yang lebih penting dalam pembelajaran adalah kaedah pengajaran berbanding platform penyampaian ilmu yang digunakan.

METODOLOGI

Perbincangan dalam kajian ini dilakukan dengan dua peringkat, iaitu proses pengumpulan data dan proses analisis data. Proses pengumpulan data dilakukan dengan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan yang bersesuaian untuk kajian ini. Manakala proses analisis data dilakukan dengan gabungan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Menurut Cresswell (2008), kajian reka bentuk gabungan adalah kaedah mencampurkan data kualitatif dan kuantitatif untuk lebih memahami sesebuah kajian agar dapat dijelaskan dengan lebih menyeluruh.

Seterusnya, reka bentuk kajian merupakan set panduan sistematik untuk menjalankan kajian supaya objektif kajian tercapai. Oleh yang demikian reka bentuk kajian kualitatif yang terlibat dalam kajian ini ialah pemerhatian ikut serta dan sesi temubual bersama responden kajian ini. Seterusnya reka bentuk kajian kuantitatif merupakan tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Pemilihan pelajar secara rawak sebagai responden kajian ini adalah berdasarkan kepada kaedah Krejcie dan Morgan (1970) dan borang soal selidik yang dibangunkan oleh Abtar Kaur (2004) diubahsuai dan digunakan untuk kajian ini. Seramai 24 orang pelajar antarabangsa terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

DAPATAN

Dapatan kajian menunjukkan para pelajar antarabangsa yang mempelajari kursus bahasa Melayu di Universiti Malaysia Pahang adalah terdiri daripada pelajar yang berasal dari pelbagai negara, iaitu 7 orang (29.1%) pelajar dari negara Yemen, 6 orang (25.0%) pelajar dari negara Bangladesh, 3 orang (13.0) pelajar dari negara Sudan, 2 orang (8.3%) pelajar dari negara China, 2 orang (8.3%) pelajar dari negara Jordan, 1 orang (4.0%) pelajar dari negara Pakistan, 1 orang (4.0%) pelajar dari negara Tanzania, dan 2 orang (8.3%) pelajar dari negara India. Kesemua pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini ialah pelajar yang mengikuti kursus ini menerusi kedua-dua kaedah pembelajaran, iaitu secara bersemuka pada peringkat Malay for Beginners (UHF1161) dan secara dalam talian pada peringkat Malay for Intermediate (UHF2161). Pada peringkat Malay for Intermediate (UHF2161) mereka mengikut pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Berdasarkan data demografik ini seramai 22 orang responden kajian ini ialah pelajar lelaki dan 2 orang responden ialah pelajar perempuan seperti dalam jadual 1. Jurang perbezaan responden di antara pelajar lelaki dan perempuan

disebabkan kerana populasi pelajar antarabangsa lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar antarabangsa perempuan di Universiti Malaysia Pahang.

Jadual 1 Taburan Pelajar Mengikut Jantina dan Negara Pelajar Negara Jumlah Pelajar Peratus %

Lelaki Yemen 7 29.1

Bangladesh 6 25.0

Sudan 3 13.0

Cina 2 8.3

Jordan 2 8.3

Pakistan 1 4.0

Tanzania 1 4.0

Perempuan India 2 8.3

Jumlah 24 100

Persepsi pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu secara bersemuka dengan pembelajaran bahasa Melayu dalam talian dapat dilihat menerusi beberapa aspek iaitu, lokasi keberadaan pelajar ketika mengikuti kursus bahasa Melayu, kemudahan peralatan dan akses internet, pengaruh terhadap fokus, minat, dan kebolehan mempraktikkan bahasa Melayu yang telah dipelajari serta tahap kebolehan penguasaan mereka.

Lokasi keberadaan pelajar

Lokasi keberadaan pelajar antarabangsa ketika mengikuti kursus bahasa Melayu mempengaruhi persepsi mereka terhadap pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Majoriti 18 orang (75%) pelajar yang berada di luar kampus termasuk berada di negara mereka sendiri memilih untuk belajar bahasa Melayu secara dalam talian berbanding secara bersemuka, iaitu sebanyak 6 orang (25%) yang berada di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang kesemuanya.

Jadual 2 Lokasi Keberadaan Pelajar

Pelajar Negara Jumlah Pelajar Lokasi Pelajar Di

Negara Sendiri (DN)

Di Malaysia

(DM)

Di UMP (DK)

Lelaki Yemen 7 5 2

Bangladesh 6 2 4

Sudan 3 2 1

Cina 2 1 1

Jordan 2 1 1

Pakistan 1 1

Tanzania 1 1

Perempuan India 2 1 1

Keseluruhan 24 25% 50% 25%

Kemudahan peralatan dan akses internet

Berkaitan dengan kemudahan peralatan dan akses internet data menunjukkan 20 orang (83.5%) pelajar mempunyai peralatan dan akses internet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian berbanding hanya 4 orang (16.5%) pelajar yang tidak mempunyai peralatan dan akses internet dan mereka berada di negara mereka sendiri.

Jadual 3: Kemudahan Peralatan dan Akses Internet

No Pernyataan Di

Negara Sendiri (DN) %

Di Malaysia

(DM) %

Di UMP (DK) %

Jumlah

%

1 Anda mempunyai peralatan dan akses internet untuk pembelajaran bahasa Melayu dalam talian

8.5 (2)

50 (12)

25 (6)

83.5 (20) 2 Anda tidak mempunyai peralatan dan

akses internet untuk pembelajaran bahasa Melayu dalam talian

16.5 (4)

0 (0)

0 (0)

16.5 (4)

Keseluruhan 25 50 25 100

Pengaruh terhadap fokus dan minat serta kebolehan mempraktikkan Bahasa Melayu Pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian menunjukkan pengaruh terhadap fokus pelajar ketika mempelajari kursus bahasa Melayu. Kedua-dua kaedah pembelajaran ini mencatatkan seramai 12 orang (50%) pelajar antarabangsa mengatakan tahap fokus mereka meningkat ketika belajar kursus ini. Seterusnya, pengaruh terhadap minat pelajar ketika mempelajari kursus bahasa Melayu ialah 21 orang (87.3%) pelajar mengatakan bahawa minat mereka terhadap bahasa Melayu bertambah ketika mempelajari kursus ini secara bersemuka berbanding hanya 3 orang (12.7%) menyatakan minat mereka bertambah ketika proses

pembelajaran dalam talian. Selain itu, pengaruh terhadap kebolehan pelajar untuk mempraktikkan Bahasa Melayu yang mereka pelajari ialah seramai 23 orang (95.8%) pelajar mengatakan mereka boleh mempraktikkan bahasa Melayu ketika belajar secara bersemuka dan hanya seorang (4.2%) pelajar menyatakan bahawa beliau boleh mempraktikkan bahasa Melayu ketika proses pembelajaran dalam talian.

Jadual 4 Pengaruh Terhadap Fokus, Minat dan Kebolehan Mempraktikkan Bahasa Melayu

Pengaruh Terhadap Fokus Minat Mempraktikkan

Lokasi Kenyataaan

DN % DM

% DK

%

JUM

%

DN

% DM

% DK

%

JUM

% DN

% DM

% DK

%

JUM

%

1

Pembelajaran bahasa Melayu secara bersemuka

8.5 (2)

25 (6)

16.5 (4)

50 (12)

20.8 (5)

41.6 (10)

25 (6)

87.3 (21) 20.8

(5) 50 (12)

25 (6)

95.8 (23) 2 Pembelajaran bahasa

Melayu secara dalam talian

16.5 (4)

25 (6)

8.5 (2)

50 (12)

4.2 (1)

8.4 (2)

0 (0)

12.7 (3)

4.2 (1)

0 (0)

0 (0)

4.2 (1)

Keseluruhan 25 50 25 100 25 50 25 100 25 50 25 100

Kebolehan penguasaan Bahasa Melayu

Seramai 16 orang (60.6%) pelajar mengatakan bahawa mereka berupaya menguasai bahasa Melayu ketika mereka belajar secara bersemuka dan 8 orang (33.4%) pelajar mengatakan mereka boleh menguasai bahasa Melayu walaupun mempelajari bahasa ini secara dalam talian.

Jadual 5 Kebolehan Penguasaan Bahasa Melayu

No Pernyataan Di Negara

Sendiri (DN) %

Di Malaysia (DM) %

Di UMP (DK) %

Jumlah

% 9 Kaedah pembelajaran secara bersemuka

mempengaruhi kebolehan terhadap

penguasaan bahasa Melayu yang dipelajari.

20.8 (5)

20.8 (5)

25 (6)

66.6 (16) 10 Kaedah pembelajaran secara dalam talian

mempengaruhi kebolehan terhadap

penguasaan bahasa Melayu yang dipelajari.

4.2 (1)

29.2 (7)

0 (0)

33.4 (8)

Keseluruhan 25 50 25 100

PERBINCANGAN

Lokasi keberadaan pelajar ini juga berbeza antara satu sama lain ketika kajian ini dijalankan, iaitu ada yang berada di negara mereka sendiri, ada yang berada di Malaysia tetapi di luar kampus Universiti Malaysia Pahang dan ada yang berada di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi lokasi keberadaan pelajar ketika ini seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekatan dan kawalan ketat di sempadan masuk negara-negara tertentu akibat wabak pandemik Covid-19 dan keputusan pelajar untuk pulang berada di samping keluarga kerana ketidakpastian faktor keselamatan yang melanda dunia akibat wabak penyakit.

Oleh yang demikian hanya terhadap 6 orang pelajar (25%) berada di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang, dan 6 orang (25%) pelajar berada di negara mereka sendiri dan 12 orang (50%) pelajar berada di luar kampus tetapi masih di Malaysia. Mereka yang berada diluar kampus adalah merupakan pelajar yang memang menyewa rumah di sekitar kawasan Universiti Malaysia Pahang.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan 20 orang (83.5%) pelajar mempunyai peralatan seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit dan akses internet untuk mengikuti pembelajaran bahasa Melayu dalam talian, iaitu dengan pecahan 2 orang (8.5%) pelajar berada di negaranya sendiri, 12 orang (25%) pelajar berada di Malaysia dan 6 orang (25%) pelajar berada di Universiti Malaysia Pahang. Berbanding dengan hanya 4 orang (16.5 %) pelajar tidak mempunyai peralatan dan akses internet untuk pembelajaran dalam talian dan kesemua mereka berada di negara mereka ketika ini.

Terdapat beberapa sebab yang diberikan oleh pelajar ini, iaitu mereka tidak membawa pulang peralatan seperti komputer riba ketika pulang ke negara mereka kerana ketika itu universiti mengumumkan cuti. Ada yang mendakwa bahawa komputer riba mereka mengalami kerosakkan akibat penggunaan yang kerap kerana mengikuti pengajian secara dalam talian sepenuhnya pada ketika ini. Selain itu, ada pelajar menyatakan bahawa beliau mempunyai kemudahan peralatan di rumahnya tetapi rangkaian internet di negara mereka sangat teruk dan akses internet hanya terdapat pada waktu-waktu tertentu yang tidak jelas dan pasti.

Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar memberikan respon yang sama terhadap pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian iaitu, sebanyak 12 orang (50%) pelajar menyatakan bahawa tahap fokus mereka meningkat ketika mempelajari bahasa Melayu.

Pembelajaran yang mereka ikuti secara bersemuka meningkatkan fokus mereka kerana mereka boleh berhubung terus dengan guru yang mengajar, rakan-rakan sekelas dan penutur jati bahasa Melayu di negara ini. Manakala ketika proses pembelajaran secara dalam talian berlangsung fokus mereka dapat dikekalkan kerana pelbagai kaedah dan teknik baru yang digunakan oleh guru mereka seperti nota kuliah interaktif, kuiz dan latihan yang fleksible, serta pengenalan pelbagai perisian yang menarik. Guru juga telah memberikan mereka video rakaman pembelajaran bahasa Melayu yang membolehkan mereka untuk mengulangkaji dan mempraktikkan bahasa Melayu kerana tidak terikat dengan jadual waktu semata-mata untuk mempelajari bahasa Melayu.

Sebanyak 21 orang (87.3%) pelajar mengatakan bahawa minat mereka mempelajari bahasa Melayu bertambah ketika mengikuti kursus ini secara bersemuka pada peringkat Malay For Beginners (UHF1161). Manakala hanya hanya 3 orang (12.7%) pelajar sahaja yang mengatakan minat mereka

bertambah untuk mempelajari bahasa Melayu ketika mempelajari bahasa ini dalam talian pada peringkat Malay For Intermediate (UHF2161). Antara sebab yang mempengaruhi mereka minat mempelajari bahasa Melayu ketika belajar secara bersemuka adalah mereka dapat berhubung terus dengan guru, rakan sekelas, penutur jati bahasa Melayu dan dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa dan budaya Melayu. Selain itu,mereka berpeluang untuk berkunjung ke pasar malam, mencuba masakan orang Melayu, memperagakan pakaian tradisioanal Melayu dan melakukan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Menerusi pembelajaran dalam talian minat mereka hanya dapat ditingkatkan kerana penggunaan perisisan yang mudah, cepat, menarik dan fleksibel pada bila-bila masa dan ianya berkait rapat dengan sikap pelajar itu sendiri. Seramai 23 orang (95.8%) pelajar mengatakan bahawa mereka boleh mempraktikkan bahasa Melayu yang mereka pelajari melalui kaedah pembelajaran bersemuka dan hanya seorang (4.2%) belajar sahaja mengatakan beliau boleh mempraktikkan bahasa Melayu yang beliau pelajar secara dalam talian.

Rata-rata pelajar menyatakan mereka tidak dapat menggunakan bahasa Melayu ketika proses pembelajaran dalam talian kerana persekitaran mereka langsung tidak memerlukan mereka menggunakan bahasa ini. Mereka lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris ketika menghadari kelas-kelas lain dan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk komunikasi harian. Bahasa Melayu hanya digunakan ketika proses pembelajaran bahasa ini berlangsung.

Selain itu, 16 orang (66.6%) pelajar mengatakan bahawa mereka berupaya menguasai bahasa Malay for Beginners (UHF1161) dengan baik ketika bersemuka. Hal ini kerana mereka terdedah dengan persekitaran yang membolehkan mereka mempratikkan bahasa Melayu seterusnya mempertingkatkan penguasaan mereka menggunakan bahasa ini. Seterusnya 8 orang (33.4%) pelajar mengatakan mereka berupaya dan boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun pembelajaran bahasa ini dilakukan dalam talian ketika kursus Malay for Intermediate (UHF2161).

Hal ini sebenarnya dapat dikaitkan dengan sikap mereka sendiri yang suka mempelajari bahasa ini.

Walaupun lebih ramai pelajar menyatakan bahawa mereka lebih berupaya menguasi bahasa Melayu dengan baik ketika belajar secara bersemuka berbanding dalam talian, tetapi pencapaian yang mereka perolehi dalam peperikasaan yang diduduki oleh mereka menunjukkan bahawa majoriti daripada mereka dapat mengekalkan pencapaian gred mereka.

PENUTUP

Pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar antarabangsa sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian mempunyai kelebihan, kekangan dan cabaran yang tersendiri. Kedua-dua kaedah pembelajaran ini sekiranya dimanfaatkan dengan sebaiknya pelajar sudah pasti dapat menguasai dan menggunakan bahasa ini dalam komunikasi mereka ketika diperlukan. Penguasaan lebih daripada satu bahasa merupakan nilai tambah kepada pelajar itu sendiri. Keupayaan bertutur menggunakan bahasa ini pada lapangan sebenar adalah merupakan kejayaan sebenar berbanding mencapai gred yang baik dalam peperiksaan semata-mata. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah untuk dipelajari dan dikuasi oleh mana-mana individu yang ingin menguasai bahasa ini dalam tempoh yang singkat.

RUJUKAN

Abtar Kaur, (2004). Effectiveness of Online Forum at OUM. Tidak terbit, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 75-87.

Agustin, M., Novia, R, N., Aniq, N. H., Muladi, Eka, P.A. W., & Rahmania, S. U. (2020).

Effectiveness of whatsapp in improving student learning interests during the covid-19

pandemic. Dimuat turun daripada

https://ieeexplore.ieee.org/stamp/stamp.jsp?tp=&arnumber=9230031.

Ahlam, A., Aryn, C. K., Andrew, L., & Jacob, B. (2020) Online and face-to-face classroom multitasking and academic performance: moderated mediation with self-efficacy for self- regulated learning and gender. Computers in Human Behavior, 102(1), 214–222.

Ally, M. (2008). Foundations of Educational Theory for Online Learning: Theory and Practice of Online Learning.

Cresswell, J.W. (2005). Educational Rserach: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitatif Research. 2 nd Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Cindy, A. D., Christy, L., & Jeanine, F. W. (2010). Comparing student achievement in online and faceto-face class formats. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 6(1), 30-42.

Fatih, G., & Hafize, K. (2009). The effects of online and face to face problem base learning environments in mathematics education on student’s academic. Procedia Social and Behavioral Sciences, 1(1), 2817-2824.

D. Surani and H. Hamidah. (2020). “Students Perceptions in Online Class Learning During the Covid-19 Pandemic”, IJoASER, vol. 3, no. 3, pp. 83-95.

Jenal, M. Z. (2017, March). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Sistem Rangkaian Media Sosial Telegram Sebagai Alat Pembelajaran Modul Matematik: Satu Tinjauan Kes Di Kolej Komuniti Kuala Langat. In eProceedings iCompEx17 Academic Paper.

Kok, K. H. (2020). Interaksi tidak bersemuka dan perintah kawalan pergerakan wabak covid-19.

Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 202-211.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30,607-610.

Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran. Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.

Mahizer Hamzah (2007). Keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian dalam portal my Guru 2 terhadap pembelajaran di UPSI. Proceedings of the 1st International Malaysian Educational Technology Convention 2007 (pp.242–247). Kuala Lumpur: META.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2017). Persepsi Guru Terhadap Ciri-ciri Inovasi VLEFROG di Sekolah di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017), 226-236.

Yusof, M, N. M., & Tahir, Z. (2018). Kepentingan penggunaan media social teknologi maklumat dalam pendididikan IPTA. (Importance of Information Technology- Driven Social Media in Public Institutes of Higher Education). e-Bangi, 14(3), 1-10.

Zamri Mahamod. (2019). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Keempat.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman & Zarien Atierah Zamri. (2021). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah: Isu dan Cabaran Pendidikan dalam Norma Baharu. (Pnyt.). Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

UNSUR FANTASI DALAM SASTERA KANAK-KANAK DAN