• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

25

KEPEMIMPINAN AUTENTIK DALAM PERSPEKTIF PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVET)

Dr Romy b. Abd Kadir, PhD

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional IPG Kampus Pendidikan Teknik

Kompleks Pendidikan Nilai

71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

[email protected]

PENGENALAN

Untuk mencapai status negara maju seperti yang terkandung dalam wawasan 2020, usaha perlu dipergiatkan lagi bagi membangunkan pekerja berpengetahuan, iaitu berdaya saing, fleksibel, dinamik dan berorientasikan prestasi dan kecemerlangan. Menurut Fazlina (2008), bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan pekerja berpengetahuan sangat penting. Justeru itu, pembangunan budaya yang mengutamakan prestasi tinggi di semua peringkat daripada sekolah hingga ke tempat kerja perlu diberi penekanan.

Untuk menghasilkan pekerja yang berprestasi tinggi, tunggak kepimpinan juga mesti dipegang oleh individu yang berkaliber serta mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai misi dan visi sesuatu organisasi.

Jika sesuatu organisasi mempunyai pemimpin yang bagus, organisasi tersebut mampu menghasilkan modal insan yang bertaraf antarabangsa yang mana sering diperkatakan oleh pemimpin- pemimpin Malaysia. Pembangunan modal insan yang berkualiti juga mampu meningkatkan ekonomi negara seiring dengan negara-negara maju.

(2)

26

Autentik berasal dari bahasa Yunani bermaksud menjadi dirimu yang sesungguhnya (to thine own self be true). Menjadi diri sendiri adalah kata kunci autentik. Selain itu autentik juga melambangkan keperibadian terbuka bagi seseorang pemimpin terhadap orang lain, berlaku jujur dan melakukan setiap perkara dengan betul dan ikhlas.

Menurut Northhouse (2010), kepemimpinan adalah satu proses dimana seorang individu mempengaruhi sekelompok individu untuk mencapai tujuan bersama. Kepemimpinan juga adalah proses memotivasi sekelompok orang untuk berkolaborasi bersama untuk mencapai sesuatu yang hebat (Vroom dan Jago, 1988).

Manakala Bishop (2013), menyatakan kepimpinan autentik adalah perkembangan tentang perilaku organisasi positif dan konteks organisasi positif, yang berfokus pada kekuatan dan kapasiti psikologi yang dapat diukur, dikembangkan dan dikelola secara efektif di tempat kerja. Kepimpinan autentik juga melambangkan keperibadian terbuka bagi seseorang pemimpin terhadap orang lain, berlaku jujur dan melakukan setiap perkara dengan betul. Pemimpin yang autentik juga berpegang teguh kepada perjalanan hidupnya sendiri serta berkeupayaan untuk membuang sikap ego.

Menurut Gardner (2005), kepemimpinan autentik mempunyai kaitan rapat dengan etika dan kepemimpinan transformasi. Organisasi dan warganya memerlukan pemimpin yang autentik serta mempunyai idea transformasi supaya mereka dapat meningkatkan perubahan dalam mana-mana kapasiti yang mereka mainkan. Manakala Abdul Ghafar Mahmud (2011) telah menyenaraikan ciri-ciri penting bagi seorang pemimpin pendidikan yang berkesan di alaf baharu ini iaitu pemimpin yang mempunyai:

(i) keupayaan untuk membezakan kebenaran dan kebatilan;

(ii) keupayaan untuk berfikir dan bertindak berasaskan kebenaran, secara bijaksana, rasional dan lapang dada;

(3)

27

(iii) keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab, menyempurnakan kerja, menunaikan janji dan mengotakan ikrar sebagai pendidik;

(iv) keupayaan untuk menerima keunikan dan menghormati perbezaan dan pandangan orang lain;

(v) keupayaan bekerja secara sepasukan sebagai anggota organisasi;

(vi) keupayaan mengamalkan nilai-nilai dan prinsip- prinsip yang dianjurkannya dan mengotakan kata- katanya; dan

(vii) jujur, tulus dan bertanggungjawab terhadap tindak- tanduknya.

TEORI KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVET)

Perspektif peribadi (The Personal Perspective)

Aspek penting dalam perspektif peribadi ialah mempunyai ciri keperibadian yang dimiliki oleh seorang pemimpin. Menurut Antonakis (2011) ciri keperibadian ialah dapat dilihat dan diukur, berbeza dengan individu lain, menunjukkan kestabilan dalam menghadapi pelbagai situasi dan mempunyai sikap, keputusan dan tingkah laku yang boleh diramal.

Seterusnya ciri-ciri interpersonal, seperti sosial dan emosi yang tinggi, pintar, empati, diplomasi, responsif, bersikap terbuka terhadap kerjasama, penyelesaian konflik, komunikatif, kemampuan menanamkan komitmen, mempunyai

semangat berpasukan dan hubungan yang matang dan akhirnya mempunyai ciri-ciri pengurusan seperti kemampuan membuat keputusan, berorientasikan hasil, analitis, berwawasan, terbuka untuk berubah dan bersedia mengambil risiko (Yukl, 2002).

Dalam konteks kepimpinan TVET individu tersebut perlu mempunayi kecerdasan kognitif tinggi atau mempunyai pengetahuan yang luas,

(4)

28

bercita-cita tinggi, energetik atau bertenaga, mempunyai inisiatif, kematangan emosi yang tinggi, mempunyai keyakinan diri, mempunyai karisma berkeyakinan, mempunyai kredibiliti, jujur, bertanggungjawab dan mempunyai sifat humor.

Perspektif Fungsi (The Functional Perspective).

Perspektif fungsi adalah berkaitan fungsi kepimpinan serta melibatkan elemen behavioristik atau tingkahlaku. Aspek utama dalam perspektif fungsi adalah peranan kepimpinan terdiri daripada pelbagai peranan.

Peranan asas adalah pengurusan dan kepimpinan. Dalam kepimpinan perspektif fungsi pengurusan sebenar pengurusan pentadbiran, yang merangkumi kakitangan dan perancangan operasi, pelaporan, penilaian dan sebagainya.

Oleh itu dalam konteks kepimpinan TVET dari segi perspektif fungsi, seseorang pengurus perlu berperanan dalam mencari maklumat dan membuat keputusan serta berhubung dengan pelbagai pihak. Selain itu ia juga perlu memanafaatkan setiap aktivit bersama dengan orang bawahan.

Perspektif Institusi (The Institutional Perspective).

Faktor utama dalam perspektif institusi adalah tumpuan dari pengurusan dalam organisasi. Pemimpin TVET yang hebat akan memikirkan bagaimana untuk menaikkan nama institusi dari segi hubungan serta rangkaian dengan agensi luar. Selain itu kepimpinan institusi juga menekankan kemampuan menggerakkan orang bawahan. Menurut Podolny (2010), peranan kepemimpinan untuk berubah organisasi menjadi institusi dengan memasukkan organisasi dengan nilai dan mewujudkan organisasi yang berbeza identiti dan rasa tujuan yang sebenarnya diinternalisasi oleh ahli organisasi sangat bermakna.

Perspektif Situasi (The Situational Perspective).

Menurut Yukl (2002), pemimpin yang berkesan terus membaca keadaan dan menilai bagaimana menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keadaan. Mereka perlu fleksibel dan inovatif dalam

(5)

29

menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan yang sentiasa berubah.

Dalam konteks kepimpinan TVET situasi yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira perkembangan semasa terutama berkaitan pengurusan bengkel, peralatan dan mesin supaya keadaan ini selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Perspektif Hubungan (The Relational Perspective).

Menurut Hosking (2011), seseorang pemimpin perlu memberi tumpuan terhadap individu dalam organisasi serta mengambil tahu tentang perkembangan individu tersebut. Dalam konteks pemimpin TVET, hubungan antara pemimpin dengan orang bawahan perlu ada hubungan yang baik serta mesra antara satu sama lain. Ini akan menjadikan organisasi atau jabatan menjadi lebih kuat dari segi fungsi. Pemimpian juga tidak boleh memberikan tumpuan hanya pada seseorang individu sahaja sebalik tumpuan harus diberikan kepada semua individu di dalam sesebuah organisasi tersebut.

Perspektif Posisi (The Positional Perspective).

Perspektif posisi adalah kedudukan dari mana pemimpin tersebut menjalankan pengaruh serta mempunyai hubungan dengan orang, proses, situasi, produk, struktur, budaya dan sebagainya. Tumpuan perlu diberikan kepada kepimpinan serta dapat menggunakan kuasa dan pengaruh ditempat yang betul. Menurut Clegg (2006), perspektif posisi adalah proses integrasi dalam komunikasi serta mempunyai hubungan interpersonal yang baik terhadap semua individu serta bijak menggunakan kedudukan dalam pelbagai posisi demi memajukan sesebuah organisasi.

KESIMPULAN

Kepimpinan yang baik dalam konteks Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dapat menggarap serta menghubungkan pelbagai persepktif iaitu perspektif peribadi, perspektif fungsi, perspektif institusi, perspektif situasi, perspektif hubungan dan perspektif posisi dalam satu satu masa supaya sesuatu organisasi atau jabatan menjadi lebih berdaya maju dan berdaya saing.

(6)

30 RUJUKAN

Abdul Ghafar Mahmud. (2011). Haluan Kerja Pendidikan : Merealisasikan Agenda Transformasi Pendidikan Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antonakis, J. (2011). Predictors of Leadership: The Usual Suspects and the Suspect Traits, in: A. Bryman, (ed.). The Sage Handbook of Leadership. Los Angeles: Sage.

Bishop, William H. (2013). Defining the Authenticity in Authentic Leadership. The Journal of Values-Based Leadership, 6(1), 1-8

Chatman, J. A., & Kennedy, J. A. (2010). Psychological perspectives on leadership. US: Harvard Busness Press.

Clegg, S. R., D. Courpasson and N. Phillips. (2006). Power and Organizations. London: Sage.

Fazlina Yunus, (2008). Kepimpinan Autentik dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Politeknik. UTHM.

Gardner, W.L., Avolio, B.J., Luthans, F., May, D.R., & Walumbwa, F.O. (2005). “Can you see the real me?” A self-based model of authentic leader and follower development. The Leadership Quaterly, 16, 343-372.

Hosking, D. M. (2011). Moving Relationality: Meditations on a Relational Approach to Leadership, in: A. Bryman, (ed.). (2011).

The Sage Handbook of Leadership. Los Angeles: Sage.

Northouse.P. G (2010). Leadership: Theory and Practice, Fifth Edition. Thousand Oaks, California: SAGE Publication.

(7)

31

Podolny, J. M, R. Khurana, and M. L. Besharov. (2010). Revisiting the Meaning of Leadership, in: N. Nohria, and R. Khurana, (eds.).

(2010). Handbook of Leadership Theory and Practice. Boston:

Harvard Business School Press.

Robinson. S, O’Dea. V, (2014). Authentic Leadership to thine own self be true. Article Insight.

Vroom, V. H., and A. G. Jago. (1988). The New Leadership: Managing Participation in Organizations. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

Yukl, G. (2002). Leadership in Organizations. Upper Saddle River:

Prentice-Hall.

Referensi

Dokumen terkait

Selain daripada itu, pelaksanaan RBT juga memberi penekanan kepada pendedahan dalam mereka bentuk dan penghasilan produk berasaskan teknologi dan selari dengan matlamat RBT itu sendiri

Menurut Syaubari 2017 antara contoh terbaik yang boleh ditunjukkan oleh seorang guru adalah menjalinkan hubungan dengan individu berilmu dan selalu melaksanakan amal ibadat agar dapat

Perbezaan yang dapat dikeluarkan daripada nilai kepimpinan bagi kedua- dua acara ini adalah dari aspek konteks arahan yang diberikan di mana dalam acara Kejohanan Olahraga Tahunan,

70 MEMPERKASAKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL IPGKPT Mohamed Nazul Ismail, PhD Jabatan Teknologi Pengkomputeran IPG Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai Bandar Enstek,

Selain daripada Pembelajaran dari Rumah, Pembelajaran Atas Talian turut digunapakai dalam menjayakan proses pengajaran dan pemudahcaraan PdPc semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah SWT telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak