• Tidak ada hasil yang ditemukan

(a) Kesedaran China terhadap Asia Tenggara dan Prinsip

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 80-94)

Te

punyai kefahaman tentang geografi dunia yang mementingkan kedudukannya sebagai pusat budaya dan kuasa sedunia. Menu- rut fahaman tersebut, kawasan darat merupakan satu kawasan tersendin yang diasingkan dan kawasan laut yang juga merupa- kan satu perairan yang tersendiri. Tidak hairanlah sejak abad kelima dan keenam Masihi, China selalu melihat kawasan sela- tannya sebagai satu kawasan yang terdiri daripada satu laut yang luas yang mengiringi segala kawasan maritim Asia Tenggara. China juga menganggap bahawa China diasingkan dan kawasan selatan ataupun “laut selatan” oleh laut yang luas itu. Oleh itu, agak mustahil sekiranya China ingin menguasai ataupun menge- kalkan hubungan teratur dengan “laut selatan” tanpa angkatan tentera laut yang besar dan berkuasa. O.W. Wolters pernah mem- buat analisis bahawa dengan kesedaran terhadap masalah geopo- litik yang timbul danipada kedudukan Asia Tenggara itulah yang memaksa kerajaan China dan dinasti T’ang (618—906) dan dinasti Sung (960—1279) mengurniakan kedudukan istimewa kepada maharaja Srivijaya sebagai ejen perdagangan China di kawasan itu dan melaluinya di India dan Asia Barat) Jelas bahawa pada masa itu China tidak mampu mengekalkan satu angkatan tentera laut yang dapat mengawal kawasan selatan dengan berkesan. Kemungkinan besar danipada kesedaran terse- but muncullah konsep te yang digunakan oleh raja-raja dinasti T’ang dan pengganti-pengganti mereka sebagal prinsip menentu- kan hubungan China dengan Asia Tenggara dan juga dengan kawasan-kawasan lain yang secara tidak langsung di bawah kuasa pentadbiran dan ketenteraan China.

Secara ringkas, temerupakan sumber segala kesucian kuasa politik yang ada pada seseorang pemimpin dan membolehkan pemimpin itu menubuhkan sesebuah dinasti dan memaparkan kewibawaannya. Dengan sistem pentadbiran yang baik dan ber- moral, seseorang raja dapat meningkatkan te supaya bukan sahaja rakyat China yang akan menerima dan menikmati segala

1 Lihat Woiters, O.W., 1975. The Fall of Srivijaya in Malay History. Kuaia Lumpur: Oxford University Press, him. 20.

manfaat te itu tetapi semua masyarakat “gasar”, tidak kira ter- letak dekat atau jauh dan China, akan juga menerima dan mengakui kebesaran raja dan kerajaan China. Konfusius mene- rangkan tentang tebahawa,

“Sekiranya... para masyarakat yang jauh geografinya[dan

China], masih lagi belum mengakui [keunggulan kuasa dan

pentadbiran maharaja China], jadi maharaja China mestilah memujuk mereka dengan mempertingkatkan lagi maruah [te]budaya [masyarakatCina]; apabila mereka telah dipu- juk, baginda memuaskan [keperluan mereka]. Di mana

wujud kepuasan hati, di situtidak berlakunya keadaankacau bilau.2

Sejak abad kelima dan keenam, kerajaan China selalu menerang- kan sebab-sebab kedatangan misi-misi dan negeri-negeri dan “laut selatan” dalam konsep tedan penghargaan dan penerimaan negeri-negeri .tersebut tentang kebesaran sosiobudaya Cina dan manfaat yang dinikmati oleh mereka yang terlibatdalamlingku- ngan te itu. Apabila dinasti Ch’ing berjaya menggulingkan dinasti Ming, direkod dalamHui-tien bahawa,

Semasa dinasti, beta muncul buat kali pertama, kuasa te yang amat mengagumkan menyebar secara perlahan-lahan dan menjadi kukuh. Di mana sampai nama dan pengaruh-

nya, tiada sesiapa pun yang tidak datang menghadap [maha-

raja] di istana.3

Kerajaan China juga menuntut bahawa keadaan yang agak aman dan membolehkan misi-misi diplomatik dan perdagangan Asia Tenggara berulang-alik ke China adalah bukti yang jelas manfaat sosiopolitk te yang dinikmati oleh negeri-negeri yang menghantar misi tersebut.

2 Waley, A., 1938. The Analects of Confucius. London, him. 203, dipetik dalam Woiters, 1975,op. cit., hIm. 25. Juga lihatpenjelasanWang Gung- wu, 1968. “Early Ming Relations with Southeast Asia: A Background Essay” dim. Fairbank, J.K., (peny.),The Chinese World OrderCambridge,

Mass.: Harvard University Press. Kejatuhan dinasti Yuanpathtahun 1368, contohnya, diterangkan sebagai bukti dinasti itu tidak iagi mempunyaite untuk memerintah China.

Contoh yang menanik terhadap minda China ialah tuntutan yang dibuat oleh Maharaja T’ai-tsu (629—649) yang mengidenti- fikasikan te sebagai punca asas keamanan di China dan kedata- ngan misi-misi dani wilayah-wilayah ke China, kerajaan pusat dunia. Jelas juga bahawa prinsip te telah menjadi dogma yang digunakan oleh para pemimpin China sehingga zaman dinasti Ming (1368—1644) dalamüsaha mereka menyembunyikan kele- mahan China yang tidak berkemampuan mengalatkan sebuah angkatan tentera laut yang cukup berkebolehan bagi mengawal dan mempertahankan tuntutan sosiopolitik kebesaran China. Semasa pemerintahan Maharaja T’ai-tsu (1368—1398), pengasas dinasti Ming (1368—1644), tetelahmenjadi prinsip pokok hubu- ngan China dengan segala negen. T’ai-tsu menuntut kedudukan maharaja Cina sebagai raja pemerintah dunia yang mempunyai kuasa ketuhanan; oleh itu, nasihat, cadangan, dan arahan baginda tentang sistem pentadbiran yang “baik” dan hubungan damai dan muhibah antara negeri-negen berjiran mesti diterima dan dipatuhi. Tentangan terhadap cadangan atau arahan Maharaja China akanmembawa kepada kemusnahanmasyarakatberkena- an. Tidakhairanlah semasa pemerintahan T’ai-tsu dananakanda baginda Yung-lo (1404—1424) merupakan zaman penglibatan China dalam hal sosiopolitik Asia Tenggara yang hebat sekali. Ringkasnya, China menuntut hak dan kedudukan unggul dan istimewa dalam masyarakat antarabangsa atas konsep te atau kebesaran kuasa moral/ketuhanan diraja dan sosiobudaya Cina yang berasaskan ajaran Konfusius.

(b) Sistem Tributari China dan Asia Tenggara

Seperti yang dibincang di atas, hubungan serantau Asia Tenggara pada zaman tradisional adalah berdasarkan sistem tributani yang sebahagiannya berkembang dan hubungan tributari rantau itu dengan jiran gergasi di utananya. Pada amalannya, boleh diru- muskan bahawa sistem tributari China adalah satu dasar luar China dalam menentukan hubungan China dengan negen-negeri lain. Sistem tersebut digunakan oleh China sejak zaman kiasik yakni lebih kurang abad kelima dan keenam masihi hingga ke pertengahan kedua abad ke-19. Tujuan asasnya ialah untuk

mengatur hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan negeri-negen yang ingin berdagang dengannya. Path teorinya, sistem tributari China yang amat dipengaruhi oleh konsep te yakni China mempunyai hak ketuhanan untuk menentukan kea- manan, hieranki sosiopolitk antarabangsa di kalangan negeri yang ingin berhubung dengan China, berasal daripada keperca- yaan bahawa China mempunyai tamadun yang paling besar dan

semua negara di dunia.

Kepercayaan terhadap kebesaran tamadun China itu timbul daripada hubungan China dengan beberapamasyarakat nomad di barat dan utara serta masyarakat tempatan di selatan yang semuanya menunjukkan tamadun yang agakrendah dan tunduk kepada tamadun China. Secana kasarnya, tuntutan China tentang kebesanan tamadunnya berpunca daripada beberapa faktor. Per- tama, kecanggihan tamadun Cina itu bukan berasaskan kuasa fizikal China yakni kuasa tentera tetapi pada cara hidup yang teratur dan sempurnadani segi pentadbiran, sistem sosiobudaya, undang-undang dan nilai akhlak Cina mengikut ajaran Konfu- sius. Kedua, tamadun itu dapat ditunjukkan dengan jelas dan segi praktisnya dan, yang amat ketara, daripada tamadun bertu- lis yang tidak wujud di kalangan negeri “gasan” yang pernah China hubungi.4 Jadi menurut fahaman China, masyarakat “ga- san” merupakan masyanakat yang tidak mengamalkan cana hidup tersebut. Walau bagaimanapun, China sanggup menerima semua pihak yang inginkan manfaat daripada cara hidup masyarakat China yang canggih itu sekiranya mereka mengakui terlebih dahulu kebesaran tamadun China yakni kedudukan teragung Maharaja China dalam hal-hal sosiopolitk yang ditentukan oleh baginda dan kerajaannya. Sistem tributari merupakan syarat pokok dasan luar China hasil danipada kepercayaan itu. Dalam sistem tersebut, yang bermula pada abad kelima dan keenam Masihi dan yang dapat diatur dengan syarat-syanat yang tepat

4 Bahagian

mi

adaiahberdasarkanpenjelasanFairbankdanTeng, 1961. “On

the ChingtributariSystem” dim. Fairbank, J.K., dan Ssu Yu Teng, (peny.), Ching Administration: Three Studies. Harvard-Yenching Institute Studies XIX,Cambridge, Massachussetts: HarvardUniversity Press.

dan rumit pada zaman dinasti Ming dan dinasti Ch’ing (Mancu 1644—1911, pihak-pihak yang terlibat terpaksa mengakui bahawa maharaja Cina mempunyai mandat ketuhanan untuk memerintah manusia, menyelesaikan hubungan antara cakera- wala dan bumi, dan berkuasa mengatur masalah antana mereka melalui nasihat dan cadangan atau arahan diraja. Adalah menjadi tanggungjawab masyanakat “gasar” mematuhi arahan tersebut. Dengan penerimaan sistem tributani Cina itu sahajalah negeri- negeri “gasar” dapat diiktiraf dan diben tempat yang sewajan- nya dalam hierarki politik danakhlak Cina. Jelas bahawa keper- luan politik dan ekonomi Asia Tenggara memaksa pemimpin rantau itu menenma dan secara rasmi, yakni melalui menyertai upacara kotowyang melakukan tiga kali berlutut dan sembilan kali sujud apabila menghadap Maharaja Cina, mengakui keduduk- an agung China dan kedudukan mereka lebih rendah berdepan dengan China. Bukan sahaja Asia Tenggara yang sedia mene- rima tuntutan kebesaran China itu, masyarakat lain termasuk dunia Barat rela mengiktiraf keagungan tamadun China sehingga padatahun-tahun terakhirabad ke- 18 atas kepentingan ekonomi dan perdagangan mereka.

Dan sudut pandangan China, sistem tributani merupakan perkembangan semula jadi yang berpunca danipath kebesaran China dani aspek tamadun yang ternyata dalam sejarah awal hubungan China dengan negeri-negeri yang berhampiran dengannya, dan bukandani aspekkuasa tentera negara itu. Pada abad ke- 11 dan ke- 12, terdapatkecenderungan China yang meli-

hat keselamatan China bergantung pada kebolehan China mengasingkan dirinya danipada berhubung dengan dunia “ga-

san” yang semakin menjadi lebih kukuh dan berkuasa dan aspek ketenteraan seperti bangsa Monggol di utara dan banat negeri China. Namun, pemimpin Cina menerimahakikat bahawa China tithk dapat mengasingkan dirinya dan dunialuan dan, oleh itu, telah menjadi tanggungjawabnya untuk menentukan ciri-ciri hubungan luar China. Menurut Tsiang,

[China] menolak kemungkinan wujudnya hubungan [China-negerilain] yang berdasankan prinsip persamaan Sekiranya [China]terpaksa berhubung dengan negeri lain,

hubungan itu mesti berbentuk hubungan negeri dipertuan- negerinaungan; penerimaan hubungan yang begitu dibentuk

bererti, kepada China, penenmaan kod etika China oleh negeri gasar yang teriibat....5

Semasa pemerintahan Maharaja Yung-lo, contohnya, sistem tn- butanidihidupkan semula dengan syanat-syarat yang lebih teratur untuk membentuk hubungan China dan negeri-negen lain yang berhasrat mengadakan hubungan politik dan ekonomi dengan China. Sebagai balasan, China menunjukkan sikap murah hati dengan membenarkan negeri-negeri naungannya berdagang dengannya. Perdagangan nampaknya digunakan untuk memper- lihatkan kemurahan hati raja. Serentak dengan itu, ia juga digu- nakan sebagai daya pemikat negeni-negeni naungan kepada kuasa dan kegemilangan sosiobudaya China. Bagi negeri-negeri di Asia Tenggara, penenmaan misi diplomatik oleh China selalu diikuti oleh pengiktirafan Maharaja China terhadap kedaulatan raja-raja di Asia Tenggara yang berkenaan. Dalam satu upacara khas, Maharaja China menganugerahkan tera kewibawaan dan dokumen pertabalan kepada wakil ataupun raja negen darn Asia Tenggana tersebut sebagai lambang pengesahan kedudukan sosio- politik yang berdaulat itu. Semua raja di Asia Tenggana yang diterima sebagai negeri naungan China dan dikurniakan alat-alat kebesanan yang dianggap mempunyai kedudukan sosiopolitik yang setaraf di rantau Asia Tenggara.

Secara tidak langsung, China menggunakan sistem tributari sebagai sistem pertahanan China danipada negen-negeri yang akan mengancam keselamatan China melalui tindakan bermusuh- an sesama mereka dan dengan itu mengacau ketenteraman di kawasan yang bernilai ekonomi kepada China seperti di Asia Tenggara, atau melalui kekecewaan mereka yang tidak dapat menyertai kegiatan perdagangan dengan China seperti bangsa Monggol. Sistem tributari sebagai sistem pertahanan itu hanya berkesan di kalangan negeri yang jauh dan kecil seperti masya- nakat Asia Tenggara sahaja. Itu pun mesti diiringi oleh kuasa 5 Tsiang, T.E., 1966. “ChinaandEuropean Expansion” dim.Political Quar-

tentena untuk keberkesanan yang terj amin seperti pada sepuluh tahun pertama pemerintahan Maharaja Yung-lo. Apabila tiada kuasa, China pun menyedani bahawa te maharaja sahaja tidak cukup untuk menjamin penghantaran misi dan ufti dan negeri- negeni di rantau itU.6 Sebaliknya, sistem tributani kurang berke-

san di kalangan negeri yang bersempadan dengan China seperti masyarakat Monggol atau Kerajaan Myanmar. China terpaksa menggunakan kuasa tentera bagi mempertahankan kedaulatan atau kepentingan politiknya berdepan dengan negeni-negeri ten- sebut.

Dan sudut pandangan China, sistem tnibutani mempunyai tujuan politik yang tinggi kepada kedudukan China sebagai negeri agung di benua Asia ataupun dunia. Nilai ekonomi kurang diperbesankan walaupun terdapat beberapa waktu apabila sistem

tributani dijalankan untuk menentukan kepentingan ekonomi kerajaan China. Contohnya, Maharaja Hung-wu/T’ai tsu meng-

hapuskan amalan perdagangan bebas yang dibenarkan oleh dinasti Yuan (Monggol, 1279—1368) dan menumpukan kegiatan perdagangan China kepath sistem perdagangan yang terletak di bawah monopoli kerajaan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan setelah mengetahui kerugian besar disebab- kan perang saudana di China. Namun, T’ai-tsu masih berhati-hati terhadap peranan sistem tributani sebagai alat politik diraja dan memperketatkan syarat-syarat terhadap kewibawaan negeri- negeri yang akan diterima oleh Nanking tanpa kira kesan eko- nomi terhadap China. Walau bagaimanapun, path abad ke-17, ternyata bahawa sistem tnbutari mempunyai nilai ekonomi yang lebih daripada nilai politik.

mi

disebabkan hakikat bahawa kebo- lehan China untuk mempertahankan tuntutan politiknya berde- pan dengan negeri-negeri vassalnya adalah tipis. Contohnya, pada tahun 1770-an, apabila China menghantar tenteranya menyerang Myanmar, tentera China ditewaskan dengan begitu mudah. Tanpa kuasa tentera yang cukup berkemampuan, China tidak dapat menentukan penghantaran misi diplomatik dan ufti daripada negeni naungan ke Peking. Hanya apabila terdapat

keperluan perdagangan atau politik yang penting dengan China sahaja; mendorong negeni-negeri itu menghantar misi ke China untuk memudahkan kegiatan perdagangan mereka.

Akhimya, sistem tributari yang dijalankan sebagai corak diplomatik dan hubungan antarabangsanya bukan satu sistem yang tepat tetapi diubahsuai mengikut keadaan politik yang sebenar. Pada awal abad ke- 19, ternyata kepada China bahawa sistem tributari tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Tendapat beberapa negeri yang tidak lagi menghantar misi dan ufti kepada China mengikut waktu yang ditetapkan dan Peking tidak dapat memaksa mereka. Pada tahun 1818, China mengesahkan situasi

mi

dengan membezakan negeri naungannya danipada kumpulan negeri “dagangan”. Hampin semua negeni di Asia Tenggana ter- masuk dalam kategori “negeni dagangan” yakni bukan negeni tributani kepada China, tenmasuk Siam, Jawa, Johor, Terengganu dan Kemboja.

(c) Pelaksanaan Sistem Tributari

Lumnah pelaksanaan sistem tnibutan China sejak zaman dinasti T’ang hingga akhir abad ke-19 menunjukkan pada asalnya kepentingan sosiopolitik dan ekonomi China dan negeri-negeri lain yang terlibat. Namun, ternyata bahawa China merupakan penggerak dan pembentuk corak pelaksanaan sistem tensebut. Seperti yang telah kita ketahui, kerajaan China menjalankan sis- tern tributani pada abad kelima dan keenam secara sepanuh-nasmi ataupun tidak rasmi. Ertinya, China tidak menggalakkan hubung- an dengan negeri-negeri “gasar” di sekitamya tetapi melihat kehadiran misi-misi diplomatik dan perdagangan dani kawasan luan pentadbirannya sebagai satu bukti menunjukkan te atau kuasa agung Maharaja China di kalangan masyanakat antara- bangsa. Boleh dikatakan bahawa sistem itu amatlah berkesan kepada kepentingan China dan Asia Tenggara sepanjang abad ketujuh hingga ke- 11 apabila sistem itu diabaikan oleh kerajaan China mungkin disebabkan masalah politik dalam negeri China sendin. Pengabaian itu yang kemudiannya diikuti oleh perubah-

an kuasa dan penganuh kenajaan Srivijaya yang memainkan peranan sebagai “wakil” perdagangan China di “laut selatan”. Pada awal abad ke-12, dinasti Sung selatan yang berpusat di kawasan Canton menggalakkan sistem perdagangan persendirian dengan tujuan untuk menambah cukai pendapatan kerajaan. Corak perdagangan baru ml melemahkan dan kemudiannya menghapuskan sistem perdagangan monopoli yang dijalankan oleh Snvijaya. Semasa pemerintahan dinasti Yuan (Monggol 1279-1368) pedagang-pedagang China digalakkan menjalankan kegiatan perdagangan mereka di mana-mana tempat di “laut selatan”. Palembang dan iambi, dua pusat terkenal kerajaan Sri- vijaya, merupakan dua pelabuhan antara pelabuhan yang terda- pat di Asia Tenggana yang dilawati oleh pana pedagang China

untuk menguruskan perniagaan mereka.

Kenajaan Monggol di bawah Maharaja Kublai Khan meng- ubah corak pelaksanaan sistem tnibutani yang begitu longgar dan separuh rasmi itu kepada sistem hubungan rasmi apabila China membuat tuntutan kepada negeni-negeni yang ingin berdagang dengannya. Mereka mesti menghantar misi ufti kepada Nanking dahulu. Jadi tuntutan

mi

dengan jelas mengaitkan sistem tribu- tan China melalui perdagangan. Tanpa penghantanan misi oleh

negeri tersebut ke China dan penenimaan misi tersebut oleh Nan- king, mustahil wujudnya hubungan perdagangan antara kedua- dua pihak tersebut. Bagi kawasan “laut selatan”, misi-misi ufti dihantan untuk memenuhi syarat tensebut: Ham, Samudera, dan Sukhothai (Siam) pada tahun 1280-an, manakala iawa dan Sumatera pada tahun 1290-an. Ta-Ming chi-li merekodkan bahawa semasa pemenintahan Maharaja Kublai Khan (1260—1294), Annam, Campa, Yannan, Laos(Shan), dan Myan- mar Utana juga menghantar misi ufti ke China.7 Jelas bahawa kesediaan Kublai Khan menggunakan kuasa tentera baginda dalam proses menentukan tuntutan kerajaan Monggol dipatuhi oleh negeni-negeri di “laut selatan”, merupakan salah satu fak-

ton penting yang menyebabkan tindak balas positif danipada Asia

7 Ta-Ming chi-li merupakan koieksi upacara zaman Dinasti Ming, dipetik daripada Fairbank dan Teng, op. cit., him. 145.

Tenggana. Contoh dasar agnesif China terhadap rantau itu ialah ekspedisi tentera China menyerang Pagan pada tahun 1283—4 dan 1288; dan ekspedisi tentera lautnya menyerang Jawa pada tahun 1292.

Dasar dinasti Ming terhadap sistem tributani pada asasnya mengesahkan dasar tributari rasmi yang diamalkan oleh dinasti Yuan. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kerajaan yang mentafsirkan pelaksanaan sistem itu. Maharaja Hung-wuIT’ ai-tsu mengumumkan pelaksanaan sis- tem tnbutari bererti hubungan diplornatik dan perdagangan dipe- ningkat kerajaan dengan kerajaan sahaja dan tidak melibatkan pedagang swasta seperti yang diamalkan pada zaman Sung Sela- tan dan zaman dinasti Yuan. Selain itu para pedagang China

serta rakyat China tidak dibenarkan terlibat dalam urus niaga dengan pedagang asing di luar ataupun di dalam negeni China. Mereka juga dilarang keluan ke sebenang laut. Maksudnya, T’ai- tsu menghapuskan sistem perdagangan swasta dan menghidup- kan semula sistem tnibutani-perdagangan peringkat kerajaan dengan kerajaan. Dengan itu, pendagangan dengan China dapat dilayan hanya setelah misi diplomatik dan ufti sesebuah negeri ditenma dan kedudukannya sebagai negeri vassaldiiktiraf oleh maharaja China. Maharaja Yung-lo meneruskan dasar ayahanda baginda

mi

dan memperkukuhkannya dengan penghantanan beberapa ekspedisi tentera laut China ke “laut selatan” dan

kawasan-kawasan di Indiadan Sri Lanka, serta Arab dan Afnika iaitupadatahun 1405—7, 1407—9, 1409—Il, 1413—15, 1417—19, dan 1421_24.8 Kemungkinan besar, buat pertama kali, kedua- dua Maharaja China itu mengait rapat konsep te dengan pelak- sanaan sistem tnibutani China. Berdasarkan kepercayaan bahawa Maharaja China mempunyai mandat ketuhanan dalam hubu- ngannya

dengan

semua negeri di dunia, adalah menjadi tang-

8 Wang Gungwu, 1970. “China and South-East Asia 1402—1424” dim. Jerome Chen dan Nicholas Tariing (peny.),Studies in the Social History of China and South-East Asia: Essays in Memory of Victor Purcell. Cam-

bridge: Cambridge University Press, him. 384. Ekspedisi raksasa

mi

dija- lankan sehingga tahun 1433; saiznya adaiah amatbesar sekaii kadangkaia mengandungi 60 buah kapal perang dan 27 000 askar.

gungjawab Maharaja China menentukan keadaan aman dan har- moni di kalangan negeri yang menerima kuasa dan kedudukan agung baginda. Oleh itu, pada zaman T’ ai-tsu dan Yung-lo Chi- na, bersiap sedia campur tangan dalam hal-hal sosiopolitik sese- buah negeri naungan China supaya dapat menentukan bahawa negeni itu mempunyai “kenajaan yang baik”. Contoh yang balk ialah, dasar Yung-lo terhadap Vietnam pada tahun 1404 yang menyebabkan meletusnya perang China-Annam tahun 1406—1420.~Sebagai balasan dari negeni naungan yang akan menikmati keadaan politik dan ekonomi yang aman dan mak- mur, Maharaja China mahu pemimpin-pemimpin negeni itu ben- sikap “jujur” dan “ikhlas” yakni menghormati China melalui pelaksanaan tanggungjawab mereka dengan baik.’°

Talsinan agresif dan ketat sistem tnbutari dinasti Ming ter- utamanya pendekatan Maharaja T’ai-tsu dan Yung-lo boleh diii- hat sebagai percubaan kedua-dua raja pemerintah tersebut bagi memperkukuh keselamatan China yang pada masa itu mengha-

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 80-94)