• Tidak ada hasil yang ditemukan

(b) Amalan Hubungan Serantau

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 50-65)

Ternyata bahawa wujudnya hubungan serantau yang sihat dan bermakna di Asia Tenggara sebelum kuasa-kuasa Barat menu- buhkan penganuh politiik dan ekonomi mereka di rantau

mi

lebih kurang pada abad ke-17. Hubungan serantau itu meliputi tiga aspek besar masyarakat tempatan: sosiobudaya, politik dan diplomasi, dan perdagangan dan ekonomi.

Dani aspek politik dan diplomasi, jelas sistem tnibutani yang berkait rapat dengan konsep mandala merupakan pninsip yang membentuk hubungan antana pusat politik yang di Tanah Besar mahupun di rantau Asia Tenggara. Padapertengahanabad ke-14, berlaku perkembangan politik yang memberi kesan mendalam kepada gambaran politik rantau

mi

iaitu kemunculan order sosio-

21 Lihat Fairbank, J.K., dan Su-yu Teng, 1961. Ching Administration: Three Studies. Harvard-Yenching Institute Studies XIX, Cambridge, Mass., Har- vard University Press, Sarasin Veeraphol, 1977. Tribute and Profit: Sino-

Sinamese Trade 1652—1853. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.

politik baru menggantikan empayar klasik Angkor dan Pagan di Tanah Besan dan Snivijaya di Nusantara. Dalam pada itu, mun- cul juga ajaran-ajanan agama barn yang memainkan peranan penting dalam proses perubahan sosiopolitik Asia Tenggara iaitu ajanan agama Buddha Theravada yang menggantikan agama Buddha Mahayana dan Hinduisme dan kemudiannya agama Islam yang memainkan peranan menonjol di negeni-negeri man- tim. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan itu tidak meng- ubah sistem politik dan diplomatik rantau itu. Contoh yang jelas ialah hubungan antana Ayudhya, iaitu pusat barn masyarakat Thai yang mengambil alih teraju pemenintahan danipada Sukhot- hai sebagai pusat politik utama Thai, dengan pusat-pusat politik lain yang berhampiran dengannya seperti Angkor, Lanna, Lan Chang, Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Ayudhya sebagai pusat kuasa yang besan sentiasa meluaskan mandalanya

dan pada abad ke-16, tiada pusat kuasa yang lain di Tanah Besar yang dapat bertanding kuasa dan pengaruh dengannya. Pada waktu tersebut Ayudhya menuntut hak dan kuasa yang dipertua terhadap Kemboja, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Chi-

angmai, Mergui, Tenasserim, dan Pattani.23 Sistem tributani yang dapat mengatur hubungan antara pusat berkuasa besar dengan unit-unit politik yang lebih kecil. yang berhampiran dengannya, sebenarnya menjadi punca persaingan dan konflik antara pusat- pusat yang setanaf dani segi saiz dan kuasa tentera yakni ia kurang berkesan mengatur hubungan yang aman dan damai di kalangan kuasa besar terutamanya dengan fahaman pemerintah tentang konsepcakravartin atausyahan syah seperti yang dibin- cang di atas. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa hubungan politik antara dua buah kuasa besar yang mandala mereka bertindih adalah amat sensitif dan kerap kali merupakan salah satu sebab

23 Lihat Tome Pires,1967. The SumaOriental of Tome Pires (1512—1515). ACortesao, terjemahan Lichtenstein, The Hakluyt Society, hIm. 103—5, 232—238; Phraraja Phongsawadan Krung Sri Ayudhya versi Luang Pra- sert, Bangkok; Khlang-witthaya, 1964. Kotmai Tra Sam Duang/Kod

pokok ketidakstabilan dan kekecohan masyarakat Asia Tengga- ra.24

Selain hubungan tributari, pusat-pusat politik Asia Tenggara mempunyai pertalian diplomatik yang menunjukkan hubungan yang bermakna. Contohnya, permintaan Melaka pada awal abad ke- 15 kepada Ayudhya untuk mendapat bekalan makanan. Apa- bila menghadapi serangan dan Aceh pada tahun 1621, Kedah meminta pertolongan daripada Siam dan tentera Siam dapat menyelamatkannya danipada serangan Aceh; peristiwa

mi

ber- laku hanya beberapa tahun setelah Kedah mengundur din dan lingkungan tributari Ayudhya. Dapat dilihat bahawa dengan peningkatan tekanan kuasa Barat, hubungan diplomasi serantau semakin menjadi erat dan mesra serta merekodkan kerjasama untuk menentukan keselamatan antara satu dengan lain. Misal- nya, pada tahun 1680-an, Ayudhya berjaya mewujudkan hubu- ngan persahabatan dengan Johor melalui hubungan erat antara Paduka Raja dan istana Ayudhya. Satu misi utusan yang diketuai oleh SenabodilMenteri Kewangan dan Hal Ehwal Luar Siam, Phraya Phra Khlang, dihantar ke Johor bagi tujuan mewujudkan hubungan persahabatan dan muhibah dengan Johor. Pada tahun 1688, Siam juga menghantar 40 buah kapal ke Johor untuk menolong membina semula ibu kotanya. Pada waktu yang sama, Ayudhya juga menghantar satu misi diplomatiknya ke Jambi dan negeri lain di Nusantara bagi menubuhkan satu perikatan menen- tang Belanda.25 Dengan aktiviti diplomatik yang berkesan itu, tidak hairanlah apabila Gervaise, seorang utusan Perancis yang dihantar ke istana Ayudhya pada tahun-tahun akhir 1680-an, menyatakan bahawa Ayudhya merupakan negeri dipertuan

24 Lihat Bahagian II. Beberapa Contoh Hubungan Tradisional Serantau. 25 Lihat Andaya, L.Y., 1975. The Kingdom of Johor 1641—1728. Kuala

Lumpur: OUP, him. 131, 165—166; Phraraja Phongsawadan Krung Sri Ayudhya versi Phanchathanumatdan versiChakraphatmphong,Bangkok,

Khlang-witthaya, 1864, juga merekodkan bahawa “Phraya Paduka” menghantar beberapa hadiah termasuk cincin bermata berlian sebesar sebiji buah “sawad” kepada raja Siam, manakala “Nang Phraya Aceh/ Permaisuri Aceh” mempersembahkan sebentuk cincin bermata berlian yang bernilai tinggi kepada raja Siam, him. 52.

kepada Johor, Jambi, Kedah, dan Patani.26

Amalan perkahwinan antara para ahli kerabat diraja Asia Tenggara pada zaman tradisional dapat

j

uga dilihat sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan kekeluan- gaan di kalangan pusat kuasa itu, biasanya bagi tujuan memper- kukuhkan kedudukan politik, ketenteraan dan ekonomi pihak- pihak yang terlibat. Terdapat banyak rekod yang menunjukkan bahawa perkahwinan antara dua kerabat diraja digunakan seba- gai amalan diplomatik serantau. Contoh yang terkenal sekali ialah perkahwinan antara Wareru (1287?—1306), pengasas dinasti dan kerajaan Mon yang berpusat di Pegu pada abad ke- 13 dengan puteri Raja Ramkamhaeng (1279?— 1298), raja kerajaan

Thai di Sukbothai. Pada waktu itu, Wareru adalah seorang pega- wai rendah dalam khidmat raja Sukhothai sahaja dan terpaksa kahwin lan dengan puteri tersebut. Walaupun begitu, setelah baginda berjaya menubuhkan pusat kuasa bangsa Mon di selatan negara Myanmar sekarang, pada mulanya di Martaban dan kemudiannya di Pegu, Waneru mengakui kedudukan dipertuan Sukhothai terhadap negerinya kemungkinan besar sebab baginda ingin memberi hormat kepada Ramkamhaeng.27

Selain itu, contoh-contoh yang menunjukkan pentingnya pertalian kekeluargaan melalui perkahwinan termasuklah per- kahwinan antara raja negeri Lan Chang (Laos moden) pada awal abad ke-16 dengan puteri Raja Lanna (Chiengmai); Raja Borom- maracha I, Ayudhya, menerima seorang anak perempuan orang besar Pattani sebagai isteri baginda, dan, menurut Pires, putera

26 Nicholas Gervaise, 1963. Natural and Political History of the Kingdom of Siam in the Reign of King Narai. Sant T. Komoibutr, (ten.), Bangkok,

Kao-na Pubiications, 300.Lihat juga Andaya, L.Y., 1975, op. cit., him.

166; manakaia Aiexander Hamilton merekodkan yang Johor menghanthr uftikepada Ayudhya padatahun 1718. Aiexander Hamiiton, 1930.A New Account of the East Indies. London, naskhah II, him. 85.

27 Gniswoid, A.B., dan Nagara, P.Na, “Epigraphic and Wistoricai Studies, No. 10: King Lodaiya og Sukhodaya [Sukhothaij and His Contempora- ries”,JSS, 60:1 Januari, 1972, him. 42—3; Chamvit Kasetsini, 1976. The Rise of Ayudhya, A History of Siam in the Fourteenth and F4fteenth Cen- turies, Kuaia Lumpur: OUP, him. 95.

yang dilahir daripada hasil perkahwinan itu dilantik oleh ayahan- danya menjadi pemerintah Temasik (Singapura) pada masa Para- meswara, pengasas Melaka sampai ke negeri itu; pada waktu itu Temasik merupakan salah sebuah unit politik di bawah lingku- ngan politik Ayudhya;28 Raja Bayinnaung, Pegu, berkahwin dengan dua orang puteri bangsa Tai iaitu puteri Raja Lan Chang dan puteri Raja Ayudhya pada tahun 1560-an. Tujuan utama raja itu ialah untuk mengeratkan hubungan politik dan ketaatsetiaan kedua-dua kerajaan berkenaan dengan Myanmar melalui perta- han kekeluargaan. Bukan di kalangan raja di Tanah Besar sahaja yang menggunakan perkahwinan sebagai alat menentukan hubu- ngan baik, muhibah dan taat setia antara negerinya dengan negeri-negeri yang lain. Perkahwinan merupakan amalan politik atau diplomatik yang diamalkan secara meluas oleh raja-raja di Nusantara. Contohnya, perkahwinan antara raja Melaka, Muhammad Syah, dengan puteri raja Pasai lebih kurang pada tahun 1436. Perkahwinan itu merupakan satu langkah pohitik dan diplomatik yang amat bermakna kepada Melaka dalam usahanya memperkembangkan Melaka sebagai pengganti pohitik dan eko- nomi empayar Srivijaya di Nusantana.29

Perkahwinan “tengku mahkota” Perak dengan puteri sultan Aceh pada pertengahan kedua abad ke-16 yang memulakan hubungan kekeluargaan yang luas dan erat antara Aceh dan negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu juga memaparkan dengan ketara keberkesanan perkahwinan sebagai pencantuman hubungan politik dan kekeluargaan. Sultan Alauddin Mansur Syah (“tengku mahkota” tersebut) menaiki takhta kerajaan Aceh menggantikan ayahanda mertuanya. Baginda menghantar balik adinda baginda sebagai raja pemerintah negeri Perak yang pada

28 Tome Pires, op. cit.; Hikayat Patani, him. 5.

29 Tome Pires,Suma Oriental, op. cit., him. 242; lihat penjelasan yang amat menarik dan komprehensif oleh Woiters tentang keputusan raja pemenin- tab Melaka ketiga memeiuk agama Isiam dan perkahwinan baginda dengan puteni Raja Pasai yang akan membawa hubungan lebih erat dengan Pasai. Pada masa itu Pasai merupakan pusat perdagangan Arab dan Barat yang terkenai. Lihat Woiters, OW., i975. The Fall of Srivijaya in Malaya History. Kuaia Lumpur: OUP, Bab 2.

waktu itu merupakan sebuah negeri naungan kepada Aceh, dan mengahwinkan puterinya dengan Sultan Au Jalal Abdul Jalil Riayat Syah, raja pemerintah Johor.3°

Perkahwinan juga digunakan untuk mendapatkan perikatan pohitik dan ketenteraan yang bermakna dan berpengaruh. Misal- nya, perkahwinan Raja Kuning, Patani, dengan adinda Sultan Abdul Jalil Johor pada tahun 1633—4 ternyata bertujuan bagi mengukuhkan kedudukan politik dan ketenteraan Patani yang berdepan dengan Ayudhya.3’ Begitu juga dengan perkahwinan antara bekas pemerintah Pasai dengan puteri Sultan Mahmud, Melaka, pada tahun 1512. Selepas perkahwinan itu, Sultan Mah- mud menghantar menantu baginda bersama dengan angkatan laut Melaka ke Pasai untuk berjuang merampas kembali takhta Pasai. Dengan itu, Sultan Mahmud dapat memperlihatkan bukan sahaja kuasa baginda yang masih kukuh di kalangan negeri di Alam Melayu tetapi juga kebolehan baginda mengeratkan pen- katan dengan pusat kuasa yang lain melalui pertalian kekeluar- gaan.32

Boleh dikatakan dengan jelas bahawa sistem diplomatik ter- atur yang menentukan hubungan antara pusat-pusat kuasa di Asia Tenggara iaitu sistem tributari dianggap juga sebagai sistem dasar luan negeri-negeri tersebut. Selain itu, terdapat juga cara lain yang menentukan hubungan erat dan muhibah antara pusat berkuasa di rantau Asia Tenggara; yang terkenal ialah perikatan politik dan ketenteraan berdepan dengan ancaman kuasa ketiga. Contohnya, usaha antara raja pemerintah Ayudhya, Lanna dan Vientiane pada pertengahan kedua abad ke- 16 membina satu perikatan politik dan ketenteraan menentang kuasa Bayinnaung yang semakin meningkat.

Dan aspek ekonomi dan perdagangan, boleh dikatakan bahawa hubungan ekonomi serantau merupakan bukti yang ter-

30 Hali, D.G.E., 1970. A History of South-East Asia. London: Macmiiian,

him. 345.

31 Hikayat Patani, him. i79—i80. ~

32 Andaya, L.Y., 1975. The Kingdom of Johor 1641—1728. Kuaia Lumpur: OUP, him. 2 1—22.

nyata memperlihatkan aspek positif dalam hubungan serantau zaman tradisional. Ia amat berbeza dengan gambaran umum yang dikemukakan oleh para sarjana penjajah yang menggam- barkan hubungan serantau Asia Tenggara sebelum kedatangan kuasa Barat sebagai hubungan yang amat negatif dan hanya membinasakan sahaja. Boleh dirumuskan bahawa perkembangan ekonomi yang berlaku sejak abad ke- 13 mempunyai kesan yang mendalam terhadap sistem perdagangan dan ekonomi di Asia Tenggana yang sejak abad ketujuh merupakan pusat perdagangan kepada pedagang-pedagang Asia yakni China, Asia Tenggara, India, Asia Barat, dan Eropah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkembangan dan perubahan ekonomi di Asia Tenggara pada abad ke- 13, termasuk juga dasar perdagangan China pada abad ke- 13 hingga ke- 15 yang membuka kembali perdagangannya kepada para pedagang tempatan dan asing. Dasar perdagangan China itu mempunyai kesan mendalam ter- hadap corak perdagangan di Asia Tenggara yang pada waktu itu dikawal oleh empayar Srivijaya. Sehain dasar perdagangan Chi- na, faktor penting lain ialah perkembangan teknologi barn dalam bidang kepakaran seperti teknologi membuat kapal yang lebih besar dan lebih tahan lasak dengan keadaan lautan, penggunaan kompas, peta perjalanan lautan yang lebih tepat, dan ilmu terha-

dap pergerakan angin dan perairan yang lebih saintifik, semua- nya membolehkan aktiviti perdagangan yang besar dan memer- lukan ruang yang luas; dan permintaan rempah dan Asia Tenggara yang semakin meningkat dalam pasaran Eropah dan China.

mi

bermakna, corak perdagangan yang bergaritung pada dua-tiga buah entrepot besar tidak lagi dapat dipertahankan. Sebagai gantinya pada abad ke-13 dan abad ke-17, muncullah pusat-pusat perdagangan sama ada di Tanah Besar seperti Ayudhya, Ligor, Patani, Pegu, Martaban mahupun di kalangan negeri manitim seperti Samudera-Pasai, Pedir, Surabaya, Singa- sari, Majapahit, Melaka, Aceh dan Johor. Kemunculan pusat- pusat perdagangan di Tanah Besar seperti Ayudhya dan Pegu juga menunjukkan dengan jelas corak perdagangan baru yang lebih menumpukan kepada hasil pengeluaran tempatan Asia Tenggara selain kemudahan-kemudahan perniagaan yang dita-

warkan oleh rantau itu sejak abad ketujuh. Ayudhya, contohnya, merupakan bukan sahaja pelabuhan yang terkenal tetapi juga sebagai pusat pengeluanan kawasan pedalaman rantau itu seperti hasil hutan dan Kemboja, Laos, Lanna Thai dan Pagan.33

Satu lagi aspek yang penting adalah kemunculan pusat per- dagangan maritim yang barn iaitu yang dapat mengumpul kedua-dua jenis barang dagangan tempatan dan asing (dan India dan China) yang diperlukan dalam pasaran antanabangsa dan tempatan. Oleh itu, pusat-pusat perdagangan manitim barn mes- tilah berkemampuan untuk menguasai kawasan pedalaman dan lembah sungai yang berhampiran dengannya supaya dapat mengawal hasil pengeluaran yang bernilai kommersil itu. Melaka merupakan contoh kiasik pusat perdagangan maritim barn yang berkebolehan mengawal kawasan-kawasan “pedalam- an”nya serta menawarkan kemudahan-kemudahan pasan pertu- karan banang dagangan Timur (China) dan Banat (India, Arab) dan tempatan (Nusantana).

Satu lagi aspek penting yang muncul dan perubahan sistem perdagangan sejak abad ke-13 ialah kemunculan sistem “peng- khususan” dalam proses menghasilkan bahan-bahan tempatan. Keperluan mengeluarkan barang-barang pertanian yang diperlu- kan dalam pasaran antarabangsa bererti beberapa kawasan yang

sesuai dengan tanaman ataupun industri yang bernilai komersil itu akan memaksimumkan pendapatannya dengan mengeluarkan hasil-hasil “khusus”nya sahaja, manakala mereka akan bergan-

tung pada bahan-bahan import untuk keperluan seharian yang lain. Contoh yang baik ialah Samudera-Pasai, Sulawesi (Cele- bes) dan Melaka yang menumpukan usaha masing-masing

33 Tome Pines,Suma Oriental, op. cit., him. 104—113; Nidhi Auesnivongse,

(ed.) 1984. Sri Ram Dhebnagara: Ruam kwam-riang waa duay Prawatsat Ayudhya rawn ton/Sri Ram Dhebnagara: Collected Essays on the History of Early Ayudhya. Bangkok Silpa-wauanatham, him. 87—99; Kobkua

Suwannathat-Pian, 1985. Thai-Malay Relations, Traditional Intra- regional Relations from the Seventeenth to the Early Twentieth Centuries. Kuaia Lumpur: OUP, him. 13—19; dan Usanee Thongchai, 1983. “Ayudhya-Lanna Thai Reiations, B.E. 1839—2310/1296—1767”. Tesis Sarjana, Chuiaiongkorn University, him. 105—108.

kepada tanaman rempah (Samudera-Pasai dan Celebes) atau kemudahan-kemudahan yang diperlukan para pedagang asing (Melaka) dan bergantung pada import bekalan makanan dan kawasan serantau yang lain. Pengimportan bahan-bahan makanan utama dan memerlukan ruang yang cukup luas seperti beras dapat dilakukan dengan mudah sejak adanya perkemba- ngan teknologi yang telah disebutkan di atas. Kesannya, Asia Tenggara dibahagikan kepada kawasan pengkhususan ekonomi mengikut keperluan antarabangsadan tempatan. Umumnya, kawas- an Nusantana, seperti Samudera-Pasai, dan Ma1uku~merupakan pengeluan berbagai-bagaijenis rempah terutamanya lada, hasil-ha- sil laut, dan bijih timah, manakala negeri pedalaman seperti Ayudhya, Jawa, dan Pegu merupakan pengeluar bahan-bahan ma- kanan seperti beras, ikan masin, garam, dan hasil hutan. Jelas bahawa perkembangan ekonomi “pengkhususan” adalah amat ber- makna kepada interaksi positif di kalangan negeri rantau tersebut.

Pires memberi gambaran yang mengesahkan analisis di atas. Menurutnya, pada akhir abad ke-15, setiap tahun Pegu menghantar 15—16 buah jong (kapal layar China) dan 20—3 0 buah kapal kecil yang dipenuhi beras, benzoin, lac, perak, per- mata delima, dan kesturi ke Melaka, Pasai, Pedir, manakala Siam (Ayudhya) menghantar 30 buah jong ke Melaka yang membawa beras dan bahan makanan yang lain, lac, benzoin, sappanwood, gading, plumbum, bijih timah, perak, emas, bejana emas atau tembaga merah, cincin berpermata berlian dan delima, dan kain buatan Siam untuk masyarakat orang bawahan.34 Menurut Pires juga, Siam nampaknya paling aktif dalam aktiviti perdagangannya. Selain aktiviti perdagangan dengan Melaka, Siam juga berdagtmg dengan pusat-pusat kuasa yang lain teruta- manya di kalangan pelabuhan sekitar Segenting Kra dan Nusan- tara. Ternyata Ayudhya memainkan peranan sebagai orang perantaraan antara pelabuhan tempatan. Contohnya, Ayudhya direkod mengimport banang-barang seperti kain dan Gujarat dan lada dani Sumatera dan menjualnya kepada pelabuhan-pelabuhan

di pantai Tanah Besar. Pada masa yang sama, Ayudhya merupa- kan pusat mengumpul bahan-bahan pengeluaran — iaitu beras,

bahan makanan, gading, lac dan sebagainya — negeri-negeri

pedalaman seperti Kemboja, Campa, Lanna dan Laos kepada Melaka dan pusat-pusat perdagangan yang lain.35 Satu bukti yang menunjukkan peranan aktif Siam dalam interaksi ekonomi serantau ialah tembikar Sawankhalok yang dieksport oleh Siam ke merata tempat di Asia sejak abad ke-13. Daripada bukti-bukti arkeologi yang dijumpai, jelas bahawa tembikar Sawankhalok yang digunakan oleh masyarakat Asia dan Martaban di Myan- mar, Borneo, Sumatera, Jawa, Filipina sampai ke Jepun, meru- pakan satu banang dagangan yang popular di kalangan masyara- kat Asia. Tembikar

mi

digunakan untuk menyimpan bahan makanan seperti beras, gula, minyak, dan air. Ayudhya juga merupakan pusat perdagangan yang maju sehingga kerajaan Ryukyu sering menghantar utusannya ke bandar besan itu untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan kepada misi tributarinya ke China.36 Pada pertengahan abad ke- 16, seorang pegawai Por- tugis melaporkan bahawa Ayudhya sudah menjadi sebuah negeri yang berkuasa luas dan amat makmur ekonominya, manakala;

aktiviti perdagangannya adaiah amat aktif dan terdapat

lebih kurang 300 penduduk Portugis di Ayudhya yang dengan jong mereka sendiri mengeskport hasil pengeiuaran Siam seperti beras, bijih timah, gading, benzoin, indigo,

sticlac dankayu yaknidyewood dan sappanwood ke Ligor dan Patani dan dan situ ke Melaka.37

Bukan Ayudhya sahaja yang berinteraksi dengan pusat pela- buhan serantau yang lain tetapi Melaka, Majapahit, Pegu, Lanna dan pusat-pusat lain juga menunjukkan aktiviti perdagangan dan

35 Ibid., him. 166.Lihat jugaSimkink, C.G.F., 1968.The Traditional Trade ofAsia, London: OUP, him. 156—166.

36 Katoba, A., dan M. Matsuda, M., 1967.Ryukyun Relations with Korea and SoutheastAsian Countries.Kyoto: Atsuchi Katoba, him. 53—64.

37 Joaquim de Campos, i959. “EarlyPort Accountsof Thaiiand”,dim. The Siam Society (SelectedArticlesfromJSS), bil. VII, hIm. 218.

ekonomi yang saling bergantung di kalangan negeri Asia Teng-

gara pada sepanjang zaman tradisional. Mereka memang berhu- bung untuk mendapat faedah sesama mereka. Menurut Prapan- ca, Majapahit menjalankan perdagangan yang aktif dengan Sumatera, Jawa Barat, Sulawesi, Maluku, Kalimantan, Timur dan Melaka. Pada waktu yang sama, Majapahit juga mempunyai hubungan yang baik dengan Pegu, Siam, kemboja, Campa dan Dal Viet (Annam/Vietnam). Wang Ta-yuan, seorang pegawai China yang melawat Majapahit pada tahun 1350, menyatakan bahawa Majapahit merupakan sebuah pusat yang aman, makmur dan berkedudukan “utama di kalangan masyarakat gasan di ran- tau lautan timur”~ Duarte Barbosa, seorang pegawai Portugis

yang pernah melawat Pegu pada awal abad ke- 16, melaporkan bahawa terdapat banyak aktiviti perdagangan di Pegu, pusat kerajaan Mon di selatan Myanmar. Pegu menghantar banyak kapal besar ke Melaka dan Sumatera dan tempat-tempat yang lain di Asia Tenggth~adan India. Pengeluaran utamanya termasuk beras, bahan makanan, dan lac.39

Sejak pengasasannya pada awal abad ke-15, Melaka memang memain peranan yang menonjol dalam aktiviti perda- gangan baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Pada pertengahan abad tersebut, Melaka muncul seba- gai pusat perdagangan utama di kalangan negeri Nusantara. Ia menggantikan Majapahit sebagai pusat perdagangan di Indonesia yang meliputi semua kepulauan di perairan Indonesia seperti Kepulauan Rempah yang amat strategik kepada perdagangan antarabangsa. Sebenarnya, Melaka merupakan sebuah entrepot yang dapat mencantumkan hampir semua aktiviti perdagangan serantau terutalnanya setelah Melaka dapat menguasai kawasan- kawasan di dua belah Selat Melaka lebih kurang pada pertengah- an abad ke-15. Contohnya, Melaka merupakan pusat pasaran

38 Dipetik danipada Goedes, G., 1968. The Indianized States of Southeast Asia, Kuala Lumpur: Universiti of Malaya Press, him. 234.

39 Furnivail, J.S., 1960. “Europeans in Burma, the Early Part: [Karya Duarte Barbosa yang diterbit oieh Hakhuyt Society, 1918 dan 1921], dim. Burma

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 50-65)