• Tidak ada hasil yang ditemukan

(a) “Pandangan Dunia” Asia Tenggara

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 35-50)

Secana ringkasnya, kefahaman Asia Tenggara terhadap dunia dan

peranan sesebuah negeni dalam dunia itu amat dipengaruhi oleh

sosiobudaya tempatan dan ajaran-ajaran agama seperti Hindu, Buddha, Konfusius, dan Islam. Tidak hairanlah bahawa hubu-

ngan serantau pada sepanjang zaman tradisional adalah hasil

campuran kedua-dua unsur tersebut. Untuk memahami dan menghargai “pandangan dunia” itu, kita perhu rnenyemak dengan tehiti beberapa konsep di sebalik kefahaman dunia itu: konsep perajaan, konsep negara, konsep kuasa dan kewibawaan,

dan konsep hierarki antarabangsa.

(i) Konsep Perajaan: Boleh dikatakan bahawa menurut ajaran agama Hindu, Buddha ataupun Islam, institusi perajaan merupakan institusi yang paling penting dalam pemikiran politik

Asia Tenggara. Ajaran Konfusius yang berpenganuh di Vietnam

pun membeni kedudukan utarna kepada institusi tersebut walau- pun ia tidak menekankan institusi perajaan sebagai hidup mati masyanakat seperti yang difahami oleh masyarakat keindiaan rantau itu. Semua negeri keindiaan dan kecinaan melihat raja sebagai punca atau kuasa yang menjamin atau sebaliknya kedamaian, kemakmuran dan kegemilangan masyarakat. Sejarah Melayu, contohnya, rnenekankan bahawa negara hanya wujud selagi wujudnya seorang raja yang berwibawa.3 Dengan itu,

hubungan antara dua buah negeni pada asasnya amat bergantung

pada pendirian dan kebijaksanaan raja pemenintah yang mem-

bentuk hubungan dua buah pusat kuasa yang terlibat.

Di kalangan raja beragama Buddhaseperti di Ayudhya dan

Toungoo atau Pegu, paradigma yang diilhamkan pendirian

3 Brown, C.C., (ten.), 1976. Sejarah Melayu of Malay Annals. Kuala Lum-

seorang raja ialah paradigma dharma-raja atau seorang kamma- raja. Kedua-duanya bererti raja yang penuh dengan kesusilaan dan keadilan dan paradigmacakravartin.4 Pada asalnya seorang dharma-raja menuntut hak untuk memerintah dan kewibawaan- nya atas jasa balk atau kuasa moral (dharma, kamma) yang tidak dapat dipertikaikan lagi.5 Pada teorinya, semua raja beragarna Buddha di Asia Tenggara pada zaman tradisional menuntut din mereka sebagai seorang dhanma-raja atau kamma-raja dengan memaparkan kuasa moral mereka melalui kegiatan keagamaan seperti membina pagoda, wat/kuil dan membeni dana atau derrna dan penlindungan diraja kepada institusi agama melalui kekuatan tenteranya. Raja pada zaman itu juga membuat tuntutan yang pemerintahan baginda adalah mengikut prinsip dasabidha- rajadharina/sepuluh kebaikan diraja iaitu prinsip mengikut aja- ran agama Buddha yang mernbezakan seorang raja yang baik dan alim dengan seorang raja yang kurang sifat bertanggungja- wabnya. Dengan kuasa moral yang tertinggi itu, seorang raja

4 Perkataandharma/dhamma/thamma berenti jasa balk atau kebaktian dan penkataan kamma benenti kegiatan yang akan menjadi punca atau sebab kegiatan yang lain yakni sebab dan kesan yang timbui daripada kegiatan individu. Dalam konteks yang disebutkan di sini, dhar~’na-rajamemfokus kepada jasa baik seseorang raja yang meiahirkan kuasa moral tingginya, manakala kamma-raja memfokus kepada apa yang dibuat oleh seonang pemimpin yang dapat menentukan besarnya kuasa moral ataupun sebalik- nya pemimpin tersebut. Pada praktisnya, kedua-dua konsep politik

mi

menekankan aspek moral dan kebolehan peribadi seseorang pemimpin yang menjadi sebab pokok keiayakan beliau menaiki takhta dan memenin- tab sesebuah negeri.

5 Contohnya lihat Michael Aung-Thwin,Pagan: TheOriginsofModern Bur-

ma, op. cit. Bab I, juga “Kingship, the Sangha, and Society in Pagan,” dim. Hall K.R., dan Whitmore, J.K., (peny.), 1976. Explorations in Early Sout- heast Asian History, Ann Arbor, University of Michigan Press, hIm. 205—56; Wyatt, D.K., “The ‘Subtle’ Revolution of King Rama I of Siam,” dim. Wyatt D.K., dan Woodside, A., (peny.), 1982. Moral Order and the

Question of Change: Essays on Southeast Asian Thought. New Haven: Yale University Press; Craig J. Reynolds, “Buddhist Cosmology in Thai History with Special Reference to Nineteenth Century Culture Change”, dim. JAS,

35 (2), Februani 1976, him. 203—20; dan Gesos, L.M., 1976. “Kingship and Political Integration in Tradisional Siam 1767—1824”. TesisDoktorFalsa- fah.Cornell University.

dapat menentukan keselamatan dan kemakmuran masyanakat-

nya; sebaliknya seorang raja yang kurang mempunyai kuasa

moralakan menjadi punca kemerosotan dan kemusnahan rnasya- rakatnya. Sesungguhnya, konsep dhanma-raja/kamma-raja menu- pakan salah satu pnnsip penting demi menentukan kewibawaan dan kesahan seseorang raja. Tidak hairanlah semua raja bera- gama Buddha di Asia Tenggana menuntut dii mereka sebagai dharma-raja atau kamma-raja. Misalnya, Raja Mahadharma-raja I, Sukhothai (1347—70); Raja Trailok, Ayudhya (1448—88), dan Raja Tabinshweti, Toungoo (1531—1550).

Konsep cakravartin walaupun berbeza dengan konsep dharma-rajalkamma-raja tetapi berhubung kait rapat dengan kedua-dua konsep tersebut. Boleh dikatakan bahawa raja cakra-

vartin merupakan peringkat tertinggi yang dapat dicapai oleh seorang raja dhanma-rajalkamma-raja dalam usaha meningkat- kan kuasa moral dan pencapaian duniawinya. Cakravartin ben- maksud pemenintah cakrawala iaitu raja agung dalam kosmologi Hindu-Buddhisme. Baginda dianggap sebagai raja bagi segala raja dan penalduk alam semesta. Tiada raja ataupun pernerintah lain yang dapat meletakkan kedudukannya setanaf dengan raja cakravartin. Sebagai lambang kuasa dan kedudukan yang tiada tandingan dani aspek fizikal dan moral, seorang cakravartin

menjelajahi dunia dengan menunggang gajah putih dan meme- gang cakkaratana/cakna bermata yang melambangkan ajaran agama Buddha. Di mana baginda berada di situlah baginda

menewaskan semua penentangnya dengan kuasa moral yang luar biasa dan kuasa tentera yang teragung. Adalah menjadi tang- gungjawab rajacakravartinmenyebarkan dan mengukuhkan ajar-

an agama Buddha di mana sahaja tempat yang dijelajah baginda. Umumnya, setiap raja beragama Buddha yang berkuasa di Asia Tenggara bercita-cita mencapai tanafrajacakravartin yang

menjadi panadigma pohitik agung mereka. Adalah menjadi kebia-

sa~nmelihat raja-rajazaman tradisional mengumumkan setelah mencapai kemenangan tentera atau pencapaian agama yang ber-

makna bahawa baginda adalah seorang rajacakravartin. Contoh- nya, Raja Aniruddha (1044—1077), seorang raja yang termasyur pada zaman Pagan, Myanman, menggelarkan dinnya sebagai

“cakravartin Aniruddha“, manakala Raja Bayinnaung

(1551—1581), Toungoo, seorang pembina empayar Myanmar

yang amat berjaya, rnengidentifikasikan kejayaan baginda mengalahkan raja-raja yang lain pada abad ke-16 sebagai dhar- mavijaya iaitu kemenangan seorang rajacakravartin. Pada abad ke-18, Alaungpaya (1752—1760), pengasas dinasti Konbaung,

menggelarkan dininya sebagai “Alaungmin Taya [Bakal-Buddha dan Raja Undang-undang], PemenintahJambudipa [iaitu salah sebuah benua di antara empat buah benua dalam kosmologi Hindu-Buddha yang merupakan kediaman seorang cakravar- tin]” 6 Raja-raja Siam juga menggelarkan din mereka sebagai

raja cakravartin. Misalnya, Raja Chakkraphat (1548—68) yang

terkenal sebab baginda mempunyai tujuh ekor gajah putih, yakni

bukti kukuh kelayakan baginda sebagai raja alam semesta. Sebe-

narnya,pada abad ke-16, gelanan “Yam Tuan Gajah Putih” telah

digunakan oleh raja-raja di Tanah Besar Asia Tenggana sebagai

gelanan menunjukkan kedudukan pemerintah agungnya.

Institusi perajaan yang berasaskan ajaran agama Buddha itu

menekankan kepercayaan bahawa kerajaan atau negeri merupa- kan hanya sebahagian seseorang raja pemenintah. Hidup matinya adalah sama dengan raja tersebut. Sebuah kerajaan akan hidup

atau mati setiap kali berlakunya seseorang raja naik takhta atau

sebaliknya selepas kemangkatan baginda. Raja menjadi sumber segala kebaikan dan kesusahan masyarakat dengan kuasa moral

dan jasa baik yang ada pada baginda. Kebolehan dan kebijaksa- naan peribadi seorang raja juga menentukan kuasa dankeduduk-

an kerajaannya dalam arena pohitik serantau. Sekiranya seorang raja itubijak dan berkebolehan, baginda akan berjaya meluaskan kuasa, martabat dan wilayah negeninya. Kesannya, negeri akan

berkuasa

dan

dihormatioleh negeni-negeri lain; sebaliknya, raja

yang kurang kuasa moral dan kebolehan peribadi, negermnya

akan mengalami kesusahan, keruntuhan kuasa dan martabat,

serta kehilangan wilayah dan kedudukannya di rantau Asia

Tenggara. Sekiranya raja gagal memaparkan kuasa monalnya dan

berlaku kesusahan kepada masyarakat, kuasa dan kedudukan

bagindaakan dicabar oleh pemimpin lain yang dapat menunjuk-

kan hak dan kewibawaannya untuk menggantikan raja tersebut. Ringkasnya, prinsip dharma-naja/kammaraja/cakravartinmenge-

sahkan hak menggulingkan seseorang raja yang pada teoninya

tidak memenuhisyarat-syaratprinsip tersebut. Pengganti raja itu merupakan naja yang sah dan berwibawa mengikut fahaman masyarakat. Aspek semula jadi sesebuah negeni adalah sesuatu

yang dinamis dan sentiasa berubah mengikutkeadaan dan kebo- lehan seseorang raja pemerintah dan bukan kekal dan statik

seperti negeri zaman moden.

Konsep penajaan di kalangan raja beragama Islam juga tidak begitu berbeza dengan konsep dharma-raja/kamma-raja

yang diamalkan di negeni-negeni yang beragama Buddha. Pada

asasnya, institusi perajaan di Nusantana iaitu kawasan yang menenima ajaran agama Islam lebih kurang sejak akhir abad

ke-l3, dipenganuhi oleh konsep perajaan yang disebarkan oleh

agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam ke Asia Teng- gara. Contohnya, asal usul raja dinasti Palembang-Melaka yang

dicatat dalam Sejarah Melayu atau Salasilah Raja-Raja Pasai adalah penuh dengan unsur-unsun ajaran agama Hindu-Buddha. Boleh dikatakan bahawa wujudnya kesinambungan unsur-unsur

kedua-dua agama itu dalam institusi penajaanIslam yang diasas- kan sejak kedatangan Islam di kalangan negeni Nusantara.7

7 LihatSejarah Melayu;Brown, C.C.,op. cit.; Kassim Ahmad, 1975. Hika- yat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,HikayatRaja-

Raja Pasai.Untuk penjelasan ianjut tentang institusi perajaan, lihat bebe- rapa buku seperti Hall, K.R., dan Whitmore, J.K., (peny.), 1978

Explorations in Early Southeast Asia History: The Origins of Southeast

Asia Statecraft. Ann Arbor: University of Michigan Press; R. Heine- Geldern, 1956. Conceptions of State and Kingship in Southeast Asia.Itha- ca: Cornell University Southeast Asia Program, data paper No. 18; Mimer, A.C., 1982.Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule.

Tuscon,Soemarsaid Moertono, 1963. State and Statecraft in Old Java : A Study of the Later Mataram Period 16th to 19th Century. Ithaca: Cornell University Press, dan Woiters, O.W., 1975. The Fall of Srivijaya in Malay History.Kuala Lumpur: Oxford University Press, danHistory Culture and Religion in Southeast Asia Perspective. Singapura: Institute of Southeast

Pada teoninya, kedudukan seorang raja Islam dalam geokos- mologi politik dan agama Islam, adalah yang tertinggi sekali dan tidak dapat dipertikaikan. Baginda hanya bertanggungjawab kepada Tuhan tentang segala kegiatan baginda di dunia

mi.

Tiada satu pun kuasa duniawi yang dapat membuat tuntutan ter- hadap seorang raja yang berdaulat iaitu yang telah direstui Tuhan. Seperti rakannya di negeri-negeri berbudaya Hindu- Buddha, raja pemenintah Islam merupakan sumber segala kuasa

di dalam masyanakatnya: politik, ekonomi, dan rohani.5 Raja

juga dilihat sebagai hidup atau mati sesuatu masyarakat. Penis- tiwa menarik yang direkod dalamSejarah Melayuyang menun- jukkan seorang pembesar Melaka iaitu Sri Nara Diraja, mengin- gatkan rajanya, Sultan Mahmud, tentang tanggungjawab baginda kepada survivalMelaka yang berkait rapat dengan keselamatan Sultan adalah satu bukti yang jelas menunjukkan persamaan kepercayaan bahawa raja adalah sumber hidup atau mati sesuatu masyarakat. Perkataan “kerajaan” yang bererti hanya keadaan yang mempunyai raja mencerminkan dengan jelas tentang pen- tingnya raja kepada wujudnya sesebuah masyarakat. Tanpa seorang naja yang berdaulat, tiadalah negara. Dalam keadaan itu, manusia terpaksa hidup dalam keadaan berpecah belah dan amat

primitif sekali.

Seperti raja-naja beragama Buddha, raja-raja beragama Islam juga mempunyai paradigma perajaannya. Seorang raja

yang berkuasa bermoral tinggi dan taat kepada agama patut

mengikut beberapa “pninsip” yang dianggap sebagai cini-ciri raja yang balk dan yang disayangi Allah. Menurut Hikayat Pahang, terdapat cini-cini tertentu yang dianggap sebagai pan- duan kepada seseorang raja, yakni malu (tidak besar din), ilmu, akal (kefahaman), adil, rnurah (hati), dan keinsafan tentang pen- tingnya nama, adat, dan patut bagi dirinya sendini dan

j

uga bagi pihak yang di bawah pemenintahan baginda.9 Pada abad ke- 17,

8 Lihat Raja Au Hajiibn Ahmad, (terj.), 1982. V. Matheson dan B. W. An- daya, Tuhfat al-Nafis/The Precious Gift. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

jelas bahawa raja-raja yang kurang kebolehan peribadi, yakni salah satu tanda kurang kuasa moral seseorang raja, kerap kali raja itu akan dicabar oleh pemimpin yang selalu membuat tuntut- an hak politik mereka melalui rahmat Tuhan dan kuasa moral yang nampaknya lebih danipada raja pemerintah.’°

Satu lagi panadigma yang penting di kalangan raja ber- agama Islam di Asia Tenggara ialah paradigma raja “syahan syah”/”mengidar alam”/”susuhunan agung” yang lebih kurang sama ertinya dengan gelarancakravartin. Jadi terdapat juga per- sefahaman politik-budaya di antana masyarakat beragama Buddha dan Islam terhadap konsep raja agung dalam kosmo- loginya.

Ringkasnya, walaupun raja beragama Islam menuntut kuasa mutlak dan kedudukan yang tidak ada bandingannya dalam masyarakat masing-masing, secara praktisnya, baginda juga dihadkan oleh beberapa fahaman masyarakat tentang institusi perajaan sekiranya baginda ingin menentukan keadaan aman dan damai dalam negeni dan kedudukan utama raja pemenintah. Sebagai sumber segala kuasanya, raja pemerintah di Tanah Melayu dan Nusantana secara individu cuba menentukan kedu- dukan dan prestasi kerajaannya dalam masyarakat Asia Tenggara dan dengan kuasa luan yang berpenganuh di rantau tersebut.

Konsep perajaan yang difahami dan diamalkan oleh raja- raja di rantau Asia Tenggara rnengesahkan dengan nyata tentang betapa pentingnya keperibadian individu raja pemerintah kepada jatuh atau bangun masyarakat masing-masing mahupun dalam arena politik serantau. Raja menjelmakan jiwa negananya. Raja yang berkebolehan dan bijak dapat mengekalkan dan meningkat-

terjemahan Matheson, V., dan Andaya, B.W., Kuala Lumpur; Oxford Uni- versity Press, 1982.

10 Contoh yang balk iaiah keadaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-17 dan ke-18 apabila hanya raja yang mempunyai kebolehan mental dan fizikal yang ketara dan pendirian yang kukuh sahaja yang dapat mengawal orang besarnya. Andaya, B.W., dan Andaya, L.Y.,

1982.A History of Malaysia.London: Macmillan; Ricklefs, MC.,op. cit.,

kan kuasa serta martabat kerajaannya, manakala raja yang kurang bijak dan segi politik mahupun ketenteraan akan menye- babkan kemerosotan kedudukan dan pengaruh negananya. Jadi, hubungan antara negeni-negeri di rantau

mi

adalah hubungan antara beberapa orang raja yang terlibat. Oleh sebab hubungan itu bergantung pada faktor peribadi raja berkenaan, ia tentu mudah berubah mengikut nasib raja-raja berkenaan.

(ii) Konsep Negara/Mandala: Pada awal tahun 1956, seorang sarjana, Heine-Geldern, membuat kajian menanik ten- tang aspek semula jadi kerajaan yang difahami dan praktis oleh masyarakat Asia Tenggana zaman tradisional. Beliau mengkaji konsep negara melalui aspek sosiobudaya masyarakat dan bukan mengikut faharnan Barat terhadap perkembangan negara seperti yang dibuat oleh pana sarjana sebelumnya.” Dalam antikel yang bertajuk “Conceptions of State and Kingship in Southeast Asia”, Heine-Geldern membahaskan perbezaan utaflia antara konsep negara ala Barat dengan konsep negara yang berkem- bang di rantau Asia Tenggara. Perbezaan yang ketara ialah haki- kat bahawa negara yang difahami oleh masyanakat Asia Teng- gana tidak wujud secara mutlak atau secara tersendiri tetapi ia hanya wujud sebagai satu aspek tambahan raja pemerintah. Manakala negara di Barat merupakan satu unit politik yang ber- dikani dan berasingan daripada raja yang hanya merupakan lam- bang kedaulatan negeri itu sahaja. Sebenarnya, teori mandala yang diterangkan oleh Heine-Geldern

mi

adalah berkait rapat dengan konsep perajaan yang dibincang di atas iaitu kerajaan/ negara adalah sebahagian tambahan seseorang pemerintah. Secana fizikal, negana di Asia Tenggara tidak mempunyai sempa- dan yang jelas iaitu dengan ganis sempadan tetap yang tidak mudah diubahsuai seperti sebuah negeri di Barat. Sebaliknya, aspek fizikal negana di rantau

mi

selalu berubah mengikut kuasa dan pengarnh raja pemenintahnya. Dengan itu, Heine-Geldem dan para sarjana selepas beliau menekankan keperluan mengkaji

11 Lihat juga penjelasan Bab I tentang teori-teoni negara yang dikemukakan oieh sarjana selain Heine-Geldern.

perkembangan unit politik di Asia Tenggara mengikut konsep

mandala.

Mandala bererti bulatan, atau bidang kuasa raja berdepan dengan kuasa raja-raja yang lain. Biasanya konsep

mi

dikenali sebagai “bulatan raja-raja”, dalam konteks politik-kosmologi agama Hindu-Buddha. Mandala juga mewakili perkembangan politik yang sebenar sepanjang zaman awal hingga akhir zaman

tradisional Asia Tenggara. Menurut Wolters, setiapmandala, mewakili sebuah unit politik tententu yang keadaan poli- tiknya kerap kali kurang stabil dan yang luas kawasannya adalah saman-samar tanpa garis sempadan yang tetap... Setiap mandala mengandungi beberapa onang raja-vassal

yang, apabila wujudnya peluang untuk berbuat demikian, akanmenolak taraf negeri tributaninya serta cuba menubuh-

kan sebuah kumpulan raj a-vassal di bawah naungan mereka

sendiri ... Sebuah mandala boleh meliputi satu kawasan

tidal, lebih luas daripada kawasan daerah yang wujud di Jawa, namun ia boieh juga meliputi sebuah wiiayah yang benar-benar luas dengan beberapa numpun bangsa yang

keturunan mereka pada masa kini hidup dalam beberapa

buabnegara-bangsa yang benlainan.’2

Ketidakstabilan politik yang disebutkan Wolters itu adalah ber- kait rapat dengan konsep perajaan yang dibincang di atas. Se- bagai aspek tambahan fizika~naja pemenintah, sempadan atau kuasa dan mantabat mandala akan naik atau turun mengikut kebolehan dan kejayaan seseorang raja yang memenintahnya. Apa yang penting ialah dalam setiapmandala tidakboleh wujud lebih danipada seorang raja agung iaitu seorang cakravartin

mengikut fahaman masyarakat Hindu-Buddha atau seorang “syahan syah” atau “susuhunan agung” mengikut fahaman masyarakat Islam.’3

mi

bererti bahawa sekinanya terdapat lebih danipada seorang raja yang berhasrat menjadi raja agung/

cakravartin/syahan syah dalam “bulatan raja-raja” yang sama, tentu akan benlaku persaingan dan peperangan antana mereka

12 Wolters,OW.,History, Culture and Region, op. cit., him. 17.

13 Tentang konsep cakravartin dan “syahan syah”, lihat juga “Konsep Hierarki Antarabangsa”.

untuk menentukan siapakah di kalangan mereka yang paling layak digelar universal monarch, manakala mandala yang ter- libat merupakan “bidang kuasa” pemerintah yang akan muncul sebagai raja penakluk sahaja.

Menurut rekod-rekod lama, semua pusat besar rantau Asia Tenggara selalu “mengumumkan” mandalanya. Contohnya, Raja Ayudhya pada awal abad ke-17 mengumumkan mandala

Ayudhya meliputi semua negeni atau kerajaan di sebelah timur Ayudhya yakni kerajaan Laos dan Kemboja, manakalaPhraraja

Phongsawadan Krung Sri Ayudhya menuntut bahawa mandala

Ayudhya pada abad ke-14 meliputi 16 buah muang/bandar ter- masuk Melaka, Tenasserim, Tavoy, Mantaban dan Ligon.’4 lou- ngoo dan Ava pula selalu membuat tuntutan yang mandalanya selain meliputi semua negeri kecil di Myanmar sekanang, terma- suk juga beberapa kerajaan Thai seperti Chiengmai, Ayudhya dan Vientiane. Menurut Henry Yule, seorang utusan British ke Istana Ava pada tahun 1855, luasnyamandala raja dinasti Kon- baung meliputi semua wilayah yang pernah dikuasai oleh lima orang raja yang termasyhur dalam sejarahnya.’5

mi

bererti bahawamandala Ava lebih kurang meliputi semua Tanah Besan

Asia Tenggara kecuali Vietnam dan Kemboja. Tuntutan itu

masih kekal pada pertengahan abad ke-18. Contohnya, Alaung- paya mengumumkan din baginda sebagai bukan sahaja raja pemerintah Myanmar tetapi juga naja pemenintah Siam yang sejak tahun 1584 tidak pernah dikuasai oleh raja Ava.’6 Melaka pada abad ke- 15 juga mengklasifikasikan negeri-negeni berham- piran dengannya mengikut mandala semasanya. Contohnya,

14 Phraraja Phongsawadan Krung Sri Avudhya versi Phanchanthanumat. Bangkok: Khiang-witthaya,1964, hIm. 2.

15 Henry Yule, 1858.A Narrative of the Mission to the Court of Ava in 1855. London: Smith, Elders and Co., him 269. Lima orang raja yang termasy- hur ialah Raja Aniruddha (1044?—l077), dinasti Pagan; Mingyiswasawke (Mingi-tsauke) (1368—1401), dinasti Ava; Bayinnaung (1551—1581), dinasti Toungoo; Anaukpetlun (1605—1628), dinasti Toungoo; dan Alaungpaya (1752—1760), dinasti Konbaung

16 Sunait Chutintaranond, 1990. “Cakravartin” : the Ideology of Traditional Warfare in Siam and Burma, 1548—1605”. Tesis Doktor Falsafah, Cornell University, hIm 245.

negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan negeni-negeni pantai timur Sumatera seperti Indragiri dan Siaksebagai wilayah

dalam mandalanya, manakala pusat kuasa besar seperti Pasai, Hanu (Am), Majapahit dan Ayudhya merupakan negeri yang sama besar tarafnya dengan Melaka.’7

Konsep mandala mewakili perkembangan sosiopolitik di rantau Asia Tenggara yang sentiasa berubah mengikut daya dma- misnya. “Bidang kuasa” sesebuah pusat kerajaan berkembang dan pusat ke arahwilayah penifenidan mengecil dan perifeni ke arah pusat. Dalam sesebuah mandala, terdapat beberapa pusat kuasa kecil selain pusat kuasa agung yang menduduki dharma- raja/kamma-raja/cakravartin/syahan syahlsusuhunan agung.

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 35-50)