• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERUNTUHAN DAN KENAIKAN

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 157-164)

I.

Gambaran Am

Secara keseluruhannya, Asia Tenggara yang muncul daripada krisis am memaparkan keyakinan sosiopolitik dalam usaha memperkembangkan dunianya serta mengatasi pelbagai cabaran sosiopolitik dan ekonomi yang melanda. Pada abad tersebut menyaksikan jatuh bangun kerajaan dan empayar di Tanah Besar mahupun di kalangan negeri maritim rantau tersebut. Apa yang jelas adalah kemampuan masyarakat tempatan menyelesaikan masalah dan ancaman tanpa mempersoalkan nilai asas sistem sosiopolitik atau adat resam masyarakat. Seperti yang dikatakan oleh Milton Osborne, “Asia Tenggara pada abad ke-18 adalah amat yakin ia mempunyai jawapan kepada segala masalah dan kesusahan yang sering dihadapinya tidak kira ia adalah masalah tentang perang dan perdamaian, atau masalah tentang hubungan dunia manusia dengan dunia kedewaan/makrokosmos, atau masalah hubungan sosiobudaya dalam masyarakat Asia Teng- gara sendiri.”1 Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga bahawa abad itu merupakan titik tolak perkembangan sosiopoli- tik Asia Tenggara. Dalam konteks

mi,

abad ke- 18 (termasuk juga dekad-dekad awal abad ke- 19) dapat dilihat baik sebagai era

1 Milton Osborne, 1985. Southeast Asia, An Illustrated Introductory History. Sydney, London, and Boston: George Allen & Unwin, him. 61

kegemilangan terakhir Asia Tenggara mahupun sebagai permu- laan proses penenggelaman rantau itu ke dalam lautan kuasa sosiopolitik dan ekonomi imperialisme Barat yang jelas melanda Asia Tenggara secara konsisten. Sejarah dekad-dekad terakhir abad ke- 18 dan awal abad ke- 19 juga menunjukkan dengan ketara betapa kurang mampunya dan daya inisiatif Asia Teng- gara walaupun penuh dengan keyakinan dan kebanggaan terha- dap nilai sosiopolitik dan kuasa fizikal dunianya yang dipercayai bersifat maha kuasa demi menghadapi mana-mana cabaran dan- pada kuasa Barat. Kegagalan masyarakat tempatan yang tidak memahami dan menyedani ancaman dan cabaran dunia Barat merupakan salah satu punca utama kejatuhan rantau itu ke tangan kuasa-kuasa penjajah Barat pada akhir abad ke-19.

Lumrah sosiopolitik Asia Tenggara sepanjang abad ke- 18 menekankan suasana politik rantau tersebut yang begitu rumit dan sensitif, yang diwarisi dan abad ke-17. Pada asasnya, ke- adaan politik yang kurang stabil yang benleluasa di kalangan negeri Tanah Besar mahupun manitim itu merupakan kesan ke- adaan politik dalam negeri masing-masing. Walau bagaimana- pun, ternyata bahawa Asia Tenggara mempunyai gaya pegas yang amat mengagumkan. Dalam jangka masa yang singkat, sebuah kerajaan yang menghadapi keruntuhan dan kebinasaan seperti kerajaan Melaka-Johor pada abad ke- 16 dan ke- 17 dapat membangkitkan semula sebuah empayar yang makmur dan dise- gani oleh jiran-jirannya. Secara kasar, nampaknya jatuh bangun kerajaan dan empayar di Asia Tenggara pada abad ke-18 menu- pakan lumrah kehidupan sosiopolitik rantau itu. Namun, sekira- nya diteliti, ia mewakili juga sesuatu penkembangan yang mena- rik dan tersendiri. Perkembangan sosiopolitik yang melihat kejatuhan empayar Toungoo Terpulih (1752), kerajaan Ayudhya (1767), empayar Johor-Riau (1722), dan kerajaan Mataram (1757) juga menyaksikan kemunculan empayar dan kerajaan ter- sebut, termasuk Mataram/Jogjakarta, di bawah pimpinan gob- ngan elit baru yakni dinasti Konbaung di Myanmar, dinasti Taksin-Chakri di Siam, dinasti Upu-Bugis di Riau-Lingga, dan dinasti Mataram-Hamengkubuwana di Yogyakarta.

mengesahkan gaya pegas sistem pobitik dan pentadbiran tempat- an yang mampu menyesuaikan dininya mengikut keadaan tetapi juga keupayaan yang tidak terbatas pusat-pusat tersebut dalam memperkembangkan kuasa sosiopolitik supaya mencapai kemuncaknya dalam masa yang begitu singkat. Kemungkinan besar kejayaan itu menyebabkan para pemimpin Asia Tenggana sensitif terhadap kebolehan dan pencapaian dunia lain. Jelas bahawa golongan elit barn seperti naja dinasti Konbaung, maha- raja dinasti Nguyen di Vietnam, dan para pemenintah di Tanah Melayu ataupun di MataramlYogyakarta dan Banten, kurang sedan tenhadap betapa benbahayanya kuasa atau tujuan pihak penjajah Banat tenhadap dunia meneka. Nampaknya, meneka

asyik sahaja dengan masalah sosiopolitik dabam negeri dan gagab melihat musuh yang sebenarnya yang datang dan Barat. Akhin- nya mereka tidak lagi menyekat perluasan kuasa penjajah Barat

walaupun sekiranya dilihat dan sudut pandangan tnadisional Asia Tenggara, kebanyakan empayar dan kenajaan yang mengha-

dapi cabanan dan ancaman Barat masih memaparkan keutuhan kuasa politik dan fizikal masing-masing. Yang amat menghainan-

kan ialah hakikat bahawa keutuhan politik dan tentera itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah penkembangan sistem sosiopo- litik Asia Tenggara dan tidak pernah dicapai sejak abad ke-15.

Dan aspek hubungan serantau, abad ke- 18 merekodkan per- kembangan yang mengesahkan corak hubungan tnadisional Asia Tenggara. Terdapat usaha diplomatik dan sosioekonomi yang dapat meningkatkan keeratan hubungan antara negeri rantau itu. Contoh yang ketara ialah hubungan Siam-Vietnam/Annam yang melihat Thonburi-Bangkok sama ada sebagai tempat perlin- dungan politik kepada para kerabat Nguyen mahupun sebagai

sumber sokongan tentera dan bekalan kepada Putera Nguyen Anh dalam perjuangan baginda untuk merampas semula takhta Vietnam. Penkembangan

mi

amat memenanjatkan sekiranya kita ingat bahawa Siam dan Vietnam merupakan pesaing hebat di wilayah Indochina sepanjang sejarah kedua-dua negara tensebut. Sebain hubungan diplomatik, interaksi meneka dalam aspek eko- nomi dan perdagangan juga menunjukkan hubungan saling memerlukan. Pada abad ke-18, kerajaan Belanda yang berpusat

di Betawi (Jakarta) telah berjaya menjadikan kepulauan Jawa sebagai kawasan “laut tentutup” Belanda dengan tujuan untuk menghapuskan pesaing tempatan dan asing danipada pasaran rempah, bijih timah, teh dan kopi di Asia Tenggara. Para peda-

gang tempatan seperti orang Bugis, Melayu, Thai, Vietnam, dan Filipina, terpaksa menjalankan aktiviti pendagangan meneka di kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan Laut China Selatan sahaja. Tumpuan urns niaga pana pedagang tempatan ialah China. Kesannya, perdagangan di perairan Laut China Selatan dan dengan China menjadi faktor benkesan yang meng- eratkan hubungan serantau Asia Tenggara. Ia melibatkan keba- nyakan negeri rantau itu yakni Siam, Vietnam, Kemboja, Laos, negeni-negeni Melayu, dan Filipina. Selain pelabuhan-pelabuhan di selatan China, pelabuhan terpenting di Laut China Selatan ialah Manila. Dan Manila, banang-barang perdagangan seperti sarang burung, hasil hutan, beras, tembikar dan sutera dihantan ke Mexico.2 Jelas bahawa, pendapatan danipada pendagangan di perairan Laut China Selatan dan China merupakan sebahagian besan pendapatan kerajaan pusat sepenti Siam, Manila, Vietnam, Johon-Lingga dan pusat pelabuhan lain di Asia Tenggara.

Jelas juga bahawa terdapat banyak aktiviti pendagangan antara negeri Asia Tenggana sendini. Contohnya, Bangkok menu- pakan tumpuan perdagangan serantau Hue dan pusat barang dagangan dan negeri pedalaman seperti Laos dan Kemboja. Sebaliknya, aktiviti perdagangan Siam adalah meluas. Contoh- nya, pada dekad-dekad awal abad ke- 19, dilaporkan para peda- gang Cina sebenang laut yang berpusat di Bangkok dapat me- nyiapkan lebih dan 130 buah jong dengan banang dagangan untuk perdagangan dengan China, Vietnam, Tanah Melayu dan Jawa.3 Pada umumnya, perkembangan hubungan ekonomi seran- tau menuju ke arah yang memberangsangkan.

Dan sudut yang lain, Asia Tenggara pada abad ke-18

2 Steinberg, D.J.(peny.) 1971. In Search of Southeast Asia. Kuala Lumpur, Singapura: Oxford University Press, him. 52—3.

menyaksikan perluasan kuasa syarikat perdagangan Barat khu- susnya VOC yang amat mengancamkan keselamatan dan kedau- latan rantau tersebut. Memang benan bahawa kuasa Barat atau ejen-ejen mereka telah sampai ke Asia Tenggara sejak abad ke-15. Pada tahun 1511, Portugis berjaya menguasai pelabuhan Melaka; pada abad yang sama. Sepanyol dapat membina tapak kuasanya di kepulanan Filipina. Pada tahun 1641, syanikat pen- dagangan Belanda, VOC, juga berjaya menewaskan Portugis di Melaka dan mendudukinya sebagai pelabuhan Belanda di Selat Melaka. Sebelum itu, VOC dapat menduduki Pulau Ambon (1605) dan Betawi (1619) di Pulau Jawa. Ternyata bahawa pada peringkat awal kedatangan dan kehadiran syanikat-syanikat dan ejen-ejen perdagangan Barat, tidak menimbulkan cabanan senius kepada cara hidup dan sistem pentadbinan mahupun nilai sosio- budaya tempatan.

mi

disebabkan hakikat bahawa tujuan utama Barat (kecuali Sepanyol) adalah untuk perdagangan dan keun- tungan urns niaganya. Portugis, Belanda dan British pada mula- nya tidak bertujuan untuk menguasai masyarakat tempatan dan memperkenalkan sistem pentadbiran dan nilai-nilai sosiobudaya mereka menggantikan sistem dan nilai yang sedia ada di rantau Asia Tenggara. Sejak abad ke-16 dan sepanjang abad ke-17, tumpuan kedatangan mereka ke rantau itu tidak berubah. Sebe- nannya, meneka sanggup menenima etika/adab tertib sosiobudaya tempatan asalkan mereka mendapat layanan dan kebenaran untuk menjalankan aktiviti perdagangan dengan baik.

Contohnya, wakil Syanikat Hindia Timur Inggenis (SHTI), Nathaniel Higgensen, pada masa itu beliau menyandang jawatan Gabenor Madras, menghantan surat kepada raja Myanmar, pada tahun 1695, yang berbunyi:

Kepada Yang Duii Maha Mulia Maharaja yang merestui kota Ava dengan kehadiran Baginda; Maharaja yang ter- agung antara para maharaja; Raja yang melebihi segala raja

dan Barat ataupun Timur dengan kegemilangan dan kemu- iiaan Baginda; [dengan] kebaikan dan kuasa moral baginda; [dengan] sumber keadilan; [dengan] kesempumaan, kebijak- sanaan [dan lain-lain].... Patik dengan segala hormatnya

LUMRAH SOSIOPOLITIK ABAD KE-18: KERUNTUHAN DANKENALKAN kankebenaran yang telah dianugerahkankepada yang Mulia Syanikat Inggenis supaya wakil-wakil patik dibenarkan membeli dan menjual segala barang dagangan dengan hak- hak istimewa yang Duii Maha Mulia fikir patut dikurnia- kan . .

Selewat tahun 1755, apabila SHTI menghantan satu rombongan yang diketuai oleh Kapten Robert Baker ke istana Raja Alaung- paya(1752—1760), pengasas dinasti Konbaung, wakil SHTI itu dengan rela menerima adat istana Myanman yang memenlukan beliau sujud dihadapan raja tersebut.5 Keadaan

mi

amat berbeza danipada tuntutan dan tingkah laku rombongan yang dihantar oleh kerajaan India British setelah British menang dalam Perang Anglo-Myanman pada tahun 1824—1826. Misi-misi yang dihan- tar oleh kerajaan India British sejak kemenangan tersebut menunjukkan sikap keagungan Banatdan segi “tamadun” serta mementingkan etika British berdepan dengan etika Myanmar yang mereka terlebih dahulu sanggup menenima. Sebaliknya, mereka menolak semata-mata adab tertib istana Myanmar apa- bila mereka menghadap raja pemerintah negara itu.

British bukanlah satu-satunya negara yang menolak etika dan nilai adat dan budaya Asia Tenggara selepas mereka yakin terhadap kedudukan dan kuasa tenteranya berdepan dengan masyanakat tempatan. Perancis dan Belanda juga menunjukkan pendekatan rendah diii dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa tempatan padaakhirabad ke-18. Dalam suasana sosiodiplomatik begitu, tidak hainanlah apabila timbul konflik dan perselisihan nilai sosiobudaya antara masyarakat tempatan dan kuasa-kuasa Barat. Boleh dirumuskan di sini bahawa konflik dan perselisihan nilai sosiobudaya dan keyakinan Barat terhadap kuasa tentera mereka yang semakin hebat merupakan salah satu punca perte- Iingkahan yang berlarutan yang akhirnya membawa kepada kekalahan dan hilangnya kedaulatan masyanakat Asia Tenggara pada akhir abad ke-19.

4 Crawfurd, J., 1829.Journal of an Embassy from the Governor-General of India to the Court of Ava in the Year 1827.London, him. 300—2.

Walau bagaimanapun, pada abad ke-18, konflik sosiobu- daya hanya merupakan benih ancaman terbesar yang akan melanda rantau Asia Tenggara. Meskipun begitu, boleh dikata- kan juga bahawa ketidakbolehan masyarakat tempatan, kecuali Siam, memahami sebab-musabab perubahan sikap penjajah Barat yang pada mulanya sanggup menerima adat istiadat Asia Tenggara demi keuntungan perdagangan mereka, adalah ben- punca danipada pendekatan kuasa Barat sendini yang terlalu ang- kuh dan memandang rendah etika tempatan setelah mereka men- dapat keyakinan tentang kuasa tenteranya. Sikap tidak bertolak ansur itu sebaliknya meningkatkan perasaan permusuhan di ka- langan elit tempatan. Sejarah keruntuhan Mataram dan kenajaan Annam merupakan bukti reaksi permusuhan elit Asia Tenggara terhadap kuasa Barat.6

Satu lagi benih ancaman dan cabaran besar daripada kuasa- kuasa Banat ialah perkembangan kuasa politik VOC dan SHTI yang berlaku pada abad ke-18. Walaupun VOC lebih lama sebe- lum abad itu telah menjalankan aktiviti perdagangannya di Asia Tenggara terutamanya di kalangan negeri manitim, ia merupakan syarikat perdagangan sahaja. Keperluan memaksimumkan keun- tungan perdagangannya membawa VOC menjalankan dasar per- dagangan yang memerlukan penglibatan VOC dalam hal ehwal tempatan terutamanya di kepulauan Indonesia, yakni dasar monopoli perdagangan rempah, bijih timah dan akhirnya dasar “laut tertutup” di kawasan Nusantara. Ringkasnya, pada perte- ngahan abad ke-18, VOC bukan sahaja menjadi kuasa perda- gangan mahupun kewilayahan disebabkan penglibatannya dalam halpolitik dan persaingan kuasa di Maluku, Sulawesi dan Jawa.7 Meskipun VOC dibubarkan pada akhir abad tersebut, Belanda meneruskan kuasa kewilayahannya derigan penubuhan kerajaan Hindia Belanda. Jadi, Belanda menjadi kuasa Banat kedua yang menubuhkan kerajaan jajahannya di Asia Tenggara dengan

6 Lihat rnmusan perkembangan politik kedua-dua pusat kuasa itu di bawah. 7 Ricklefs, M.C., 1993. War Culture and Economy in Java 1677—1726.

Asian Studies of Australia, Southeast Asia Publications Series No. 24, Sydney: Allen & Unwin.

tujuan menentukan kepentingan ekonominya melalui kuasa poli- tik dan pentadbirannya. Walaupun Belanda hanya berjaya menguasai selurnh kepulauan Hindia Timur pada akhir abad ke-19, pada abad ke-18, Belanda mendahului kecenderungan penglibatan kuasa-kuasa Barat lain yang juga memenlukan keka- yaan semula jadi dan pasaran Asia Tenggara untuk kemajuan dan kemakmuran masyarakat induknya di Eropah.

Tidak hairan Asia Tenggara berada di pensimpangan jalan untung nasibnya. Pada tahun-tahun terakhir abad ke- 18, rantau tersebut terutamanya di Tanah Besar menunjukkan perkem-

bangan dan pencapaian sosiopolitik dan ekonomi yang cemer- lang sekali sekiranya dibandingkan dengan keadaan yang ben- laku pada abad ke-17 atau pertengahan pertama abad ke-18. Namun dalam kegemilangan dan pencapaian yang mengagum- kan itu tersiratnya benih-benih cabanan dan ancaman yang paling besar yang tidak pernah menghadapi Asia Tenggara sejak zaman lampau.

II.

Perkembangan Sosiopolitik dan Ilubungan

Serantau

Dalam dokumen Asia Tenggara dan id. pdf (Halaman 157-164)