BAB 4: PENDEKATAN ETIKA ISLAM
4.3 Pandangan dunia Islam
4.3.2 Hubungan Allah-manusia-alam dalam Islam
4.3.2.3 Alam dalam Islam
Seperti yang dijelaskan dalam subtopik sebelum ini, takwa merupakan prinsip penting dalam Islam. Prinsip ini menjadikan seorang Muslim mengamalkan ihsan dalam perhubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain.548 Selain itu, terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa seseorang Muslim yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mencapai hakikat keimanan yang sebenar.549
Daripada perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa manusia adalah makhluk yang paling mulia dan mempunyai kehormatan dalam Islam.
4.3.2.3 Alam dalam Islam
Selain menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Allah, al-Quran juga turut menjelaskan mengenai kepentingan alam dalam kehidupan manusia.550 Alam dalam Islam tidak mempunyai sifat-sifat keajaiban, tidak menggerunkan dan tidak bersifat misteri.551 Ia adalah ciptaan Allah, oleh itu sifat alam sama sekali tidak boleh
547 Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. (2001). Op.cit., hlm. 1387.
548 Ibnu Rajab, A. (2008). Op. cit., hlm. 391.
549 Ibid., hlm. 282. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
550
Perkara ini dapat menjelaskan bahawa al-Quran tidak hanya bersifat ‘anthropocentric’. Lihat Ansari, I. A. (1997). Concept of man in the Quran. Dlm. I. A. Ansari (Ed.), Concept of man in comparative perspective (hlm. 111-130). Kuala Lumpur: Synergy Book International. hlm. 125.
551 Lihat Al-Faruqi, I. (1988). Islam dan teori alam tabii (Osman Bakar, Terj.). Dlm. Al-Faruqi, I. & Al-Faruqi, L. L., Kumpulan kertas kerja Al-Faruqi: Pemikiran Islam Al-Faruqi (hlm. 1-19). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 3.
disamakan dengan Allah. Ia juga mempunyai tempoh hayat iaitu ia akan musnah pada bila-bila masa sahaja yang Allah kehendaki.552
Alam dijadikan secara teratur dan bertertib. Setiap yang berlaku adalah disebabkan oleh sesuatu perkara dan setiap yang berlaku juga menjadi sebab kepada sesuatu peristiwa yang lain. Semua kejadian mematuhi hukum-hukum tabii dan tidak terdapat suatu pun yang terlepas dari pengaruh hukum-hukum tersebut. Alam merupakan suatu sistem sebab musabab yang lengkap dan bersepadu tanpa sebarang cacat cela kerana sistem ini dicorakkan dengan sempurna oleh Pencipta. Perkara ini dinyatakan dalam ayat 3 surah al-Mulk yang bermaksud:553
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu)-dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Alam juga diciptakan dengan tujuan, fungsi dan ketetapan seperti yang dijelaskan dalam ayat 2 surah al-Furqan yang bermaksud: ‘…dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.’554
Penciptaan alam bukanlah sesuatu yang sia-sia seperti yang ditegaskan dalam ayat 38 surah al-Dukhan yang bermaksud: ‘Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main.’555
Alam dijadikan untuk kebaikan manusia.556 Ia mudah untuk diubah bentuk bagi kemudahan manusia dan manusia diberi hak untuk menggunakan dan menikmati alam tabii. Manusia boleh mendapat manfaat daripada alam bukan sahaja untuk kelangsungan hidupnya tetapi juga untuk perhiasan atau kesenangan. Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Kahfi yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka
552
Ibid., hlm. 5-6.
553 Ibid., hlm. 8; Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Op.cit., hlm. 1538-1539.
554 Ibid., hlm. 10; Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Op. cit., hlm. 917.
555 Ibid., hlm. 11; Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Op.cit., hlm. 1327.
bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.’557
Walaupun Allah memberi kehormatan kepada manusia untuk memanfaatkan alam untuk mencapai matlamat kehidupan mereka, namun ini tidak bermaksud manusia bebas melakukan apa sahaja terhadap makhluk-makhluk lain tanpa batasan. Islam menetapkan bahawa setiap makhluk-makhluk juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan iaitu manusia tidak boleh membazir apabila menggunakan mereka atau menyakiti atau membahayakan mereka sesuka hati.558
Alam tabii dicipta oleh Allah agar manusia dapat membuktikan dirinya layak memikul amanah sebagai seorang hamba dan khalifah. Oleh itu Islam melihat alam sebagai alat yang menjadi nikmat yang disediakan oleh Allah bagi membolehkan manusia mencapai tujuan penciptaan mereka.559 Kejadian alam juga merupakan tanda-tanda keesaan, kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang dapat membantu manusia memperoleh hidayah dan meningkatkan keimanan kepada Allah.560
Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa alam diciptakan secara teratur dan tertib dengan tujuan untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia. Walaupun alam diciptakan untuk manusia namun terdapat peraturan-peraturan yang Allah tetapkan supaya manusia tidak boleh berbuat sesuka hati dalam memanfaatkan alam.
Hubungan antara Allah-manusia-alam dalam Islam yang dijelaskan di atas boleh dirumuskan seperti dalam rajah 4.2 di halaman sebelah. Allah mencipta manusia sebagai makhluk yang paling mulia dalam order makhluk. Dalam pada itu manusia memegang amanah sebagai khalifah di muka bumi, oleh itu mereka perlu berinteraksi sesama mereka dan alam dengan memelihara hak-hak dan batas-batas yang ditetapkan
557
Ibid. Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Op.cit., hlm. 714-715.
558 Osman Bakar. (2007). Op. cit., hlm. 58-59; Al-Maududi, A. A. (1960). Op. cit., hlm. 186-187.
559 Al-Faruqi, I. (1988). Op. cit., hlm. 18-19.
560 Ibnu Taymiyyah, A. (2001). Op. cit., hlm. 68-69; Al-Jawziyyah, I. Q. (2008). Op. cit., hlm. 446; Al-Ghazali, A. H. (1978). Op. cit., hlm. 14; Osman Bakar. (2007). Op. cit., hlm. 58-59.
Allah Manusia Alam Order makhluk Order Pencipta syariah + sunnatullah
dalam syariah. Dengan memanfaatkan alam, manusia dapat memenuhi tujuan penciptaan alam oleh Allah. Allah menciptakan alam sebagai salah satu daripada bukti-bukti kekuasaan-Nya berdasarkan hukum-hukum tabii (sunnatullah). Ia ditundukkan (taskhīr) untuk manfaat manusia, dan dengan kemudahan tersebut manusia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Rajah 4.2: Hubungan Allah-manusia-alam dalam Islam