BAB 4: PENDEKATAN ETIKA ISLAM
4.4 Garis panduan etika dalam Islam
4.4.1 Syariah .1 Definisi
4.4.1.2 Kategori etika dalam syariah
Kategori etika dalam syariah tidak hanya terhad kepada baik atau buruk. Perkara yang baik dan buruk dalam al-Quran dinyatakan dalam tujuh set istilah iaitu ṣāliḥah dan
sayyi’ah567
, khayr dan sharr,568 birr dan ithm569, ḥasanah dan sayyiah570, ma’rūf dan
munkar571, halāl dan harām572 serta ṭayyib dan khabīth573. Kesemua istilah ini secara umumnya bermaksud baik dan buruk, namun ia mempunyai sedikit perbezaan. Seperti contoh, istilah-istilah yang memberi maksud baik mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain. Istilah ṣāliḥah bermaksud perkara yang baik yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada Tuhan. Ia juga membawa maksud doa, keinginan yang baik danberperikemanusiaan. Ia mempunyai kaitan dengan iman iaitu ia dilihat sebagai hasil ekspresi iman. Istilah khayr pula mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama dan kebahagiaan di dunia. Birr pula bermaksud kebaikan manakala ḥasanah bermaksud baik dalam konteks yang lebih luas iaitu meliputi dunia dan akhirat. Maʻrūf pula bermaksud perkara baik yang diketahui yang bertepatan dengan tabii manusia.574 Halāl ialah perkara yang harus, tidak membahayakan dan dibenarkan dalam syariah.575 Ṭayyib pula ialah perkara baik dalam konteks umum yang bermaksud menyenangkan atau elok.576
567 Lihat ayat 20 surah al-Jathiyah.
568
Lihat ayat 7-8 surah al-Zalzalah.
569 Lihat ayat 3 surah al-Maaidah.
570 Lihat ayat 91-92 surah al-Qadr.
571 Lihat ayat 106 surah Ali Imran.
572 Lihat ayat 59 surah Yunus.
573
Lihat ayat 267 surah al-Baqarah.
574 Ansari, M. F. R. (1973). The Qur’ānic foundations and structure of Muslim society (Jilid ke-1). Karachi: The World Federation of Islamic Missions. hlm. 414-417.
575 Al-Qaradawi, Y. (1980). Al-Ḥalāl wa al-ḥarām fi al-Islām (14th ed.). Cairo: Maktabah Wahbah. hlm. 13.
Perbahasan mengenai baik atau buruk sesuatu perkara dalam Islam juga tertumpu kepada konsep halal dan haram. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi meletakkan sepuluh prinsip asas mengenai halal dan haram dalam Islam seperti yang berikut:577
a) Pada dasarnya hukum sesuatu perkara adalah harus b) Penetapan hukum halal dan haram merupakan hak Allah
c) Menghalalkan yang haram dan mengharamkan halal termasuk dalam perbuatan syirik
d) Sesuatu perkara diharamkan kerana ia tidak baik dan memudaratkan manusia e) Semua perkara yang membawa kepada haram adalah haram
f) Haram melakukan muslihat untuk menghalalkan perkara yang haram g) Niat tidak menghalalkan yang haram
h) Berhati-hati dengan perkara yang ragu-ragu (shubhah) supaya tidak melakukan perkara yang haram
i) Perkara yang haram adalah haram untuk semua
j) Darurat (ḍarūrah)578 menghalalkan perkara yang haram.
Peraturan mengenai sesuatu perkara dalam syariah disebut sebagai ‘hukum’. Hukum bermaksud perintah Allah yang termaktub dalam syariah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf.579 Ia boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu hukum taklīfi dan
waḍʻi. Hukum Allah yang melibatkan perkara-perkara yang dituntut, dicegah atau diberi
pilihan sama ada mahu melakukan atau meninggalkannya disebut sebagai hukum taklīfi. Manakala hukum yang ditetapkan sebagai menjadi sebab atau syarat atau larangan
577 Al-Qaradawi, Y. (2000b). Halal dan haram dalam Islam (Wahid Ahmadi et. al, Terj.). Surakarta: Era intermedia. hlm. 33.
578 Ḍarūrah boleh didefinisikan sebagai keadaan yang membawa kepada kebinasaan atau hampir kepada kebinasaan. Antara syarat-syarat utama darurah ialah apabila diyakini tiada pilihan lain atau cara lain untuk mengelak daripada kemudaratan kecuali dengan melakukan kemudaratan tersebut, dan perkara tersebut adalah jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah. Lihat Wan Abdullah Haji Wan Mamat. (2004). Konsep darurah dalam memenuhi keperluan masa kini: Satu huraian tentang teori hukum Islam. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. hlm. 86-97. Menurut Ibnu Rushd, terdapat dua keadaan ḍarūrah iaitu yang pertama, tiada sumber makanan yang halal untuk dimakan dan yang kedua, tiada ubat daripada sumber yang halal untuk merawat penyakit. Lihat Ibnu Rushd, M. (1995). Sharḥ bidāyah mujtaḥid wa nihāyah muqtaṣid. Kaherah: Dar al-Salam. hlm. 1222.
579 Al-Ghazali, A. H. (1992). Al-Mustaṣfa min ‘ilm al-uṣūl (Jilid ke-1). Al-Madinah al-Munawwarah: Hamzah bin Zuhair Hafiz. hlm. 177; Mukallaf bermaksud manusia yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perintah. Al-Zarkashi menyatakan bahawa syarat mukallaf ialah bernyawa, berakal dan baligh atau cukup umur menurut syarak. Lihat Al-Zarkashi, M. (1992). Al-Baḥr al-muḥīṭ fi uṣūl al-fiqh (Jilid ke-1). Kuwait: Wizarat al-Awqaf wa-al-Shu'un al-Islamiyah. hlm. 234-235.
kepada sesuatu perkara disebut sebagai hukum waḍʻi. Contoh hukum waḍʻi ialah mengenai hukum Allah supaya memotong tangan pencuri dalam ayat 38 surah al-Maidah. Dalam ayat ini Allah menetapkan mencuri sebagai sebab seseorang itu dikenakan hukuman potong tangan.580
Hukum taklīfi pula dibahagikan kepada lima kategori iaitu wajib, sunat atau disebut juga sebagai mandūb, makruh, harus dan haram.581 Wajib bermaksud perkara yang dituntut secara mutlak dan tiada pilihan kecuali melakukannya. Ia juga disebut sebagai fardu.582 Perkara-perkara wajib boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain ialah perkara yang diwajibkan ke atas setiap Muslim seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Fardu kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sekumpulan individu dalam sebuah masyarakat seperti berjihad dan memberikan fatwa.583
Sunat bermaksud perkara yang dituntut untuk melakukannya secara pilihan dan digalakkan. Contoh perkara sunat ialah seperti mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh.584 Haram pula bermaksud perkara-perkara yang dicegah secara mutlak daripada melakukannya. Perkara haram dikategorikan kepada dua bahagian iaitu haram secara langsung (al-muḥarram li zātih) seperti melakukan penzinaan. Kategori kedua pula ialah haram secara tidak langsung (al-muḥarram li ghayrih) iaitu perkara yang asalnya tidak dicegah (sama ada wajib, sunat atau harus) menjadi haram apabila dikaitkan dengan perkara-perkara yang diharamkan. Contohnya berjual beli semasa seruan azan solat Jumaat sedang berkumandang. Berjual beli adalah harus di dalam Islam namun jika ia dilakukan semasa seruan azan jumaat dilaungkan, ia boleh
580
Zaydan, A. K. (2001). Al-Wajīz fi uṣūl al-fiqh. Beirut: Muassasah Al-Risalah. hlm. 25-27.
581 Ibid., hlm. 31.
582 Al-Ghazali, A. H. (1992). Op. cit., hlm. 210-212.
583 Zaydan, A. K. (2001). Op. cit., hlm. 31-36.
menghalang umat Islam bersegera untuk menunaikan solat fardu Jumaat, maka ia diharamkan.585
Makruh pula ialah perkara-perkara yang digalakkan supaya tidak dilakukan atau perlu dijauhi. Contoh perkara makruh ialah seperti menceraikan isteri. Ia adalah perkara yang harus tetapi paling dibenci oleh Allah.586 Harus pula perkara-perkara yang diberikan pilihan oleh Islam sama ada mahu melakukannya atau meninggalkannya. Ia juga disebut sebagai halal. Contohnya seperti keharusan memakan makanan yang bersifat ṭayyib (baik) yang disebutkan dalam ayat 5 surah al-Maidah.587
Terdapat dua bentuk aplikasi hukum mengikut keadaan iaitu ‘azīmah dan
rukhṣah. ‘Azīmah bermaksud perintah-perintah yang dinyatakan dalam syariah perlu
dipatuhi dalam keadaan normal. Manakala rukhṣah pula bermaksud perkara-perkara yang haram menjadi harus semasa dalam keadaan darurat bagi menghilangkan kesempitan dan keuzuran hidup yang dialami oleh manusia. Seperti contoh memakan bangkai dan meminum arak menjadi harus bagi mengelak kematian akibat kelaparan. Kadar bangkai yang dimakan atau arak yang diminum itu ialah pada kadar untuk menghalang daripada kelaparan dan dahaga yang boleh membawa kepada kematian sahaja.588
Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan bahawa kategori etika terbahagi kepada lima kategori utama iaitu wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Perbincangan dalam syariah juga tertumpu kepada persoalan sama ada halal atau haram. Syariah memberi kelonggaran kepada manusia untuk melakukan perkara-perkara tertentu dalam keadaan darurat.
585 Ibid., hlm. 41-43.
586 Ibid., hlm. 45.
587 Ibid., hlm. 47.