BAB 2: PENGENALAN KEPADA BIOETIKA
2.2 Definisi dan konsep bioetika
Perkataan bioetika berasal daripada perkataan Greek iaitu bios yang bermaksud hidupan dan ethike yang bermaksud etika.123 Penggunaan awalan ‘bio’ yang digabungkan dengan perkataan ‘etika’ menunjukkan ruang lingkup bidang bioetika hanya melibatkan etika berkaitan organisma hidup atau bidang biologi sahaja.124 Etika secara umumnya ialah kajian untuk mengenal pasti dan memahami kehidupan bermoral.125 Bidang etika merangkumi kajian mengenai moraliti sesebuah masyarakat dengan turut menyentuh aspek falsafah dalam norma-norma dan amalan-amalan berkaitan yang disebut sebagai teori-teori etika dan falsafah moral.126 Istilah etika mempunyai sedikit perbezaan dengan moral. Moral bermaksud norma-norma baik atau
123 Reich, W. T. (Ed.). (1995). Encyclopedia of bioethics (Ed. ke-2). New York: Simon & Schuster Macmillan. hlm. xxi.
124 Schüklenk, U., & Kerin, J. (2001). Bioethical: Philosophical aspect. Dlm. International encyclopedia of the social and behavioral sciences (hlm. 1195-1201). Oxford: Elsevier. hlm. 1195.
125 Beauchamp, T. L., & Childress, J. F. (2001). Op. cit., hlm. 1; Singer, P. (1994). Ethics. Oxford: Oxford University Press. hlm. 4.
126 Beauchamp, T. L., & Walters, L. (Eds.). (2003). Contemporary issues in bioethics (Ed. ke-6). South Melbourne, Victoria: Thomson/Wadsworth. hlm. 1.
buruk yang disepakati oleh sesebuah masyarakat yang mengandungi piawaian tindakan termasuklah prinsip-prinsip moral, peraturan-peraturan, hak-hak dan nilai-nilai.127
Terdapat dua pendekatan dalam kajian etika iaitu normatif (normative) dan bukan normatif (nonnormative). Pendekatan normatif boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu etika normatif umum (general normative ethics) dan etika praktikal (practical ethics). Secara ringkasnya etika normatif umum ialah pendekatan yang menghuraikan norma-norma umum yang boleh dijadikan panduan dan kayu ukur dalam menilai sesuatu tindakan secara rasional. Etika praktikal (applied ethics) ialah cubaan untuk mengaplikasikan norma-norma dan teori-teori umum bagi menyelesaikan sesuatu masalah etika.128 Pendekatan bukan normatif pula terbahagi kepada dua kategori iaitu etika deskriptif (descriptive) dan metaetika (metaethics). Etika deskriptif ialah penjelasan mengenai tingkah laku dan kepercayaan moral melalui kajian ke atas fakta seperti amalan-amalan dan kod-kod profesional yang berbeza dalam sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Pendekatan metaetika pula melibatkan beberapa analisis ke atas perkara-perkara utama dalam etika seperti hak-hak asasi dan tanggungjawab.129
Kamus Merriam-Webster mendefinisikan bioetika sebagai sebuah bidang kajian yang membincangkan kesan-kesan etika yang timbul daripada penyelidikan biologi dan aplikasi-aplikasinya terutama dalam bidang perubatan.130 Definisi bioetika yang dinyatakan oleh kamus International Dictionary of Medicine and Biology adalah sama dengan kamus Merriam-Webster tetapi definisi tersebut merujuk kepada bioetika dalam bidang perubatan, pembedahan serta bioperubatan.131 Kamus The American Heritage Dictionary of the English Language pula menyatakan bahawa bioetika ialah kajian mengenai implikasi etika dan moral yang timbul hasil daripada penemuan-penemuan baru dalam biologi, kemajuan bioperubatan, kejuruteraan genetik dan penyelidikan
127 Beauchamp, T. L., & Childress, J. F. (2001). Op. cit., hlm. 3.
128 Ibid., hlm. 2.
129
Beauchamp, T. L., & Walters, L. (2003). Op. cit., hlm. 3.
130 bioethics. (2009). Dalam Merriam-Webster online dictionary. Diperoleh Oktober 6, 2009, dari http://www.merriam-webster.com/dictionary/bioethics
131 Landau, S. I., Becker, E. L., & Manuila, A. (1986). International dictionary of medicine and biology. Canada: John Wiley & Sons Inc. hlm. 335.
dadah.132 Daripada huraian ini dapat dirumuskan bahawa definisi bioetika yang dijelaskan dalam kamus-kamus adalah sama iaitu sebuah bidang kajian yang membincangkan kesan-kesan etika yang timbul daripada penyelidikan biologi dan aplikasi-aplikasinya, manakala perbezaan antara definisi-definisi yang diberikan adalah dari aspek skop penyelidikan.
Prof. Dr. Tomas Silber mendefinisikan bioetika sebagai sebuah bidang etika praktikal normatif bagi isu-isu bioperubatan yang menggunakan premis daripada sains hayat dan sains sosial untuk penaakulan moral.133 Prof. Dr. Warren Reich pula menyatakan bahawa bioetika ialah sebuah kajian sistematik mengenai dimensi-dimensi moral termasuk pandangan-pandangan, keputusan-keputusan, kelakuan-kelakuan moral dan polisi berkaitan sains hayat dan penjagaan kesihatan dengan menggunakan pelbagai metodologi etika dengan menggunakan pendekatan interdisiplin.134
Bioetika bersifat multidisiplin dan interdisiplin. Perkara ini boleh dirumuskan daripada huraian Prof. Dr. Van Rensselaer Potter mengenai konsep bioetika seperti yang terdapat dalam rajah 2.1 di halaman sebelah. Beliau menyatakan bahawa bioetika dibangunkan berdasarkan interaksi antara kedua-dua cabang ilmu biologi dan ilmu mengenai sistem-sistem nilai. Kedua-dua cabang ilmu ini membentuk sistem moraliti yang boleh dibahagikan kepada dua aplikasi iaitu bioetika perubatan dan bioetika ekologi. Kedua-dua aplikasi ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah individu dan masyarakat.135 Beliau juga menjelaskan bahawa huraian beliau mengenai konsep ‘bridge bioethics’ pada tahun 1970 dan 1971 adalah didorong oleh keinginan untuk membina hubungan antara bidang sains dan kemanusiaan atau secara khususnya
132
Soukhanov, A. H. (1996). The American heritage dictionary of the English language (Ed. ke-3). Boston: Houghton Mifflin Company. hlm. 189.
133 Silber, T. J. (1982). Bioethics: An interdisciplinary enterprise. Journal of Religion and Health, 21 (1), 21-28. hlm. 21.
134 Reich, W.T. (Ed.). (1995). Op. cit., hlm. xxii.
Bioetika
Ilmu biologi Ilmu berkaitan sistem
nilai manusia
Bioetika Perubatan 1. Kemampuan manusia 2. Kelemahan manusia
Bioetika ekologi
1. Kemampuan alam sekitar 2. Kelemahan alam sekitar
Masalah individu
Masalah masyarakat Masalah populasi
biologi dan etika, dan membina jambatan ke arah masa hadapan iaitu tiada pemisahan antara bidang-bidang ini.136
Rajah 2.1: Bioetika sebagai sistem moraliti yang berdasarkan dua jenis ilmu dan pecahannya kepada dua bentuk aplikasi. Kedua-dua bentuk aplikasi diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan dalam kotak dan cubaan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini membawa kepada ilmu baru yang menyumbang kepada takungan ilmu asal iaitu ilmu biologi dan ilmu mengenai sistem nilai manusia (Sumber asal rajah dalam bahasa Inggeris: Potter, V. R. (1988). Global bioethics:
Building on the Leopald legacy. Michigan State University Press: Michigan. hlm. 72)
Dr. Daniel Callahan pula menjelaskan bahawa konsep kepelbagaian disiplin dan kesalingkaitan disiplin-disiplin lain dalam bioetika boleh digambarkan sebagai sebatang sungai yang terbentuk daripada beberapa batang anak sungai kecil yang mengalir.137 Input-input dalam bioetika diambil dari pelbagai pihak seperti yang dijelaskan oleh Prof. Dr. Robert Baker seperti yang berikut:
…a multidisciplinary field whose members include administrators, clinicians, and health professionals of all sorts- historians, lawyers, literary scholars, philosophers, policy analysts and policy makers, psychologists, religion scholars, scientists, social scientists, theologians, and others united by the common purpose of analyzing, researching,
136 Potter, V. R. (1999, Jan-Feb). Fragmented ethics and “Bridge Bioethics”. Hastings Center Report, 29 (1), 38-40. hlm. 40.
137 Callahan, D. (1999b). The Hastings Center and the early years of bioethics. Kennedy Institute of Ethics Journal, 9 (1), 53-71. hlm. 53, 64.
studying and/or attempting to address, mediate and/or offer solutions or resolutions to ethical problems arising in biomedical science and health care.138
Bioetika boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan iaitu deskriptif, preskriptif dan interaktif. Bioetika deskriptif ialah bioetika yang merujuk kepada cara seseorang melihat kehidupan serta interaksi dan tanggungjawab moral mereka dengan organisma-organisma hidup dalam kehidupan. Ciri preskriptif merujuk kepada bioetika yang memberi panduan kepada manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu baik atau buruk atau memberi panduan mengenai prinsip-prinsip yang penting dalam penentuan tersebut. Ciri interaktif pula merujuk kepada perbincangan dan perdebatan antara orang perseorangan, kumpulan atau komuniti mengenai dua perkara yang dinyatakan dalam dua ciri sebelum ini.139
Daripada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa bioetika adalah sebuah bidang kajian yang membincangkan kesan-kesan etika yang timbul daripada penyelidikan biologi dan aplikasi-aplikasinya. Konsep bioetika adalah multidisiplin dan interdisiplin yang melibatkan pelbagai bidang. Ia mempunyai tiga pendekatan iaitu deskriptif, preskriptif dan interaktif.