BAB 4: PENDEKATAN ETIKA ISLAM
4.4 Garis panduan etika dalam Islam
4.4.1 Syariah .1 Definisi
4.4.2.3 Kaedah-kaedah fiqh
Perkataan kaedah dari segi bahasa bermaksud asas. Dari segi istilah pula ia bermaksud perintah umum yang boleh diaplikasikan ke atas keseluruhan masalah yang khusus bagi memahami atau memutuskan hukum mengenainya.661 Keistimewaan kaedah fiqh ialah ianya ringkas tetapi padat iaitu dalam beberapa patah perkataan sahaja. Lafaznya adalah berbentuk umum tetapi maknanya adalah luas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai cabang masalah kehidupan manusia yang terperinci. Walau bagaimanapun tidak semua kaedah fiqh boleh menjadi panduan untuk menyelesaikan semua masalah kerana setiap kaedah mempunyai masalah yang dikecualikan. Oleh itu sesebuah hukum yang diputuskan tidak hanya berdasarkan satu kaedah fiqh tanpa merujuk kepada dalil-dalil yang lain dalam Quran dan al-Sunnah.662
Kaedah-kaedah fiqh dirumuskan oleh para ulama secara beransur-ansur semasa bidang fiqh sedang berkembang pada abad ke-3 dan 4 Hijrah. Kaedah-kaedah ini dirumuskan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang bersifat umum, justifikasi atau ʻillah hukum dan rasional akal. Terdapat juga kaedah fiqh yang diambil kata-kata para imam mazhab.663 Walau bagaimanapun kebanyakan kaedah dirumuskan berdasarkan perbincangan dan pertukaran pendapat oleh tokoh-tokoh fiqh daripada pelbagai mazhab ketika mendapatkan alasan dan dalil.664
660 Mohd Daud Bakar. (1997). Usul al-Fiqh sebagai kaedah penyelidikan dalam pengajian syariah. Dlm. Mahmood Zuhdi Ab. Majid (Ed.), Dinamisme pengajian syariah (hlm. 37-58). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. hlm. 37.
661
Al-Subki, A. W. (1991). Al-Ashbāh wa al-naẓā’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. hlm. 11; Al-Zarqa’, A. (2001).Sharḥ al-qawā’id al-fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-Qalam.
662 Mohamad Saleh Ahmad. (2002). Qawaid fiqhiyyah. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid. hlm. 563.
663 Al-Zarqa’, A. (2001).Op. cit., hlm. 36.
Terdapat lima kaedah fiqh yang utama. Daripada lima kaedah ini terdapat banyak kaedah fiqh cabang yang disenaraikan oleh para ulama. Seperti contoh, Ahmad Zarqa’ menyenaraikan 99 kaedah fiqh di dalam bukunya Sharḥ qawā’id
al-fiqhiyyah.665 Lima kaedah fiqh yang utama adalah seperti yang berikut:
a) Al-ʼUmūr bi maqāṣidiha
Kaedah ini bermaksud segala perkara bergantung kepada tujuan, iaitu amalan dan tindakan seseorang adalah bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan. Perkara ini adalah selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w mengenai kepentingan niat yang bermaksud:666 ‘Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya...’667
Niat adalah perkara penting dalam Islam kerana ia membezakan antara adat dan ibadah serta menentukan jenis tingkatan ibadah yang dilakukan seperti pemberian harta atas tujuan sedekah atau hibah (hadiah).668 Oleh itu kaedah ini banyak diaplikasikan dalam hukum-hukum mengenai pelbagai aspek kehidupan seperti ibadah, munakahat (perkara-perkara berkaitan perkahwinan) dan muamalat.669
b) Al-Yaqīn la yuzālu bi al-shakk
Kaedah ini bermaksud ‘keyakinan tidak boleh disingkirkan semata-mata kerana syak’. Ia menyatakan bahawa sesuatu yang telah diyakini tidak boleh dihapuskan dengan sesuatu yang syak tetapi dengan sesuatu yang diyakini sepertinya juga.670 Dalil kepada kaedah ini ialah ayat 36 surah Yunus yang bermaksud: ‘Dan kebanyakannya mereka tidak menurut, melainkan suatu sangkaan sahaja sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu kebenaran.’ Contoh kaedah yang
665 Al-Zarqa’, A. (2001).Op. cit.
666
Mohamad Saleh Ahmad. (2002). Op. cit., hlm. 573.
667 Semait, S. A. (1977). Kuliah subuh: Pada membicara hadis 40. Singapura: Pustaka Nasional. hlm. 10.
668 Mohamad Saleh Ahmad. (2002). Op. cit., hlm. 575-576.
669 Al-Hariri, I. M. M. (1998). Al-Madkhal ilā al-qawā’id al-fiqhiyyah al-kulliyyah. Amman: Dar al-Ammar. hlm. 75.
dikembangkan daripada kaedah ini ialah kaedah al-aṣl fi al-ashyā’ al-ibāḥah hattā
yadullu al-dalīl ʼalā al-taḥrīm yang bermaksud asal sesuatu perkara adalah harus
sehingga ada dalil yang menunjukkan bahawa ianya adalah haram.671 Perkara ini termasuklah tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya adalah harus, selagi mana tidak dibuktikan bahawa ianya adalah haram.672
c) Al-Mashaqqah tajlibu al-taysīr
Kaedah ini bermaksud ‘kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan’. Kesukaran yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu perkara yang melampaui batas yang tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya. Ia adalah melibatkan kesukaran umum dan bukan perkara yang jarang-jarang berlaku.673 Dalil yang membawa kepada kaedah ini banyak disebutkan dalam Quran dan al-Sunnah antaranya ialah dalam ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: ‘Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.’674
Kaedah ini dapat digunakan dalam keadaan kesukaran untuk berpegang dengan hukum biasa, dan keringanan diperoleh selagi keadaan ini masih wujud. Setelah keadaan yang menyulitkan itu hilang maka hukum kembali kepada asal. Perkara ini adalah seperti aurat kaum wanita yang wajib ditutup tetapi dalam situasi mendesak untuk tujuan perubatan ia boleh dibuka untuk dirawat oleh doktor lelaki.675 671 Ibid., hlm. 595. 672 Ibid., hlm. 596. 673 Ibid., hlm. 599. 674 Ibid., hlm. 600. 675 Ibid., hlm. 606-607.
d) Al-Ḍararu yuzāl
Kaedah ini bermaksud kemudaratan (ḍarar) hendaklah dihilangkan. Terdapat tiga perkara utama yang termaktub dalam kaedah fiqh berkaitan kemudaratan iaitu a) sebarang kemudaratan perlu dielakkan b) jika terdapat sebarang kemudaratan, ia perlu dihilangkan c) kemudaratan hendaklah dihilangkan mengikut kemampuan.676 Daripada kaedah ini beberapa kaedah cabang dikemukakan iaitu yang pertama al-ḍarūrah tubīḥu
mahẓūrāt (darurat mengharuskan yang dilarang). Ia membawa maksud bahawa perkara
yang dilarang boleh bertukar menjadi harus ketika darurat. Hal ini disebut sebagai
rukhṣah, seperti harus memakan bangkai ketika terdesak.677 Walau bagaimanapun perkara yang dibenarkan semasa darurat ini mempunyai kadarnya iaitu sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan pada kadar darurat sahaja (al-ḍarūrah tuqaddiru bi
qadariha). Oleh itu, seseorang yang memakan bangkai semasa darurat, perlu memakan
pada kadar yang boleh mengelakkan kematian sahaja.678
Kaedah cabang yang lain ialah al-ḍararu lā yuzālu bi al-ḍarar iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih besar daripadanya. Kaedah cabang yang lain ialah irtikāb akhaffu al-ḍararayn iaitu mengambil kemudaratan yang lebih sedikit berbanding yang lebih besar. Contoh aplikasi kaedah ini ialah harus membedah perut wanita yang meninggal dunia bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin tersebut masih hidup.679 Terdapat kaedah cabang mengenai hajat iaitu hajat sama ada bersifat umum atau khusus adalah sama seperti keadaan darurat. Hajat yang dimaksudkan di sini ialah perkara yang akan menimbulkan kesulitan sekiranya tidak dipenuhi. Seperti contoh, menterjemahkan nas-nas al-Quran kepada bahasa bukan Arab supaya masyarakat bukan Arab dapat memahami al-Quran dengan baik. Kaedah cabang
676 Al-Hariri, I. M. M. (1998). Op. cit., hlm. 89-90.
677 Mohamad Saleh Ahmad. (2002). Op.cit., hlm. 610.
678 Ibid., hlm. 612-613.
seterusnya ialah dar’u al-mafsadah aula min jalb al-maṣaliḥ yang bermaksud menolak kemudaratan atau keburukan adalah lebih baik daripada mengambil kebaikan. Kaedah ini membawa maksud apabila bertembung mafsadah (keburukan) dengan maṣlaḥah (kebaikan) maka hendaklah didahulukan menolak mafsadah kerana syariah menekankan larangan lebih daripada perkara yang diperintah.680
e) Al-‘Ādah muḥakkamah
Kaedah ini bermaksud ‘adat dijadikan sebagai rujukan hukum’. Adat bererti perkara-perkara yang diulang atau dilakukan berkali-kali dan menjadi kebiasaan sehingga ia menetap di dalam jiwa manusia dan dapat diterima.681 Al-‘Urf atau uruf pula bermaksud sesuatu yang telah dikenali oleh masyarakat sebagai suatu yang menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau perkara yang tidak dilakukan.682 Kaedah ini menyatakan bahawa adat yang umum atau khusus boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan hukum apabila tidak ada dalil-dalil bagi hukum tersebut.683 Contoh uruf ialah seperti kebiasaan masyarakat mengenali ikan sebagai bukan sejenis daging dan menghidangkan makanan kepada tetamu dianggap keizinan tuan rumah kepada tetamu untuk mengambilnya.684 Kaedah ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang umatnya mengamalkan mana-mana peraturan yang diwarisi secara turun-temurun yang tidak bercanggah dengan wahyu. Seperti contoh Rasulullah s.a.w tidak melarang amalan ‘azl iaitu kaedah pencegahan kehamilan yang popular di kalangan masyarakat Arab.685
680 Ibid., hlm. 618.
681 Ibid., hlm. 622.
682 Ibid. Pada pendapat jumhur ulama fiqh, adat dan uruf adalah sama. Lihat Zaydan, A. K. (2001). Op. cit., hlm. 252.
683
Mohamad Saleh Ahmad. (2002). Op. cit., hlm. 622.
684 Zaydan, A. K. (2001). Op. cit.
685 Anees, M. A. (1984). Islamic values and Western science: A case study of reproductive biology. Dlm. Z. Sardar (Ed.), The Touch of Midas: Science, values and environment in Islam and the West (hlm. 66-89). Manchester: Manchester University Press. hlm. 101.
Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan bahawa kaedah fiqh ialah kaedah-kaedah yang bersifat umum yang dirumuskan oleh para ulama sebagai panduan untuk memutuskan hukum. Terdapat lima kaedah utama yang digubal seperti yang disenaraikan di atas.