• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3: GARIS PANDUAN ETIKA KONVENSIONAL DALAM BIOTEKNOLOGI MODEN

3.3 Aplikasi bioteknologi moden 2: Penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan .1 Definisi sel stem

3.3.2 Jenis-jenis sel stem a) Sel stem embrionik (ESC)

ESC manusia biasanya diperoleh dari kelompok sel dalaman (inner cell mass, ICM) embrio yang dihasilkan melalui IVF. Ia juga boleh dihasilkan melalui kaedah SCNT seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.3 di halaman sebelah. Zigot yang terhasil akan diinkubasikan untuk membolehkan ia berkembang ke peringkat blastosis.

336 Bryant, P. J., & Schwartz, P. H. (2008). Stem cells. Dlm K. R. Monroe, R. B. Miller & J. S. Tobis (Eds.), Fundamentals and the stem cell debate: The scientific, religious, ethical and political issues (hlm.10-36). Berkeley: University of California Press. hlm. 10.

337 Tsonis, P. A. (2007). Bridging knowledge gaps on the long road to regeneration: Classical models meet stem cell manipulation and bioengineering. Molecular interventions, 7 (5), 249-250. Diperoleh April 8, 2010 dari

Pembentukan blastosis berlaku pada hari kelima hingga keenam selepas persenyawaan. Lapisan luar blastosis ialah tropoblas dan gugusan sel di dalam sfera sel disebut sebagai ICM yang bersifat multipoten. Pada masa kini, saintis telah menemui kaedah untuk mengeluarkan sel stem ini daripada blastosis dan mengekalkannya dalam keadaan tidak membeza di dalam turutan kultur sel.338 ESC yang diekstrak akan dikultur di dalam makmal dan ia akan membahagi tanpa had di dalam keadaan yang sesuai. Di bawah keadaan kultur yang baik, ESC akan menunjukkan kebolehan untuk memperbaharui dirinya secara berterusan dan mempunyai sifat multipoten.339 Bagi kegunaan rawatan perubatan, kultur ESC perlu menjalani pembezaan untuk membentuk tisu yang sesuai untuk dipindahkan ke dalam pesakit.340

Rajah 3.3: Kaedah pengasingan dan kultur sel stem dari embrio hasil IVF (atas) dan SCNT (bawah). (Sumber: National Bioethics Advisory Commission (NBAC). (1999).

Ethical issues in human stem cell research: Recommendations of the National Bioethics Advisory Commission. Rockville, Maryland: NBAC. Diperoleh Disember 14, 2009 dari

http://bioethics.georgetown.edu/nbac/human/overvol1.pdf. hlm. 11-12)

338

Bryant, P. J. & Schwartz, P. H. (2008). Op. cit., hlm. 13-15.

339 Committee on the biological and biomedical applications of stem cell research, Commission on Life Sciences National Research Council, Board on Neuroscience and behavioral health, Institute of Medicine. (2003). Stem cells and the future of regenerative medicine. Washington D. C: National Academic Press. hlm. 31-32.

b) Sel stem janin

Sel stem janin ialah sel primitif dalam janin yang akhirnya akan membentuk pelbagai organ badan. Kajian mengenai sel janin hanya terhad kepada beberapa jenis sel iaitu sel stem neuron, neural crest cells, sel stem hematopoietik (hematopoietic stem

cells, HSC) dan sel awal gugusan pankreatik (pancreatic islet progenitor). Sel stem

neuron yang banyak didapati dalam otak janin boleh diasingkan dan ditumbuhkan di dalam kultur. Sel ini digunakan dalam kajian mengenai penyakit Parkinson di dalam tikus. Neural crest cells dihasilkan daripada neural tube dan berpindah daripadanya sepanjang perkembangan janin. Ia mampu membentuk pelbagai jenis sel termasuklah saraf yang menghubungkan antara jantung dan usus, sel kalenjar yang merembeskan hormon, sel pigmen kulit, kartilaj dan tulang di muka dan tengkorak dan tisu-tisu penghubung di kebanyakan bahagian badan.341 Tisu yang diekstrak daripada pankreas janin juga menunjukkan kebolehan untuk merangsang penghasilan insulin apabila dipindahkan ke dalam tikus yang menghadapi diabetes.342

c) Sel stem dewasa

Sel stem dewasa ialah sel yang tidak membeza yang wujud di dalam tisu badan manusia dewasa. Sel-sel ini boleh memperbaharu di dalam badan dengan membahagi atau membeza menjadi sel khusus untuk fungsi tertentu. Antara sumber sel stem dewasa ialah sum-sum tulang, darah, mata, otak, hati, kulit dan pankreas.343 Sel stem dewasa adalah sangat jarang diperoleh kerana susah untuk dikenalpasti dan ditulenkan, dan apabila ditumbuhkan di dalam kultur sangat susah untuk dikekalkan dalam keadaan tidak membeza.344

341

Ibid., hlm. 13.

342 Ibid., hlm. 16.

343 Committee on the biological and biomedical applications of stem cell research, Commission on Life Sciences National Research Council, Board on Neuroscience and behavioral health, Institute of Medicine. (2003). Op. cit., hlm. 16.

Antara jenis sel stem dewasa ialah sel kresta neural (neural crest cells). Sel-sel ini adalah bersifat heterogeneous dan boleh bermigrasi. Ia berasal dari pertumbuhan janin iaitu daripada lipatan-lipatan saraf pada bahagian dorsal tiub neural. Sel-sel yang bermigrasi melalui embrio untuk membeza membentuk pelbagai sel termasuk sel-sel saraf, sel-sel Schwann, glia dalam sistem saraf periferi, saraf-saraf deria dan sebagainya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sel stem yang berasal dari neural crest masih boleh ditemui dalam organ-organ dewasa termasuklah dalam sistem saraf pusat dan dalam folikel rambut.345

HSC merupakan sel stem dewasa yang utama. Ia dapat memperbaharui diri secara berterusan di dalam sum-sum tulang dan membahagi sepenuhnya membentuk jenis-jenis sel yang dijumpai dalam darah. Ia boleh didapati di sum-sum tulang dan dalam keadaan tertentu ia juga berpindah ke bahagian tisu-tisu lain melalui darah. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa HSC adalah bersifat plastik iaitu dalam keadaan tertentu ia boleh membentuk tisu lain selain tisu dalam sistem darah.346

d) Sel stem pluripoten yang dirangsang (Induced pluripotent stem cell)

Sel stem pluripoten yang dirangsang (iPSC) diperoleh daripada sel dewasa yang genetiknya diprogramkan semula kepada keadaan seperti ESC. Ia turut mempunyai gen dan faktor-faktor penting seperti ESC. Pertama kali dihasilkan pada tahun 2007, ia berpotensi tinggi dalam penghasilan ubatan, model penyakit dan rawatan transplantasi seperti yang ditunjukkan secara ringkas dalam rajah 3.4 di halaman sebelah.347 Secara khususnya ia dapat membantu para saintis untuk mengkaji kaedah untuk memprogramkan semula sel untuk membaiki tisu badan manusia yang rosak.348 Selain

345 Bryant, P. J. & Schwartz, P. H. (2008). Op. cit., hlm. 18

346

Committee on the biological and biomedical applications of stem cell research, Commission on Life Sciences National Research Council, Board on Neuroscience and behavioral health, Institute of Medicine. (2003). Op. cit., hlm. 19.

347 IBC. (2010 Oktober). Op. cit., hlm. 2

348 Stem Cell Information. (2009). Bethesda, MD: National Institutes of Health, U.S. Department of Health and Human Services. Diperoleh April 10, 2011 dari http://stemcells.nih.gov/info/basics/basics10

itu, sel stem ini boleh diperoleh tanpa penggunaan embrio. Oleh itu, ia tidak menimbulkan isu etika berkaitan pemusnahan embrio.349

Rajah 3.4: Kaedah penghasilan dan kegunaan sel stem pluripoten yang dirangsang (Sumber: Power, C., & Rasko, J. E. J. (2011). Promises and challenges of stem cell research for regenerative medicine. Annals of Internal Medicine, 155 (10), 706-713)