BAB 3: GARIS PANDUAN ETIKA KONVENSIONAL DALAM BIOTEKNOLOGI MODEN
3.3 Aplikasi bioteknologi moden 2: Penggunaan sel stem bagi tujuan perubatan .1 Definisi sel stem
3.3.4 Isu-isu etika berkaitan penggunaan sel stem
Penggunaan stem sel dalam rawatan yang melibatkan pembentukan semula sel (cell-based therapy) adalah sangat diperlukan terutama bagi merawat penyakit-penyakit seperti diabetes dan Parkinson seperti yang telah dibincangkan dalam subtopik sebelum ini. Walaupun ia jelas dapat mendatangkan manfaat kepada manusia, penggunaan sel stem turut menimbulkan beberapa isu etika terutama berkaitan dengan sumber sel yang digunakan, status moral embrio dan pengkomersialan sel stem. Isu-isu etika ini terutama isu status moral embrio timbul antara lainnya adalah kerana ia berkait rapat dengan beberapa isu asas yang telah menjadi perdebatan dalam bidang bioetika iaitu dalam konteks falsafah dan agama mengenai tabii nyawa manusia serta mengenai kehormatan kepada nyawa manusia.360
Antara sumber-sumber sel stem yang menimbulkan isu etika ialah sel stem dari janin. Penggunaan sel stem dari janin menimbulkan isu-isu etika yang hampir sama dengan isu-isu etika berkaitan pengguguran.361 Oleh itu, penerimaan kepada kajian sel stem ini adalah bergantung kepada penerimaan masyarakat terhadap pengguguran, iaitu sama ada ia suatu perbuatan yang beretika atau tidak. Golongan yang menyokong pengguguran secara pilihan tidak menentang kajian menggunakan sel germa janin kadaverik. Mereka hanya menetapkan syarat bahawa keputusan ibu bapa untuk mendermakan tisu janin perlu dilakukan secara berasingan dengan keputusan untuk menggugurkan janin. Perkara ini adalah bagi mengelakkan wanita yang mengandung dieksploitasi untuk digugurkan janin.362 Persetujuan untuk mendermakan janin adalah penting walaupun pasangan atau wanita yang mengandung bukanlah subjek kajian, dan janin pula bukanlah manusia yang lengkap.363
360 Svendsen, C. N. & Ebert, A. D. (2008). Op. cit., hlm. 43; Smith, A. M., & Revel, M. (2001, Mac). The use of embryonic stem cells in therapeutic research: Report of the IBC on the ethical aspects of human embryonic stem cell research. Paris: UNESCO. Diperoleh Jan 19, 2011 dari http://bioethics.academy.ac.il/english/articles/embryonic_ibc_report.pdf hlm. 6.
361
National Bioethics Advisory Commission (NBAC). (1999). Ethical issues in human stem cell research: Recommendations of the National Bioethics Advisory Commission. Rockville, Maryland: NBAC. Diperoleh Disember 14, 2009 dari http://bioethics.georgetown.edu/nbac/human/overvol1.pdf hlm. 45.
362 Ibid., hlm. 45.
Golongan yang menentang pengguguran secara pilihan kerana ianya suatu perbuatan yang tidak bermoral menentang kajian yang menggunakan tisu janin yang digugurkan. Tambahan pula mereka tidak yakin bahawa pengguguran yang dijalankan tiada kena-mengena dengan kajian untuk menggunakan tisu janin. Walau bagaimanapun terdapat di kalangan ilmuan yang berpendapat bahawa kajian ini masih boleh dijalankan selagi tiada kaitan yang jelas antara mereka yang menggugurkan janin dengan kajian yang dijalankan. Perkara ini bagi mereka adalah sama dengan penggunaan tisu dari mayat yang didermakan untuk tujuan saintifik dan perubatan.364
Kajian ESC juga menimbulkan isu-isu etika. Bahkan ia merupakan kajian sel stem yang paling banyak diperdebatkan dari segi etika.365 Hal ini mungkin kerana ESC merupakan sel stem yang terbaik untuk tujuan rawatan, kerana ia telah terbukti dan dikaji dengan lebih baik berbanding sumber-sumber sel yang lain.366 Para ahli falsafah etika moden telah membahaskan tentang kegunaan ESC kerana embrio manusia yang digunakan berpotensi untuk berkembang membentuk manusia yang sempurna.367 Embrio yang digunakan dalam kajian ESC ialah lebihan embrio yang digunakan dalam rawatan IVF. Pasangan yang melalui rawatan ini tidak lagi memerlukan embrio tersebut, dan jika tidak digunakan dalam kajian ESC ia akan dimusnahkan. Walau bagaimanapun isu etika yang timbul adalah berkaitan dengan status moral embrio iaitu adakah embrio mempunyai status yang sama seperti seorang kanak-kanak atau dewasa. Apakah embrio mempunyai hak untuk hidup yang tidak boleh dilanggar bagi kegunaan orang lain?368 Memusnahkan embrio yang diperoleh daripada IVF untuk mengambil ESC tidak boleh diterima oleh para ilmuan yang berpegang kepada prinsip etika
364 Ibid., hlm. 46.
365 Ibid., hlm. 45; Daar, A. S., Bhatt, A., Court, E. & Singer, P. A. (2004). Stem cell research and transplantation: Science leading ethics. Transplantation Proceedings, 36, 2504-2506. hlm. 2505.
366 Harris, J. (2004). The ethical use of human embryonic stem cells in research and therapy. Dlm. J. Burley & J. Harris (Eds.), A companion to genethics (hlm. 158-174). Massachusetts: Blackwell Publishing Ltd. hlm. 162.
367 Ibid., hlm. 6.
Kantian iaitu manusia tidak boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai objektif individu lain.369
Pada pendapat golongan yang menyokong penggunaan ESC, embrio hanyalah sekadar sekelompok sel yang tidak mempunyai apa-apa status moral sama seperti sel manusia yang lain.370 Dalam artikelnya, Prof. Dr. John Harris menyatakan bahawa isu etika mengenai penggunaan embrio boleh dikaji bermula dari pembiakan seks untuk menghasilkan embrio. Penghasilan embrio dalam hal ini adalah bebas mengikut kehendak individu. Kandungan yang selamat melalui proses perkembangan dan tumbesaran akan dilahirkan, namun jika berlaku keabnormalan genetik atau keguguran, janin tersebut tidak dapat dilahirkan sebagai bayi yang sempurna. Oleh itu, Prof. Harris menyatakan Tuhan atau tabii (nature) telah menetapkan bahawa terdapat embrio yang tidak dapat berkembang menjadi bayi yang sempurna. Hal ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dalam usaha manusia untuk mendapatkan zuriat. Penggunaan embrio sebagai sumber sel stem boleh dianggap sebagai suatu ‘rahmat’ kerana sekurang-kurangnya embrio hasil pembiakan seks tidak dibazirkan begitu sahaja.371 Beliau juga berpendapat bahawa tiada larangan mutlak ke atas pemusnahan embrio secara sedar dan sukarela bagi tujuan untuk kebaikan.372
Pihak yang menentang penggunaan ESC berpendapat bahawa embrio mempunyai status moral yang lebih penting daripada keperluan perubatan manusia lain dalam komuniti. Hal ini adalah kerana embrio adalah suatu kehidupan dan tidak boleh dimusnahkan.373 Walau bagaimanapun bagi pihak yang menyokong penggunaan ESC, embrio manusia tidak mempunyai kemuliaan kerana ia hanyalah segugus sel yang tidak mempunyai sebarang identiti, iaitu tiada sel otak, sel otot, dan tiada tabiat yang tersendiri. Ia tidak mempunyai sebarang ciri istimewa, kecuali mempunyai kombinasi
369 Sullivan, R. J. (1994). Op. cit., hlm. 65.
370
National Bioethics Advisory Commission (NBAC). (1999). Op. cit., hlm. 49.
371 Harris, J. (2004). Op. cit., hlm. 164.
372 Ibid., hlm. 165.
373 McGee, G., & Caplan, A. L. (2003). The ethics and politics of small sacrifices in stem cell research. Dlm. T. L. Beauchamp & L. R. Walters (Eds.), Contemporary issues in bioethics (6th Ed.). South Melbourne, Victoria: Thomson/ Wadsworth. hlm. 647.
DNA daripada induk. Jika embrio ini berjaya menjalani proses implantasi, kehamilan dan kelahiran hasil kombinasi DNA ini akan menentukan tumbesaran dan identiti seorang individu. Secara ringkasnya, merosakkan embrio pada peringkat awal adalah tidak sama dengan mengorbankan seorang dewasa kerana ‘kehidupan’ embrio ini adalah terletak pada DNA.374 Dr. Ian Wilmut juga menyatakan bahawa adalah sukar untuk menilai embrio di peringkat awal sebagai sama dengan bayi. Ia hanya mengandungi sel yang berusia 6-7 hari selepas persenyawaan. Ia tidak mempunyai sistem saraf kerana sistem ini hanya akan terbentuk selepas beberapa minggu. Embrio boleh disifatkan sebagai berpotensi sebagai manusia tetapi bukanlah seorang manusia.375
Selain isu berkaitan status moral, terdapat juga isu-isu lain seperti mengenai niat atau tujuan di sebalik penghasilan embrio.376 ESC yang diperoleh daripada turutan sel sedia ada (yang sangat sedikit boleh didapati) adalah kurang kontroversi berbanding embrio lebihan daripada rawatan IVF. Walaupun lebihan embrio yang digunakan akan dimusnahkan juga kalau tidak digunakan, namun ia masih menimbulkan isu-isu etika berkaitan persetujuan termaklum (informed consent) dan kebimbangan wujudnya penyalahgunaan ESC untuk tujuan komersial.377
Penggunaan embrio yang dihasilkan daripada SCNT sebagai sumber sel stem juga menimbulkan isu etika iaitu yang berkaitan dengan permulaan kehidupan (beginning of life) dan pengguguran.378 Selain itu, penggunaan embrio tersebut menimbulkan isu etika bagi sesetengah pihak kerana teknik ini boleh digunakan bagi menghasilkan klon manusia. Pihak yang menyokong penggunaan embrio berpendapat kebaikan sel stem yang diperoleh daripada embrio ini ialah ia mempunyai genetik yang sama yang boleh membentuk tisu yang akan diterima oleh sistem imun penerima. Oleh
374
Ibid., hlm. 648.
375 Wilmut, I. (2004). Op. cit., hlm. 39.
376 Harris, J. (2004). Op. cit., hlm. 158.
377 Daar, A. S., Bhatt., A., Court, E. & Singer, P. A. (2004). Op. cit., hlm. 2505.
itu SCNT adalah pilihan yang baik bagi mengelak penolakan dan menjamin kejayaan pemindahan.379
Masalah keselamatan (safety issue) juga adalah salah satu masalah utama dalam kesemua kajian sel stem. Hal ini adalah kerana kajian ini masih lagi baru dan masih banyak lagi perkara yang belum diketahui.380
3.3.5 Garis panduan etika konvensional berkaitan sel stem di peringkat