• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4: PENDEKATAN ETIKA ISLAM

4.5 Mekanisme ijtihad dan pengeluaran fatwa

Memandangkan realiti zaman sentiasa berubah dan tamadun manusia semakin maju dari hari ke hari dari sudut pemikiran dan kebendaan, maka timbul masalah-masalah baru yang dihadapi oleh masyarakat Islam yang tidak mempunyai rujukan secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Dalam hal ini para ilmuan Islam memainkan peranan penting untuk menjelaskan perspektif Islam. Hal ini kerana al-Quran menggalakkan masyarakat Islam bertanya dan meminta penjelasan mengenai masalah agama sama ada kecil atau besar seperti yang dinyatakan dalam ayat 43 surah an-Nahl yang bermaksud: ‘...Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.’686

Oleh itu subtopik-subtopik seterusnya menjelaskan mekanisme ijtihad dan pengeluaran fatwa yang digunakan oleh para ilmuan Islam untuk memutuskan hukum berkaitan masalah-masalah tersebut.

4.5.1 Definisi ijtihad dan fatwa

Perkataan ijtihad biasa digunakan untuk merujuk kepada perkara yang susah atau berat bagi manusia untuk mengerjakannya dan memerlukan usaha semaksima mungkin.687 Ijtihad juga boleh membawa maksud usaha seseorang dengan sedaya upaya untuk mendapatkan perkara tertentu yang diingininya.688

686 Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Op. cit., hlm. 641.

687 Al-Ghazali, A. H. (1992). Op. cit., (Jilid ke-4) hlm. 4; Al-Zarkashi, M. (1992). Op. cit., (Jilid ke-6) hlm. 197; Kassim Salleh. (1989). Ijtihad-Sejarah dan perkembangannya. Petaling Jaya: Al-Rahmaniah. hlm. 147.

Dari segi istilah ijtihad boleh didefinisikan sebagai usaha sedaya upaya seorang yang mahir dalam ilmu fiqh untuk mengeluarkan hukum yang praktikal dan berkesan dengan membuat kesimpulan daripada dalil-dalil tafṣīliyyah yang diambil daripada sumber-sumber syariah.689 Usaha ini melibatkan penggunaan sepenuh daya, ilmu dan kemahiran yang ada bagi seorang ulama untuk memahami hukum daripada sumber-sumber syariah.690 Ijtihad hanya boleh dilakukan untuk memutuskan hukum yang mempunyai dalil-dalil yang masih boleh diragui, seperti sesetengah ayat al-Quran atau al-Sunnah boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran bergantung kepada kefahaman mengenai susunan bahasa, serta hukum mengenai perkara-perkara baru yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah.691

Manakala fatwa dari segi bahasa bermaksud jawapan bagi sesuatu masalah.692 Dari segi istilah fatwa boleh didefinisikan sebagai penjelasan mengenai hukum berdasarkan sumber-sumber syariah bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian atau berkumpulan.693 Fatwa yang dikeluarkan bersifat umum iaitu tidak dikhususkan kepada pihak tertentu iaitu pihak yang bertanya sahaja, tetapi boleh dipakai dan diamalkan oleh sesiapa sahaja. Ia juga boleh digunakan sebagai rujukan dalam memutuskan hukum mengenai masalah-masalah lain yang mungkin berlaku pada masa dan tempat yang berbeza.694

4.5.2 Definisi dan syarat seorang mujtahid

Mujtahid bermaksud individu yang melakukan ijtihad.695 Tidak semua ilmuan Islam mempunyai kelayakan untuk berijtihad. Para ulama menyenaraikan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang mujtahid. Antara ciri-ciri tersebut ialah mempunyai

689

Ibid., hlm. 3.

690 Mahmood Zuhdi Ab. Majid & Paizah Ismail. (2004). Pengantar pengajian syariah. Kuala Lumpur: Al-Baian Corporation Sdn. Bhd. hlm. 119.

691 Al-Zuhayli, W. (1986). Op. cit., hlm. 1054.

692 Al-Qasimi, M. J. (1986). Al-Fatwa fi al-Islām. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. hlm. 46.

693

Al-Qaradawi, Y. (1996). Fatwa: Antara ketelitian dan kecerobohan (Ahmad Nuryadi Asmawi, Terj.). Thinker’s Library: Selangor. hlm. 1.

694 Mahmud Saedon Awang Othman. (1997). Etika mufti: Tugas dan peranan dalam menghadapi alaf baru. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Serantau: Mufti dan Fatwa, Kuala Lumpur.

kesempurnaan akal dan agama, menghafal al-Quran dan memahami makna-maknanya dengan baik, berpengetahuan luas mengenai Sunnah, memahami maqāṣid

al-sharīʻah, mengetahui keadaan masyarakat dan adat kebiasaan mereka serta mahir ilmu

fiqh dan usul fiqh.696

Walau bagaimanapun ciri-ciri seorang mujtahid yang disepakati ulama ialah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menjelaskan tentang hukum, perkara-perkara yang telah dihukumkan berdasarkan

al-ijmāʻ dan al-qiyās serta ruang lingkup kesahihan dalil. Seorang mujtahid juga perlu

mempunyai kemahiran bahasa Arab yang sangat baik serta mengetahui hukum-hukum

al-nāsikh (hukum yang membatalkan hukum yang sedia ada) dan al-mansūkh (hukum

sedia ada yang terbatal) yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.697

Ahmad bin Hamdan al-Harrani menjelaskan bahawa terdapat empat kategori mujtahid iaitu mujtahid mutlak, mujtahid berdasarkan mazhab atau imam tertentu, mujtahid dalam sesetengah ilmu sahaja dan mujtahid dalam sesetengah masalah sahaja. Mujtahid mutlak ialah seorang yang mengetahui hukum-hukum beserta dalil-dalil, hukum-hukum baru yang diputuskan, memiliki ilmu fiqh serta tidak bertaklid698 dengan mana-mana mazhab atau imam. Beliau menyatakan bahawa mujtahid mutlak sudah tidak boleh didapati pada masa kini.699

4.5.3 Definisi dan syarat seorang mufti

Mufti bermaksud individu yang mengeluarkan fatwa. Seorang mufti bagi Abu Ishaq al-Shatibi ialah pengganti dan pewaris Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan ajaran-ajaran Allah serta memberi petunjuk dan peringatan kepada umat

696 Ibid., hlm. 405; Tantawi, M. S. (2008). Op. cit., hlm. 8-11; Al-Shatibi, I. M. (1999). Op. cit., (Jilid ke-4); Al-Zarkashi, M. (1992). Op. cit., (Jilid ke-6); Al-Ghazali, A. H. (1992). Op. cit., (Jilid ke-4); Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang membahaskan tentang dalil-dalil hukum dalam sumber-sumber syariah dan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil tersebut. Lihat Mahmassani, S. R. (2009). Falsafah perundangan Islam (M. Wijayati, Terj.). Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications. hlm. 12.

697 Zaydan, A. K. (2001). Op. cit.

698 Taqlid bermaksud mengambil pandangan pihak lain tanpa mengetahui dalil dan kekuatannya. LihatAl-Subki, A. W. (2003). Jamʻul jawāmiʻ fī uṣūl al-fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. hlm. 121; Zaydan, A. K. (2001).Op. cit., hlm. 410.

manusia. Secara khususnya tugas seorang mufti ialah menjelaskan hukum Allah yang sedia ada serta cuba berijtihad untuk menjawab permasalahan baru.700

Kesemua para mufti adalah ulama. Walau bagaimanapun tidak semua ulama adalah mufti. Perbezaan ini adalah penting untuk dijelaskan kerana para ulama silam yang mengeluarkan fatwa adalah para mufti yang diiktiraf oleh masyarakat. Mereka tidak menerima perlantikan sebagai mufti namun fatwa yang dikemukakan menjadi panduan sehingga ke hari ini. Pada zaman kini, mufti merujuk kepada individu yang dilantik oleh pihak kerajaan. Di sesetengah negara seperti Malaysia, fatwa rasmi yang mempunyai autoriti ialah pandangan mufti yang dilantik secara rasmi oleh sultan atau Yang di-Pertuan Agong. Namun seorang ulama masih bebas memberikan pandangan berdasarkan ilmu yang dimiliki walaupun beliau bukan seorang mufti.701

Seorang mufti adalah seorang Muslim yang adil, mukallaf, mempunyai akal fikiran yang cerdas serta seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang fiqh dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya.702 Bagi memenuhi keperluan masyarakat pada zaman kini, seorang mufti perlu mempunyai kepakaran dalam menyemak rujukan dan merumuskan suatu hukum berdasarkan kaedah-kaedah ijtihad serta memahami realiti sebenar kehidupan manusia pada zamannya.703 Seorang mufti juga perlu berakhlak mulia dan mempunyai hubungan yang baik dengan para ilmuan daripada pelbagai bidang. Perbincangan secara berterusan dengan para ilmuan ini adalah penting supaya seorang mufti dapat menambah keyakinan dan ketenangan jiwa tentang sesuatu perkara yang diputuskan. Fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan perkara-perkara yang diketahui dan beliau perlu berpegang teguh dengan fatwa yang dikeluarkan, walaupun fatwa tersebut boleh menimbulkan kemarahan pihak berkuasa atau para pemimpin kerajaan. Jika terdapat kesilapan dalam fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan,

700 Al-Shatibi, I. M. (1999). Op. cit., (Jilid ke-4). hlm. 178-179.

701 Abdul Karim Ali & Baharom Kassim. (2006). Tinta & minda Abdul Ghani Samsudin mengenai Islam, ulama dan umara. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. hlm. 16-19.

702 Sifat adil bermaksud individu yang melakukan amalan wajib, sunat dan berkata benar secara berterusan, meninggalkan perkara haram, makruh dan sikap suka berbohong, menjaga maruah, memelihara aib serta sentiasa mendatangkan perkara-perkara yang bermanfaat dan menolak perkara yang memudaratkan. Lihat Al-Harrani, A. H. (1984). Op. cit., hlm. 13.

seorang mufti perlu bersedia untuk memperbetulkan fatwa tersebut.704 Fatwa yang dikeluarkan perlu bebas daripada sikap ‘aṣābiyyah (berpuak-puak) dan taklid, memudahkan, menggunakan bahasa yang difahami, bersikap pertengahan antara ketegasan dan kelembutan, serta penjelasan fatwa mestilah mencukupi.705

4.5.4 Kaitan dan perbezaan antara ijtihad dan fatwa

Ijtihad dan fatwa adalah sangat berkait rapat. Ijtihad adalah proses untuk menentukan hukum manakala fatwa ialah jawapan kepada sesuatu masalah. Skop ijtihad hanya terhad kepada perkara-perkara yang belum jelas hukumnya. Manakala fatwa tidak hanya terikat dengan hukum yang belum jelas, tetapi juga dengan hukum-hukum yang telah jelas dalam dalil-dalil dan hukum yang telah disepakati kerana fatwa lebih bersifat menerangkan hukum tersebut. Penghasilan fatwa adalah berdasarkan pertanyaan manakala ijtihad tidak semestinya dilakukan berdasarkan persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat.706

Menurut sebahagian ulama, seorang mufti adalah seorang mujtahid kerana fatwa yang diputuskan adalah dihasilkan melalui ijtihad yang melibatkan kajian dalil-dalil syariah, terutama apabila beliau perlu menjawab persoalan mengenai perkara-perkara baru yang belum ada hukum mengenainya.707 Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara mujtahid dan mufti iaitu kesemua mujtahid mencapai tahap keilmuan seorang mufti manakala seorang mufti pula tidak semestinya mencapai taraf mujtahid. Selain itu mujtahid hanya perlu melihat realiti permasalahan yang dikajinya sedangkan para mufti perlu melihat keadaan dan realiti orang yang bertanya. Seorang mujtahid tidak mengambil hasil ijtihad ulama terdahulu, manakala mufti yang tidak mencapai martabat mujtahid hanya mengeluarkan fatwa berdasarkan hasil ijtihad ulama terdahulu. Oleh itu

704 Ibid., hlm. 27-31.

705

Ibid., hlm. 91-115.

706 Dukhayyil, A. R. M. (2007). Al-Fatwā: Ahammiyyatuha, ḍawābiṭuha wa āthāruha. Al-Madinah al-Munawwarah: Ja'izat Nayif ibn `Abd al-`Aziz Al-Sa`ud al-`Alamiyah lil-Al-Sunnahal-Nabawiyah wa-al-Dirasat al-Islamiyah al-Mu`asirah. hlm. 40-41.

707 Al-Qasimi, M. J. (1986). Op. cit., hlm. 54; Mahmud Saedon Awang Othman. (1997). Op. cit.; Dukhayyil, A. R. M. (2007). Op. cit., hlm. 34.