• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis SWOT Risiko Jangkitan Covid-19 di Kampus IPGKPT

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 58-65)

TEKNIK (IPGKPT) Dr. Abd Kadir Bin Abd Rahim

3.0 Analisis SWOT Risiko Jangkitan Covid-19 di Kampus IPGKPT

Analisis SWOT biasa digunakan dalam bidang pengurusan khususnya dalam menganalisis kemampuan sesebuah organisasi dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program atau projek yang biasanya melibatkan untung rugi kewangan sesebuah organisasi. Justeru, pihak organisasi akan berhati-hati dalam membuat keputusan supaya keputusan yang diambil itu tidak tersalah langkah yang akhirnya membawa kerugian kepada organisasi. Untuk itu, setiap aspek berkaitan keputusan tersebut akan diteliti ter-lebih dahulu buruk baiknya sebelum membuat keputusan.

Menurut Pochobradská (2019), Analisis SWOT adalah alat yang sangat berguna dan mu-dah untuk mengenal pasti keadaan sebenar, perubahan yang diperlukan, potensi risiko dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan dan menghilangkan risiko. Ia adalah alat yang sangat berguna pada peringkat awal merancang, mereka bentuk atau membuat keputusan. Analisis ini membolehkan sistem tertentu dilihat menggunakan empat sudut pandangan iaitu S (Kekuatan), W (Kelemahan), O (Peluang), dan T (Ancaman).

Meski pun kaedah ini biasanya digunakan dalam dunia perniagaan, namun tidak mustahil jika ia digunakan dalam konteks lain di luar daripada dunia perniagaan. Belum ada usaha setakat ini untuk menggunakan analisis ini untuk mendalami dan merungkai isu atau ma-salah dalam dunia pendidikan khususnya yang berkaitan dengan kesihatan dan kesela-matan warga kampus.

Isu pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia amnya merupakan isu kesihatan yang menjadi topik perbincangan utama dimana-mana termasuk dalam dunia Pendidikan. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malay-sia atas nasihat Kementerian Kesihatan MalayMalay-sia untuk mengekang penularan virus terse-but. Antaranya ialah dengan melaksanakan penutupan institusi-institusi Pendidikan ter-masuk IPG dan mengaktifkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara dalam talian. Di peringkat nasional, pihak kementerian sudah tentu mempunyai asas pertimbangan dan mekanismanya sendiri dalam membuat keputusan tersebut me-mandangkan impaknya yang besar kepada pelbagai pihak. Di peringkat kampus, selain daripada dasar kementerian yang wajib dilaksanakan, pihak pengurusan kampus juga boleh menilai sendiri kebarangkalian berlakunya wabak di kampus berdasarkan situasi setempat yang mungkin berbeza dengan kampus-kampus lain. Justeru, analisis SWOT ini dibuat bagi menilai kemungkinan berlakunya wabak Covid 19 berasaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada di kampus IPGKPT ini. Mudah-mudahan kampus ini dapat dijauhkan daripada musibah tersebut setelah langkah-langkah pencega-han terbaik diambil hasil daripada analisis SWOT ini.

3.1 Strength (Kekuatan)

Kampus IPGKPT dilihat mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kampus. Antaranya adalah seperti berikut;

3.1.1 Sempadan Kampus

Kekuatan pertama yang dimiliki kampus IPGPT ialah sempadan kampus yang jelas dan dipagari dengan pagar yang kukuh yang tidak memungkinkan pergerakan secara tidak sah untuk keluar masuk ke kawasan kampus. Semua pergerakan keluar dan masuk hanya dipastikan secara sah dan terkawal melalui hanya satu laluan sahaja iaitu pintu masuk utama. Selain daripada itu, tiada laluan rasmi lain dibuka dan setiap sempadan adalah berpagar. Tiada kemungkinan pagar ini dapat dibolosi oleh sesiapa yang mungkin men-jadi pembawa wabak. Malah, sebahagian besar sempadan kampus terdiri daripada kawa-san ladang kelapa sawit yang tiada penduduk. Manakala sebahagian lagi kawakawa-san pula bersempadan dengan institusi-institusi pendidikan lain seperti English Language Training Center (ELTC) dan Kolej Tunku Khursiah (TKC) yang juga mempunyai prosedur operasi standard (SOP) keselamatan mereka sendiri bagi mengekang pencerobohan.

Kawalan keselamatan yang ketat merupakan antara kekuatan yang dimiliki oleh kampus IPGKPT. Pengawal keselamatan mempunyai SOP tertentu untuk menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk memastikan kampus ini selamat dari ancaman pen-cerobohan pihak luar. Kawalan keselamatan dibuat selama 24 jam dengan bilangan petu-gas yang mencukupi dan memadai untuk memastikan keselamatan kampus terjaga. Petu-gas keselamatan juga mengamalkan sistem rondaan berkala yang akan memastikan keselamatan terbaik di setiap penjuru kampus pada setiap masa.

3.1.3 Warga Yang Berdisiplin

Sebahagian besar warga kampus ini merupakan warga pendidik yang berilmu dan mampu menjaga disiplin serta berintegriti. Nilai insaniah yang sedia terbina dalam kalangan war-ga pendidik membolehkan mereka menwar-gawal diri supaya berdisiplin dan bertanggungja-wab menjaga diri sendiri, komuniti setempat dan persekitaran. Kekuatan ini sangat pent-ing dan perlu ada untuk memastikan segala peraturan dan tanggungjawab menjaga SOP berkaitan pandemik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

3.1.4 Kursus Generik GKK1043 Wajib Untuk Setiap Pelajar Baru PPISMP

Antara kekuatan yang menjadi identiti program PPISMP ialah setiap pelajar baharu tanpa mengira bidang akan mengikuti kursus wajib generik iaitu Kecergasan dan Kesihatan Diri yang kandungannya berkaitan dengan amalan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Ilmu yang diterima daripada kursus ini jika diamalkan sudah cukup untuk membole-hkan setiap pelajar kekal cergas dan sihat serta terhindar dari risiko penyakit. Gaya hidup sihat yang disarankan untuk diamalkan akan menjadi sebahagian daripada benteng untuk mempertahankan diri daripada serangan penyakit.

3.1.5 Lokasi Kampus Yang Nyaman dan Terasing Dari Sumber Jangkitan

Dari segi lokaliti, kedudukan kampus boleh dianggap selamat kerana ia berada agak ter-pencil dalam Kompleks Pendidikan Nilai ini. Dengan persekitaran yang menghijau, nya-man, berbukit bukau saujana mata memandang serta terasing daripada kesibukan bandar, menjadikan kampus ini terpelihara daripada sebarang pencemaran termasuk unsur yang menyebabkan jangkitan.

3.2 Weaknesses (Kelemahan)

diat-asi atau ditambahbaik bagi mengurangkan risiko. 3.2.1 Pergerakan Keluar Masuk Harian ke Kampus

Sebahagian besar staf yang bertugas di kampus tinggal di merata tempat di luar kampus. Oleh itu, akan berlaku pergerakan keluar masuk harian pada kadar yang tinggi disebab-kan oleh faktor tersebut. Walaupun suhu badan mereka yang masuk diperiksa oleh pengawal keselamatan di pintu masuk, namun risiko jangkitan masih tetap ada. Kelema-han sedia ada ini perlu diberi lebih perhatian supaya risiko dapat diminimumkan.

3.2.2 Pergaulan dan Kontak Sosial di Asrama

Pergaulan dan aktiviti sosial pelajar sewaktu menginap di asrama adalah sukar untuk dikawal sepenuhnya. Pihak penguruan kampus hanya mampu memberikan garis panduan dan nasihat. Selebihnya adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk menjaga dan mematuhinya kerana agak mustahil untuk memantau setiap aktiviti harian mereka semasa di asrama. Kelemahan ini juga perlu diberi perhatian dan cuba diatasi atau dimin-imumkan.

3.2.3 Lokasi Kampus Berada Berhampiran Dengan Potensi Sumber Jangkitan Sungguhpun kampus ini mempunyai persekitaran yang terpencil dan sangat kondusif un-tuk menempatkan sebuah institusi Pendidikan, namun kedudukannya berhampiran dengan beberapa premis yang pernah dijadikan pusat kuarantin Covid-19 seperti Akade-mi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Institut AAkade-minudin Baki (IAB) sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan. Tambahan pula, kawasan Salak Tinggi yang dikenakan perintah PKPD baru-baru ini hanya terletak beberapa kilometer sahaja da-ripada kampus IPGKPT. Faktor-faktor ini boleh disenaraikan sebagai kelemahan dalam analisis ini.

3.3 Opportunity (Peluang)

Terdapat beberapa peluang yang boleh dimanfaatkan untuk membantu mengekang penu-laran wabak Covid-19 ini di kampus IPGKPT.

3.3.1 Pelajar Bercuti Di Kampung dan Tidak Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus

Sebahagian pelajar telah meninggalkan kampus untuk bercuti di kampung halaman mas-ing-masing selama seminggu bermula pada 19 Oktober 2020. Malah terdapat kumpulan

pelajar semester 3 yang telah meninggalkan kampus lebih awal seminggu iaitu pada 12 Oktober 2020 untuk urusan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Mereka semua di-jangka pulang ke kampus pada 23 Oktober 2020 iaitu setelah selesai cuti pertengahan se-mester. Namun, seiring dengan pengumuman perlanjutan tempoh PKPB di seluruh nega-ra, kesemua pelajar telah diarahkan untuk terus tinggal di rumah masing-masing dan meneruskan aktiviti pdp dalam talian dari rumah. Keputusan ini sebenarnya merupakan satu peluang dalam analisis SWOT kerana populasi pelajar dalam kampus secara tidak langsung dapat dikurangkan bagi memastikan persekitaran kampus yang lebih selamat dikekalkan.

3.3.2 Pengurangan Kakitangan Yang Bertugas Di Premis

Pengurangan populasi kampus juga berlaku disebabkan oleh arahan pihak atasan yang menetapkan operasi premis hanya akan digerakkan dengan kekuatan 30 peratus daripada kapasiti staf sebenar di pejabat manakala selebihnya akan bekerja dari rumah. Arahan ini juga dianggap sebagai satu peluang yang patut diambil untuk mengurangkan kesesakan kampus dengan bilangan warganya yang ramai. Apabila bilangan pelajar dan staf telah berkurang, isu penjarakan sosial di kampus tidak timbul dan risiko jangkitan dapat dimin-imumkan.

3.3.3 Kemudahan Komunikasi

Kemudahan komunikasi yang boleh dicapai oleh semua warga kampus boleh dianggap sebagai satu peluang yang boleh dimanfaatkan. Walau pun berada di seluruh pelusuk tanah air, semua pelajar masih boleh diakses pada bila-bila masa dengan menggunakan kemudahan gajet yang mereka miliki. Segala maklumat, peringatan dan arahan yang berkaitan dengan wabak penyakit ini boleh disampaikan dengan cepat melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Instagram dan sebagainya. Maklumat yang tepat dan cepat amat penting untuk disampaikan kepada semua warga kampus sebagai langkah berjaga-jaga. Begitu juga sebaliknya, maklumat tentang kesihatan pelajar yang berada di luar kampus juga dapat dipantau dengan baik oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan adanya kemudahan komunikasi.

3.4 Threat (Ancaman)

risi-ko jangkitan Covid-19 di kampus IPGKPT. 3.4.1 Staf Menginap Di Kawasan Zon Merah

Antara faktor kelemahan yang tidak dapat dikawal ialah staf tinggal di luar kampus me-nyebabkan berlakunya pergerakan masuk dan keluar staf bagi memenuhi tuntutan bertu-gas pada waktu pejabat. Disebabkan tempat tinggal staf tidak dapat dikawal, kemung-kinan sebahagian daripada mereka ada yang menetap di zon merah yang berisiko tinggi. Apabila staf tersebut berisiko, sudah tentu warga kampus yang lain akan turut me-nanggung risiko apabila mereka bertugas di kampus.

3.4.2 Pergaulan Staf Dengan Ahli Keluarga/Anggota Masyarakat Berisiko

Risiko jangkitan juga mungkin boleh berpunca daripada pensyarah dan staf serta pekerja swasta yang bertugas di kampus IPGKPT. Jangkitan mungkin bukan berpunca daripada mereka sendiri tetapi kerana pergaulan mereka dengan ahli keluarga dan jiran-jiran yang berisiko semasa di rumah boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan risiko.

3.4.3 Status Kesihatan Pelajar Apabila Kembali ke Kampus

Kembalinya pelajar ke kampus setelah balik bercuti di kampung halaman masing-masing di seluruh pelusuk tanahair sebenarnya mengundang risiko jangkitan. Semasa di kam-pung, pelajar telah bergaul dengan ahli keluarga yang status kesihatannya boleh diragui. Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang mungkin dijangkiti, sudah tentu pelajar terbabit turut akan menjadi punca risiko jangkitan di kampus. Keadaan ini akan meningkatkan risiko jangkitan di kampus dan dianggap sebagai satu ancaman. Sebesar mana ancaman tersebut bergantung kepada tahap penularan wabak di luar kampus dan bagaimana pelajar yang kembali ke kampus nanti diuruskan mengikut SOP.

4.0 Penutup

SWOT adalah satu kaedah untuk menilai dan menganalisis situasi tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sebelum membuat sesuatu keputusan. Analisis yang begitu sinonim dengan pengurusan perniagaan ini telah cuba diaplikasikan dalam mem-buat penilaian berhubung dengan isu membendung jangkitan wabak Covid-19 di kampus IPGKPT. Telah terbukti bahawa analisis SWOT ini boleh juga digunakan untuk menilai

situasi di kampus bagi tujuan tersebut. Dapatan daripada hasil analisis berkenaan adalah terperinci dan mencakupi semua aspek yang berkaitan isu tersebut yang perlu dipertim-bangkan. Diharapkan kaedah analisis ini dapat membantu mengekang dan mengha-puskan terus ancaman penularan wabak Covid-19 bukan sahaja di kampus IPGKPT ma-lah di mana-mana tempat sekali pun di muka bumi ini.

Rujukan

Pochobradská, K. (2019). Swot Analysis as Tool for Evaluation of Process Supply and Strategy Design. Economics & Management (1802-3975), 1, 44–51.

Portal Rasmi MyHEALTH KKM (2020). Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019. Di-akses

pada 24 November 2020 daripada

JOM KURANGKAN PLASTIK

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 58-65)