• Tidak ada hasil yang ditemukan

PADEMIK COVID-19: PEMBUANGAN KERJA DAN KESAN TERHADAP KESIHATAN MENTAL

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 141-146)

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Haslina binti Jaafar

PADEMIK COVID-19: PEMBUANGAN KERJA DAN KESAN TERHADAP KESIHATAN MENTAL

Pn. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf ; Amirah Binti Rosdi Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKPT

Gambar Sekadar Hiasan

Kini, krisis wabak Pendamik Covid-19 telah menjejaskan banyak perkara bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sama ada entiti pemerintahan sesebuah negara, sektor perniagaan, individu dan masyarakat. Dalam berdepan dengan wabak ini, Malay-sia turut terkesan secara langsung apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Pekerja baru-baru ini, negara telah mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion sehari yang menjadikan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM63 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Impak negatif ekonomi ini telah banyak menjejaskan sektor perniagaan khususnya sektor pengangkutan udara, pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Me-mandangkan negara kini berhadapan gelombang ketiga penularan Covid-19 dengan

cata-tan kes harian yang tinggi sejak kebelakangan ini, kemungkinan kerisauan masyarakat akan kembali untuk menghadapi tekanan, gangguan emosi serta kemurungan. Mungkin ada yang mengatakan negara kita pernah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan, dan untuk melaluinya sekali lagi dalam tempoh pendek ia tidak menjadi masalah. Namun, cabaran

ekonomi yang dilalui ramai pihak sebelum ini membuktikan bahawa tidak semua mampu untuk mengharunginya sekali lagi.

Sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020

Berdasarkan statistik, jumlah pengangguran meningkat 17.1 peratus kepada 610.5 ribu orang berbanding 521.3 ribu orang bulan yang sama tahun 2019. Kadar pengangguran pada bulan Mac 2020 meningkat kepada 3.9 peratus, tertinggi semenjak Jun 2010 (3.6%). Kadar pengangguran yang tinggi pada Mac 2020 dipengaruhi oleh impak negatif PKP ke atas pasaran buruh. Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada Mac 2020 juga meningkat kepada 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Bukan itu sahaja, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja. Beliau difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup Peningkatan Masalah Kesihatan Mental Semasa Gelombang Ketiga dalam Ka-langan Pekerja

Gelombang ketiga menyaksikan begitu tinggi kes harian tercatat sehingga ianya mempengaruhi ekonomi semasa. Menurut sumber Harian Metro bertarikh 1 jun 2020, telah melaporkan seorang bekas juruterbang maut selepas bertindak terjun dari unit kon-dominiumnya di Puchong, Selangor, akibat tekanan kerana hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Tekanan kehilangan pekerjaan ini juga melanda seorang tukang masak di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Johor, yang membunuh diri dengan menggantung dirinya akibat diberhentikan kerja. Laporan-laporan sebegini bukanlah bertujuan menakutkan mana-mana pihak, namun perkara ini menjadi penanda aras tekanan yang bakal dihadapi masyarakat jika wabak ini tidak dapat diatasi dengan cepat mungkin. Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga tular kisah seorang lelaki yang dikatakan terpaksa berbohong kepada isterinya bahawa dia keluar bekerja sedangkan realitinya, sudah tiga bulan lalu dia diberhentikan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan PKP. Lelaki tersebut dikatakan telah diberhentikan kerja tanpa notis berikutan pandemik COVID-19 dan kini melakukan kerja-kerja biasa bagi menampung perbelanjaan harian. Perkara sebegini be-gitu berat sekali mata memandang namun, bahu yang memikul juga pastinya tidak terta-han dek bebanan yang begitu dasyat sekali untuk dihadapi. Perkara sebegini dibimbangi mempengaruhi kesihatan mental pekerja, majikan dan khususnya kepada masyarakat yang mana kita faham semakin menongkah zaman, semakin tinggi kos sara hidup yang terpaksa kita tanggung.

Langkah Meningkatkan Kesedaran Terhadap Penjagaan Kesihatan Mental dalam Kalangan Masyarakat

Isu kesihatan mental perlu dibincangkan secara terbuka dan menjadi isu yang sangat penting diberi perhatian terutama apabila ianya melibatkan tahap kesihatan diri masyara-kat. Sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung pen-jagaan kesihatan mental, peranan pengamal profesional dalam bidang kaunselor, pakar psikiatri, psikologi klinikal, pekerja sosial perlu diiktiraf bagi meningkatkan kualiti pen-yampaian khidmat psikologi dan kaunseling. Hal ini kerana, kesihatan dan keselamatan pekerja bukan hanya bergantung kepada aspek fizikal semata-mata bahkan melibatkan aspek psikologi yang menyumbang kepada kesejahteraan pekerja. Hal ini akan memban-tu individu meluahkan dan mencari jalan penyelesaian secara bersama unmemban-tuk berdepan dengan situasi yang dihadapi disamping mendapatkan kembali kesejahteraan psikologi semasa covid ini. Contohnya jika pekerja mempunyai masalah kesihatan mental seperti

burn out, stres yang tidak terkawal, ia akan memberi kesan langsung kepada kesihatan fizikal mereka.

Bukan itu sahaja, majikan perlu bersikap prihatin dan melaksanakan intervensi kesihatan mental dalam kalangan pekerja kerana terdapat juga pekerja yang mengalami masalah kesihatan mental akibat perhubungan antara pekerja dan majikan selain daripada isu keluarga. Malah, organisasi juga perlu untuk membantu mengekang isu kesihatan peker-ja dengan menubuhkan ‘Kumpulan Rakan Pembimbing’ yang terlatih di tempat kerpeker-ja untuk membantu mengekang isu berkenaan di tempat kerja sekaligus mempamerkan keprihatinan majikan dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja mereka.

SUMBER RUJUKAN Harian Metro, 2020. 30,000 Hilang Kerja, 10,000 Dicutikan. Dicapai pada 10 September 2020 daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/584580/30000-hilang kerja-10000-dicutikan

Hamka Rosli, 2020. Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi Gelombang Ketiga COVID-19. Dicapai pada 10 September 2020 daripada https:// www.koolfm.com.my/koolhiburan-cabaran-kesihatan-mental-pekerja majikan -dalam-mengharungi-gelombang-ketiga-covid-19/

Mohd Uzir Mahidin, 2020. Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2020. Jabatan Perangkaan Malaysia

IMPLIKASI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN KE ATAS PELAJAR

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 141-146)