• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO AKAN MENGAMBIL ALIH MATA WANG FIAT DI DUNIA?

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 102-117)

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Haslina binti Jaafar

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO AKAN MENGAMBIL ALIH MATA WANG FIAT DI DUNIA?

Apakah itu Digital Money ?

Cryptocurrency atau lebih dikenali dengan mata wang kripto merupakan mata wang digi-tal yang berfungsi sebagai wang alternatif kepada wang fiat. Mata wang digidigi-tal ini menggunakan teknologi kriptografi dimana setiap transaksi dirahsiakan dengan cara di-sulitkan (encryption) supaya data ini sukar untuk dipalsukan disamping transaksi yang lebih selamat.

Mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi se-bagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang. Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO AKAN MENGAMBIL ALIH MATA WANG FIAT DI DUNIA?

WHO mengatakan bahawa mata wang fiat mungkin boleh menyebarkan coronavirus, ia amat membimbangkan terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang menggunakann-ya hampir setiap hari

Ramai bertanya mengapa harus ada wang kripto sedangkan wang fiat juga boleh dijadi-kan wang digital melalui perbandijadi-kan dalam talian, pembelian dalam talian, debit card, E wallet dan sebagainya.

Salah satu fungsi wang kripto ialah ia kalis inflasi, ia kalis faktor politik dan Negara. Ia tidak di kawal oleh mana-mana Negara atau mana-mana kerajaan. Andaikan kerajaan itu menghadapi masalah dan mata wangnya jatuh, buatnya kerajaan itu tidak cukup masalah ekonomi, hadapi pula masalah politik makin teruk mata wang tersebut jatuh.

Ini berbeza dengan mata wang kripto perkara ini tidak menjejaskan nilai mata wang ter-sebut kerana ia tidak bergantung kepada Negara atau kerajaan mana-mana Negara. Ia di tentukan oleh semua masyarakat dunia yang memiliki dan menggunakannnya.

Fakta asas yang perlu difahami dalam perbincangan ini adalah kita kembali kepada asas paling logik. Kita gunakan keadaan semasa hari ini untuk lebih mudah faham. Kita gunakan kes corona virus atau covid19 sebagai contoh paling mudah kerana kes COVID19 merupakan ancaman besar dunia pada ketika ini. Jika ketidakstabilan politik dan ekonomi yang merundum menyebabkan mata wang Negara jatuh, covid19 juga me-nyebabkan mata wang Negara tersebut jatuh kerana ia bersangkut paut dengan ekonomi. Lagi tinggi kes covid19 di Negara tersebut, lagi kesan mendalam dari sudut ekonomi, perlancongan dan politik di Negara tersebut akan tinggi maka mata wang Negara tersebut akan terus rendah. Adilkah kepada rakyat Negara tersebut yang menggunakan mata wang tersebut keRana nilai mata wang tersebut adalah bergantung kepada keadaan Negara itu. fiat ketika ini dikaitkan oleh WHO (World Health Organization) sebagai salah satu alat yang boleh menyebarkan Covid19.

Bagaimana ini boleh terjadi?.

Duit kertas atau duit syiling berubah dari tangan ke tangan. Dari pelancong ke pelancong, dari pelancong ke orang tempatan, dari ibu ke anak, dari anak ke murid lain, dan se-terusnya. Bayangkan jika ada duit kertas atau duit tersebut ada kesan bersin, sentuhan dari pesakit covid19?. Bayangkan yang pegang duit fizikal ini ialah golongan tua, kanak-kanak atau mereka yang berpenyakit dan imunisasi rendah?.

Baik kita faham, masa untuk menggunakan sepenuhnya bayaran online, E wallet dan beli belah online. Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mungkin selepas ini boleh menggunakan Ewallet untuk membayar segala harga makanan di kantik sekolah.

Mata wang digital tidak dipengaruhi oleh faktor Negara, kerajaan atau di kawal oleh ma-na-mana bank pusat dunia atau di kawal oleh Negara terbesar . Mata wang kripto ini dikawaL oleh seluruh pemilik mereka di dunia. Sebagai contoh mata wang kripto paling popular bitcoin. Bitcoin hanya terdapat 21 juta sahaja di dunia ini. Ia tidak boleh dit-ambah dan cetak dengan mudah seperti wang fiat. Ia dari hasil kerja mesin yang me-nyelesaikan permasalahan rumit matematik. Paling penting anda harus tahu membezakan kegunaan mata wang kripto ini dan asas wang kripto.

Bagaimana Mata Wang Kripto / Digital (Aset Digital) mendapat nilai? Naik harga dan turun harga? Apa itu crypto currency / mata wang kripto / digital?. Mata wang kripto ini adalah aset / harta.

Aset terbahagi kepada 2 :-

Fizikal Aset (rumah, kereta, tanah), manakala Digital Aset (mata wang digital / kripto, akaun instagram, FB Pages, blog, youtube chanel, kedai di mall online seperti Shopee, Lazada)

Mata wang kripto / digital (crypto currency), juga ada nilai capital gain dan capital lost. Contoh seperti mata wang digital Ripple, XRP. Ia mempunyai aplikasi yang menyokong teknologi perbankan seperti remittance (pemindahan wang ke luar Negara). Maka nilai Ripple, XRP ini makin naik (capital gain).

Seperti kenaikan harga rumah yang di sokong oleh meningkatnya kemudahan pengangkutan awam, tempat beli belah dan sebagainya. Mata wang digital / kripto pula di sokong oleh aplikasi yang memudahkan penggunaan kripto dan komunitinya.

Untuk mata wang digital/ kripto (crypto currency). Harga permulaan ditetapkan oleh syarikat mata wang digital yang di panggil ICO (initial coin offering).

Harga terakhir pembelian adalah harga terkini (nilai/ value) untuk mata wang kripto ter-sebut.

Aset digital seperti kripto juga tidak lari dari spekulasi dan berita ekonomi dan kewangan. Spekulasi ini juga boleh menjejaskan nilai turun naik sesuatu mata wang kripto itu sendiri.

Dunia mata wang kripto kini di hujani dengan ratusan jenis dan nama wang kripto. Ter-dapat banyak mata wang kripto yang di gelar mata wang kripto ‘sampah’ yang lansung tidak mempunyai nilai hatta ia adalah mata wang kripto tulen.

Selain perlu memastikan wang kripto itu adalah tulen dengan menggunakan blockhain tulen, banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih mata wang kripto yang berpotensi untuk naik dan membina komuniti sendiri, sekaligus mempunyai nilai (value). Contoh wang kripto yang kuat komunitinya ialah Ethereum. Ethereum membina komuniti dengan membuka ruang kepada mata wang digital lain untuk menggunakan platform mereka. Selain itu Ethereum juga di sokong oleh aplikasi hebat yang dinamakan ‘smart contract’.

Ada banyak lagi perkara mengenai wang kripto yang perlu di jelaskan dengan terperinci. Oleh kerana mata wang digital / kripto ini masih terlalu baru di popularkan di dunia luar, ia agak sukar di fahami oleh mereka yang tidak biasa dengan dunia pengaturcaraan dan bahasa computer juga dunia mata wang kripto itu sendiri.

Rujukan:

Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the Third Quarter. (2020). Bank Negara Malaysia.

Lariba (2020). Matawang Dalam Islam: Isu-Isu Matawang Crypto Bitcoin. Lariba Insti-tute of Muamalat.

Pengembangan Diri: Mengubah Tingkah laku Sabariah Ismail

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Tingkah laku merupakan perlakuan yang boleh dilihat dan diperhatikan. Perlakuan menggambarkan perwatakan peribadi seseorang. Buruk tingkah laku seseorang itu maka

buruklah perwatakannya, baik perlakuan seseorang itu maka baiklah perwatakannya. Tingkah laku yang telah sebati di dalam diri sukar diubah sama ada

tingkah laku itu baik atau buruk. Jika tingkah laku baik menjadi tabiat atau amalan maka beruntunglah individu itu tetapi jika tingkah laku buruk menjadi tabiat atau amalan maka rugilah individu itu. Namun memang terdapat kesukaran untuk berubah. Beberapa pengkaji telah membuat analisis tentang kesukaran untuk berubah ini. Antara dapatan diperoleh melalui beberapa kajian iaitu kesukaran untuk berubah antaranya disebabkan oleh kelewatan keputusan untuk bertindak (Lehner, 2004; Mitchell dan Nault, 2007); proses kepimpinan (Carmelli & Sheaffer, 2008) dan belum ada kesediaan untuk berubah (Weiner, Amick & Lee, 2008)

Tingkah laku yang telah menjadi tabiat adalah sukar untuk diubah. Aristotle pernah mengatakan; “ Kita adalah apa yang kita selalu lakukan, kecemerlangan bukannya usaha, tetapi perlakuan baik yang telah sebati di dalam diri kita”. Jadi untuk menjadi manusia cemerlang kita perlu membiasakan untuk melakukan tingkah laku yang baik. Perlakuan yang baik akan menjadi sebati di dalam diri. Apabila ia menjadi sebati, maka kecemerlangan telah pun menghampiri kita. Individu yang cemerlang ialah apabila kita tidak perlu lagi memaksa diri untuk menjadi cemerlang kerana diri kita telah terbiasa ke arah kecemerlangan. Beberapa tips bagaimana mengubah tingkah laku lama yang negatif kepada tingkah laku baharu yang positif boleh difikirkan. Melalui pengalaman dan pemerhatian penulis beberapa perkara di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk memotivasikan diri kita ke arah perubahan tingkahlaku yang kita harapkan.

Tidak ada manusia yang tidak boleh berubah kecuali mereka tidak mahu berubah. Peru-bahan boleh berlaku secara terpaksa atau secara sukarela. Jika dipaksa hasilnya akan men-jadi separuh. Semua perkara yang dibuat akan menmen-jadi separuh hati. Tetapi jika peru-bahan itu berdasarkan sukarela dan keikhlasan maka peruperu-bahan itu akan kekal dan ber-panjangan. Melakukan tingkah laku baik atau buruk adalah mudah. Tetapi untuk mengu-bah tabiat yang buruk kepada tabiat yang baik memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan dengan hati yang cekal. Apa juga yang kita fikirkan, fikirkanlah bahawa kita

Ramai orang yang tidak boleh mengubah tabiat kerana mereka sering memikirkan susah untuk berubah. Mereka menangguhkan waktu. Mereka menunggu masa yang sesuai un-tuk berubah atau mereka menunggu sehingga dipaksa unun-tuk berubah. Mereka mem-berikan pelbagai alasan untuk menangguhkan perubahan. Akhirnya mereka terlupa untuk berubah. Kita seronok duduk di dalam zon selesa. Maka akhirnya kita takut untuk men-cuba sesuatu yang baharu di dalam hidup kita. Akhirnya sikap kita, perlakuan kita masih duduk pada tahap lama. Dorongan untuk berubah perlu datang dari kawalan dalam diri sendiri. Kitalah yang menguasai diri kita untuk berubah. Kita tidak boleh membiarkan perasaan kita yang lemah menguasai diri kita. Disiplin diri perlu tinggi.

Kita tidak boleh membuat semua kerja serentak. Kita tidak akan dapat mengubah semua tabiat dalam satu masa. Jika kita melakukan semua kerja, akhirnya kita akan terbeban dan kita akan merasa lelah. Apabila kita letih tenaga untuk berubah kepada sesuatu yang ba-haru akan menjadi lemah. Dorongan dalaman akan menjadi lesu. Akhirnya kita te-was. Kita perlu memilih apakah tabiat yang ingin kita ubah berdasarkan tahap dan masa. Contohnya terdapat tiga tabiat buruk di dalam diri. Menangguhkan kerja, membuang ma-sa dan sering terlupa. Pilihlah ma-satu di antara tiga dan beri fokus kepada tingkah laku yang perlu diubah dahulu. Setkan jangka masa, langkah-langkah tindakan, bagaimana ia perlu dilaksanakan dan pastikan perubahan itu nampak jelas berlaku.

Pilih tingkah laku yang paling mudah untuk diubah. Dalam tiga contoh di atas mungkin perkara “sering lupa” merupakan tingkah laku atau tabiat yang ingin diubah. Lupa meru-pakan satu tabiat yang telah menjadi sebati di dalam diri apabila seseorang itu tidak mem-beri perhatian atau bersikap sambil lewa. Ia juga mungkin berpunca dari sikap tidak suka membuat catatan atau membuat senarai semak. Maka kita bermula dengan memberi hatian, mencatat atau menyemak senarai sebagai perlakuan pertama untuk mengubah per-lakuan kita. Begitulah seterusnya dengan perubahan perper-lakuan-perper-lakuan yang lain.

Mengubah tingkah laku memerlukan latihan yang konsisten dan jangka masa yang sesuai. Menurut pakar, perubahan tingkah laku boleh berlaku dalam lingkungan 20-30 hari jika seseorang itu secara konsisten dan berlatih untuk melakukan perubahan dan mengamalkan tingkah laku baru. Sikap dan latihan merupakan faktor utama kejayaan. Ingatkan fakta ini iaitu 99% kejayaan adalah dari sikap (attitude) manakala 1% kejayaan adalah dari bakat

kejayaan. Ingatkan fakta ini iaitu 99% kejayaan adalah dari sikap (attitude) manakala 1% kejayaan adalah dari bakat (aptitude). Oleh itu kejayaan untuk berubah sangat bergantung kepada sikap dan usaha yang konsisten.

Menuliskan perlakuan yang ingin diubah akan menguatkan lagi keinginan dan usaha kita untuk berubah. Apabila kita melihat perkara yang ingin kita ubah di dalam bentuk tulisan kemahuan kita untuk berubah akan menjadi kuat. Perancangan yang kita tulis akan mem-buatkan kita melihat langkah-langkah ke arah mencapai matlamat dengan lebih jelas.

Kita perlu tahu dan faham apa dan mengapa kita perlu berubah. Jika kita ingin berubah saja untuk suka-suka maka kita akan membuang masa kita. Kita perlu insaf bahawa per-lakuan lama mendatangkan masalah kepada kita oleh itu kita ingin mengubah dan menga-malkan tingkah laku baru yang lebih memberi faedah.

Kesimpulan

Perubahan sikap merupakan sesuatu yang sukar dilakukan kerana ia selari dengan kepercayaan dan keyakinan kita. Seseorang yang yakin bahawa dia mempunyai sikap dan perlakuan yang sangat positif sedangkan khalayak menyaksikan bahawa sikap dan perlakuannya sangat buruk maka bagaimanakah dia akan dapat mengubah dirinya? Oleh itu setiap orang perlu membuat refleksi dan muhasabah diri dan perkara ini perlu dilakukan setiap masa. Mereka yang telah menyedari tentang kelemahan sikap dan perlakuan mereka ini maka beberapa strategi perlu dilakukan untuk perubahan itu akan menjadi satu kenyataan.

Rujukan

Carmeli, A., Sheaffer, Z (2008). How learning leadership and organizational learning from failures en-hance perceiced organizational capacity to adapt to the task enviroment. The Journal of Applied Behavior-al Science, 33(4), 468-489).

Lehner, J. (2004). Strategy implementation tactics as response to organizational strategic, and enviromental imperatives. Management Resourses 15(4), 460-471.

Mitchell, V.L., & Nault, B.R. (2007). Cooperative planning, uncertainty, and managerial control in concur-rant design. Management Science, 53(3), 375-389.

Keperluan Aspek Kualiti Reka Bentuk Dalam Penghasilan Produk Masa Kini

oleh: Dr Baharudin Saleh Jabatan Sarjana Perguruan

Perkembangan teknologi pembuatan produk masa kini semakin pesat, maka proses pengeluaran produk tidak hanya terhad kepada pasaran dalam negara sahaja tetapi harus berkembang ke pasaran global. Penghasilan produk kini perlu melalui proses yang ber-sistematik dan dirancang dengan teliti agar setiap produk yang dikeluarkan memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan (Tayal, 2013). Sebagaimana, pengurangan kos pem-buatan produk dapat diminimumkan dengan penghasilan produk yang memenuhi kualiti dan spesifikasi. Pihak industri pembuatan masa kini perlu berupaya untuk membuat penyesuaian dalam meningkatkan produktiviti dengan mengambil kira kos minimum-maksimum penghasilan produk, memberi respons terhadap perubahan dan pembuatan pantas, kawalan kos, memilih proses reka bentuk optimum bagi menyelesaikan tugas ter-tentu dan mengenal pasti persaingan dalam industri.

Pembangunan reka bentuk sesebuah produk dilihat semakin penting bagi menarik per-hatian pengguna untuk memiliki setiap produk yang direka. Penjanaan pendapatan indi-vidu, syarikat dan industri yang lumayan, diperoleh dengan mengekalkan kesetiaan pengguna dalam memilih reka bentuk produk. Reka bentuk yang menarik dan berkualiti bergantung pada ciri-ciri produk seperti estetika, ergonomik, warna, bentuk keseluruhan, fungsi, keselamatan dan lain-lain amat mempengaruhi pemilihan pengguna bagi mendapatkan produk (Baxter, 2018).

Keperluan bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti dan bermanfaat untuk keperluan pengguna dirangsang oleh minat pengguna dan sifat fizikal produk tersebut. Penyelesaian masalah kualiti dalam proses pembuatan dengan reka bentuk produk berkualiti merupakan aktiviti penting dalam usaha organisasi melaksanakan penam-bahbaikan berterusan. Industri pembuatan sentiasa berusaha dan bersaing untuk

menge-luarkan produk yang mempunyai ketepatan yang tinggi dan kualiti yang lebih baik. Se-tiap individu dalam organisasi pembuatan perlu memastikan prestasi kualiti sentiasa be-rada pada tahap yang cemerlang kerana sebarang kecacatan dan kekurangan dalam proses pembuatan akan memberi kesan kepada produk yang dikeluarkan (Zaharuzaman, Ahmad Mahir & Zainol 2012).

Di samping itu, faktor utama yang mempengaruhi kebolehgunaan dan kebolehpasaran produk yang direka bentuk adalah dengan mengenal pasti kehendak pengguna seperti ru-pa bentuk produk yang menarik, produk selesa digunakan, kos yang ditawarkan berru-patu- berpatu-tan dengan kualiti produk dan faktor keselamaberpatu-tan dititikberatkan semasa penggunaan produk (Sheng et al. 2015). Bagi menangani masalah konsep produk perlu dijana selaras dengan cita rasa pengguna, berdasarkan keperluan reka bentuk afektif yang mewakili suara pengguna, elemen inovasi memainkan peranan penting dalam mencetus idea-idea bernas dan kreatif dalam penghasilan reka bentuk produk yang berkualiti. Justeru, keper-luan aspek kualiti reka bentuk dalam penghasilan produk berkualiti amatlah dituntut da-lam proses merancang sehingga terbina sesuatu produk.

Maka, aspek kualiti reka bentuk produk seperti estetika, ergonomik, warna yang terdapat pada produk, kebolehgunaan produk dan keselamatan produk merupakan elemen penting dalam penghasilan produk. Aspek kualiti diguna pakai sebagai faktor petunjuk kepada kualiti produk yang direka bentuk melalui proses-proses reka bentuk yang telah dinyatakan di atas. Hal ini kerana dalam sesuatu reka bentuk produk, penekanan kepada aspek kualiti adalah amat dituntut dan diutamakan di samping memenuhi kehendak pengguna.

Elemen estetika merupakan bagaimana produk kelihatan, terasa, berbunyi dan berbau. Respons pelanggan terhadap dimensi ini ialah perkara yang melibatkan pertim-bangan peribadi dan pilihan individu. Penilaian terhadap estetika pada sesuatu produk adalah merupakan suatu yang subjektif. Setiap seorang adalah berbeza dan mempunyai pandangan dan pemahaman yang mungkin tidak sependapat dalam memberi pandangan, minat dan idea dalam penghasilan sesuatu produk (Lee & Koubek, 2012). Walau

bagaimanapun, situasi ini tidak mempengaruhi sesuatu produk. Namun, tafsiran yang diberikan berkaitan dengan estetika adalah merujuk kepada ciri-ciri dan penampilan produk seperti keindahan, kecantikan, kemesraan, kekemasan fungsi dan keharmonian sesuatu produk (Soni et al., 2013). Estetika juga adalah sejauh mana penampilan reka bentuk produk dapat menarik minat pengguna untuk memiliki produk. Isu penting yang mempengaruhi estetika ialah ergonomik, sejauh mana baiknya reka bentuk memenuhi keselesaan pengguna.

Sementara itu, dalam bidang reka bentuk industri, ergonomik pula memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesuatu produk dan ditafsirkan sebagai kajian saintifik tentang fizikal, keupayaan dan kriteria pengguna terhadap produk. Ergonomik adalah berkait dengan kajian terhadap pengguna dengan persekitaran kerja. Secara teknikalnya ergonomik menekankan kepada keselesaan pengguna semasa menggunakan produk sep-erti postur fizikal pengguna, penggunaan bahan dan keselamatan persekitaran. Sebagai contoh reka bentuk kerusi pejabat harus menekan postur fizikal supaya pengguna tidak merasa sakit terutama di bahagian belakang. Ergonomik juga berkait rapat dengan mesra pengguna, terutamanya dari segi keselesaan atau pengendalian semasa menggunakannya (Das & Mishra, 2015).

Selain itu, warna mempunyai kesan ke atas kehidupan manusia yang amat ketara. Selain kesan visual, warna melalui deria visual memberikan tahap perbezaan ke atas mental dan persepsi fizikal individu. Keutamaan visual untuk warna perlu diberi keutamaan supaya tidak menjejaskan reka bentuk produk yang boleh menjejaskan pemasaran produk dan keinginan pelanggan untuk membeli. Justeru itu, proses reka bentuk, rupa, gaya dan persembahan warna produk akhirnya akan ditentukan oleh keberkesanan pelaksanaan pe-lan warna dan pengoptimuman reka bentuk warna. Ini dapat membantu dalam proses membuat keputusan dan meningkatkan penerimaan persembahan produk. Justeru per-mukaan yang digunakan dalam reka bentuk warna juga perlu mengambil kira prinsip reka bentuk susunan warna produk dan tujuan penggunaan sesuatu produk (Chen & Wang, 2012).

Manakala, faktor keselamatan terhadap produk pengguna merupakan elemen yang diti-tikberatkan untuk memastikan produk tersebut terus mendapat perhatian dan permintaan di pasaran. Keselamatan juga merupakan perkara yang ditekankan semasa bermulanya proses mereka bentuk. Manakala, pengeluar atau pengilang dikehendaki untuk memasti-kan setiap produk yang dikeluarmemasti-kan berada pada tahap minimum dari segi kebarangkalian berlakunya kemalangan dan kecederaan. Keselamatan produk dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i) keselamatan struktur bentuk, iaitu merujuk pada bahan yang digunakan, mutu pengeluaran dan komponen produk, dan (ii) keselamatan rekaan yang bermaksud konsep yang dipersembahkan mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mendatangkan kecederaan atau kesilapan penggunaannya (Ullman, 2010).

Kesimpulannya, penghasilan reka bentuk produk berkualiti yang mampu memenuhi ke-hendak pengguna seperti aspek estetika (rupa bentuk produk, kemasan akhir dan fungsi produk) dan elemen ergonomik (keselesaan produk kepada pengguna dan kebole-hfungsian produk) masih boleh dipertingkatkan. Justeru itu, penekanan terhadap aspek kualiti semasa mereka bentuk produk membolehkan sesuatu rekaan yang dihasilkan oleh pereka mahupun pelajar mencapai piawaian yang ditetapkan. Seterusnya, rekaan produk yang memenuhi aspek kualiti juga mampu kekal berdaya saing di peringkat global mengikut trend masa kini.

Rujukan

Baxter, M. 2018. Product Design : A Practical Guide to Systematic Methods of New Product Development. Boca Raton: CRC Press.

Chen, K.-M. & Wang, M.-J. (2012). Computer aided three-dimensional colour planning and visualisation system for product design. Journal of the International Colour Association, 7, 1–26.Das, S. P. & Mishra, P. (2015). Ergonomics and Its Impact on Workplace Productivity with Special Reference to Employees of Various Sectors in Mumbai. The International Journal of Business & Management, 3(4), 28.

Lee, S. & Koubek, R. J. (2012). Users’ perceptions of usability and aesthetics as criteria of pre-

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 102-117)