• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor"

Copied!
157
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Penasihat

Ketua Editor

Editor Editor

(3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan

limpah kurnia-Nya ”DINAMIKA 2020” telah berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah diucapkan

kepada Pn Haslina binti Jaafar selaku Ketua Editor serta barisan sidang redaksi ”DINAMIKA 2020”. Semoga semua ahli redaksi yang dilantik dapat memberi sepenuh komitmen dan mengekalkan semangat kerja berpasukan bagi merealisasikan penerbitan DINAMIKA yang menjadi tradisi warga IPGKPT sejak sekian lama.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar buat warga IPGKPT dan rakyat Malaysia amnya dalam menghadapi pandemik COVID-19. Penularan wabak COVID-19 kepada pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB) sehingga akhir tahun 2020.

Wadah DINAMIKA memainkan peranan penting sejak ia diterbitkan dalam menyebarkan maklumat dan informasi kepada warga IPGKPT khasnya. la bukan sahaja

dilihat sebagai media penghubung antara warga IPGKPT tetapi juga merupakan satu platform perkongsian maklumat, ilmu dan memberi impak terhadap komuniti pendidik di IPGKPT bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam kehidupan

seharian. Terbitan kali ini turut memuatkan ruangan santai bagi tujuan merehatkan minda

untuk kita berfikir ke dimensi lain dengan suasana yang berbeza setelah penat menjalankan tugas-tugas harían.

Akhir kata, setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua AJK Penerbitan DINAMIKA 2020 dan warga IPGKPT yang telah turut sama menyumbang idea dan tenaga sehingga berjaya menerbitkan DINAMIKA kali ini.

Sekian,

(4)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat llahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali Iagi kita saksikan sebuah penerbitan “DINAMIKA 2020” yang menjadi kebanggaan warga IPGKPT. Selaku Ketua Editor, saya mewakili pasukan sidang

redaksi 2020 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga IPGKPT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan wadah ilmu ini.

Walaupun pada awal tahun ini, dunia dan negara kita khususnya dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) tetapi atas berkat usaha yang tidak mengenal erti putus asa, akhirnya pasukan sidang redaksi berjaya menerbitkan ”DINAMIKA 2020”. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pasukan sidang redaksi 2020. Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam wadah ilmu ini. Harapan saya agar penerbitan seterusnya mendapat sokongan dan komitmen dari seluruh warga IPGKPT bagi memantapkan lagi DINAMIKA kesayangan kita ini dan akan selalu tersemat di hati warga IPGKPT.

Sekian Wassalam,

(5)

Nama Jabatan/ Unit

Bilangan

Artikel Nama Penulis

Muka Surat Jabatan Kecermerlangan Akademik 4

1. Dr. Ahamad Shabudin Yahaya 2. Dr. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran 3. Tham Wai Fong

4. Dr. Mohamed Nazul Ismail& Nor ‘Aini Mohamed Nor

7 - 19

Jabatan Pengajian Melayu

4

1. Abd Hadi bin Haji Kudin 2. Faridah binti Mohamad Saad 3. Ratna Laila Shahidin 4. Badriyatun binti Kamar

20 - 37

Jabatan Ilmu

Pendidikan 1

Murali A/L Murugasen, Fauziah Bt Hashim, Norhayati Bt Hashim, Dr Hilmi Bin Ahmad Shaghir, Ramli Bin Setapa

38 - 47

Jabatan Bahasa 2 1. John Roy Chacko

2. Norzalimah Binti Mohd Kasim 48 - 54 Jabatan

Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum

1 1. Dr. Abd Kadir Bin Abd Rahim 55 - 64

Jabatan Sains 2

1. Nizam bin Ijom 2. Hairiah Binti Munip

65 - 72

Jabatan Matematik 2 1. Mohd Razip Bajuri

2. Haslina binti Jaafar 73 - 78

Jabatan Sains

(6)

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

3

1. Dr. Chander Vengadasalam 2. Jariyati binti Jahri

3. Dr. Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil

84 - 97

Jabatan Teknologi

Pendidikan 1 Dr. Sukri Maarof 98 - 101

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi 1 Shaharudin Saad 102 - 105 Jabatan

Hal Ehwal Murid 1 Sabariah binti Ismail 106 - 108

Jabatan Sarjana

Pengurusan 4

1. Dr Baharudin Saleh 2. Dr Romy bin Abd Kadir 3. Dr. Rabahyah Tahir 4. Dr. Rabahyah Tahir

109 - 125

Unit Peperiksaan

dan Penilaian 1 Aliza Abdul Manan 126 - 129

Unit Perpustakaan 1 Samsiah Zainuddin 130 - 135

Unit Praktikum 1 Hartini Kana 136 - 137

Unit Latihan dalam Perkhidmatan

1 Zanariah binti Sipon 138 - 140

Unit Psikologi dan

Kaunseling 2

1. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf & Amirah Binti Rosdi

2. Fatmawaty bt Mohammad Yusuf & Nur Amalia bt Saidin

141- 150

Pelajar 3

1. Lai Peh Ming 2. Chan Mun Syuen 3. Pang Sheng Hong

(7)

PENGETAHUAN DAN SIKAP TERHADAP KITAR SEMULA SISA PEPEJAL: SATU ANALISIS

Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

emel: drshabudin@yahoo.com Ahamad Shabudin Yahaya 1, PhD Kartini Abdul Mutalib 2, PhD

emel: dr_tini@yahoo.com

Program kitar semula sisa pepejal merupakan salah satu program yang dijalankan berasaskan kepada hala tuju Dasar Alam Sekitar Negara Malaysia. Dasar Alam Sekitar

Negara merupakan satu strategi kerajaan dalam usaha untuk memulihara, menjaga dan menguruskan alam sekitar di Malaysia dalam konteks pembangunan lestari sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang konsep kesejahteraan alam sekitar khususnya pengetahuan dan

sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal adalah amat penting dilaksanakan di pelbagai peringkat masyarakat bagi memastikan matlamat dan objektif Dasar Alam Sekitar Negara tercapai sepenuhnya. Selaras dengan itu juga, salah satu aspek hasil pembelajaran yang diberi penekanan dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar di seluruh negara di dunia, ialah untuk mengubah tingkah laku pelajar supaya menjadi

war-ga newar-gara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar (Ahamad Shabudin Yahaya &

Kartini Abdul Mutalib, 2012). Ini adalah kerana Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar dianggap sangat efektif dalam membentuk sikap yang positif (Smith et al., 2010) dan

meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar (Houng & Kato, 2016) dalam kalangan pelajar.

Kini, Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mulai tahun 2000 telah mencecah usia selama 18 tahun. Program Kitar Semula yang dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang betapa besarnya impak kitar semula ke atas pengurusan sisa pepejal di Malaysia

(Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2013). Aspek utama berkaitan dengan pendidikan tentang kitar semula di dalam Akta Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 ialah peruntukan khusus untuk menggalakkan masyarakat melakukan

(8)

amalan 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Di

Negeri Sembilan, berkuat kuasa 1 Jun 2016, kompaun mula dikenakan terhadap pemilik-pemilik kediaman dan premis yang gagal melakukan pengasingan sampah atau

sisa pepejal di peringkat punca. Melalui pendidikan, pembangunan lestari akan dapat dicapai kerana berlakunya perubahan dari aspek persepsi, sikap dan tingkah laku manusia (Priyanto, Fanani, Soemarno & Sasmitojati, 2013). Masalah berkaitan dengan sampah atau buangan sisa pepejal bukanlah perkara baru di negara kita malah telah menjadi satu isu hangat yang sering dipaparkan di akhbar tempatan dan juga media massa. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak 40-70% wang cukai tahunan untuk

melaksanakan pengurusan sisa pepejal di seluruh negara (Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah, 2011). Sisa pepejal dijangkakan akan mencecah 30,000 tan sehari pada tahun

2020 (Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah, 2012) dan situasi ini akan menurunkan kapasiti kemampanan alam sekitar untuk hidupan (Sidique, Lupi & Joshi, 2010; Banga, 2011).

Analisis terhadap kajian-kajian lalu berkaitan dengan program kitar semula sisa pepejal mendapati bahawa masih wujudnya persoalan yang timbul dalam kalangan penyelidik berkaitan dengan pengetahuan dan sikap serta tentang tingkah laku ataupun amalan mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru-guru, pelajar, suri rumah mahupun masyarakat. Ini dikukuhkan lagi dengan penemuan oleh kajian Fazida (2012) yang mendapati hanya sejumlah 44.62 peratus sahaja guru pelatih yang mengamalkan kitar semula secara lestari di IPG Kampus Pendidikan Islam. Di samping itu terdapat sejumlah 10.22 peratus guru pelatih yang masih kurang pengetahuan terhadap pengurusan sampah secara lestari, manakala 10.22 peratus guru pelatih hanya mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap pengurusan sampah secara lestari daripada sejumlah 148 orang sampel kajian yang telah dikaji. Malah menurut tulisan Seow & Indera Syahrul (2010), aktiviti kitar semula bukanlah satu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah harian menyebabkan kajian perlu dilakukan untuk memahami pengetahuan dan sikap terhadap kitar semula sisa pepejal dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula kurangnya kesedaran, pengetahuan serta sikap yang negatif dalam ka-langan komuniti di Malaysia tentang pengurusan sisa pepejal menyebabkan masalah ini semakin rumit (Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah, 2011).

(9)

Dalam penulisan lain Kollmuss & Agyeman (2002) telah mencadangkan satu istilah iaitu ‘Environmental Conscience’ untuk menjelaskan struktur kompleks yang menggambarkan perhubungan antara pengetahuan alam sekitar, hubungan emosi dalam sikap dan tingkah laku alam sekitar serta lain-lain kecenderungan afektif yang berkaitan dengan tingkah

laku alam sekitar. Hines, Hugerford & Tomera (1986) menyatakan bahawa tahap konsistensi antara sikap dan tingkah laku alam sekitar individu dipengaruhi oleh pengetahuan dan kesedaran, komitmen verbal dan rasa tanggungjawab. Manakala kajian

oleh Hoang & Kato (2016) mendapati bahawa program pendidikan alam sekitar dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap kemampanan alam sekitar. Usaha bagi

meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat merupakan satu cara yang berpotensi untuk mengatasi masalah alam sekitar seperti pengurusan sisa pepejal dan juga

krisis air (Siti Nor Bayaah, Nurita & Azlina, 2010).

Usaha ke arah membina satu masyarakat yang lestari dalam kalangan generasi hari ini dan generasi masa depan perlu dipupuk supaya mempunyai komitmen yang tinggi bagi

melaksanakan aktiviti alam sekitar yang bercirikan 6R iaitu kitar semula (recycle), mengurangkan (reduce), menggunakan semula (reuse) di samping melakukan amalan

memikirkan semula (rethink), merekacipta semula (redesign) dan berdaya imignasi semula (re-imagine). Oleh itu setiap IPG Kampus sebagai salah satu institusi pendidikan perlu menggiatkan lagi usaha dan aktiviti meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan

memupuk sikap yang positif dalam melaksanakan amalan kitar semula sisa pepejal melalui pendidikan alam sekitar secara non-formal dalam kalangan warga IPG Kampus

masing-masing khususnya kepada guru pelatih, staf akademik dan staf sokongan selaras dengan matlamat dan dasar Program Kitar Semula peringkat negara Malaysia. Usaha

meningkat pengetahuan dan sikap terhadap kitar semula sisa pepejal serta usaha mempergiatkan amalan kitar semula sisa pepejal melalui aktiviti pendidikan yang berterusan dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah di peringkat IPG Kampus perlu

disokong oleh pihak pengurusan atasan. Ini adalah kerana menurut Sait Akbasli & Ali Meydan (2010), untuk mencapai kejayaan dalam akitiviti kitar semula sisa pepejal di

sekolah pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, pelajar dan ibubapa perlu mengambil bahagian dan memberikan sumbangan masing-masing. Kesedaran terhadap kitar semula

(10)

sisa pepejal juga boleh ditingkatkan melalui ‘Projek Komunikasi’ yang telah dijalankan di kafetaria sekolah (Lazaros & Shackelford, 2008), mengadakan ‘Program Pendidikan Alam Sekitar untuk Kemampanan’ (Hoang & Kato, 2016) dan juga menambahkan bilangan tong kitar semula di kawasan kampus (Fazida, 2012) khususnya di kawasan strategik berhampiran dengan bangunan pentadbiran, bilik kuliah dan tutorial, cafetaria dan juga bangunan asrama.

Selain dari itu, penerapan elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam

pengajaran dan pembelajaran bukan hanya mengambil kira tentang pengetahuan dan sikap guru pelatih tetapi perlu juga memberi lebih tumpuan kepada bagaimana caranya

untuk memupuk minat dan rasa ingin tahu yang mendalam yang membawa kepada tindakan bertanggung jawab dan penglibatan sepenuhnya dalam aktiviti pengurusan sisa

pepejal yang lebih bermakna dengan jalinan kerjasama bersama komuniti, masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta, persatuan-persatuan alam sekitar serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

RUJUKAN

Ahamad Shabudin Yahaya. (2010). Penilaian program kitar semula sisa pepejal di sekolah menengah dalam tiga kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. (Tesis Kedoktoran tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2012). Tingkah laku alam sekitar dan pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih KPLI di sebuah Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 6, 142-153.

Ahamad Shabudin Yahaya, & Kartini Abdul Mutalib. (2014). Pengetahuan dan sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih. Kertas Penyelidikan

dibentangkan dalam Prosiding Seminar ZonTengah IPG Kampus Ipoh. 6-7 Ogos 2014. Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah. (2011). A study on the knowledge, attitudes, awareness

status and behaviour concerning solid waste management. Procedia Social and Behavioral Sciences, 18, 643-648.

Asmawati, Nor Ba’yah & Fatimah. (2012). Waste education and awareness strategy: toward solid waste management (SWM) program at UKM. Procedia Social and Behavioral Sciences, 59, 47-50.

Banga, M. (2011). Household knowledge, attitudes and practices in solid waste segregation and recycling: The case of Urban Kampala. Zambia Social Science Journal, 1(2), 27-39. Cutter-Mackenzie, A. (2010). Australian Waste Wise Schools Program: Its Past, Present, and

(11)

Fazida Othman. (2012). Amalan pembuangan sampah dalam kalangan pensyarah, pelajar dan pekerja kafetaria di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari. IPG Kampus Tuanku Bainun, P.Pinang. 19-20 September 2012.

Hines, J., Hugerford, H., & Tomera, A. (1986). Analysis and synthesis of research on responsible environmental behavior. Journal Appl. Soc. Psycho., 22, 257-676.

Hansen, L.T., Olson, L. Kerr, J. McMellen, C. Kaplowitz, M., Thorp, L. (2008). Recycling attitudes and behaviors on a college campus: Use of qualitative methodology In a mixed- metíhods study. Journal of Ethnographic & Qualitative Research. 2, 173-182.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2013). Buletin KPKT, 3, 14-15.

Lazaros, E.J., & Shackelford, R. (2008). Don’t throw it away: Raise recycling awareness through communications project. Tech Directions, 67(6), 19-23.

Priyanto, Y. Fanani, Z., Soemarno& Sasmitojati. (2013). Enviromental awareness as an education paradigm for sustainable development in vocational high school of Kediri, East Java. International Journal of Academic Research, 5(5), 7-12.

Rioux, L. (2011). Promoting pro-environmental behaviour: Collection of used batteries by secondary school pupils. Environmental Educational Research, 17(3), 353-373. Sait Akbasli, & Ali Meydan (2010). An evaluation of the problems of solid wastes at

elementary schools depending on the views of school administrators. Environmental Education, 13(2), 407-418.

Seow, T. W., & Indera Syahrul Mat Radzuan. (2010). Sikap masyarakat terhadap program kitar semula: Kajian kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-Sosial, 75-86. Sidique, S. F., Lupi, F., & Joshi, S. V. (2010). The effect of behavior and attitudes on drop-off

recycling activities. Resources, Conservation and Recycling, 54, 163-170.

Siti Nor bayaah Ahmad, Nurita Juhdi &Azlina Shaikh Awadz. (2010). Examination of knowledge and perceived pro-environmental behavior among students of Universiti Tun Abdul Razak, Malaysia. International Journal of Multidisciplinary Thought, 1(1), 328- 342.

Smith, J.M., Rechenberg, C., Cruey, L., Magness, S., & Sandman, P. (2010). The impact of recycling education on the knowledge, attitudes, and behaviors of grade school children. Education, 118(2), 262-266.

(12)

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) MENINGKATKAN PENGLIBATAN DALAM TALIAN

Dr. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran Jabatan Kecemerlangan Akademik

Norma baharu dalam dunia pendidikan kini telah merubah pendekatan pedagogi guru

dalam mereka bantuk proses pembelajaran murid. Sebagai guru berhasrat murni meraikan muridnya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajarannya, elemen suara

dan pilihan murid adalah suatu keutamaan yang perlu dipertimbangkan dalam mereka bentuk perancangan pembelajaran murid (Quaglia, 2014). Justeru, dalam tempoh pengajaran jarak jauh ini, di mana guru dan murid berada dalam lokasi yang berbeza dan dalam konteks ruang pembelajaran (learning spaces) yang lebih luas, satu perancangan pembelajaran bermakna murid yang teliti perlu dihasilkan. Sehubungan itu, adalah tepat pada masanya untuk guru mula menggunakan pembelajaran berasaskan projek, yang mendorong kerja dan kreativiti murid yang sahih.

Pedagogi pandemik yang mencabar kebanyakan guru dalam mengharungi masa-masa pengajaran mereka dapat diatasi sekiranya guru benar-benar merancang pembelajaran bermakna secara PBL dalam talian. Guru yang ada kejelasan dapat melihat hubungkait Guru ⇔ Kandungan melalui merungkai standard yang berkenaan (Fisher, D. et. al.,

2017). Sekaligus guru mereka bentuk kandungan pembelajaran yang dapat memperincikan keperluan tugasan dan strategi pengajaran menggunakan PBL. Sehinggakan murid akan timbul rasa keseronokan dalam pembelajaran dan membina

penglibatan di persekitaran yang jauh. Malah mengurangkan beberapa trauma yang dialami oleh murid-murid tahun ini.

Pada 18 Mac 2020 apabila semua institusi pendidikan diumum tutup, namun proses pembelajaran murid tetap perlu diteruskan. Guru harus meneruskan kelangsungan

pembelajaran murid, walaupun institusi sekolah ditutup. Justeru guru perlu mereka bentuk satu pelan pembelajaran murid berasaskan projek (PBL) sekaligus untuk

(13)

menangani situasi pembelajaran secara dalam talian. Walaupun pada guru, tidak dapat menjangkakan apa-apa jaminan keberhasilan pembelajaran murid dalam mendepani situasi pendemik yang baru bermula, namun pembelajaran bermakna murid berlaku bukan satu kebetulan tetapi ianya harus dirancang dengan teliti dan baik. Pembelajaran berasaskan projek (PBL) selalunya merupakan strategi utama di bilik darjah fizikal (Boss & Krauss, 2014). Namun PBL juga boleh menjadi komponen penting melaksanakan pembelajaran dalam talian yang terbaik, sekaligus mengubah persepsi limitasi kesesuaian pelaksanaan PBL kerana PBL dalam talian juga dapat menghasilkan satu pengalaman pembelajaran bermakna dalam kalangan murid. PBL dapat membawa murid melalui pembelajaran autentik dunia sebenar.

Pembelajaran autentik (Boss, 2015) tidak perlu terhenti hanya kerana murid belajar dari rumah. Sebenarnya, keadaan semasa memberi kita banyak peluang yang baik untuk menunjukkan kepada murid tentang sebab mengapa penting mereka perlu pelajari perkara tertentu dan bagaimana pembelajaran autentik itu pula berkaitan dengan masalah dunia nyata. PBL adalah kaedah terbaik untuk mendorong pemahaman murid dan guru hanya memerlukan beberapa perincian perancangan strategi untuk memudahkan pembelajaran yang aktif dan menarik bagi persekitaran dalam talian. Melalui PBL murid-murid dapat menghasilkan pelbagai idea dan projek melalui pembelajaran dalam talian yang mereka lalui impak daripada reka bentuk perancangan pembelajaran berasaskan projek yang dihasilkan oleh guru melibatkan gabungjalin (interdisplinary) beberapa mata pelajaran serta melibatkan pelbagai Tahap (intradisplinary) iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Malah murid menjadi lebih yakin dan berani serta ada kreativiti tersendiri dalam penghasilan rekaan ciptaan (inovasi). Paling menarik, ibu bapa di rumah turut memberikan sokongan dan menjadi rakan pembelajaran kepada anak-anak mereka.

Soalan penting (essential question) adalah teras untuk pembelajaran berasaskan projek, dan tiada sebab mengapa guru tidak menggunakannya dalam persekitaran maya. Guru

harus fikirkan soalan penting sebagai soalan pencetus idea yang menjadi asas pertimbangan murid untuk terlibat secara aktif. Cuba untuk berfikir persoalan bersasaskan konsep seperti “bagaimana” ataupun “apa” yang dapat menimbulkan konflik

(14)

guru sains yang membincangkan pencemaran lautan, boleh bertanya kepada murid, "Apakah yang akan terjadi kepada alam ini sekiranya laut tercemar? atau "Bagaimana

anda menyelesaikan masalah pencemaran laut?" Murid terdorong mencari jawapan melalui soalan-soalan penting yang dilontarkan. Otak murid akan mula berfikir dan cuba

untuk mencari penyelesaian yang akhirnya murid akan beroleh kemahiran menyelesaikan masalah sekaligus meningkatkan keterlibatan mereka. Sehinggalah mereka menemui hasil penyelesaian kepada masalah dan berasa seronok dengan hasil yang diperolehinya.

Menurut Tomlinson (2001), dalam teorinya tentang pengajaran terbeza menegaskan ba-hawa setiap murid belajar dengan kadar yang berbeza dan berubah secara drastik mengi-kut pelbagai gaya pembelajaran mereka. Justeru itu menurutnya lagi, guru perlu mem-bina persekitaran pembelajaran dan pendekatan yang mencerminkan kepelbagaian terse-but. Namun sering kali kebanyakan guru mengajar dengan cara yang sama untuk setiap murid (one size fits all) yang mempunyai pelbagai potensi. Sehubungan itu, pembelajaran berasaskan projek adalah penyelesaian ideal untuk menyahut cabaran tersebut. Apabila guru menggunakan pembelajaran berasaskan projek untuk mengajar, termasuk dalam talian, akan membuka ruang minda murid terhadap kekuatan dan minat mereka sendiri, yang memungkinkan mereka meraih tahap pencapaian prestasi tertinggi, walaupun dalam persekitaran pembelajaran yang sukar.

Rujukan :

Boss, S., & Krauss, J. (2014). Reinventing project-based learning: Your field guide to real-world projects in the digital age. International Society for Technology in Education.

Boss, S. (2015). Implementing project-based learning. Solution Tree Press.

Fisher, D., Frey, N., Quaglia, R. J., Smith, D., & Lande, L. L., (2017). Engagement by design. Creating Learning environments where student thrive. Corwin Press

Nottingham, J., Nottingham, J., Bollom, M., Nugent, J., & Pringle, L. (2018). Learning Challenge Lessons, Elementary: 20 Lessons to Guide Young Learners Through the Learning Pit. Corwin Press.

Russell J. Quaglia & Michael J. Corso (2014). Student Voice : The Instrument of Change. Corwin A SAGE Company.

Tomlinson, Carol A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability classroom. Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD).

(15)

谈谈疫情新形态下的线上教学 Tham Wai Fong

为了有效防控新冠病毒的疫情,为了保证学生“停课不停学”, 各师训学院 均采取了线上教学的措施, 以确保师生身体健康和生命安全。院方根据教育部的 指示, 开启了线上教学活动。 师训学院利用“互联网+教育模式”实现线上教学活动, 降低疫情对学习进度 和学习效果的影响。一般学院采用的是谷歌课室的教育平台及Whatsapp等网络平 台为渠道进行线上教学。 讲师应用谷歌课室的视讯功能,在一定程度解决了学生 与讲师之间的交流问题, 但是在教导一些需要即场进行实践学习的科目时具一定 的难度,又或者在演示数学公式时,面对板书功能薄弱的问题。上述科目的教学可 通过上载预先录制的视频解决问题,但是这也导致了教学趋于死板,非真正的课堂 教学可及时获得学生的有效反馈,致使讲师难以掌握学生学习进度的具体尺度,从 而做出调整。线上教学是一种新的教学模式,网络技术的掌握是关键。讲师如果不 熟悉线上教学技术会耽误学生的课程。因此讲师需要充电网络技术,学习各种软件 操作,网上备课及批改作业, 开启线上学习新形态。 线上学习刚开始时学生可能会对网课感到好奇,兴奋,但时间久了则会怀念 面对面的实体教学,因此如何在缺少讲师监督,互动交流减少的情况下,保持学习 热情的持久性, 学生需有极强的自主学习能力及学习动力。学生常用的网课工具 是手机和平板电脑, 因此线上教学考验了学生的自觉性,无可否认,当中有人一 边开着直播,一边玩手机或进行其他活动,再加上网络迟缓的问题导致学习效果欠 佳, 最终线上学习名存实亡。 线上教学适合有一定基础的自学能力优秀的学生。自学能力和自制能力强的 学生,线上学习是优选。反之, 自学能力,自制能力和逻辑能力一般的学生,学 习效果一般。同样的时间如果投入到面对面课程当中,学习效果会比线上学习佳。 线上教学的优势在于可随堂录像,上课没有听明白的地方,可以在课后回放,反复

(16)

聆听,直到理解为止。这种学习方式较具灵活性,对于跟不上学习进度,科目基础 差的学生而言极有帮助。无论如何,长时间接触屏幕进行线上教学或学习,对师生 的视力都有一定的负面影响。因此线上教学的学习时间及对课程的安排应有明确的 规划,勿为了满足线上教学和线上学习的指示,强制要求学生每日在线打卡,所以 线上授课时间宜短,控制在30分钟以内,避免伤害眼睛,精神透支。不要为了教 学任务而布置多项的作业,增加了学生的学习负担,这些都不符合在疫情下线上教 学质量的初衷。由于直播课堂一般都禁止连麦,否则大家都在线上发言,音效会出 状况。因此师生讨论互动少导致线上教学的课堂氛围不够热烈。 网络教育,需要师生共同探索,明确学生的需求,不同的学生有不同的的教 学方式与课程内容,讲师能经由学生互动交流的反馈中动态调整,以最适合的教学 方式提升教学质量。网络教育是大势所趋,当前要务教育部应先完善全国学习机构 的软体与硬体设施,否则某些家庭经济能力一般,网络线路不强的乡镇区域会导致 某些弱势学生落后于学习大队,剥夺了他们的学习权力。 总括而言,面对疫情,线上教学变化的是学习环境及学习方式,不变的是教 育立德树人的使命 ,希望所有教育界同道不忘初心,始终如一。

(17)

BEKERJA DARI RUMAH: SUATU KEBIASAAN BAHARU Ts. Dr. Mohamed Nazul Ismail# dan Nor ‘Aini Mohamed Nor

Gambar hiasan

Wow… bestnya dapat kerja dari rumah….

Budaya bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baharu dalam amalan pekerjaan. Na-mun dalam konteks penjawat awam, ia merupakan sesuatu yang baharu setelah berla-kunya penularan Covid-19 pada awal tahun ini. Dalam sektor swasta, memang terdapat beberapa sektor yang membudayakan bekerja dari rumah. Dalam apa jua situasi, pasti terdapat pro dan kontra apabila pelaksanaan bekerja dari rumah. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada segmen pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah dan ada juga yang memerlukan kehadiran di tempat bertugas.

Terdapat kajian yang yang menunjukkan bekerja dari rumah dapat menurunkan tekanan, membantu untuk bekerja secara santai dan menenangkan fikiran. Pastinya dengan matlamat kerja yang jelas pekerja akan dapat memanfaatkan budaya kerja ini dengan melakukan kerja pada masa yang fleksibel tetapi perlu disiapkan mengikut jadual, persekitaran ruang tempat kerja yang perlu diadaptasi, keseimbangan emosi lebih baik antara rumah dengan pejabat serta tidak perlu terbabit dalam kesesakan lalu lintas. Mengasuh anak sambil melaksanakan tugas pejabat selain boleh merapatkan kasih sa-yang, dapat mengurangkan kos serta menjimatkan masa. Ramai antara kita yang mengambil peluang menyediakan juadah masakan dan mencuba resepi-resepi baharu yang enak untuk santapan seisi keluarga pada setiap hari!

(18)

Cabaran

Tidak mustahil juga ada yang berpandangan sebaliknya ekoran peningkatan bil utiliti di rumah, namun jika ditimbang semula berbanding kos perjalanan ke tempat kerja dan bel-anja makan di luar, mungkin hal ini dapat diseimbangkan. Suasana persekitaran rumah yang hingar-bingar, terpaksa berkongsi peralatan dengan ahli keluarga yang lain juga boleh mengganggu fokus kerja malahan ada yang lebih kritikal apabila signal telekomu-nikasi sangat lemah dan capaian internet tidak stabil. Tidak kurang juga jika ada dalam kalangan kita yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah di dalam sesua-tu aspek. Kekurangan ini besar kemungkinan menjadi proses kerja menjadi lebih lama disebabkan rendah motivasi, perlukan masa untuk kuasai pengetahuan dan bina kema-hiran, sikap sambil lewa bagi sesetengah dalam kalangan kita semua dalam aspek menunaikan tanggung jawab bekerja. Telefon bimbit perlu sentiasa di sisi dan aplikasi komunikasi perlu dipastikan berfungsi. Maklumlah maklumat kerja boleh menerjah ke dalam telefon bimbit bila-bila masa tanpa batasan waktu. Siang atau malam, hari cuti mingguan dan termasuk cuti tahunan, pendek kata 7 hari seminggu sehingga ada antara pekerja yang hampir terlupa nama hari. Bagi pekerja yang mempunyai anak-anak kecil, menyantuni anak-anak ini sudah pasti dijadikan keutamaan. Jika tidak, kerja pejabat tidak mungkin dapat dibuat dengan selesa, boleh menimbulkan tekanan. Pengurusan masa boleh jadi merupakan cabaran buat sesetengah pekerja. Guru dan pensyarah misalnya perlu menepati masa dalam pelaksanaan kelas dalam talian. Menghadiri mesyuarat secara dalam talian untuk tempoh masa yang lama, adakala melebihi tiga jam berpotensi menda-tangkan implikasi yang buruk kepada mental dan fizikal seseorang pekerja. Bukan berkaitan isu produktiviti tetapi lebih kepada integriti. Ini adalah antara cabaran dalam bekerja dari rumah.

Refleksi

Penularan Covid-19 ada hikmahnya tersendiri. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sama ada secara rela atau terpaksa perlu dikuasai maka anjakan trans-formasi digital berkembang pesat. Ada dalam kalangan kita yang sanggup mengeluarkan dana simpanan untuk membeli gajet TMK yang sesuai dengan pekerjaan masing-masing. Mungkin satu ketika dahulu ada kepimpinan negara yang cuba mengurangkan kos kera-jaan dengan cara mengecilkan perjawatan sedia ada, lalu cadangan ini mendapat beberapa

(19)

tentangan daripada badan bukan kerajaan. Kini sama ada sedar atau tidak, penularan Covid-19 ini menjadi bukti jelas bahawa bilangan perjawatan boleh dikurangkan dengan peningkatan kemahiran TMK dalam kalangan penjawat awam dan mengembangkan be-berapa segmen baharu dalam sektor swasta bagi penjanaan ekonomi negara. Selain itu, Covid-19 mengajar kita tentang pengurusan kehidupan manusia. Walau hebat mana sekalipun keintelektualan dan kemahiran kita dalam menguruskan manusia, sesungguhnya ada satu lagi zat yang maha berkuasa, maha mengurus dan mentadbir sega-la urusan asega-lam. Covid-19 tidak mengenal siapa, berusia atau pun masih muda, apa jua agama dan bangsa. Pesan saya untuk yang seagama marilah kita tingkatkan ketaqwaan dengan cara memperbanyakkan taubat dan amal soleh serta berdoa agar dikurniakan sebaik-baik keadaan untuk kita semua di dunia dan di akhirat.

# Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan:

Dr Ismail Sualman. 13April2020. Produktiviti kerja dari rumah.

https://www.sinarharian.com.my/article/78641/KOLUMNIS/Produktiviti-kerja-dari-rumah.Tarikh dilayari 25.11.2020.

Prof Dr Rusli Ahmad. Konsep bekerja dari rumah: realiti dan cabaran. Tinta Minda. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1860228. Tarikh dilayari 25.11.2020.

(20)

KONSEP DWIBAHASA, KOD DAN DIGLOSIA DALAM PEMILIHAN BAHASA Abd Hadi bin Haji Kudin

Jabatan Pengajian Melayu IPGK PT PENGENALAN

Dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum kita didedahkan dengan pelbagai jenis bahasa. Kewujudan beraneka jenis bahasa secara tidak langsung mempunyai implikasi kepada kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan dan politik.

Kerencaman bahasa yang ada mengakibatkan situasi pemilihan bahasa sentiasa berlaku. Kerencaman bahasa kadang-kala menimbulkan kesukaran dalam situasi menjalinkan hubungan komunikasi atau ketika berinteraksi di antara kaum-kaum menggunakan bahasa natif yang berbeza. Dalam erti kata lain, memahami bahasa tidak semudah menyampaikan maklumat seperti keadaan cuaca atau perkara lain tetapi ia juga merupakan satu cara yang sangat penting dalam mewujudkan dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.

Dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia terdapat ratusan bahasa yang berbeza dengan bahasa Melayu sama ada mempunyai perbezaan yang kecil seperti melibatkan aspek variasi sahaja atau pun mempunyai perbezaan yang besar yang melibatkan perbezaan dari segi sistem bahasa tersebut.

PEMILIHAN BAHASA

Setiap kaum atau etnik dalam masyarakat dwibahasa atau multi bahasa mempunyai bahasa yang boleh membezakan kumpulan kaum tersebut. Perbezaaan bahasa yang terjadi ini sangat menarik jika dilihat dari sudut sosiolinguistik. Kajian pemilihan bahasa dilihat mula berkembang sejak pada tahun 70-an. Dalam bidang kajian sosiolinguistik, kajian terhadap pemilihan bahasa dapat dilakukan berdasarkan tiga pendekatan, iaitu pendekatan sosiologi, pendekatan psikologi sosial, dan pendekatan antropologi.

(21)

Pemilihan bahasa berlaku kerana penutur atau masyarakat mempunyai kebolehan bertutur lebih daripada satu bahasa. Pemilihan bahasa boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak formal. Fenomena pemilihan bahasa ini boleh dilihat berlaku dalam domain pendidikan, domain perniagaan, domain keluarga, domain agama atau domain kejiranan (Fishman 1972).

Konsep pemilihan bahasa sebagai penggunaan bahasa semasa berkomunikasi yang memerlukan pertimbangan yang wajar. Sesuatu pertuturan tidak terjadi secara spontan tetapi orang yang terlibat dalam komunikasi harus mempertimbangkan beberapa faktor seperti siapa yang diajak bertutur?, Apakah topik yang dibincangkan?, dan Di manakah situasi itu berlaku?

Berdasarkan Teori Akomodasi Komunikasi (Accommodation Theory) yang dikemukakan Giles (1977:321-324) “terdapat dua arah akomodasi penutur dalam peristiwa tutur iaitu i. akomodasi ke atas, yang terjadi apabila penutur menyesuaikan pemilihan bahasanya dengan pemilihan bahasa teman bicara, dan ii. akomodasi ke bawah, yang terjadi apabila penutur menginginkan agar teman bicaranya menyesuaikan dengan pemilihan bahasanya”.

KONSEP DWIBAHASA

Pengertian kedwibahasaan telah berkembang mulai dari pengertian yang agak sederhana hingga kepada pengertian yang ketat. Permasalahan tentang pemilihan bahasa berkait-rapat dengan konsep kedwibahasaan. Timbul pula persoalan tentang bagaimana sekiranya kemampuan seseorang itu dalam bahasa keduanya hanya pada peringkat asas sahaja? dan Bagaimana sekiranya jika seseorang itu hanya setakat faham makna bahasa kedua tetapi tidak mampu bertutur dalam praktik penggunaan bahasa yang melibatkan dirinya. Dalam erti kata lain seseorang yang tidak dapat menggunakannya secara berganti-ganti dalam pengucapannya.

(22)

Blommfield dalam bukunya Language (1935) memberikan batasan kedwibahasaan yang ketat iaitu penguasaan bahasa yang sama seperti penutur jati (native speaker). Seorang yang dwibahasa adalah orang yang menguasai dua bahasa dengan sama baiknya. Namun terdapat beberapa ahli linguistik yang memberikan konsep bilingual atau dwibahasa yang agak sederhana. Bagi mazhab yang lebih sedrhana ini menyatakan seseorang boleh dianggap dwibahasa jika dia menguasai bahasa ibunda dan mengetahui B2 pada tahap asas meskipun kemampuan dalam bahasa keduanya hanya pada tahap yang minima.

Seseorang yang dwibahasa tidak semestinya menguasai kedua-dua bahasa yang diketahuinya secara aktif. Penguasaan bahasa kedua secara pasif sudah mencukupi menjadikan seseorang itu dianggap sebagai dwibahasa. Dalam erti kata lain seseorang yang dwibahasa dirumuskan sebagai boleh menggunakan dua sistem kod yang berbeza dari B1 atau B2 yang diketahuinya tersebut. Kedwibahasaan bukanlah gejala bahasa sebagai sistem melainkan sebagai gejala penuturan, bukan ciri kod melainkan ciri pengungkapan; bukan bersifat sosial melainkan individual; dan juga merupakan karakter pengguna bahasa. Kedwibahasaan dirumuskan sebagai penggunaan dua bahasa secara bergantian oleh seorang penutur.

KOD

Kajian pemilihan bahasa dalam disiplin ilmu sosiolinguitik terdapat istilah ‛kod’ yang sering menjadi perbahasan. Kebiasaannya semasa komunikasi berlaku dalam masyarakat yang multi bahasa mahupun dwibahasa terdapat beberapa bahasa yang saling digunakan secara silih berganti dan difahami oleh peserta / penutur.

Pelbagai kod sama ada berupa bahasa, dialek, variasi, dan gaya akan digunakan semasa komunikasi dan seringkali dalam interaksi sosial masyarakat dwibahasa akan berlaku peralihan kod atau percampuran kod. Dengan tersedianya kod-kod itu, anggota masyarakat akan memilih kod yang tersedia sesuai dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Penggunaan bahasa yang berlaku silih berganti semasa proses komunikasi berlaku menunjukkan suatu bentuk ‘variasi linguistik’ atau sebagai satu

(23)

sistem kod yang digunakan oleh seseorang yang dwibahasa. Penukaran kod merupakan satu strategi lisan peserta atau penutur dalam sesuatu komunikasi yang menggambarkan identiti penutur atau status sosial masyarakat yang dwibahasa.

Penukaran kod yang berlaku dalam sesuatu interaksi atau komunikasi biasanya agak mudah untuk dikenal pasti kerana boleh dilihat melalui penggunaan beberapa set variasi bahasa tertentu. Wardhaugh (2006:104) menyatakan Instances of situational code-switching are usually fairly easy to classify for what they are. What we observe is that one variety is used in a certain set of what they are. Walaupun untuk mengenal pasti pe-nukaran kod agak mudah tetapi punca terjadinya pepe-nukaran kod agak sukar diter-jemahkan. Seseorang yang dwibahasa sentiasa berfikir untuk memilih bahasa yang akan digunakan ketika komunikasi bergantung kepada tajuk perbualan, latar belakang pelaku, dan situasi.

Semasa proses komunikasi berlaku dalam interaksi sosial antara dua penutur atau lebih akan berlaku pemilihan sebuah kod yang berbentuk dialek atau bahasa yang boleh difahami bersama dan kemungkinan pertukaran kod akan terjadi antara perkataan, ayat atau berlakunya perubahan situasi perbualan (Wardhaugh 1986). Seseorang yang men-guasai dua bahasa atau lebih harus memilih bahasa mana yang akan ia gunakan.

Campur kod merupakan peristiwa percampuran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam suatu peristiwa interaksi. Di dalam masyarakat bahasa, gejala seperti ini cender-ung mendekati pengertian yang dikemukakan oleh Myers -Scotton (1976) dan Sankoff (1980) sebagai bahasa campuran (mixture of language), iaitu pemakaian satu kata, ungka-pan, atau frasa yang boleh memberi isyarat pengenalan kepada identiti etnik penutur.

Dalam kajian bahasa terdapat dua jenis pendapat tentang konsep kod dalam pemilihan bahasa. Pendapat yang pertama menyatakan switching code (alih Kod) dan mixing code (campur kod) adalah satu perkara yang sama seperti yang dinyatakan Wardhaugh (2006: 110) “..code switching (also called code-mixing) can occur in conversation between speakers’ turn or within a single speakers’ turn..”. Pendapat kedua pula menyatakan

(24)

antara alih kod dan campur kod adalah dua perkara yang berbeza seperti pendapat Gumperz & Hymes (1972).

Seseorang yang dwibahasa atau multi bahasa sudah pasti mempunyai kebolehan untuk menggunakan kod-kod tertentu bahasa yang diujarkan semasa proses interaksi atau komunikasi. Justeru itu, alih kod boleh diertikan sebagai pertuturan yang terjadi dalam situasi perbualan pada saat seorang penutur mengalihkan kod bahasanya pada sesuatu kalimat secara berulang-ulang. Biasanya terjadi peralihan kod apabila penutur memilih menggunakan bahasa kedua semasa menjawab sesuatu pernyataan semasa komunikasi berlaku.

DIGLOSIA

Pengertian tentang diglosia yang pada awalnya diperkenalkan oleh Ferguson (1959) kemudian dikembangkan oleh Fishman (1972). Istilah diglosia tidak hanya dikenakan pada ragam tinggi dan rendah dari bahasa yang sama akan tetapi juga dikenakan pada bahasa yang sama sekali tidak serumpun. Beliau berpendapat diglosia tidak hanya wujud dalam masyarakat yang mengenal satu bahasa dengan dua ragam bahasa semata-mata namun diglosia juga dapat ditemukan dalam masyarakat yang mengenal lebih daripada dua bahasa.

Diglosia tidak hanya terdapat dalam lingkungan masyakat yang menggunakan variasi atau ragam bahasa yang sama tetapi jug boleh wujud dalam dua bahasa yang berbeza. Dalam erti kata lain, diglosia juga wujud di dalam masyarakat bahasa yang menggunakan dialek-dialek, laras-laras, atau ragam-ragam jenis bahasa yang berbeza secara fungsional. Menurut batasan Fishman, diglosia dapat dibezakan melalui (a) masyarakat bahasa yang bilingual yang wujudnya diglosia, (b) masyarakat bahasa yang bilingual tetapi tidak wujud diglosia, (c) masyarakat yang tidak bilingual dan tidak diglosia, dan (d) masyarakat yang tidak bilingual tetapi diglosia.

KESIMPULAN

(25)

satu variasi dari bahasa yang sama (intra language variation), melakukan alih kod (code switching), dan melakukan campur kod (code mixing). Pemilihan bahasa tidak semudah yang kita bayangkan, iaitu dengan memilih sebuah bahasa secara keseluruhan (whole language) dalam suatu peristiwa komunikasi. Penukaran kod dapat terjadi karena beberapa faktor. Faktor pertama bergantung kepada situasi seperti kehadiran orang ketiga dalam peristiwa tutur yang sedang berlaku dan perubahan topik pembicaraan. Faktor kedua bergantung pada penekanan perkara tertentu atau penghindaran terhadap kata-kata yang taboo.

Campur kod merupakan peristiwa percampuran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam suatu peristiwa tutur. Dalam konteks pemilihan bahasa terdapat aspek penggunaan bahasa tinggi (T) atau bahasa rendah (R) yang digunakan iaitu diglosia. Persoalan tentang diglosia tidak wujud apabila tidak ada variasi tinggi dan rendah iaitu tentang kemungkinan adanya pemilihan bahasa yang dilakukan masyarakat terhadap penggunaan variasi bahasa.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. 1982. Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Ba-hasa dan Pustaka.

Bloom, J. . and J. G. 1972. Social Meaning in Linguistic Structure : Code Switching in Norway in Direction in Sociolinguistics. The Ethnography of Communication. (John Gumperz and Dell Hymes, Ed.).

Fishman, J. A. 1972. Language and Nationalism: Two Integrative Essays. Massachusetts: Newbury House.

Giles, Howard & St. Clair, R. 1979. Language and social Psychology. Oxford: Basil Blackwell Publisher.

Giles. H. 1977. Language, Ethnicity and Intergroup Relation. London: Academic Press. Gumperz, J. J. 1982. Discourse Strategies. London: Cambridge University Press.

Sankoff, D. and P. 1980. A formal grammar for code-switching. Papers in Linguistik, 14, 3–46.

Wardhaugh, R. 2006. An Introduction to Sociolinguistics hlm.Fifth Edit. Victoria: Black-well Publishing.

(26)

WACANA, SUKAR DIFAHAMI TETAPI WUJUD DI ALAM KEBAHASAAN! Faridah binti Mohamad Saad

Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT

WACANA ialah satuan bahasa yang tertinggi selepas ayat atau klausa yang bersinam-bungan pada peringkat awal hingga akhir sama ada berbentuk lisan atau teks dan mempu-nyai satu kesatuan gagasan fikiran yang relatif dan sangat kompleks. Dalam konteks lin-guistik, konsep gagasan fikiran atau idea yang utuh dan bersinambungan antara satu sama lain lazimnya merangkumi aspek komunikasi linguistik kerana wacana adalah peristiwa komunikasi. Hal ini demikian kerana setiap peristiwa komunikasi yang berlaku, bahasa digunakan sebagai wahana perantaraan yang paling berkesan dan ideal. Pada dasarnya, peristiwa komunikasi ini merangkumi ekspresi diri sendiri, eksposisi, sastera dan pemu-jukan yang dapat difahami oleh pendengar dan pembaca (Tarigan, 1995:32).

Kini, konsep wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan kompleks telah diap-likasikan secara meluas dalam pelbagai disiplin ilmu selain linguistik seperti antropologi, sosiologi, falsafah, semiotik dan stilistik (Van Dijk, 1985:2). Penerapan konsep ini dalam pelbagai disiplin ilmu dikaitkan dengan kesempurnaan hierarki gramatikal dalam sesuatu bahasa dan sebenarnya berhubung kait dengan definisi wacana.

Dalam penulisan teks, penghasilan paragraf amat dititikberatkan kerana dalam paragraf tersebut mengandungi satu idea atau isi yang menjadi fokus sesuatu teks. Idea atau isi ini menjadi tema kecil kepada tema yang lebih besar, iaitu tajuk. Sesuatu idea atau isi perlu lengkap dan sempurna supaya teks yang dihasilkan berpusat dan berfokus. Ayat-ayat yang dibina dalam paragraf biasanya satu ayat topik yang mencadangkan kepada pem-baca tentang idea utama. Idea utama ini termasuklah segala huraian, perbincangan atau contoh yang ditulis sebagai pelengkap yang dikembangkan dengan ayat sokongan atau ayat keterangan. Dengan kata lain, ayat yang ditulis dalam paragraf hendaklah berhubung kait antara satu sama lain dari aspek hubungan idea dan pemikiran dan berpusat hanya kepada isi atau idea yang dibincangkan dalam paragraf (Abdul Aziz Abdul Tal-ib,1990:240). Contoh di bawah adalah satu paragraf yang mempunyai keteraturan fikiran.

(27)

sebab itu, buku-buku pelajaran perlu mengandungi perkara-perkara yang benar dan tepat, terutama tentang sejarah ilmu alam sesebuah negara. Tambahan pula buku pelajaran san-gat diperlukan supaya bersesuaian dengan minat dan kema-huan serta latar belakang kebudayaan kanak-kanak yang dimaksudkan.

(Teks Ucapan Tun Syed Nasir Ismail, 1996:6)

Berdasarkan contoh di atas, ada sesuatu yang mengikat perkataan-perkataan, klausa dan ayat sehingga membentuk kesatuan teks yang utuh. Pemilihan perkataan untuk menjelas-kan tentang buku-buku jelas ada ketentuan kata yang dapat mengiringi kata tersebut. Penggunaan kata “pelajaran” dan “perkara-perkara yang benar” ada ketentuan rasional kehadiran kata tersebut kerana ketentuan perkataan buku-buku ialah berkaitan dengan pelajaran atau ilmu dan sudah tentu mengandungi perkara-perkara yang benar dan tepat dan relevan dengan tajuk perbincangan. Oleh sebab itu, suatu ayat tidak dapat ditafsirkan dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya dalam analisis wacana, untuk mendapatkan makna sebenar, ayat tersebut perlu dihubungkan dengan ayat sebelum atau selepasnya dalam satu satu paragraf atau keseluruhan teks tersebut barulah teks itu dapat difahami.

Rujukan

Abd. Aziz Abd. Talib. 1990. Konsep gaya, mod wacana dan kesedaran mengenai membaca dalam penulisan:Implikasi daripada sudut pengajaran dalam Jurnal Bahasa : 70-84

Tarrigan, H.G. 1987. Pengajaran wacana. Bandung:Penerbit Angkasa.

Van Dijk, T.A. 1985. Discourse and literature. Amsterdam: John Benjamins Publishing Compa-ny

(28)

PATRIOTISME DALAM LIRIK LAGU KAU RATNAKU: SEBUAH PERSEPSI Ratna Laila Shahidin

Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT Keringkanlah pipimu Ratnaku

cubalah senyum

kerna tangisanmu akan hanya menambah dukaku.

Duka di dalam hati dan luka diperlakukan

lakonan mereka berpura-pura

tak mengertikan tak pernah merasakan sengsara di dalam cinta dan rindu. Oh, aku patrikan sumpah cinta setia di atas kaca jiwaku

yang benar bila mencerminkan kebenaran pada malam bintang hilang di pandangan pada malam pabila bintang terang

menerangkan kenyataan ooo. Lagu: M.Nasir

Lirik: Nurbisa @ Loloq @ Rosli Khamis Album: Roy (1993)

SERINGKALI kita mendengar lagu-lagu patriotik, dengan lirik yang mudah difahami memaparkan kecintaan mendalam terhadap tanah air. Diksi-diksi yang dipilih biasanya berkisar di sekitar kata dan frasa klise, “merdeka”, “nusa dan bangsa”, “bersatu teguh” atau “bahasa jiwa bangsa”. Memang sewajarnya demikianlah kata-kata itu dipilih kerana tema lagu bersandar kepada liriknya. Namun, jika anda meneliti lirik-lirik yang ditulis oleh Allahyarham Loloq (21 Mei 1958-30 Januari 2008), tidak kira ketika beliau

(29)

bekerjasama dengan seniman M.Nasir atau kumpulan legenda Alleycats, Amy Search atau kumpulan Spider; majoriti liriknya benar-benar menepati elemen sastera, yakni bersifat ambiguous. Lebih 1000 lirik yang dihasilkan beliau, antaranya Mentera Semerah Padi, Di Ambang Wati, Nurnilam Sari, Laila Namamu Teratas, Apokalips, Ghazal Untuk Rabiah, Keroncong Nostradamus, Aladin dan banyak lagi; seringkali memiliki makna berlapis.

Menulis lirik lagu sama seperti kita menulis sajak yang saat kita menikmatinya, persis kita menikmati hidangan yang di dalamnya terkandung segala rasa. Segala rasa itu pula terhasil daripada proses adunan emosi, ketepatan memilih diksi yang menzahirkan makna, gaulan pemikiran dan sukatan ritma yang akhirnya melengkapkan resipi sebuah sajak atau lirik. Ertinya, ia bukan semata-mata mainan emosi, tetapi mampu melontarkan pemikiran, nostalgia, pengajaran dan rencam peristiwa lewat diksi yang dipilih (Ratna, 2017).

Karya-karya yang ambiguous memungkinkan pelbagai penafsiran yang melangkau makna tersurat (Rahman Shaari,1987). Ini jelas sekali dalam lirik Kau Ratnaku yang memungkinkan kepelbagaian makna menurut persepsi individu. Daya cipta yang unik dan luar biasa, apa lagi jika digandingkan dengan seniman M.Nasir, karya-karya Loloq dilihat berbeza, kelihatan misterius, lain daripada karya yang ada di sekitar pentas seninya. Hal yang sedemikian sebenarnya memang wujud dalam penulisan puisi. Contohnya Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri. “Perahu” yang ditulisnya bukan perahu dalam erti kata sebenar tetapi melambangkan perjuangan menuju ke destinasi akhir kehidupan manusia (Zainon,1997).

Dalam menikmati lirik, ada sinikalnya di sebalik diksi, berbeza dengan lirik lagu era tiktok yang majoritinya menggunakan bahasa denotatif. Lirik Kau Ratnaku memiliki kedua-dua unsur bahasa denotatif dan konotatif. Bahasa konotatif bermaksud bahasa yang mempunyai maksud perbandingan, tersirat serta menimbulkan kesan emosi kepada yang membaca atau mendengarnya.

(30)

Diksi yang tepat dan baik dalam sesebuah karya adalah diksi yang sesuai dengan persoalan dan perasaan yang terdapat dalam karya tersebut. Allahyarham Loloq mengutamakan aspek puitika bahasa meskipun lirik-lirik yang dihasilkan menyentuh seputar tema-tema berat seperti tema ketuhanan, kemanusiaan, falsafah dan semangat patriotik.

“Ratna” menurut pengertian Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bermaksud permata yang berharga; merujuk kepada tanah air tempat tumpah darah yang nilai cintanya infiniti. Tanah air yang memiliki budaya material dan bukan material, yakni harta milik negara yang menjadi kebanggaan warga. Dalam rangkap pertama, liriknya seakan merayu agar tanah air tercinta menghentikan tangisannya ekoran pelbagai pergeseran yang berlaku sehingga mencetuskan kegusaran, memudarkan kecintaan terhadap negara, menghakis semangat perpaduan yang dibina sejak sekian lama, malah mewujudkan semakin ramai kelompok enau dalam belukar, mengakibatkan permata yang berharga semakin tidak terjaga.

Lirik dalam rangkap kedua memaparkan pengertian bahawa wujud dalam kalangan warga yang hipokrit, yang manis di mulut tetapi tidak di hati. Mereka membajak hasil bumi semahu-mahunya, merosakkan segala kelestarian alam atas tiket pembangunan, menggugat perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan; kerana mereka tak pernah merasakan sengsara di dalam cinta dan rindu para pejuang dahulu yang sanggup berpisah dengan keluarga tercinta, demi perjuangan mewujudkan Malaysia yang megah berdiri di atas paksinya.

Rangkap ketiga mengisahkan tentang sumpah dan janji yang diungkapkan untuk kekal setia mencintai tanah air walau apa pun yang berlaku. Allahyarham memilih ayat di atas kaca jiwaku. Kenapa kaca? Kenapa tidak kayu jati atau besi? Pada persepsi saya, selain daripada mengekalkan nilai estetika dalam penulisan liriknya, pemilihan diksi kaca memiliki impak berbeza. Kaca bersifat lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai dan secara biologinya merupakan bahan yang tidak aktif lalu boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Kaca selalu membias perlakuan-perlakuan orang yang menggunakannya. Kaca juga kadangkala boleh pecah berderai jika tidak dijaga dengan

(31)

rapi, malah mampu melukakan sesiapa sahaja. Kaca akan mencerminkan kebenaran meskipun pada mulanya kebenaran itu tidak dapat dilihat oleh manusia. Lirik akhir ini mengandungi harapan bahawa suatu hari nanti, seluruh generasi di Malaysia akan menyedari bahawa tiada tanah lain yang senikmat tanah air sendiri, iaitu ketika pada malam pabila bintang terang, menerangkan kenyataan.

Kesimpulannya, cakupan kreativiti sangat luas dan bersifat subjektif. Penikmat lagu yang sebenar tidak hanya terpesona dengan gubahan melodi tetapi juga mesej yang diam bersembunyi di sebalik liriknya. Menjadi kreatif membawa konotasi menjadi lebih cerdik, meninggalkan kejumudan menjadi sampah-sampah yang barangkali boleh dikitar semula! Apa pun, mencintai tanah air itu dituntut seperti kata-kata ini, hanya ada satu tanah yang dapat disebut tanah airku. Ia berkembang dengan usaha dan usaha itu adalah usaha kita (Dr. H. Mohammad Hatta @ Bung Hatta).

Rujukan:

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1987). Glosari Istilah Sastera. K Publishing & Distributors Sdn Bhd.

Ratna Laila Shahidin. (2017). Kumpulan Puisi Benarlah Katamu Cetakan Kedua. Penerbit UUM Press.

(32)

VUCA DAN CABARANNYA Badriyatun binti Kamar Jabatan Pengajian Melayu IPGKPT

Apakah itu VUCA? VUCA mula muncul pada tahun 1987 setelah diperkenalkan oleh tentera Amerika untuk menggambarkan situasi geo-politik pada ketika itu. Army War College memperkenalkan istilah VUCA untuk menggambarkan geopolitik di Afghanistan dan Iraq setelah Perang Dingin. Istilah tersebut kemudiannya digunakan dalam pelbagai bidang, bermula daripada bidang perniagaan hinggalah ke pendidikan dan dalam kalangan masyarakat yang lebih luas. Kehidupan hari ini yang penuh dengan ketidakjelasan sedang menyerang semua kalangan masyarakat.

VUCA merupakan Akronim dari perkataan-perkataaan berikut iaitu Volatility, Uncertainity, Complexity, dan Ambiguity.(Benny Danang,2018) Volatility merupakan suatu keadaan yang cepat berubah.Sesuatu itu berubah terlalu drastik. Belumpun sempat kita mengaplikasikan sesuatu yang kita pelajari, sudahpun berlaku perubahan. Sehingga kita tidak mampu mengejar perubahan ini. Contohnya telefon bimbit, komputer atau teknologi lain. Sewaktu zaman tenang pada sekitar tahun 1970 -an - 1980-an, sesuatu keadaan itu stabil dalam tempoh yang lama.Oleh sebab itu kita dapat membuat ramalan atau jangkaan mengenai apa yang akan berlaku seterusnya. Sekarang jika lambat membuat jangkaan, kita akan tertinggal jauh ke belakang. (Sohor Kini, 2019)

Uncertainity pula merupakan satu keadaan yang tidak menentu, tiada kepastian dan ketidaktentuan. Pada zaman kini tidak ada satu pun yang benar-benar pasti. Kita tidak boleh lagi banyak bercakap tanpa pandai bertindak. Tidak perlu bermesyuarat dalam tempoh yang lama tetapi tiada tindakan yang diambil bagi menangani ketidaktentuan tersebut. Sebagai ketua atau pemimpin kita perlu banyak mendengar penjelasan daripada orang bawahan kerana mereka yang lebih tahu apa yang berlaku di lapangan. Pemimpin perlu mendengar dan menilai sesuatu perkara dari setiap sudut. Tidak boleh lagi membuat keputusan sendiri tanpa mempedulikan sudut pandang orang lain. Contohnya apabila mahu menerangkan sesuatu, ia perlu disampaikan dengan jelas. gunakan bahasa yang difahami oleh semua orang. Dalam

(33)

dunia VUCA, ia sangat membuang masa apabila kita mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara. Tindakan yang diambil perlu tepat. Libatkan orang bawah atau pekerja dalam setiap perbincangan mengenai visi syarikat atau organisasi. Jangan buatkan orang bawahan kita perlu mengambil masa untuk memahami sesuatu. (Sohor Kini, 2019)

Complexity bermaksud satu keadaan yang kompleks. Dunia sekarang banyak masalah dan serabut. Banyak perkara yang tidak jelas. Seorang pemimpin perlu ada visi atau KPI yang jelas, bersasar dan mempunyai skop kerja yang terarah. Seharusnya tiada arahan yang bertindih. Setiap pekerja perlu dinyatakan perkara yang boleh dilakukan dan yang dilarang dan beritahu dengan jelas kehendak syarikat atau organisasi agar tidak menimbulkan permasalahan. Oleh itu dalam zaman VUCA ini setiap arahan perlu sentiasa jelas dan mampu menjelaskan agar tidak timbul permasalahan yang kompleks. (Sohor Kini, 2019)

Ambiguity pula membawa maksud tiada kejelasan, iaitu sesuatu itu dalam kesamaran dan wujud pelbagai maksud bagi sesuatu perkara itu terhadap persekitaran. Masa hadapan yang semakin samar-samar. Dalam dunia VUCA, semuanya samar-samar kerana keadaan berubah terlalu laju. Dalam keadaan ambiguity ini, kita tidak perlu banyak merungut atau bersungut. Kita perlu belajar menerima arahan yang berubah -ubah kerana sebagai ketua, mereka mahukan kepastian dan kestabilan. (Sohor Kini, 2019) Setiap keputusan yang diambil perlu melibatkan proses yang kompleks. Ini kerana seorang ketua tidak dapat membuat ramalan yang tepat atau hampir tepat. Bidang pendidikan juga terkesan dengan VUCA ini. Lihatlah sekarang dalam menghadapi pendemic Covid-19 ini kita sudah jadi tidak karuan (Sayyidatul Khoiridah,2020) Kita tiada persediaan dalam menangani uncertainity dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, tidak kira lah di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi

(34)

Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dalam amanatnya pada 14 Januari 2019, mengakui bahawa kita sedang hidup dalam zaman VUCA. Kita tidak dapat mengelak malah perlu mendepani arus globalisasi melalui pendidikan yang relevan dengan generasi millenial. Menurutnya lagi, golongan pendidik perlu faham dengan karakter generasi yang intim dengan teknologi, lebih jagat dan berfikiran terbuka.

Oleh itu, menurutnya lagi, anak-anak kita perlu dilengkapkan dengan pengetahuan teknologi dan komunikasi (ICT), malah kementerian juga akan berusaha memanipulasi teknologi blockchain, kepintaran buatan (Artificial intelligence) dan ‘penjagatan internet’ (Internet of things) di dalam sistem pendidikan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta penyimpanan data.

Para guru dan pendidik mesti berada di depan setiap masa seperti dalam memahami terma teknologi untuk memastikan dapat menghasilkan pelajar berbakat dengan kemahiran yang boleh dipasarkan. Cara pendidikan dalam era milenium tidak hanya menjadi perpindahan pengetahuan di kalangan sekumpulan pelajar oleh seorang guru tetapi perlu ada campur tangan teknologi agar objektifnya adalah untuk merangkul dan mengadaptasi teknologi dengan cara yang paling berkesan dan bermakna.

Di seluruh dunia institusi pendidikan kini berubah secara tiba-tiba bagi mengoperasikan pendidikan dalam persekitaran VUCA yang ditekan oleh Covid-19. Pemikiran dan kepimpinan VUCA memerlukan corak penyampaian pendidikan yang lebih produktif dan maju bagi memastikan proses pendidikan dilaksanakan sebagaimana biasa meskipun dalam persekitaran dunia yang berubah. Contohnya pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara segerak dan tidak segerak dengan menggunakan pelantar Google Classroom seperti yang telah dilaksanakan oleh para pensyarah di IPG Kampus pendidikan Teknik, sangat membantu dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ini. Sekurang-kurangnya para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran dan yang utamanya ialah para pensyarah turut berubah secara drastik dalam menyampaikan ilmu.

(35)

Memandangkan dunia sekarang sangat tidak keruan dan tidak stabil, tidak menentu, kompleks dan tidak masuk akal, sistem aliran maklumat semasa sangat penting dan menjadikannya lebih berkesan dan telus supaya setiap pihak berkepentingan menyedari sepenuhnya kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang telah berubah 360 darjah.

Para pelajar perlu disediakan dengan segala ilmu dan keperluan pada masa hadapan. Silibus perlu dibuat dan disemak sejajar dengan keperluan semasa. Silibus yang lapuk dan berbentuk konvensional harus dibuang dan diganti dengan yang lebih dinamik dan terkehadapan. Jika tidak, pelajar kita akan jauh di belakang jika kejayaan hanya diukur dengan bilangan A yang diperoleh. Sejarah telah membuktikan bahawa hanya dengan keinginan untuk mengumpulkan rakan-rakan dalam reunion maka Mark Zuckerberg mencipta inovasi Facebook. Jack Ma yang hanya ingin menolong sahabat-sahabatnya di China untuk berdagang lahirnya Ali Baba.Com. Larry Page yang tujuan asalnya hanyalah untuk membantu rakan-rakannya agar tidak membawa buku-buku yang berat dalam membuat rujukan, akhirnya lahirlah Google.(Ary, Ginjar.2019) Inovasi seperti inilah yang perlu ada dalam kalangan pelajar kita dalam mendepani dunia VUCA.

Sebelum kita mengubah pelajar, kepimpinan pendidikan perlu terlebih dahulu cakna dengan dunia VUCA ini. Mereka perlu terlebih dahulu untuk berfikir, berusaha, dan bertindak dalam mendepani dunia VUCA ini. Persoalannya ialah ramaikah pemimpin pendidikan yang tahu, memahami, mempunyai keupayaan untuk mengubah lanscape pendidikan didunia VUCA (Kemeruapan, Ketidakpastian, Kerumitan dan Kekaburan). Bagaimanakah kita perlu mendepani dunia VUCA ini? Dunia VUCA ini perlu kita hadapi dengan VUCA itu sendiri. Lawan dari VUCA adalah stability (kestabilan), certainty (kepastian), simplicity (kesederhanaan) dan clarity (kejelasan). Keempat-empat poin tersebut akan menukarkan VUCA yang penuh dengan kecelaruan kepada VUCA yang penuh dengan keamanan. (Ary, Ginjar.2019)

(36)

Bagi mendepani Volatility (kemeruapan) kita perlu ada visi. Kita perlu mempunyai kemahiran meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan keadaan semasa. Kita juga perlu memastikan diri kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan terkini. Uncertainty pula kita hadapi dengan certainty iaitu kejelasan yang cemerlang. Kita perlu menghentikan ancaman dengan memanfaatkan peluang baharu. Complexcity kita hadapinya dengan bertindak balas terhadap sesuatu yang komlpeks dengan penjelasan. Perjelaskan komunikasi dan perkenalkan kerja berpasukan dan kolaboratif. Ini akan memberikan arahan yang jelas dan menggalakan mereka untuk untuk menyelesaikan masalah yang kompleks secara bersama-sama. Dan akhirnya Ambiguiti kita hadapi dengan melawan kekaburan itu dengan ketangkasan. Sesuaikan diri dalam keadaan yang tidak menentu. Memberi galakan dengan skil yang baharu dan merangsang perdebatan secara sihat, dan mengalakkan kreativiti.

Hanya individu yang mahu berubah dan ingin berubah sahaja yang boleh mendepani dunia VUCA. Kita tidak boleh lagi mengenang masa lampau tanpa ada visi untuk menjengah masa hadapan. Kemahiran teknologi, nilai dan visi menjadikan kita mampu mendepani dunia VUCA.

Ini terungkap seperti yang dikatakan oleh Sun Tzu dalam bukunya Art of War (Feng,2007), pemahaman tentang medan pertempuran akan membuat seorang jenderal dapat mengatur strateginya tanpa harus mengorbankan banyak pihak.

(37)

Rujukan:

Ary Ginanjar. Era VUCA & Cara Menghadapi Perubahan - Spiritual Samurai Eps 8 Video Motivasi. https://www.youtube.com/watch?v=8HxNKLkq29k. 15 Jun 2019. Benny Danang Sutianto, Gustav Anandhita. Unika Dalam Wacana Publik 2017-2018: Transformasi Inspiratif. Jakarta. 2018

Sayyidatul Khoiridah, Dian Ferisswara. Merdeka Berpikir: Catatan Harian Pandemi Covid-19. UNITOMO PRESS. Jawa Timur. 2020

Sun-Tzu. Sun-Tzu on the Art of War: The Oldest Military Treatise in the World.Global Language Press. USA.2007

https://www.studilmu.com/blogs/details/pengertian-konsekuensi-dan-keterampilan-di-era -vuca https://www.wartaekonomi.co.id/read202181/apa-itu-vuca https://www.nutriclub.co.id/article-balita/stimulasi/tumbuh-kembang-anak/mendidik-anak-siap-menghadapi-era-vuca https://investor.id/investory/vuca-norma-baru-pasar-era-covid19 https://sarawakvoice.com/2019/01/14/amanat-menteri-pendidkan-pendidikan-untuk-semua-tanggungjawab-semua/

https://kheru2006.livejournal.com/1865012.html- Transformasi Pendidikan Melalui

VUCA

(38)

Towards the Effective School: Context and Strategies for Improvement MURALI A/L MURUGASEN, FAUZIAH BT HASHIM, NORHAYATI BT HASHIM,

DR HILMI BIN AHMAD SHAGHIR, RAMLI BIN SETAPA

Definition

Schools are different. Some are lively, some are happy. When we walk into the schools, and more so when we live and have our history in them as pupils ad teachers, we can feel the differences. Schools have their own tone, their own vibrations ad soul that set them apart and make them unique. This tone or culture or ethos or climate, as it has been vari-ously called is a result of the way in which the individuals in the school interact, how they behave towards each other and their expectations of one another. A school’s culture has a very powerful influence on the life of those within it and on the success, in academ-ic, social an personal terms, that the individuals within the school achieve. To say this is not to say anything new. We all know it from our own experiences. If we do not feel it on a day-o-day basis, our memory soon conjures up images and feelings from our past. We can all put our own achievements into its proper context- the social milieu, the good and bad teachers, the successful and unsuccessful moments and so on.

Despite the authenticity of our feelings, it is only since the late 1990’s that educationalists have begun o come to terms with what the culture of the school is all about. Rutter and his colleagues went on to demonstrate that individual schools do make the difference to pupils’ behaviour and attainment. Although their results have been criticised on methodo-logical grounds (Goldstein, 1990), the substance of their arguments stands. Moreover, other researchers (Reynolds et al, 1986) have published books and research reports with similar findings, all of which support the notion that schools are different and can have an important impact on the lives of their pupils, teachers and communities. What is particu-larly can and do make a difference to pupils’ achievement, but that these schools’ cli-mate, culture or ethos and their ‘quality’ as a social systems.

By implication, therefore, two pupils from similar social backgrounds and of similar in-tellectual abilities can perform differently at two outwardly similar schools because of the unique blend of academic and social circumstances to be found within the two

Gambar

Gambar hiasan  Wow… bestnya dapat kerja dari rumah….
Gambar askar-askar Malaysia yang berkawat mengikut ketinggian
Gambar Sekadar Hiasan

Referensi

Dokumen terkait

Prosedur yang dilakukan dalam penelitian ini dengan memeriksa gigi pada anak sindroma Down untuk melihat debris makanan maupun kalkulus (karang gigi) yang ada

Jenis kelelahan yang disebabkan oleh aktifitas kerja yang bersifat rutin, monoton ataupun lingkungan kerja yang sangat menjemukkan Situasi kerja yang monoton

Secara umum konsep agrowisata mengandung pengertian suatu kiat atau perjalanan wisata yang dipadukan dengan aspek-aspek kegiatan pertanian (Windia dkk, 2013). Subak Tanah

Variabel luas tanam berhubungan positif dan berpengaruh nyata terhadap luas areal panen, hal ini menunjukkan peningkatan luas tanam dapat meningkatkan luas areal

1) mengetahui kondisi pekerjaan yang diinginkan. Siswa yang memiliki perencanaan karir maka akan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tentang kondisi pekerjaan

Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Evakuasi

efesiensi tenaga kerja dan kebersihan gabah < 0,05 maka berarti bahwa variabel bebas diatas memberikan pengaruh parsial yang signifikan terhadap kecenderungan petani

Dari Tabel 3 diatas dapat dilihat tingkat partisipasi petani terhadap program AUTP tergolong dalam kategori sedang baik dalam tahap pelaksanaan, tahap menikmati