• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMAHAMI JANGKITAN DAN KESTABILAN CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 69-76)

Hairiah Binti Munip, PhD Jabatan Sains

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat getir bagi penduduk di seluruh dunia kerana te-lah dikejutkan dengan wabak penyakit yang merbahaya iaitu penyakit yang disebabkan oleh Coronavirus (CoV). Coronavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan ke atas salur pernafasan. Terdapat beberapa jenis Coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah dikenali sebagai Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh me-nyebabkan spektrum bersimptom daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang tiga penemuan awal berkaitan jangkitan dan kestabilan Covid-19. Penyelidikan pertama dijalankan oleh penyelidik di Imperial College London, Columbia yang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China. Hasil penyelidikan mereka telah berjaya membina satu model komputer bagi menjelaskan mengapa Covid-19 tersebar dengan cepat. Mereka juga mendapati kehadiran virus tidak dapat dikesan sehingga berminggu-minggu lamanya dan hasilnya, ramai yang telah di-jangkiti di beberapa daerah di China tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Oleh sebab itu, langkah pencegahan jangkitan tertangguh, menyebabkan bilangan individu yang dijangkiti semakin meningkat.

Penemuan berikutnya juga menunjukkan keseriusan jangkitan SARS-CoV-2 (Covid-19). Penemuan ini menjelaskan penyebaran geografi Covid-19 yang pesat dan menunjukkan bahawa pembendungan virus ini akan menjadi semakin mencabar. Virus influenza pan-demik H1N1 2009 juga menyebabkan banyak kes ringan dengan cepat merebak ke per-ingkat global, dan akhirnya menjadi kes endemik. Pada masa ini, terdapat empat strain Coronavirus endemik yang beredar bebas dalam populasi manusia (229E, HKU1, NL63, dan OC43) namun penyebarannya agak perlahan berbanding Covid-19. Sekiranya Covid -19 mengikuti corak influenza pandemik H1N1 2009, ia juga akan merebak ke seluruh dunia dan menjadi coronavirus endemik yang kelima di dalam populasi manusia. Kajian ini mengesahkan apa yang telah dijelaskan oleh pengamal perubatan iaitu Covid-19 tidak menunjukkan gejala dengan segera, tidak seperti SARS di mana individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala dengan cepat.

Oleh yang demikian saranan daripada Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) adalah sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 perlu mengasingkan diri secepat mungkin, memaklumkan kontak rapat yang lain dan memaklumkan pihak Ke-menterian Kesihatan. Kajian ini menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 dan SARS-CoV-1 mempunyai persamaan dari segi kadar jangkitan. Walau bagaimanapun, wabak SARS hanya melanda beberapa negara Asia, manakala Covid-19 telah menjadi satu pandemik. Salah satu kemungkinan adalah kerana pesakit SARS menunjukkan gejala secara lang-sung dan terus mengasingkan diri. Gejala pada pesakit Covid-19 pula amat perlahan (atau tiada gejala langsung) dan tanpa sedar, mereka telah menyebarkan jangkitan kepada orang sekeliling

Dalam satu kajian kestabilan Covid-19, penyelidik di National Institutes of Health (USA) telah menggunakan Nebulizer untuk menyembur SARS-CoV-2 (virus Covid 19) dan SARS-CoV-1 (virus menyebabkan SARS) ke dalam tangki kultur bagi mengkaji ketahan-an virus tersebut selepas tempoh masa yketahan-ang berlainketahan-an. Kajiketahan-an menunjukkketahan-an Virus boleh bertahan melebihi 3 jam di udara. Virus juga boleh bertahan selama 4-8 jam di per-mukaan kertas dan tembaga, manakala di atas perper-mukaan plastik dan logam keluli Virus boleh bertahan selama 72 jam. Kajian ini mengesahkan apa yang telah disarankan oleh

KKM bahawa seseorang individu boleh dijangkiti oleh pesakit Covid-19 melalui batuk dan bersin. Justeru, saranan daripada KKM ialah individu yang dijangkiti perlu memakai topeng muka sebelum menghampiri individu lain. Penjarakan sosial perlu diteruskan: duduk di rumah dan jika keluar, pakai pelitup muka dan jarakkan diri 3-6 kaki dari orang lain. Kajian ini juga menjelaskan bahawa virus mampu bertahan di permukaan plastik dan keluli berbanding tembaga dan kertas. Maka, permukaan plastik dan keluli perlulah dibersihkan dengan teliti. Tisu yang telah digunakan ketika bersin perlulah dibuang dengan cara yang betul.

Dalam mengharungi situasi ketidaktentuan yang belum pernah terjadi di sepanjang hayat kita disebabkan pandemik Covid-19 ini juga, Akademi Sains Malaysia telah menubuhkan Special Interest Group (SIG) on COVID-19 yang terdiri daripada Felow Akademi. Tujuannya adalah untuk menilai hasil penyelidikan di seluruh dunia dan mengeluarkan lembaran fakta bagi membantu masyarakat memahami implikasi dan batasan penyelidi-kan. Akademi Sains Malaysia menjelaskan sehingga kini, belum ada rawatan yang ter-bukti berkesan untuk COVID-19. Pengurusan klinikal hanya tertumpu kepada mengu-rangkan simptom dan rawatan sokongan, seperti mengawal cecair dan memastikan pemakanan tubuh kekal seimbang dan sihat serta menyokong fungsi fisiologi pesakit.

Usaha giat sedang dilakukan bagi mengenalpasti kaedah terapeutik yang paling berkesan untuk merawat COVID-19. Setakat ini, terdapat beberapa agen terapeutik telah dikenal-pasti seperti Chloroquine, Hydroxychloroquine, Lopinavir-Ritonavir, Favipiravir, Remdesivir, Azithromycin, Ribavirin, Interferon, plasma pemulih, steroid, atau anti-IL-6 yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Pemilihan agen terapeutik dibuat ber-dasarkan keberkesanan sifat anti-virus dan/ atau anti-keradangan agen melalui ujian ter-hadap sel, atau lebih dikenali sebagai teknik eksperimen in vitro.

Penyelidikan dan inovasi sains akan menjadi penting dalam menstabilkan dan mengu-rangkan kesan-kesan daripada pandemik COVID-19 yang berkembang pesat. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dipilih untuk terlibat dalam kaji selidik Solidariti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengkaji keberkesanan dan kesela-matan agen teraputik lain seperti Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Lopinavir/ Ritonavir dengan Interferon beta-1a, dan Chloroquine atau Hydroxychloroquine. Rasional di se-balik percubaan peringkat global ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pe-sakit daripada 90 buah negara melalui reka bentuk percubaan klinik yang sudah melepasi piawaian. Melalui usaha ini, keputusan dapat diperolehi dengan cepat yang mana mampu memberikan bukti kukuh dalam menentukan keberkesanan untuk rawatan yang paling berkesan. Coronavirus atau COVID-19 adalah virus Corona yang baru dan KKM senti-asa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini. Kita mengharapkan penemuan bagi kajian klinikal untuk Covid-19 akan berjaya menemukan agen teraputik pada suatu hari nanti.

Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (2020). Laman web khas COVID-19

http://covid-19.moh.gov.my/

MERCY Malaysia Wakaf COVID-19 @ MERCY Malaysia, (2020).

https://www.mercy.org.my/donate/wakaf-covid19/

UNICEF Malaysia, (2020). Gedung maklumat mengenai COVID-19 termasuk artikel, soalan

Konsep Ilmu Dalam Integrasi Disiplin STEM : Satu Kupasan Ringkas Pendekatan STEM dari Perspektif Falsafah

Mohd Razip Bajuri, Jabatan Matematik

Pendekatan integrasi disiplin STEM dalam konteks falsafah ilmu boleh difahami melalui tiga konsep utama. Konsep pertama ialah konsep bentuk kewujudan ilmu atau ontologi ilmu. Dalam konsep ini, ilmu dalam integrasi STEM terbina dari dua bentuk iaitu mutlak dan relatif. Konsep kedua falsafah ilmu dalam integrasi STEM ialah konsep proses pem-binaan ilmu melalui pendekatan STEM atau lebih dikenali sebagai epistemologi STEM. Konsep ketiga adalah konsep nilai ilmu melalui pendekatan STEM atau aksiologi dalam pendekatan STEM. Ketiga-tiga konsep tersebut perlu dibincangkan dari aspek falsafah sebagai asas untuk membina kefahaman agar kelistarian terhadap pendekatan tersebut dapat dibina (Chesky & Wolfmeyer 2015; Yanez et al. 2019). Melalui ketiga-tiga konsep tersebut juga, pendekatan integrasi disiplin STEM mampu membina dimensi-dimensi ter-tentu yang boleh memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.

Konsep ontologi dalam STEM masih kurang dibincangkan secara khusus dalam konteks integrasi disiplin STEM. Hal ini disebabkan dari kurangnya literature yang mengaitkan integrasi disiplin STEM dengan konsep bentuk kewujudan ilmu selain dari ia hanya di-anggap sebagai konsep yang tidak mempunyai kaitan dengan integrasi STEM secara praktikal. Namun ia merupakan suatu aspek falsafah yang mempunyai nilai kebenaran dan merupakan aspek dasar dalam pembinaan pengetahuan. Justru, banyak ruang boleh diteroka dalam aspek falsafah ilmu pengetahuan melalui pendekatan integrasi STEM. Hal ini perlu diterapkan terlebih dahulu sebagai asas, yang mana kebanyakan permasalahan dalam pendekatan integrasi disiplin STEM secara umumnya melibatkan aspek asas yang perlu disesuaikan mengikut spektrum sesuatu golongan sasar. Ia seterusnya akan menen-tukan metodologi pelaksanaannya. Menurut Osman (1998), metodologi dalam mempela-jari sesuatu disiplin ilmu amat bergantung pada sifat mutlak dan relatif sesuatu bentuk ilmu. Dengan cara tersebut manusia mampu melakukan sintesis terhadap permasalahan yang dihadapi (Koh & Chapman 2019). Integrasi disiplin STEM itu sendiri sebenarnya

terdiri dari gabungan antara ilmu sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi yang mempunyai sifat mutlak dan relatif (Osman 2016). Nadelson dan Seifert (2017) menegas-kan bahawa pada masa kini, dunia berada dalam fasa transisi revolusi digital dan teknolo-gi maklumat kepada era dunia sintesis. Dalam era dunia sintesis ini, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) perlu difokuskan kepada domain kepakaran baru yang perlu di-capai, antaranya ialah seperti kebolehan menilai dan menerapkan pengetahuan yang ber-beza-beza, menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan teknologi baru yang canggih, mempersiapkan diri dengan kebolehan kerjaya merentas disiplin dan menggabungkan pelbagai disiplin untuk keperluan yang lebih mencabar (Brown & Bogiages 2019; Moser, Ivy & Hopper 2019). Kesemua aspek-aspek tersebut memerlukan seseorang untuk melakukan sintesis dan akhirnya mampu membezakan antara sifat-sifat hakiki dan relatif.

Konsep epistemologi dalam integrasi disiplin STEM pula membincangkan bagaimana caranya untuk melakukan integrasi disiplin STEM. Natijahnya kemampuan untuk mem-bina dimensi-dimensi seperti kompetensi kerjaya (Brown & Bogiages 2019), penghasilan karya dan akhirnya mampu untuk memenuhi tuntutan dalam agama (Osman 2016) juga dapat dicapai. Dimensi-dimensi ini boleh dicapai dengan nelalui penerapan prinsip-prinsip seperti prinsip-prinsip integrasi disiplin STEM sebagai suatu bentuk penyelesaian masa-lah yang bukan mementingkan kepada jawapan yang khusus bagi sesuatu persoalan, na-mun ia lebih mementingkan aspek proses bagaimana masalah itu diselesaikan (Neill et al. 2019). Meluli konsep epistemologi dalam pendekatan STEM, prinsip pemindahan penge-tahuan adalah prinsip yang merangkumi konsep bagaimana ilmu dalam integrasi disiplin STEM berlaku Sun dan Looi (2019). Prinsip ini mampu untuk membina dimensi kompe-tensi dalam kerjaya, dorongan dan motivasi untuk menggunakan pendekatan integrasi disiplin dan seterusnya penghasilan sesuatu karya. Dalam prinsip pemindahan penge-tahuan, secara praktikalnya ia boleh dilakukan dengan cara menerapkan elemen-elemen seperti aktiviti penyampaian sesuatu ilmu pengetahuan kepada orang lain, menggunakan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang untuk menyelesaikan masalah dalam bidang yang lain dan pengembangan sesuatu pengetahuan dalam konteks yang lebih pelbagai.

Konsep aksiologi ilmu pengetahuan dalam integrasi disiplin STEM pula adalah satu kon-sep bagi memastikan nilai ilmu yang dibangunkan hasil dari integrasi disiplin STEM merupakan ilmu yang dapat memberikan sumbangan dan manfaat sesama (Bourdeau 2019; Brown & Bogiages 2019). Melalui konsep ini dimensi-dimensi seperti memenuhi tuntutan dalam agama dan keupayaan dalam penghasilan sesuatu karya dapat dicapai (Syyed Hossein 2005). Dimensi-dimensi tersebut boleh dicapai dengan cara menerapkan elemen-elemen seperti keupayaan mengaitkan ilmu sains dengan konsep akidah dan rasa ingin tahu terhadap sesuatu fenomena dan melihat ilmu sains sebagai ilmu yang ber-sepadu serta memahami kewujudan ilmu sebagai suatu bentuk ilmu hakiki (Yusof et al. 2015; Seyyed Hossein 2008) dan relatif manakala integrasi disiplin hanyalah sebagai satu ikatan dan adunan antara bidang-bidang ilmu mengikut sesuatu peraturan.

Rujukan

Bourdeau, D. 2019. What Is Humanistic STEM and Why Do We Need It? Journal of Humanistic Mathematics, 9(1`), 205–216.

Brown, R. E. & Bogiages, C. A. 2019. Professional Development Through STEM Integration: How Early Career Math and Science Teachers Respond to Experiencing Integrated STEM Tasks. International Journal of Science and

Mathematics Education, 17(1), 111–128.

Koh, K. & Chapman, O. 2019. Problem-Based Learning, Assessment Literacy, Mathematics Knowledge , and Compe-tence in Teacher Education. Postsecondary Learning and Teaching, hlm. 74–80. University of Calgary.

Mohd Yusof, O., Azami, Z., Mashitoh, Y., Faszly, R., Ibnor Azli, I. & Zulkifli Mohd, N. 2015. Tauhidic Science : What & Why. Recent Advances in Computer Supported Education, (September), 63–71.

Moser, K. M., Ivy, J. & Hopper, P. F. 2019. Rethinking content teaching at the middle level: An interdisciplinary ap-proach. Middle School Journal, 50(2), 17–27.

Nadelson, L. S. & Seifert, A. L. 2017. Integrated STEM defined: Contexts, challenges, and the future. Journal of

Edu-cational Research, 110(3), 221–223.

Neill, M. O., Adams, M. P., Bandelt, M. J., Chester, S. A., Cai, W. & Nadimpalli, S. P. V. 2019. Cohort Learning: Sup-porting Transdisciplinary Communic ation and Problem-solving Skills in Graduate STEM Researchers.

Interna-tional Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 31(1), 166–175.

Osman, B. 1998. Classification of Knowledge in Islam. Islamic Texts Society,. Cambridge: Islamic Texts Society. Osman, B. 2016. Science and Technology for Mankind’s Benefit: Islamic Theories and Practices – Past, Present, and

Future. Dlm. Kamali (pnyt.), Daud (pnyt.), & Bakar (pnyt.). Islamic Perspectives on Science and Technology, hlm. 17–35. Kuala Lumpur: Springer.

Seyyed Hossein, N. 2008. The Garden of Truth. New York: Harper Collins.

Sun, D. & Looi, C. 2019. An Inspiration from Border Crossing: Principle of Boundary Activity for Integrating Learn-ing in the Formal and Informal Spaces. Dlm. Looi (pnyt.). Seamless LearnLearn-ing, hlm. 73–88. SLearn-ingapore: SprLearn-inger Nature Singapore Pte Ltd.

Syyed Hossein, N. 2005. The Need for a Sacred Science. Richmond: Curzon Press.

Yanez, G. A., Thumlert, K., de Castell, S. & Jenson, J. 2019. Pathways to sustainable futures: A “production peda-gogy” model for STEM education. Futures,.

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 69-76)