• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM ERA DIGITAL : PELUANG DAN CABARAN

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 117-126)

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Haslina binti Jaafar

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM ERA DIGITAL : PELUANG DAN CABARAN

oleh: Dr. Rabahyah Tahir

Gelombang Revolusi Industri 4.0 yang melanda dunia bukan sahaja membawa transfor-masi terhadap sektor pembangunan sains dan teknologi negara tetapi juga keseluruhan gaya hidup masyarakat. Oleh itu, semua sektor harus merancang dan melakukan peru-bahan seiring dengan transformasi digital untuk memastikan mereka kekal berdaya saing di samping memanfaatkan gelombang transformasi. Begitu juga halnya dengan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan agen pem-binaan negara bangsa di Malaysia. Lantaran itu, usaha pemerkasaan bahasa Melayu da-lam era digital harus dilakukan agar bahasa Melayu kekal menjadi bahasa hebat se-bagaimana suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam komunikasi pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Bahasa Melayu perlu mengalami trans-formasi agar terus relevan sebagai bahasa pilihan dalam komunikasi segenap kehidupan masyarakat yang mewarisinya walaupun tidak dinafikan usaha tersebut pasti berdepan dengan cabaran seiring dengan modenisasi dan digitalisasi dunia sekarang.

Dominasi aplikasi digital dalam kehidupan kini memberi kuasa kepada hujung jari untuk mengeksplorasi dunia tanpa sempadan. Justeru, akses terbuka (open access) memberi ru-ang dan peluru-ang kepada sesiapa sahaja mengakses ilmu atau informasi yru-ang dikongsikan secara maya melalui platform tersebut. Menurut Bailey (2006), akses terbuka merupakan bahan penulisan oleh ahli akademik dan penyelidik yang dapat diakses secara percuma dengan menggunakan internet. Secara tidak langsung pemanfaatan akses terbuka akan memberi ruang kepada para pengkaji untuk menyebarluaskan dapatan/teori kajian mereka lantaran kebolehcapaian untuk mengakses ilmu/informasi tersebut adalah sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu, kajian oleh Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, Jama’yah Zakaria, dan Norazlina Mohd Kiram (2018) mendapati bahawa akses terbuka memberi ruang un-tuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo,Ask.com, AOL.com, dan Baidu yang merupakan enjin carian secara percu-ma membolehkan seluruh dunia menyaksikan kepercu-mampuan bahasa Melayu

mengungkap-kan ilmu-ilmu moden di dunia. Tambahan pula, enjin carian paling popular, iaitu Google yang turut menawarkan aplikasi lain Google Maps, Google Translate, Google Images, Google Books, Google Scholar, Google News pastinya memberi lebih banyak platform untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu seantero dunia. Secara tidak langsung hal ini membuka ruang seluas-luasnya untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital.

Di samping itu, arus modenisasi dan globalisasi ternyata menguji kemampuan bahasa Melayu berkembang segerak dengan arus semasa tanpa perlu meminggirkan identiti ba-hasa yang diwarisi sejak turun temurun. Oleh itu, sifat dinamis yang ada pada baba-hasa Me-layu harus diolah secara kreatif, inovatif dan realistik agar penggunaannya tetap relevan dalam membicarakan apa-apa juga bidang dalam kehidupan mahupun dalam mengungkap ilmu moden masa ini (Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah, 2015).

Menyedari keperluan tersebut, usaha memperkasakan bahasa Melayu dilakukan dengan melaksanakan kaedah terjemahan bahasa dan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Lantaran itu, Bahagian Peristilahan Dewan Bahasa Pustaka memainkan peranan dengan aktif dalam usaha mengumpul, membentuk, memperbanyak istilah dan seterusnya menerbitkan istilah bahasa Melayu daam pelbagai bidang ilmu. Lantaran itu, Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem telah diwujudkan selaras dengan matlamat untuk me-nyebarkan dan memasyarakatkan istilah. Selain DBP, agensi lain seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) juga telah mengeluarkan hebahan istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara berkala kepada setiap agensi kerajaan. Umpamanya istilah pustakawan siber (cybrarian), pensirnaan (zapping), tanpa sangkalan (non-repudiation), perekah komputer (computer cracker) dan perisian jenayah (crimeware) merupakan antara istilah (ICT) yang telah dikeluarkan secara berka-la dari tahun 2018-2020. Usaha meningkatkan keupayaan bahasa Meberka-layu sebagai bahasa ilmu ini pastinya akan memartabatkan nama bahasa Melayu di persada dunia.

Sehubungan dengan itu, usaha memperkasakan bahasa Melayu ternyata bukan sahaja dil-akukan oleh agensi kerajaan tetapi era digital kini menyaksikan semua orang berpeluang

masing. Rakyat kini bukan lagi penonton media yang pasif sebaliknya penonton media aktif yang mampu membina kandungan media mereka sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah, dalam media sosial, kerap berlaku teguran daripada netizen apabila mereka mendapati ada kandungan media sosial yang menyalahi budaya mahupun jauh tersimpang daripada citra dan identiti bahasa Melayu itu sendiri. Hal yang sedemikian secara tidak langsung membuktikan bahawa pengguna media sendiri boleh bertindak untuk mengawal sebarang tindakan yang mencemarkan atau mengganggu gugat citra dan identiti bahasa Melayu.

Di samping itu, laman media sosial juga membolehkan pencinta bahasa membugarkan ilmu kebahasaan mereka dengan melayari dan mengikuti perkembangan ahli linguistik idola mereka dalam laman sosial. Umpamanya Facebook Awang Sariyan Kembara Baha-sa Melayu MahawangBaha-sa yang penuh dengan informasi dan aktiviti kebahaBaha-saan merentas dunia sememangnya mempunyai pengikut yang ramai. Perkongsian ilmu kebahasaan da-lam facebook beliau secara tidak langsung menjentik kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan komuniti bahasa Melayu.

Selain itu, kewujudan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberi peluang dan ruang kepada pengguna bahasa Melayu untuk merujuk sebarang permasalahan berkaitan dengan bahasa Melayu. PRPM yang diselenggara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka men-jadi pusat rujukan orang ramai di alam maya. Dalam bahasa yang mudah, PRPM menmen-jadi kamus maya yang boleh dirujuk di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak berbahasa Melayu dengan betul kerana bukan sahaja pengertian per-kataan boleh dirujuk di PRPM tetapi juga cara sebutan yang betul.

Walaupun prospek untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital tampak cerah dan mudah tetapi usaha tersebut tidak semudah yang disangkakan. Hal ini kerana zaman digitalisasi ini memberi ruang seluas-luasnya kepada setiap orang untuk berkomunikasi bukan sahaja bersemuka secara fizikal, tetapi juga bersemuka di alam maya. Konsep ter-buka ini juga menyebabkan sukar melakukan kawalan terhadap fenomena yang berlaku. Hal ini demikian kerana media baharu seperti media sosial membolehkan maklumat disampaikan secara meluas tanpa mengira masa dan tempat.

Walau bagaimanapun media baharu ini menyaksikan wujudnya fenomena kerancuan ba-hasa yang sukar dikawal. Kajian oleh Hidayah Shafiee et al. (2019) mendapati bahawa terdapat tiga subtema istilah bahasa rojak yang digunakan di media baharu, iaitu istilah campuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, campuran bahasa Melayu dengan ba-hasa ibunda/bangsa/loghat, dan istilah baharu. Sikap mencampuradukkan baba-hasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam komunikasi merupakan ancaman tehadap kelestarian baha-sa Melayu di bumi Malaysia kerana kajian oleh Lee Lam (2014) mendapati bahawa su-dah menjadi kebiasaan pengguna bahasa Melayu untuk menyelitkan bahasa Inggeris da-lam percakapan mereka. Lebih membimbangkan apabila pengguna bahasa pula sewenang -wenangnya mewujudkan slanga yang jelas jauh berbeza daripada citra bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, wujud bahasa rojak yang begitu popular di media sosial seperti pishang (bosan), koyak (emosi atau sentap), kunyit (lelaki lembut), raklu (gerak dulu), abam sado (lelaki yang berotot) dan hati sado (hati kental). Jelas bahawa, era digital ini menyaksikan bahasa Melayu berhadapan dnegna fenomena kerancuan bahasa yang perlu dikawal untuk memelihara kelestarian dan identiti bahasa Melayu itu sendiri.

Di samping itu, perasaan tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu dalam mengungkapkan ilmu-ilmu baharu menyebabkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mahupun bahasa rasmi ada kalanya dipandang sebelah mata sahaja. Sikap sebegini sememangnya menyukarkan usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di ma-ta dunia. Lebih menyedihkan apabila ada pihak yang tidak yakin bahawa program pengajian bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, malah mula memper-soalkan ilmu kebahasaan yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi (Kartini Abd Wahab, Sa’adian Ma’alip, Maslida Yusof, dan Kattim Harun, 2016). Ternyata ramai yang tidak menyedari bahawa penguasaan komunikasi lisan mahupun bertulis dalam bahasa Melayu itu sebenarnya kemahiran insaniah yang membentuk keperibadian sebagai orang yang disenangi dalam organisasi lantaran penjagaan konsep kesantunan berbahasa dalam komunikasi.

Kesimpulannya, usaha memperkasakan bahasa Melayu dalam era digital bukan suatu usaha mudah yang boleh dicapai dengan usaha sesetengah pihak sahaja. Komuniti bahasa Melayu itu sendiri memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada pihak lain kerana

bahasa di persada dunia. Ayuh kita bangkitkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu bahasa jiwa bangsa.

Bibliografi

Hidayah Shafiee et al.(2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication Vol.4(15), 141-153.

Kartini Abd Wahab, Sa’adian Ma’alip, Maslida Yusof, Dan Kattim Harun (2016). Ke-bitaraan Program Pengajian Bahasa Melayu:Persepsi Dan Harapan Mahasiswa. Jurnal Melayu Bil. 15(2),176-195.

Mohammad Zakuan Mohd Fadzil, Jama’yah Zakaria, dan Norazlina Mohd Kiram (2018). Akses Terbuka sebagai Medium Pemartabatan Bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi Jilid 34 (2), 263-277

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Kerja Raya. Istilah ICT http://www.kkr.gov.my/ms/istilah-ICT

Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah (2015). Mendaulatkan Bahasa Melayu se-bagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis. Journal of Human Devel-opment and Communication Vol.4, 125-134.

CABARAN KOMUNIKASI DI ALAM MAYA DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0 oleh: Dr. Rabahyah Tahir

Revolusi industri 4.0 yang melanda seluruh dunia bukan sahaja memberi tempias kepada kehidupan seharian tetapi juga dalam aspek komunikasi manusia. Perkembangan teknolo-gi automasi, kecerdasan buatan, Internet dan pengkomputeran awan secara tidak langsung mempengaruhi bentuk komunikasi manusia bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi juga masyarakat di kawasan pedalaman. Menurut Ribka Alan (2015) dalam kajiannya terhadap 365 orang masyarakat Orang Ulu di Sarawak mendapati bahawa mereka juga menggunakan saluran komunikasi moden seperti telefon bimbit, radio dan televisyen selain komunikasi perseorangan walaupun 63.2% responden berpendapatan kurang da-ripada RM1500 sebulan.

Senario tersebut menunjukkan bahawa komunikasi zaman sekarang bukan sahaja terbatas pada komunikasi perseorangan tetapi wujud pelbagai medium komunikasi di alam maya sama ada melibatkan komunikasi sehala mahupun dua hala. Kepelbagaian medium komunikasi itu sememangnya membolehkan sebaran komunikasi dilakukan tanpa batasan ruang mahupun waktu. Walau bagaimanapun, situasi sedemikian telah memberi cabaran kepada konsep komunikasi itu sendiri.

Perkembangan teknologi telah memungkinkan medium komunikasi di alam maya men-jadi pilihan untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan organisasi. Oleh itu, cabaran utama untuk menjadikan komunikasi alam maya sebagai saluran komunikasi or-ganisasi ialah memastikan setiap ahli oror-ganisasi mudah akses kepada internet. Aspek mu-dah akses kepada internet merupakan keperluan bagi setiap ahli organisasi. Mahu tidak mahu setiap ahli organisasi perlu bersedia untuk menerima maklumat tentang organisasi melalui medium komunikasi di alam maya tanpa mengira masa dan tempat demi kema-juan organisasi. Hal ini demikian kerana kajian Ahlam Abdul Aziz (2015) mendapati ba-hawa penggunaan Facebook page UiTM dapat meningkatkan pencapaian kerja ka-kitangan kerana halangan komunikasi seperti struktur dan persekitaran dalam organisasi

Di samping itu, pembangun medium komunikasi di alam maya perlu memastikan medi-um tersebut mampu menyampaikan komunikasi yang tepat dan mencukupi kepada pengguna sasaran. Sehubungan dengan itu, kajian oleh Nor Arinah Mohamed Zemudin dan Mohd Azul Mohamad Salleh (2017) mendapati bahawa aspek kebergunaan dan mu-dah guna sesuatu laman web mempengaruhi kepuasan pengguna dan penerimaannya. Misalnya, aspek kebergunaan dan mudah guna yang tinggi bagi laman web UKM telah menjadikannya sebagai satu saluran komunikasi yang berkesan kepada pelajar an-tarabangsa di UKM malah 82.6% daripada mereka melawat laman web tersebut satu hingga dua kali sehari. Oleh itu, laman web yang dibangunkan haruslah bersifat mesra pengguna dan menyampaikan informasi penting yang mencukupi dan diperlukan oleh pengguna sasarannya.

Selain itu, lambakan informasi yang merupakan komunikasi sehala di alam maya memer-lukan pengguna bijak menilai maklumat yang disampaikan. Kemunculan Youtube yang diperkenalkan di Malaysia pada 22 Mac 2012 telah membawa kepada kemunculan fe-nomena ‘ustaz youtube’ (penceramah tanpa tauliah) yang belum pasti kesahihan sumber maklumatnya dan dikhuatiri boleh menjejaskan pemahaman akidah umat Islam. Oleh itu, ceramah ‘ustaz youtube’ itu dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Norizah Aripin et al., 2016). Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mendengar ceramah-ceramah agama di Youtube, pengguna tidak boleh menerima bulat-bulat isi ceramah-ceramah ter-sebut terutamanya jika terdapat unsur yang meragukan sebaliknya pengguna perlu bijak dengan merujuk sumber daripada pihak yang berautoriti. Umpamanya, mereka boleh merujuk laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengandungi banyak soa-lan lazim (FAQ) yang mungkin sepadan dengan kemusykisoa-lan mereka. Begitu juga halnya apabila pengguna alam maya yang meragui maklumat yang disampaikan di blog-blog peribadi, maka mereka boleh merujuk laman web sebenarnya.my yang telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Di samping itu, komunikasi dalam Revolusi Industri 4.0 pula menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris menyaingi bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Oleh itu, kerap kali ciri kerancuan bahasa, iaitu percampuran kod (code switching) berlaku dalam komunikasi di media sosial. Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin dan Normahdiah Sheikh Said (2014) mendapati majoriti responden kajian yang merupakan pengguna Fa-cebook berumur 16 tahun dan ke atas mencampurkan bahasa semasa berkomunikasi. Satu daripada faktor mereka mencampurkan bahasa ialah nilai makna sesuatu istilah dalam bahasa asal. Hal ini berlaku apabila mereka tidak menemukan makna yang sepadan da-lam bahasa yang digunakan bagi istilah bahasa asal. Oleh itu, dada-lam contoh yang ditemukan, iaitu “mula-mula creates satu fail, kemudian drag fail anda ke dalam main-folder, di situlah fail anda berada” menunjukkan bahawa kata bahasa Inggeris seperti cre-ates dan drag digunakan kerana pengguna tidak menemukan kata yang sepadan dengann-ya dalam bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, komunikasi di alam maya juga menyebabkan bercambahnya penciptaan dan penggunaan kata baharu sehingga digunakan di luar daripada talian oleh generasi Y (Nur Azlina Jalaluddin, & Nurhasyinda Shahidan, 2017). Kewujudan per-kataan baharu seperti ‘kekwat’ semasa komunikasi dalam Facebook secara tidak lang-sung menambahkan lagi ketidakteraturan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, pengguna ba-hasa Melayu harus memartabatkan penggunaan baba-hasa Melayu yang melambangkan jati diri bangsa Malaysia walaupun dicabar hebat oleh penggunaan bahasa asing. Hal ini demikian kerana hak linguistik ialah hak individu, maka jika bukan bangsa Malaysia yang menjulang bahasa kebangsaannya kepada siapa lagi kita harus bergantung harap?

Kesimpulannya, walaupun pelbagai cabaran perlu didepani untuk berkomunikasi dalam Revolusi Industri 4.0 namun kita masih dapat berkomunikasi dengan berkesan jika caba-ran-cabaran tersebut ditangani secara bijaksana. Hal ini demikian kerana cabacaba-ran-cabaran tersebut menjadikan kita pengguna yang lebih bijak dan bertanggungjawab, iaitu ber-tanggungjawab untuk tidak menyelitkan propaganda atau diayah palsu demi kepentingan peribadi, bertanggungjawab menilai setiap maklumat yang disampaikan, bertanggungja-wab membangunkan saluran komunikasi yang benar-benar memenuhi keperluan pengguna sasaran dan bertanggungjawab mempertahankan hak bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam komunikasi di alam maya.

Bibliografi

Ahlam Abdul Aziz. (2015). Penggunaan Facebook Page sebagai Faktor Perantara bagi Perkaitan Halangan Komunikasi dengan Pencapaian Kerja dalam Organisasi. (Tesis PhD, UPM, Selangor).

Nor Arinah Mohamed Zemudin dan Mohd Azul Mohamad Salleh. (2017). Mudah Guna dan Kebergunaan Laman Web Universiti dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa dalam Journal of Social Science and Humanities Vol. 12(1), 1-12.

Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, Nik Adzrieman Abdul Rahman, Mohd Nizho

Abdul Rahman, Mot Madon dan Mohd Faisal Mustaffa. (2016). “Youtube” dan Generasi Muda Islam: Satu Pendekatan Kelompok Fokus dalam Kalangan Pelajar Universiti dalam Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (1), 371-400.

Nur Azlina Jalaluddin dan Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi Bahasa di Ka-langan

Gen Z. E-Prosiding PASAK 2 - Jilid 2: Subtema Ilmu Bahasa, Nilai-nilai Sejagat, Sejarah & Ekonomi, Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Islam Selangor.

Ribka Alan.(2015). Peranan Komuniti dalam Hubungan Penggunaan Saluran Komu-nikasi terhadap Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Ulu di Sarawak (Tesis PhD, UPM, Selangor).

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin dan Normahdiah Sheikh Said. (2014). Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk dalam Jurnal Bahasa Jilid 14(1), 134-158.

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 117-126)