• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 131-141)

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Haslina binti Jaafar

CABARAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Dalam usaha menjadikan perpustakaan sebagai organisasi maklumat dan pembelajaran yang mampu memenuhi keperluan maklumat seluruh penggunanya, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh perpustakaan. Cabaran yang dihadapi dapat dibahagikan kepada 2 (dua) kategori iaitu cabaran dalam dan luaran.

Pentadbiran/ Pengurusan

Cabaran dalaman yang dihadapi perpustakaan dapat dilihat daripada pihak perpustakaan itu sendiri. Dalam usaha menjadi perpustakaan yang baik, kekangan tertentu daripada aspek pengurusan/pentadbiran dilihat menjadi penghalang utama. Kejayaan sebuah perpustakaan memainkan peranannya dalam menyediakan perkhidmatan maklumat yang cekap dan berkesan pastinya bergantung kepada kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pentadbiran atau pengurusan. Sokongan pengurusan atasan dalam hal ini dapat dilihat daripada aspek perhatian yang diberikan terhadap perkhidmatan perpustakaan dan juga daripada aspek kewangan. Perkhidmatan yang disediakan patut digunakan oleh pengurusan atasan itu sendiri bagi memberi contoh kepada pengguna perpustakaan yang lain. Selain itu pengurusan atasan perlu menggalakkan pengguna perpustakaan atau kakitangan organisasi menjadikan perpustakaan sebagai sebuah institusi yang dimanfaatkan sepenuhnya dan bukan hanya menggunakan perpustakaan pada masa-masa tertentu sahaja. Dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, perpustakaan memerlukan sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti dan menyediakan perkhidmatan seperti penyediaan koleksi terkini, langganan pangkalan data berbayar di samping melengkapkan perpustakaan dengan fasiliti terkini. Suasana perpustakaan yang menarik dengan kemudahan yang lengkap merupakan antara faktor yang mampu menarik minat pengunjung untuk ke perpustakaan. Semua ini dapat dilaksanakan sekiranya sesebuah perpustakaan itu memperoleh peruntukan kewangan yang mencukupi.

Modal Insan

Sebuah perpustakaan yang cantik dan dilengkapi pelbagai kemudahan terkini tidak ber-makna sekiranya aspek modal insan tidak diberi penekanan. Sebuah perpustakaan dapat berperanan dengan baik sekiranya kedua-duanya kemudahan perpustakaan dan modal insan yang ada dapat digunakan dengan baik. Kemudahan yang disediakan dan teknologi terkini yang diaplikasikan di sesebuah perpustakaan tidak dapat digunakan sepenuhnya sekiranya modal insan yang ada tidak berpengetahuan dan berkemahiran. Ilmu dan kema-hiran merupakan dua aspek penting untuk menjadikan seseorang pustakawan itu berkali-ber. Ilmu dan pengetahuan dalam pelbagai bidang serta isu-isu semasa mampu membantu pustakawan dalam melaksanakan peranannya. Umum berpendapat tugasan pustakawan hanya terhad kepada menyusun buku-buku di perpustakaan. Realiti sebenar adalah ber-beza. Di negara maju seperti USA dan England, bidang kepustakawanan merupakan bi-dang yang dipanbi-dang tinggi. Persepsi masyarakat terhadap bibi-dang kepustakawanan tidak berubah kerana sikap pustakawan itu sendiri. Keengganan untuk berubah, kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran serta sikap negatif seperti enggan menghulurkan bantuan, tidak mesra pengguna membawa kepada persepsi negatif ini. Sifat begini menenggelamkan professionalism yang ada pada seorang pustakawan yang merupakan information professional.

Kerenah Pengguna

Tidak semua kehendak dan juga keperluan pengguna dapat dipenuhi oleh sesebuah per-pustakaan. Kadangkala kerenah pengguna yang pelbagai atau pengguna yang terlalu cerewet menjadi punca utama kehendak dan keperluan maklumat pengguna perpustakaan tidak dapat dipenuhi. Manakala kekangan yang dihadapi oleh perpustakaan dalam aspek kewangan terutamanya menjadi antara punca perkhidmatan yang disediakan oleh per-pustakaan kurang berkualiti dan tidak memenuhi kehendak pengguna. Peruntukan kewangan yang terhad menghalang sesebuah perpustakaan dalam menyediakan pengguna dengan perkhidmatan yang baik. Realiti sebenar dihadapi oleh perpustakaan adalah jauh berbeza. Perkhidmatan yang disediakan tidak dapat memenuhi kehendak pengguna disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi di samping kerenah birokrasi yang ka-dangkala mengakibatkan perjalanan proses (terutamanya dalam aspek perolehan)

menye-perpustakaan juga terikat dengan peraturan dan garis panduan yang memberi kekangan terhadap perpustakaan di dalam usahanya menyediakan perkhidmatan maklumat yang cekap dan berkesan.

Perpustakaan vs Internet

Perkembangan dalam bidang ICT terutamanya kewujudan Internet menjadi cabaran uta-ma dalam perkhiduta-matan perpustakaan uta-masa kini. Generasi kini tidak meuta-mandang perkhidmatan perpustakaan sebagai sesuatu yang masih relevan. Memang benar kita mampu mendapatkan semua maklumat dengan melakukan pencarian di Internet, tetapi tanpa kita sedari maklumat yang diperoleh melalui pencarian di Internet adalah terlalu luas. Hal ini berbeza dengan maklumat yang diperolehi menerusi perkhidmatan per-pustakaan. Maklumat yang kita ingini lebih lengkap dan menjurus kepada bidang atau topik yang dipilih. Di sini pustakawan memainkan peranannya dalam membantu pencari-an maklumat pengguna di mpencari-ana pustakawpencari-an akpencari-an menggunakpencari-an teknologi terkini iaitu pencarian maklumat menerusi Internet dan sumber maklumat perpustakaan yang lain un-tuk memenuhi permintaan penggunanya.

Promosi & Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan

Hebahan makluman menerusi medium elektronik seperti e-mel berkaitan perkhidmatan perpustakaan, koleksi terkini, dan juga perkongsian maklumat (artikel, laman web yang mempunyai nilai ilmu) antara kaedah yang digunakan oleh perpustakaan dalam aktiviti promosinya. Di samping menggunakan kaedah terkini, perpustakaan juga masih mengekalkan kaedah promosi lama seperti edaran risalah dan brosur berkenaan per-pustakaan, membuka kaunter pendaftaran keahlian semasa berlangsungnya program jab-atan, penganjuran program perpustakaan seperti hari terbuka/bersama perpustakaan, pro-gram ilmiah seperti ceramah dan lain-lain lagi. Aspek tren pengguna masa kini seperti pengguna yang cenderung memilih kepada sumber maklumat yang diperoleh daripada sumber Internet perlu diberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan perpustakaan. Menerusi analisis dan pemerhatian yang dijalankan, perpustakaan seterusnya boleh men-gadaptasi marketing strategies yang bersesuaian untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan.

Di samping marketing, perpustakaan juga perlu mementingkan aspek public relation (PR) dalam aspek pengurusannya. PR yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan per-pustakaan boleh dikategorikan kepada 2 (dua) aspek utama iaitu PR perper-pustakaan dengan pihak pentadbiran/pengurusan dan PR perpustakaan dengan penggunanya. PR yang baik dengan pihak pentadbiran/pengurusan memudahkan perpustakaan di dalam urusan pen-tadbiran dan kewangannya. Manakala PR yang baik di antara perpustakaan dan penggun-anya memastikan perpustakaan itu terus mendapat sokongan daripada pengguna yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan (PR) yang diberikan. PR yang baik menggamit pengguna untuk kembali menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan.

KESIMPULAN

Tidak ada perkara yang dapat dilakukan dengan mudah. Setiap perkara yang dilakukan pastinya menghadapi cabaran dan daripada cabaran itulah wujudnya kemanisan atau val-ue dalam setiap perkara yang dilakukan. Begitulah juga dengan perkhidmatan pustakaan. Semakin banyak cabaran yang dihadapi menjadikan perkhidmatan per-pustakaan yang disediakan lebih bernilai.

PENUTUP

Peranan yang dimainkan oleh profesional bidang kepustakawanan amat penting dalam menghadapi cabaran ini. Perkhidmatan perpustakaan tidak seharusnya mati. Ia sebaliknya perlu terus hidup dan terus menambah value perkhidmatan yang diberikan dengan senti-asa mengadaptasi kewujudan teknologi terkini dengan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, profesional bidang ini juga perlu terus berusaha menghadapi apa juga caba-ran dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cekap dan berkesan tidak kira cabaran itu datang faktor manusia, teknologi mahupun peraturan dan garis panduan. Hal ini amat penting bagi memastikan profesion kepustakawanan dapat diteruskan dan mengelakkan perkhidmatan perpustakaan menjadi tidak relevan dan diambil alih oleh perkembangan teknologi.

RUJUKAN

Credaro, A.B. The Relationship between School Libraries and Academic Achievement: Now We’ve Got the Internet, Why Do We Still Need Libraries. Worriorlibrarian. 2002. Retrieved from http://www.warriorlibrarian.com/RESEARCH/ libresearch.html.

De Sa’ez & Eileen, E. (2002). Marketing Concepts for Libraries and Information Ser-vices. 2nd ed. London: Facet Publishing.

Irma Indayu Omar. (2005). Panduan mengurus perpustakaan. Bentong, Pahang: PTS Pub.

Kessler, D. (2010). Library Marketing: The Next Big Challenge for Content Marketing.

Content marketing Institute. Retrieved from http://

www.contentmarketinginstitute.com/2010/07/merchandising-your-content-library -the-next-big-challenge/.

Mohamad Nazri. (2009). Internet dan Cabaran kepada Perkhidmatan Perpustakaan. Re-trieved from http://www.scribd.com/doc/23877476/Internet-Dan-Cabaran-Kepada -Perkhidmatan-Perpustakaan.

Mengapa praktikum penting untuk cikgu-cikgu pelatih di IPG Hartini Kana

Unit Praktikum

Perkataan praktikum tidak asing lagi bagi cikgu-cikgu pelatih yang menuntut di IPG. Praktikum merupakan sebahagian dari pengajaran yang bertujuan untuk menguji dan melaksanakan kefahaman guru-guru pelatih terhadap sesi pembelajaran dalam keadaan nyata.

Saya akan menghuraikan mengapa praktikum begitu penting untuk dilaksanakan kepada guru-guru pelatih sebelum mereka mengajar dalam keadaan sebenar setelah tamat pengajian kelak. Kepentingan praktikum yang utama ialah untuk membantu guru pelatih mendidik kesabaran, daya usaha dan ketahanan fizikal dan mental dalam membentuk mereka menjadi guru yang berkualiti.Selain itu praktikum juga membantu meningkatkan semangat dan mengurangkan rasa rendah diri dalam setiap diri guru pelatih. Dengan ini, sekaligus dapat membantu kestabilan emosi mereka kerana melalui praktikum mereka akan didedahkan kepada pengalaman sebenar profesion perguruan.

Selain itu melalui praktikum juga memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk prak-tikkan perancangan jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum. Guru pelatih juga dapat berkomunikasi dan berbincang secara langsung dengan pihak pengurusan sekolah agar dapat menjalinkan hubungan secara professional. Pendedahan kepada keadaan sebenar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat membuka minda guru pelatih untuk mengendalikan keadaan yang sulit ketika pnpc. Hal ini akan memberi pengalaman bagi setiap guru pelatih agar boleh dijadikan pengajaran kepada diri masing-masing dan mem-bolehkan mereka untuk berfikir secara rasional dan matang untuk menghadapi segala kesulitan ataupun apa apa situasi di masa depan.

Program praktikum haruslah dijalankan dengan berkesan agar mempunyai impak yang besar kepada kualiti guru pelatih antaranya ialah untuk memastikan guru pelatih men-guasai sepenuhnya aspek pedagogi pengajaran, mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif serta dapat mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi serta dapat mem-buktikan IPG berupaya melahirkan guru yang benar-benar berkualiti dan berkompeten. Akhir kata, sebagai guru pelatih anda haruslah menyedari fokus utama yang perlu diberi-kan perhatian lebih lagi dalam aspek pedagogi pengajaran yang meliputi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, sikap dan sahsiah diri dan nilai profesionalisme keguruan.

Rujukan;

Bahagian Sekolah Harian (2015). Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menrngah. KPM. Selangor

PENGERTIAN DI SEBALIK PENGHIJRAHAN Zanariah binti Sipon

Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Pembukaan pengoperasian IPG Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bermula pada tahun 2013. Pejabat Unit Latihan Dalam Perkhimatan (ULDP) berada di Blok A, Blok Pentadbiran di Aras 2 sementara bilik-bilik latihan berada di Blok D, Blok Akademik di Aras 1. Memandangkan pejabat ULDP dan tempat latihan yang terpisah agak jauh, menyukarkan urusan pentadbiran, maka pada tahun 2015, pejabat ULDP telah berpindah ke Blok D, agar urusan pentadbiran berjalan lebih lancar. Alham-dullillah, sepanjang lima tahun di situ, perjalanan pentadbiran berjalan dengan baik.

Memandangkan IPGKPT menerima jumlah pelajar yang semakin ramai, maka kelas-kelas akademik perlu diperbanyakkan. Oleh itu, tercetuslah idea oleh Tn Pengarah, En. Romai Noor bin Rabbu untuk mengklusterkan Blok Akademik untuk pra-perkhimatan sementara bangunan di Teknik dan Vokasional (TVET) untuk dalam-perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, pejabat dan bilik latihan ULDP telah berpindah daripada Blok Akademik ke Blok TVET pada bulan Oktober 2020. Tujuan penghijrahan ini, lain tidak bukan, adalah untuk memperkasakan ULDP, khasnya dan IPGKPT, amnya. Idea untuk membezakan perkhidmatan iaitu perkhidmatan kepada pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan di blok-blok yang berlainan adalah idea yang bernas.

Struktur pengkhususan boleh dibahagikan kepada 4 jenis; iaitu pengkhususan mengikut profesion, pengkhususan mengikut proses, pengkhususan mengikut kawasan dan pengkhususan antarabangsa. Menurut Ketels (2020) menyatakan pengkhususan mengikut kawasan menimbulkan senang tafsiran yang juga dikenali sebagai kluster. Pengkhususan mengikut kluster ini diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan dalam mendepani caba-ran-cabaran mendatang sama ada dari segi ekonomi dan produktiviti.

Perpindahan atau hijrah ini banyak mengajar kami, staf di ULDP secara langsung serta tidak langsung. Hijrah memerlukan ketahanan fizikal, mental dan rohani yang tinggi. Apabila kita sudah berada di sesuatu tempat yang selesa dan kita perlu berpindah, ia me-merlukan perubahan paradigma dan meme-merlukan pemikiran yang positif agar dapat mendepani cabaran yang mendatang. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah per-muafakatan antara ahli-ahli dalam unit di mana ia perlu dibincangkan dalam mesyuarat agar perancangan yang teliti dapat dibuat. Selain daripada perancangan yang teliti, sifat sabar dan semangat kekitaan yang tinggi perlu ada.

Perpindahan ini memerlukan iltizam yang tinggi, baik di pihak ULDP dan di pihak TVET. Penerimaan baik oleh pihak TVET di atas perpindahan amatlah dihargai. Ucapan terima kasih diucapkan kepada KJ TVET, Dr. Wan Ameeran bin Wan Mat dan seluruh staf TVET di atas penerimaan ini. Kerjasama yang padu di antara ULDP dan TVET su-dah lama termeterai apabila kursus-kursus anjuran bersama dijalankan. Pihak TVET ber-murah hati menyediakan prasarana yang selesa kepada ULDP. Saya melihat kerjasama erat ini terbentuk adalah untuk kebaikan kampus ini.

Sebelum perpindahan ini berlaku, idea-idea dari staf ULDP untuk menyusun atur pejabat dibuat dengan teliti kerana struktur bangunan amat berbeza, di mana di Blok D, banyak dinding untuk melekatkan papan-papan maklumat pengoperasian ULDP sementara di Blok TVET, pula banyak tingkap. Perubahan gaya penyampaian perlu berbeza untuk me-nyesuaikan keadaan fizikal yang berbeza. Menurut K. Chandrasekar (2011) menyatakan tentang kepentingan tempat kerja yang kondusif untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja. Oleh itu, penyusunan aset-aset sedia ada perlu difikirkan semula kerana keadaan fizikal bangunan yang berbeza. Perbezaan pendapat dalam menyusun atur aset, tanda tempat oleh pihak ULDP dan PTV juga perlu ditangani dengan semangat kekitaan. Ianya bukanlah suatu perkara yang mudah apabila kita perlu menyesuaikan dengan keadaan setempat.

Semasa pandemik Covid19, studio rakaman LDP telah diwujudkan bagi memenuhi tuntu-tan latihan secara dalam talian. Selain berkursus menggunakan apps Google Meet, Zoom dan Skype, salah satu cara untuk menjaga kualiti penyampaian latihan adalah melalui rakaman persembahan. Satu bilik telah dibuat khas untuk tujuan tersebut. Namun peralatan studio perlu ditambahbaik agar satu studio rakaman yang berkualiti di-wujudkan. Selain memerlukan talian internet yang stabil, pemilihan perabot yang betul juga perlu agar proses rakaman dan siaran lancar.

Besarlah harapan dan cita-cita kami, agar pada masa hadapan ULDP IPGKPT akan dapat bangunan khas yang lengkap dengan fasiliti studio-studiorakaman dan siaran, bilik-bilik seminar bersaiz kecil, sederhana dan besar dengan alatan persembahan digital terkini, ru-ang makan dan solat yru-ang selesa serta ruru-ang laman yru-ang luas untuk aktiviti fizikal. Semo-ga ULDP IPGKPT dapat memperkasakan latihan yang berkualiti untuk warSemo-ga pendidik bukan sahaja untuk kampus ini malah lebih jauh lagidi peringkat Malaysia, khasnya dan di peringkat antarabangsa amnya.

Rujukan:

Ketels, Christian H.M. (2020), Cluster Presence & Economic Performance : A New Look Based

on European Data, Retrived from https://www.researchgate.net/publication 343558224

K.Chandrasekar (2011), Workplace Environment and Its Impact On Organisational Per-formance

In Public Sector Organisations, International Journal of Enterprise Computing & Business System (Online), Retrived from https://www.ijecbs.com/January2011/ N4Jan2011.pdf

PADEMIK COVID-19: PEMBUANGAN KERJA DAN KESAN TERHADAP

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 131-141)