• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN PENDIDIKAN ERA PANDEMIK COVID-19 Lai Peh Ming

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 151-157)

APLIKASI ALGORITMA ISIHAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN Haslina binti Jaafar

CABARAN PENDIDIKAN ERA PANDEMIK COVID-19 Lai Peh Ming

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ini telah mengakibatkan seramai 1.5 bilion orang pelajar daripada lebih 165 buah negara tidak dapat meneruskan persekolahan akibat daripada penutupan sekolah. Tindakan penutupan sekolah untuk membendung COVID-19 daripada penularan telah diambil oleh Malaysia setelah mendapati peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak. Dalam situasi sebegini, penutupan sekolah akibat COVID-19 yang berpanjangan ini akan memberi impak yang negatif kepada sistem Pendidikan Malaysia. Persoalannya, apakah yang akan berlaku kepada pendidikan kanak-kanak Malaysia dan bagaimana pelbagai pihak boleh memban-tu dengan pembelajaran mereka sepanjang pandemik COVID-19 ini?

Antara perubahan yang nyata adalah penukaran pendekatan pengajaran konvensional terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Proses pembela-jaran telah digantikan dengan pembelapembela-jaran atas talian (e-learning). Perubahan ini telah membawa pelbagai cabaran dan kekangan kepada pembelajaran. Antara krisis yang telah wujud adalah terdapat satu kelompongan besar dalam jurang digital antara murid bandar dan luar bandar. Hal ini kerana seseorang murid perlu mempunyai akses kepada platform seperti Google Classroom, Google Meet, Frog VLE dan platform yang lain untuk mendapatkan pembelajaran atas talian. Dari segi mengakses platform e-learning, seseorang itu memerlukan sambungan internet dan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Akan tetapi, masalah kekurangan peranti dan ketidakstabi-lan internet telah menjadi haketidakstabi-langan yang besar dalam merealisasikan kaedah e-learning. Pernyataan ini telah dibukti oleh Laporan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) yang menyatakan bahawa dianggarkan 463 juta kanak-kanak berdepan kekurangan kelengka-pan atau akses elektronik bagi meneruskan pembelajaran jarak jauh. Sebahagian besar kawasan luar bandar dan pedalaman seperti kampung-kampung Orang Asli di Semenan-jung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdepan masalah capaian internet yang lagi teruk. Sehinggakan sesetengah kampung ada yang tidak mempunyai akses kepada tenaga el-ektrik, ataupun penggunaan yang hanya terhad pada waktu malam.

Cabaran yang seterusnya pula adalah ramai lagi guru yang kurang berkemahiran ada-lam penggunaan digital. Hasil kajian Nor Zaira Razali et al., (2017) telah membuktikan bahawa masih terdapat guru-guru yang kurang mahir dalam kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) khasnya guru-guru yang berusia. Krisis ini telah me-maparkan kekurangan sistem pendidikan kita dari segi kesediaan dan amalan penggunaan digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sebahagian besar guru ada yang ku-rang berkemahiran dengan ICT dan mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan pengaja-ran atas talian. Platform-platform atas talian ini dahulu hanya merupakan bahan bantu mengajar kepada PdP dalam kelas. Kini, platform-platform ini telah menjadi satu-satunya cara untuk mencapai dan mengajar para pelajar. Oleh yang demikian, para guru terpaksa menukar dari kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu belajar bersemuka kepada penggunaan digital dengan sepenuhnya pada masa krisis ini. Ini dapat disokong oleh Ket-ua Menteri, Y.A.B. TKet-uan Chow Kon Yeow yang mengakui bahawa penularan pandemik COVID-19 banyak mengubah proses pengajaran serta pembelajaran yang mana penggunaan teknologi digital diadaptasi sepenuhnya dalam pendidikan. Pandemik COVID-19 ini telah memberi peluang guru berjinak dengan pendidikan digital secara tid-ak langsung.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan. Pihak kerajaan perlu mengambil pendekatan yang tepat untuk me-nyelesaikan masalah yang berlaku akibat krisis pandemik ini. Antara cara penyelesaiann-ya adalah pengedaran peranti pintar dan meningkatkan akses kepada e-learning. Con-tohnya, peranti boleh diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau Institut Pendidikan Tinggi (IPT). PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu mem-beli peranti bagi tujuan tersebut. Ini dapat mengurangkan perbezaan jurang digital secara holistik dan memudahkan pembelajaran murid dari rumah. Wan, Ya Shin. (2020) menyatakan bahawa bagi mengurangkan jurang digital, banyak negara telah mengambil langkah seperti mengedarkan peranti-peranti supaya akses kepada kelas atas talian diting-katkan. Di Finland, beberapa negeri di China, dan Amerika Syarikat, para pelajar dibenarkan meminjam peranti digital dari pihak sekolah untuk mengakses platform e-learning. Terdapat juga syarikat-syarikat swasta yang menyumbangkan peranti peranti kepada kanak-kanak yang memerlukan. Di Malaysia pula, sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 telah diminta menggunakan

seba-hagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar dalam usaha membantu mereka dari segi ketersambungan maya terutama bagi murid pedalaman, Sa-bah dan Sarawak.

Jika meninjau dari sudut yang lain pula, televisyen juga merupakan salah satu penyelesaian untuk meluaskan capaian pembelajaran digital. Penggunaan televisyen un-tuk menyiarkan pembelajaran perlu diperluaskan lagi. Berdasarkan kajian penggunaan dan capaian ICT oleh Individu dan Isi rumah yang dijalankan pada tahun 2019 telah mendapati bahawa isi rumah yang mempunyai akses yang tertinggi ke televisyen iaitu 97.6% jika berbanding dengan peranti lain yang hanya 71.3% isi rumah mempunyai peranti komputer. Oleh itu, liputan kepada para pelajar melalui televisyen adalah lebih luas berbanding platform atas talian. Buat masa sekarang, para pelajar sekolah rendah dan menengah boleh mengakses pembelajaran atas talian di eduwebtv dan cikgootube. Ber-mula dari 6 April 2020, Kelas@Rumah telah ditayangkan di televisyen di saluran TV Okey pada pukul 9 pagi dan 1 tengah hari pada setiap hari. Para guru juga mempunyai akses tambahan kepada bahan-bahan latihan dan sokongan melalui platform seperti Portal e-Guru. Ibu bapa dan para pelajar pula boleh mengakses bahan-bahan tersebut me-lalui eduwebtv dan cikgootube.

Sebagai penutup kata pemanis bicara, segala dasar kerajaan perlu berpandangan jauh ter-hadap tindak balas pandemik COVID-19 sepanjang tempoh PKP ini. Satu kertas kerja oleh UNICEF telah mempersoalkan konsep bahawa pendidikan pada waktu kecemasan ialah satu langkah sementara untuk kembali kepada kebiasaan. Respon dan langkah jangka pendek diperlukan untuk meneruskan e-learning tetapi perancangan jangka pan-jang pasca- PKP juga perlu ada. Tidak dapat dinafikan bahawa pandemik COVID-19 ini merupakan satu pemangkin perubahan pendidikan. Pandemik ini telah mempercepatkan Revolusi Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Sebaliknya, dasar pendidikan harus dipastikan agar kanak-kanak tidak ketinggalan dan dipinggirkan dalam mengiku-ti pembelajaran terutamanya golongan murid orang asli, dan murid-murid yang mengiku-tinggal di kawasan pedalaman. Kita wajib melindungi pendidikan dan masa hadapan kanak-kanak sewaktu krisis COVID-19 ini.

Bibiliografi

Berita Harian. (2020). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/

nasional/2020/05/689322/ covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran -baharu-buat-guru

Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon. (2017). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Vle Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah. Proceedings of the ICECRS 1(1): 1023–1032.

Wang, Y. (2020). The Practices of Chengdu. Retrieved from UNESCO Institute for Life-long Learning:https://uil.unesco.org/system/les/chengdu_presentation_0401.pdf

Wira di Barisan Hadapan Chan Mun Syuen Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya melihat kalian berdiri tegak, menongkah arus, di tsunami COVID-19.

Kalian hampiri kawasan berpuaka,

Menyelamatkan mereka yang nyawa-nyawa ikan, Menyembuhkan pesakit yang parah,

Menjadi panji yang tidak akan pernah tumbang, Kalian retrograde yang paling dikagumi di bumi.

Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya tahu kalian berselisih dengan ajal, Selagi ada pesakit, pasti ada angka letih kalian,

Topeng muka, sarung tangan , pakaian PPE menjadikan peluh kalian meruap-ruap, Kalian retrograde yang paling berani,

Kalian adalah wira yang paling anggun.

Saya tidak tahu nama kalian,

Tapi saya yakin bahawa kalian akan menang dalam memerangi wabak ini, Kalian akan dapat melaksanakan misi yang sukar ini,

Dalam onak dan duri, megah dan syukur menghias bunga yang mekar, Pada kalungan retrograde yang paling gagah dan perkasa.

春秋两季,美景遍地 Pang Sheng Hong

Shao Ru Xin 春天,我看见一排大树,那些是漂亮的樱花树。 樱花树一般都会在日本才能看见,遍地落下的樱花仿佛是通往幸福的道路。 盛开的樱花让路过的人都不得不停下脚步欣赏。有些人甚至不知道自己曾经路过 樱花树,因为它不开花而错过了。 一阵春风吹来,飘下一朵粉嫩的樱花。我接住了它,像收到春天的来信。信里讲 述着樱花成长的故事。 秋天,我看见一棵大树,那是一棵古老的银杏树。 听老人说,银杏树有三百岁了。啊,这是多么长,多么长的日子啊! 我爷爷小时候在这棵树下乘过凉吧,我爸爸小时候在这棵树下做过游戏吧! 三百岁,经历了多少春夏秋冬,挨过多少风吹雨打啊! 一阵秋风吹来,飘下一片金黄的叶子。我接住了它,像收到秋天的来信。信里讲 述着三百年的故事。

Dalam dokumen Penasihat. Ketua Editor. Editor Editor (Halaman 151-157)