• Tidak ada hasil yang ditemukan

BEBERAPA CONTOH KEPATUHAN KEPADA ALLAH 1 Meninggalkan Minuman Keras

Tentu anda semua telah mendengar betapa mcluasnya kebiasaan meminum minuman keras (khamar) di negeri Arab sebelum kedatangan Islam. Lelaki, perempuan, tua dan muda, semuanya gemar meminum khamar. Mereka memang sudah terbiasa dengan minuman tersebut. Mereka mengarang dan menyanyikan lagu-lagu untuk memuji khamar, dan mereka begitu tergila-gila kepada khamar tersebut. Dan anda semua tahu juga bahawa sukar sekali berhenti dari meminum minuman keras bila telah ketagih kepadanya. Seorang pemabuk lebih suka mati daripada berhenti minum. Bila ia tidak memperoleh khamar, ia merasa lebih sakit dari orang sakit. Tetapi sudahkah anda mendengar apa yang terjadi ketika larangan minum minuman keras diturunkan oleh Allah? Ketika mendengar larangan itu, orang Arab yang bersedia mati demi minuman keras itu, dengan tangan mereka sendiri memecahkan bekas-bekas yang berisi minuman keras itu. Dan minuman itu mengalir di jalan-jalan dan di lorong-lorong, di kota Madinah, waktu itu, seperti air hujan. Dalam suatu pertemuan, sekumpulan orang sedang asyik meminum minuman keras. Ketika mereka mendengar utusan Nabi saw mengatakan bahawa minuman keras telah dilarang, tangan-tangan mereka berhenti bergerak seketika. Mereka yang sudah memegang mangkuk minuman itu di bibir, seketika itu juga menyingkirkannya dari mulut mereka, dan tidak membiarkan setitis pun arak menyentuh bibir mereka. Inilah kebesaran iman. Inilah yang dinamakan patuh kepada Allah dan RasulNya.

2. Pengakuan Dosa

Anda tahu juga betapa kerasnya hukuman yang diberikan Islam bagi orang yang berzina - seratus kili pukulan rotan di punggung yang telanjang; yang membuat orang menggeletar hanya dengan membayangkannya sahaja. Dan bila yang berzina adalah orang yang sudah pernah kawin, maka hukumannya lebih mengerikan: direjam sampai mati. Mendengar kata rejam sahaja orang sudah gementar. Tetapi sudahkah anda@ mendenpr i,bagaimana perilaku orang yang mempunyai iman dalam hatinya? Pada zaman Nabi saw ada seorang

49

beriman yang telah berzina. Tidak ada saksi, tidak ada seorang pun yang mengheretnya ke muka pengadilan. Tidak pula ada scorang pun yang melaporkannya kepada polis. Hanya ada iman, yang bertakhta dalam hatinya. Dan iman itulah yang mengatakan kepadanya: “Pergilah kamu menjalani hukuman yang telah disediakan Allah atas perbuatanmu itu”. Maka pergilah orang itu dengan kemahuannya sendiri kepada Rasulullah saw dan berkata: "Wahai Rasulullah saya telah berzina. Hukumlah saya”. Mendengar itu, Nabi, memalingkan wajahnya dari orang itu. Tetapi orang itu terus sahaja menghadap wajah Rasulullah saw dan mengulangi permintaannya. Rasulullah kembali memalingkan wajahnya dari orang itu, dan orang itu juga kembali bergerak ke tempat menghadapi wajah Rasulullah dan kembali mengulangi permintaannya untuk- ketiga kalinya. Inilah iman. Memang, bagi seseorang yang memiliki iman dalam hatinya, adalah mudah untuk menjalani hukuman seratus kali libasan pada punggungnya yang telanjang. Bahkan hukuman rejam pun. Ia segan untuk kembali kehadrat Tuhannya dengan sifat seorang hamba yang tidak patuh.

3. Pemutusan Hubungan

Anda juga tahu bahawa di dunia ini tidak ada yang lebih dicintai seseorang selain daripada sanak saudaranya. Terutama sekali, ayah, saudara dan anak adalah terlalu dicintai sehingga orang bersedia untuk mati kerana mereka. Tetapi lihatlah dalam sejarah Islam, sewaktu terjadi Perang Badar dan Uhud, dan lihatlah siapa yang berperang melawan siapa? Si ayah berada di barisan tentera Islam dan si anak di dalam barisan tentera kafir, dan sebaliknya. Seseorang berada di satu pihak dan saudaranya ada di pihak lainnya. Sanak saudara dan kerabat-kerabat yang dekat saling berhadapan dan bertempur seakan-akan satu sama lain adalah orang-orang asing. Dan semangat permusuhan ini menyala bukan kerana membela tanah air atau merebut harta benda, bukan pula kerana dendam peribadi. Tetapi perang melawan keluarga dan sanak saudara itu terjadi kerana orang-orang yang beriman berani dan rela membunuh atau terbunuh oleh ayah, anak, saudara dan keluarga mereka sendiri, demi membela ajaran Allah dan RasulNya.

4. Taubat dari Adat Kebiasaan Lama

Anda juga tahu bahawa Islam telah meruntuhkan dengan saksama semua adat kebiasaan lama yang berlaku di negeri Arab sebelum kedatangannya. Dosa terbesar yang muncul dari adat kebiasaan lama ini adalah penyembahan berhala yang telah menjadi amalan selama ratusan tahun. Islam melarang perbuatan dosa ini bersama-sama dengan minuman keras, perzinaan, perjudian, pencurian dan perampasan, yang biasa dilakukan sebelum Islam. Sebelum Islam, kaum wanita biasa bepergian ke luar rumah dengan pakaian terbuka. Islam menyuruh mereka mengenakan Jilbab. Sebelum Islam datang, kaum wanita tidak berhak untuk memperoleh harta warisan, kemudian Islam memerintahkan agar mereka juga diberi bahagian. Sebelum Islam, anak-anak angkat diberi kedudukan yang sama dengan anak-anak kandung, tetapi Islam membatalkan persamaan kedudukan ini serta mengesahkan perkawinan dengan janda anak angkat. Pendeknya, tidak ada satu

50

pun adat lama yang dibiarkan tetap tegak oleh Islam. Tetapi tahukah anda bagaimana sikap orang-orang yang telah menyatakan iman kepada Allah dan RasulNya? Orang- orang yang beriman ini menghancurkan berhala-berhala, yang selama ini disembah oleh mereka dan nenek-moyang mereka, dengan tangan-tangan mereka sendiri. Mereka mempersembahkan korban-korban tersebut di atas dtar-altar pemujaan mereka. Mereka menghapuskan semua adat kebiasaan keluarga yang telah mereka warisi turun-temurun selama berabad-abad lamanya. Dengan perintah Allah, mereka menghancurkan benda- benda yang sebelum itu mereka pandang suci. Sebaliknya, mereka mengesahkan hal-hal yang sebelum itu mereka pandang menjijikkan. Perkara-perkara yang selama berabad- abad lamanya dipandang suci, tiba-tiba sahaja menjadi kotor, dan juga sebaliknya. Semua amalan-amalan yang pada masa jahiliyyah merupakan sumber keuntungan atau kesenangan akan dihapuskan setalah datangnya larangan dari Allah. Sebaliknya, semua perintah-perintah Islam yang membawa kesulitan-kesulitan dan keberatan-keberatan diterima dengan gembira. Inilah yang disebut iman dan inilah yang dinamakan Islam. Seandainya orang-orang Arab pada masa itu berkata: “Kami tidak mahu menerima hal itu kerana itu merugikan kami. Kami tidak dapat menghentikan perbuatan ini kerana ia menguntungkan kami. Kami juga akan tetap, mengerjakan perbuatan yang lainnya itu kerana ia adalah warisan budaya nenek-moyang nenek-moyang kami. Juga, kami menyukai perkara-perkara tertentu yang dilakukan oleh bangsa Romawi dan amalam- amalan bangsa Iran yang menyenangkan kami”. Pendeknya, seandainya mereka semua menolak setiap perkara yang datang dari Islam, anda boleh membayangkan bahawa pasti tidak ada seorang Muslim pun di dunia sekarang ini.

JALAN MENUJU KEREDHAAN ALLAH