• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUTUKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MELALAIKAN ZAKAT Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 120-124)

Dalam khutbah-khutbah saya yang akan datang, saya akan menerangkan kepada anda apa sebenarnya zakat itu dan betapa besar kekuatan yang telah diletakkan Allah di dalamnya. Saya juga akan menunjukkan bahawa rahmat Allah ini, yang sekarang ini dianggap hal yang biasa sahaja oleh kaum Muslimin, sesungguhnya memikul anugerah yang sangat besar bagi mereka. Dalam khutbah saya hari ini, matlamat saya hanyalah menerangkan kepada anda kedudukan solat dan zakat dalam Islam. Banyak orang Islam mengira, dan ulama-ulama mereka juga meyakinkan mereka siang dan malam bahawa mereka tetap adalah orang-orang Islam, walaupun mereka mungkin tidak mengerjakan solat dan tidak membayar zakat. Tetapi pandangan seperti ini dengan tegas dibantah oleh al-Qur'an. Menurut al-Qur'an, pernyataan beriman kepada kalimah Thayyibah sahaja tidaklah ada gunanya kalau tidak disertai dengan mengerjakan solat dan membayar zakat. Kerana inilah maka, seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya, Khalifah Abu Bakar memerangi orang-orang yang menolak membayar zakat dan melabel mereka sebagai orang-orang kafir. Para sahabat yang lain mulaMula keliru apakah orang-orang yang sudah menyatakan iman kepada Allah dan RasulNya serta sudah mengerjakan solat tu juga dapat digolongkan sebagai orang-orang kafir yang harus diperangi. Tetapi ketika Khalifah Abu Bakar, yang telah danugerahi Allah kedudukan yang terkemuka dalam Islam, tetap teguh dalam pendiriannya dan dengan tegas mengatakan:

"Demi Allah, seandainya mereka tidak mahu menyerahkan seutas tali sahaja, yang biasa mereka serahkan kepada Rasulullah, sebagai Zakat, aku akan tetap memerangi mereka" maka akhirnya Allah membukakan hati semua sahabat-sahabat itu untuk menerima kebenaran, dan mereka semua lalu menerima keputusan bahawa jihad harus dilaksanakan terhadap pembangkang-pembangkang zakat itu. Al-Qur'an senduri dengan tegas menyatakan bahawa menolak membayar zakat adalah perbuatan orang-orang musyrik yang tidak percaya kepada kehidupan akhirat.

"...Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-(Nya), iaitu orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat".

(Al-Qur'an, Fushshilat, 41:6-7)

121 Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam khutbah saya yang telah lalu, telah saya nyatakan bahawa sesudah solat, tiang Islam yang terbesar adalah zakat. Dan adalah suatu fakta yang sangat penting bahawa sebagaimana seseorang yang tidak mahu mengerjakan solat dinilai sebagai kafir, maka demikian pula mereka yang mengingkari zakat juga tidak hanya dianggap kafir, tetapi lebih dari itu, mereka adalah orang-orang yang diperangi oleh sahabat-sahabat Rasul dengan jihad.

Dalam khutbah hari ini saya akan menjelaskan kepada anda kedudukan zakat yang sebenarnya, agar anda mengetahui apa maknanya yang sebenarnya, dan kenapa Islam memberikan kedudukan yang begitu penting kepadanya.

BAGAIMANA KEDUDUKAN YANG DEKAT DENGAN ALLAH BISA DICAPAI

• UJIAN KEBIJAKSANAAN DAN KEWASPADAAN

Sebahagian orang di antara anda adalah orang-orang yang bodoh fikirannya, sehingga mengambil sesiapa sahaja sebagai teman tanpa menguji terlebih dahulu apakah dia patut dijadikan teman atau tidak. Orang-orang bodoh seperti ini kebanyakannya tertipu oleh tindakannya sendiri dan akan mengundang kekecewaan. Tetapi orang-orang yang bijaksana memilih orang-orang yang akan mereka jadikan teman setelah memeriksanya dengan cermat. Siapa yang mereka lihat tulus hatinya, jujur, dan setia, maka hanya dialah yang mereka pilih sebagai teman, dan yang lain mereka jauhi. Allah Yang Maha Kuasa adalah Yang Paling Bijaksana dan Hati-hati. Dia tidak akan begitu sahaja menjadikan semua orang temanNya dan memasukkannya ke dalam kelompokNya serta memberikan kepadanya tempat yang terkemuka dalam persidanganNya. Kalau manusia sahaja memilih temannya dengan mengujinya terlebih dahulu, maka tidak mungkin bahawa Allah, yang merupakan sumber kebijaksanaan dan kewaspadaan, akan begitu sahaja mengambil setiap orang sebagai teman tanpa mengujinya teriebih dahulu. Berjuta-juta manusia yang tersebar di muka bumi ini yang terdiri dari bermacam-macam rupa, ada yang elok ada yang buruk, tidak dapat dimasukkan ke dalam parti Allah, iaitu golongan yang memperolehi kedudukan sebagai khalifah di dunia ini dan mendapat kehormatan di akhirat nanti. Dengan kebijaksanaanNya yang Tinggi, Dia telah menetapkan beberapa ujian, cubaan dan kriteria untuk menguji nilai diri seseorang, sehingga barangsiapa yang lulus dalam ujian tersebut dapat masuk ke dalam golongan Allah, dan mereka yang gagal akan secara automatik dikeluarkan dari golongan tersebut, dan menyedari sendiri bahawa ia memang tidak patut untuk dimasukkan ke dalam golongan Allah.

Apakah kriteria-kriteria tersebut? Kerana Allah adalah Maha Bijaksana dan Hati-hati, maka pertama-tama ia menguji kebijaksanaan dan kewaspadaan manusia. Allah ingin melihat apakah hambaNya itu mempunyai pengetahuan atau tidak? Apakah ia seorang yang bodoh? Alasan ujian ini adalah bahawa seorang yang bodoh dan tolol tidak akan boleh berteman dengan seorang yang bijaksana dan hati-hati. Kelayakan seorang hamba yang lulus dalam ujian Allah, Penciptanya, adalah bahawa ia mengakui bahawa tidak ada

122

wujud yang patut disembah selain Allah, tidak pula ada yang selain dari Dia yang memberinya rezeki, yang mendengar dan mengabulkan doa-doanya, dan yang menolongnya, dan dengan mendengar kata-kata Allah itu ia tahu bahawa kata-kata itu adalah kata-kata Tuhannya, bukan kata-kata orang lain. Selanjutnya, ia mengerti perbezaan antara kehidupan nabi yang sebenarnya dan nabi palsu serta perbezaan dalam budi pekerti, tingkah laku, ajaran-ajaran dan hasil-hasil perjuangan mereka. Ia juga mampu mengenali siapa nabi yang sebenarnya di antara orang-orang yang mendakwakan diri sebagai nabi, siapa yang benar-benar dipercayai dan diutus oleh Allah untuk membawa petunjukNya dan siapa yang hanya dajjal dan penipu. Orang yang seperti inilah yang lulus dalam ujian kebijaksanaan dan kewaspadaan. Maka setelah memilihnya dari antara kumpulan bermacam-macam manusia, Allah memasukkannya ke dalam kelompok calon anggota-anggota partiNya. Mereka yang gagal dalam ujian tahap pertama ini akan ditinggalkan begitu sahaja dan dibiarkan pergi ke mana sahaja mereka mahu.

UJIAN KEKUATAN MORAL

Orang-orang yang lulus dalam ujian tahap pertama tadi harus pula mengikuti ujian tahap kedua. Dalam ujian tahap kedua ini, yang diuji adalah kekuatan moralnya, di samping kebijaksanaannya. Di sini diuji dan diperiksa dengan saksama apakah ia memiliki cukup kekuatan untuk melaksanakan kebenaran dan kebajikan setelah mengetahuinya, dan menjauhi kebathilan dan kejahatan setelah mengenalinya. Di sini juga diperiksa apakah ia adalah seorang hamba hawa nafsunya, pengikut amalan nenek-moyangnya, kebiasaan- kebiasaan keluarga dan pemikiran-pemikiran serta gaya-gaya yang dianut masyarakat. Selanjutnya, diteliti pula, apakah ia memiliki kelemahan yang boleh menyebabkan .dia tetap berpegang teguh pada kebathilan yang bertentangan dengan petunjuk Allah, sebagaimana yang sudah diketahuinya; dan menolak kebenaran dan keadilan yang diredhai Allah, sebagaimana yang sudah diketahuinya pula? Mereka yang gagal dalam ujian ini tidak akan dimasukkan ke dalam golongan Allah. Allah hanya akan memasukkan orang-orang yang termasuk dalam definisi,

"...Barangsiapa yang ingkar kepada tbaghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:256)

Ertinya, mereka harus meninggalkan dengan penuh keberanian setiap cara dan sistem yang bertentangan dengan petunjuk Allah; mereka tidak mempedulikan apa pun dan hanya bersedia mengikuti yang ditunjukkan oleh Allah, tidak peduli ada orang yang senang atau tidak senang kerananya.

123

UJIAN KEPATUHAN DAN KETAATAN

Orang-orang yang lulus dalam ujian tersebut di atas harus tampil dalam ujian ketiga. Dalam ujian ini, diuji kepatuhan dan ketaatan. Di sini diperintahkan:

"Apabila datang perintah untuk mengerjakan sesuatu dari Kami, maka tinggalkanlah tidurmu dan hadirlah di hadapan Kami. Hentikanlah pekerjaanmu dan datanglah. Tinggalkanlah pekerjaanmu yang mungkin menyenangkan hatimu, menghibur dan menguntungkanmu itu, dan melaporlah kepada Majikanmu. Biariah panas, dingin, atau cuaca bagaimana sahaja. Dalam keadaan bagaimanapun, datanglah bila dipanggil!" Kemudian diperintahkan lagi:

"Laparkan dan hauskan dirimu dari pagi hingga petang dan kuasailah hawa nafsumu". Perintah-perintah ini harus dilaksanakan sepenuhnya, tidak peduli betapa lapar dan haus yang akan ditemui, tidak peduli makanan lazat dan minuman segar dihidangkan ke hadapan anda. Mereka yang gagal dalam ujian ini juga akan disingkirkan. Hanya mereka yang lulus sahaja yang akan dipilih, kerana hanya orang-orang seperti merekalah yang dapat diharapkan untuk mematuhi hukum-hukum dan aturan-aturan yang akan dibuat untuk mereka, serta perintah-perintah yang akan diberikan dengan nama Allah, dan mematuhinya dalam setiap situasi dan keadaan, baik terang-terangan mahupun diam- diam, baik melihat keuntungan mahupun kerugian, keselesaan mahupun ketidakpuasan.

UJIAN PENGORBANAN HARTA BENDA

Setelah itu, ujian keempat adalah ujian yang berhubung dengan harta benda. Orang-orang yang lulus dalam ujian yang ketiga belumlah berjaya untuk dilatih menjadi tentera tetap Tuhan. Masih perlu diperiksa apakah mereka berfikiran sempit, kecil semangat dan kedekut. Apakah mereka masih tergolong dalam kelompok orang-orang yang suka berbicara dengan bahasa yang indah tentang persahabatan dan kasih-sayang tetapi enggan memberikan pertolongan sebaik sahaja diminta? Apakah mereka masih sama dengan orang-orang yang suka berbicara mulukMuluk tentang menyayangi binatang dan gigih membelanya di depan orang ramai, tetapi selalu marah apabila ada seekor kucing mencuri sepotong ikan masinnya? Seorang yang berfikiran normal, biasanya tidak akan mahu berteman dengan orang yang pelit dan pemuja harta seperti itu, sedang orang yang pemurah juga tidak akan sudi duduk bersama dengan makhluk yang menjijikkan seperti itu. Maka, bagaimanakah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah, yang selalu mencurahkan rezeki dengan melimpah-ruah kepada seluruh makhlukNya, akan mahu menjadikan orang seperti itu sebagai temanNya, orang yang pelit membelanjakan hartanya di. jalan Allah, yang harta itu sendiri sebenamya adalah pemberianNya? Bagaimana pula Allah Yang Maha Bijaksana dan Hati-hati itu akan mahu memasukkan orang seperti itu ke dalam golonganNya, orang yang persahabatan dan kasih sayangnya hanya terbatas pada semboyan-semboyan dan cerita-cerita kosong sahaja, yang sama sekali tidak boleh dipercayai? Oleh kerana itu kepada orang-orang yang gagal dalam ujian keempat ini juga dikatakan: "Pergilah. Tidak ada tempat bagimu dalam parti Allah.

124

Kamu tidak berguna. Kamu tidak akan mampu memikul tanggungjawab besar yang dipercayakan Allah kepada khalifahNya. Yang boleh masuk parti ini hanya orang yang bersedia mengorbankan hidupnya, harta bendanya, anak-anaknya, keluarganya, tanahairnya, — semuanya, demi cintanya kepada Allah.

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Al-Qur'an, All 'Imran,3:92)

SIFAT-SIFAT YANG DITUNTUT BAGI ANGGOTA PARTI ALLAH

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 120-124)