• Tidak ada hasil yang ditemukan

IBRAHIM MELEPASKAN DIRI DARI KEPERCAYAAN KAUMNYA

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 150-152)

Tetapi Rasulullah, Ibrahim, rupanya bukanlah manusia kebanyakan. Ia memiliki keperibadian yang berbeza dengan orang lain. Ketika ia mencapai usia akil baligh, ia mulai berfikir:

"Bagaimana matahari, bulan dan bintang-bintang yang beredar sendiri seperti budak- budak yang patuh kepada tuannya itu, dan juga patung-patung batu yang dibuat oleh manusia sendiri, dan raja yang juga manusia biasa seperti kita, dapat dianggap Tuhan? Kekuasaan apa yang ada pada benda-benda mati ini, yang tidak boleh bergerak dengan kemahuannya sendiri itu, yang tidak mempunyai kemampuan untuk menolong diri mereka sendiri, apalagi menguasai hidup dan kematian mereka sendiri. Kekuasaan apa yang mereka miliki sehingga manusia harus bersujud kepada mereka dengan penuh 'ibadat', meminta keperluan diri mereka, takut akan kekuatan mereka dan menghamba serta menghinakan diri terhadap mereka? Di antara semua benda yang tampak oleh kita di langit dan di bumi, atau di antara benda-benda yang sedikit kita ketahui, tidak ada satu pun yang tidak bergantung kepada sesuatu, yang tidak dikuasai oleh suatu kekuatan, dan tidak hilang lenyap pada suatu waktu. Kalau begini keadaan semua benda-benda ini, bagaimana mereka boleh disebut Tuhan? Kalau tidak satu pun dari mereka sebagai pencipta saya, tidak pula hidup dan mati saya, bahagia dan celaka saya, tidak pula ia memegang kunci sarana rezeki dan keperluan-keperluan hidup saya, maka mengapa saya harus menerimanya sebagai Tuhan dan membongkok di hadapannya dengan kepatuhan dan menghamba? Hanya wujud yang menciptakan segala sesuatulah, yang padaNya bergantung segala sesuatu, dan di tanganNya hidup dan mati, celaka dan bahaya segala sesuatu. Hanya Dialah yang dapat menjadi junjungan saya”.

Dengan berfikiran seperti ini Nabiyullah, Ibrahim, sampai pada suatu keputusan yang pasti bahawa ia tidak akan menyembah sembahan-sembahan yang disembah kaumnya, dan dengan terang-terangan mengatakan kepada mereka:

"...Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (denganNya). Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan". (Al-Qur'an, al-An'am, 6:78-79) SEGUNUNG CUBAAN

Setelah mengeluarkan pernyataannya itu, datanglah segunung cubaan kepada Nabiyullah, Ibrahim. Ayahnya mengancam akan mengusir dia dari keluarga dan rumahnya.

151

Masyarakatnya memperingatkan dia bahawa tidak seorang pun dari mereka yang akan memberikan perlindungan kepadanya. Pemerintah memusuhinya dan ia dibawa ke hadapan sang raja. Tetapi pejuang tunggal yang tidak berkawan itu menghadapi semua tentangan itu dengan keteguhan hati laksana batu karang, demi untuk membela kebenaran. Dengan penuh hormat ia berkata kepada ayahnya:

"Ayahanda yang tercinta, anakanda telah diberi pengetahuan yang tidak diberikan kepada ayahanda. Kerana itu, daripada anakanda yang mengikuti perkataan ayahanda, sepatutnya ayahandalah yang harus mengikuti ananda".

Sebagai jawapan terhadap ancaman masyarakatnya, dihancurkannya patung-patung berhala mereka untuk membuktikan ketidakmampuan sembahan-sembahan mereka itu. Dengan berani dikatakannya kepada raja itu, di hadapan seluruh sidang:

"Engkau bukanlah junjungan saya. Junjungan saya adalah Dia yang menguasai hidup matiku dan hidup matimu, dan yang menguasai pergerakan matahari dengan hukumNya".

Akhirnya, sidang memutuskan bahawa orang ini harus dibakar hidup-hidup. Tetapi orang yang berhati seteguh batu karang dan beriman hanya kepada satu Tuhan itu, menghadapi hukuman yang mengerikan itu dengan hati tabah. Dan setelah itu, ketika Allah dengan kekuasaanNya yang tidak terlawan menyelamatkannya dari bakaran api, ia lalu meninggalkan rumahnya, sanak keluarganya, masyarakat dan tanah aimya. Dengan isteri dan seorang anak saudaranya, ia berangkat untuk mengembara dari daerah yang satu ke daerah yang lain. Ibrahim — yang baginya telah dipersiapkan kekuasaan kependetaan yang agung yang boleh memberikan kedudukan yang tinggi dan kekayaan yang melimpah yang boleh diwariskan kepada anak cucunya itu — lebih suka memilih hidup tanpa rumah dan kemelaratan, kerana ia tidak mahu hidup mewah dengan jalan menjaring masyarakat dalam perangkap Tuhan palsu. Sebaliknya, ia mengajak mereka menyembah Tuhan yang sebenarnya, dan sebagai imbalan atas ajarannya itu, ia harus menjalani hidup yang tidak tetap dengan penuh kesengsaraan.

MIGRASI

Setelah meninggalkan rumahnya, Nabiyullah, Ibrahim, mengembara ke Syria, Palestin, Mesir, dan negeri-negeri Arab lainnya. Penderitaan-penderitaan apa yang dialaminya dalam hidup sebagai pengembara itu, hanya Tuhanlah yang tahu. Beliau tidak membawa bekal wang atau barang-barang dari rumahnya, tidak pula perjalanan beliau itu untuk mencari penghidupan. Yang difikirnya siang dan malam hanyalah, bagaimana beliau boleh membawa kaumnya ke luar dari penghambaan kepada sesama manusia dan menjadikan mereka pengabdi-pengabdi Tuhan semata. Kalau orang seperti beliau ini tidak boleh ditoleransi oleh keluarga dan masyarakatnya sendiri, bagaimana orang lain akan boleh berbaik dengannya? Di mana ia akan mendapat sambutan yang menggembirakan hati? Di mana-mana sahaja, yang ada hanyalah pengaruh dan kekuasaan pendeta-pendeta dan raja-raja yang mendakwa diri sendiri sebagai Tuhan, dan di mana-mana hanya ada masyarakat-masyarakat bodoh yang terperangkap dalam jaring Tuhan palsu. Tentu sahaja, di tengah-tengah masyarakat seperti itu, insan semacam Ibrahim tidak boleh hidup dengan tenteram? Dia, Ibrahim, tidak bersedia menerima siapa

152

pun sebagai Tuhan selain Allah, dan menyerukan kepada masyarakat bahawa tidak seorang pun selain Allah yang berhak diperlakukan sebagai Tuhan dan Junjungan, dan bahawa kerana itu mereka harus menggulingkan kekuasaan Tuan-tuan dan Tuhan-tuhan palsu tersebut, dan mengabdi hanya kepada Wujud yang Maha Esa sahaja. Itulah sebabnya mengapa Nabiyullah Ibrahim tidak dapat tinggal dengan tenteram di satu tempat. Selama bertahun-tahun beliau mengembara sebagai seorang Badwi, kadang- kadang di daerah Kana'an yang bcrpenduduk, kadang-kadang di Mesir, dan di waktu- waktu yang lain di padang pasir Arabia. Seluruh masa dewasanya dihabiskan dalam hidup secara demikian, dan rambutnya yang hitampun berubah menjadi putih.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 150-152)