• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMERINTAHAN YANG BAIK DI TANGAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 186-190)

Anda boleh membayangkan betapa istimewanya keadaan negara yang tenteranya, polisnya, pejabat-pejabat kehakimannya, pegawai-pegawai pajaknya, dan semua pegawai

187

negerinya terdiri daripada pejabat-pejabat dan pekerja-pekerja yang sabar dan takut kepada Tuhan. Di mana semua peraturan-peraturan dan undang-undang negara disusun berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Allah, tidak ada sedikit pun ketidakadilan dan kejahilan, dan di mana dilakukan pencegahan yang tegas dan keras terhadap setiap kejahatan dan kemungkaran, dan pemerintah selalu siap untuk mengembangkan kesolehan dan ketaqwaan di segenap kekuatan dan sumber materialnya. Kemudian apabila anda berfikir sejenak, anda akan memahami bahawa apabila pemerintahan yang seperti ini berfungsi lalu meluruskan dan membersihkan kebiasaan buruk masyarakat, menutup semua pintu perlanggaran hukum dan kegelapan, tingkah-laku yang tidak senonoh, penindasan, ketidakpatuhan, ketidaksopanan dan segala bentuk keruntuhan moral, menghapuskan segala macam pendidikan dan latihan-latihan yang salah, memperbaharui pemikiran-pemikiran rakyat melalui sistem pendidikan dan latihan- latihan yang sihat; dan apabila di bawah lindungannya rakyat memperolehi kesempatan hidup dalam iklim keadilan dan kejujuran yang suci dan bersih, kedamaian dan ketenteraman, sifat-sifat yang baik dan bertingkah-laku yang baik, maka mata mereka — yang telah dibutakan oleh penderitaan yang panjang di bawah kekuasaan orang-orang jahat dan tidak mempedulikan Tuhan — sedikit demi sedikit akan terbuka terhadap kebenaran dan penghargaan terhadapnya. Hati mereka yang berkarat, kerana keruntuhan moral yang melanda selama berabad-abad, akan menjadi bersih dan berkilau seperti kaca, dan layak untuk menyerap sinar kebenaran dan memantulkannya kepada orang-orang lain. Di saat itu tidak sukar bagi rakyat untuk memahami kenyataan yang sederhana ini, iaitu sebenarnya hanya Allahlah Tuhan mereka, dan bahawa tidak ada seorang pun yang berhak menguasai mereka, dan Rasuhillah saw, adalah rasul yang membawa hukum- hukum yang benar dari Allah kepada ummat manusia. Hal-hal yang tampaknya sekarang sangat sukar diterapkan ke dalam fikiran rakyat akan secara automatik meresap ke dalam fikiran mereka. Hal-hal yang sekarang tidak boleh diterangkan melalui ceramah dan buku-buku yang mudah mereka fahami, seakan-akan tidak ada komplikasi sedikit pun di dalamnya. rakyat yang melihat perbezaan antara apa yang terjadi di negara-negara yang dikuasai oleh hukum-hukum buatan manusia dengan situasi di negara yang diatur menurut sistem Ilahi Mereka akan mudah menyatakan kepercayaan mereka kepada keesaan Tuhan dan kebenaran Rasulullah saw, dan susah untuk menolaknya. Keadaannya adalah seperti keadaan yang memudahkan orang untuk memilih mawar daripada duri, setelah merasakan perbezaan antara keduanya. Di waktu itu, akan diperlukan kedegilan yang luar biasa untuk menolak kebenaran Islam dan tetap berpegang pada kekafiran dan atheisme, dan mungkin hanya akan ada lima atau sepuluh dari seribu orang yang akan memperlihatkan kedegilan yang luar biasa seperti itu.

Saudara-saudara

Saya harap sekarang anda telah benar-benar memahami tujuan diwajibkannya solat, puasa, zakat dan haji. Selama ini anda mengira, dan telah salah mengerti, bahawa amalan-amalan tersebut sama dengan 'ibadat-'ibadat dalam agama Hindu: setelah dikerjakan, Tuhan akan senang dengan kita, dan habis di situ sahaja. Tidak pernah selama ini diterangkan kepada anda bahawa 'ibadat-'ibadat tersebut adalah persiapan-persiapan untuk menghadapi suatu tugas yang besar. Kerana itu, selama ini anda telah melaksanakan 'ibadat-'ibadat tersebut tanpa menyedari adanya tujuan yang harus anda

188

capai dengannya, dan tidak pernah terlintas dalam fikiran anda untuk bersiap-siap meng- hadapi kerja besar yang menjadi tujuan diwajibkannya 'ibadat-'ibadat tersebut. Tetapi sekarang saya memberitahu anda bahawa semua 'ibadat-'ibadat yang dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai niat untuk berjihad dalam hatinya, dan yang tidak mengingati tujuan jihad ini, tidaklah ada ertinya. Kalau anda mengira bahawa dengan 'ibadat-'ibadat yang tidak bererti itu, anda boleh memperolehi redha Tuhan, maka di saat anda pergi menghadap-Nya, anda akan melihat sendiri sejauh mana amalan-amalan ter- sebut mendekatkan anda kepadaNya

189

2. PENTINGNYA JIHAD

Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam khutbah-khutbah yang telah lalu telah saya terangkan kepada anda erti kata-kata din, syari'ah, 'ibadat. Ingat-ingatkanlah kembali ketiga-tiga perkara ini.

Din bererti kepatuhan. Syari'ah disebut juga hukum

'Ibadat mengandungi erti penghambaan. ERTI "DIN"

Apabila anda menghambakan dan menghinakan diri (sub-servience) kepada seseorang yang mengaku sebagai pemerintah anda, maka hal itu bererti anda telah menerima din- nya.. Setelah itu ia menjadi pemerintah (ruler) anda, dan anda menjadi rakyatnya (subject). Perintah-perintah dan peraturan-peraturan yang dibuatnya menjadi hukum dan- syari'ah bagi anda. Apabila anda memberikan kepadanya apa yang dimintanya, melaksanakan apa pun yang diperintahkannya, tidak melakukan apa yang dilarangnya, bekerja dalam batas-batas yang telah ditetapkan untuk anda, mengikuti arahan-arahannya, dan menerima keputusan-keputusannya yang bersangkutan dengan hubungan timbal- balik antara anda semua, urusan-urusan bisnis anda, perkara-perkara kehakiman dan hukuman anda... maka sikap anda seperti itu dinamakan penghambaan atau 'ibadat. Dari penjelasan ini jelaslah bahawa "din" sesungguhnya adalah pemerintahan. Syari'ah adalah undang-undang dan hukum pemerintahan, dan 'ibadat adalah sikap menurut kepada undang-undang dan hukum-hukumnya. Barangsiapa yang anda terima sebagai pemerintah dan anda menyatakan tunduk kepadanya, bererti anda telah ber”din” kepadanya, atau masuk ke dalam dinnya. Apabila pemerintah anda adalah Allah, bererti anda telah memasuki din Allah. Apabila pemerintah anda seorang raja, bererti anda memasuki din raja itu. Apabila pemerintah anda adalah suatu bangsa lain yang tertentu, bererti anda memasuki din bangsa itu. Dan apabila pemerintah anda adalah bangsa anda sendiri atau perwakilan bangsa anda, maka anda telah masuk ke dalam din rakyat negeri anda. Pendeknya, siapa pun yang menguasaii belenggu kepatuhan yang melingkar di leher anda, bererti ia telah menguasai anda dalam dinnya., dan barangsiapa yang anda mematuhi undang-undang dan hukum-hukumnya, bererti anda ber'ibadat kepadanya. TIDAK ADA DUA "DIN" BAGI SEORANG MANUSIA

Setelah memahami masalah tersebut, anda tentu akan dengan mudah boleh memahami kenyataan bahawa bagi seorang manusia sama sekali tidak mungkin ada dua din, kerana dari pelbagai din yang ada, anda hanya boleh mengikuti satu sahaja. Dan dari pelbagai objek penyembahan dan pemujaan, anda hanya mungkin mengambil satu sahaja sebagai Tuhan anda. Mungkin anda akan mengatakan bahawa ada cara lain selain itu - bahawa

190

dalam masalah iman, kita menerima satu penguasa dan pemerintah, sedang dalam kenyataan hidup, kita mematuhi penguasa dan pemerintah yang lain; kita memuja dan menyembah yang satu, sementara kita menghamba kepada yang lain; kita menyatakan iman kepada satu hukum dan undang-undang, sedang dalam praktik masalah-masalah hidup, kita diatur oleh hukum dan undang-undang yang lain. Terhadap hal ini saya katakan: "Tidak syak lagi hal itu boleh dilakukan, dan memang sedang dilakukan. Tetapi ini adalah syirik, dan syirk ini adalah kebathilan yang nyata. Sebenarnya, yang boleh disebutkan din anda hanyalah din yang berasal dari siapa yang benar-benar anda patuhi. Bukankah merupakan kepalsuan yang nyata apabila anda menyatakan bahawa penguasa dan pemerintah anda adalah X dan mengakui din anda adalah dinnya, sedangkan anda tidak mematuhinya? Bahkan walaupun anda mengatakan dengan lisan, dan merasakannya dalam hati, tetapi apakah manfaat dan pengaruh yang boleh ditimbulkan oleh pernyataan anda itu? Pernyataan anda bahawa anda telah menyatakan iman kepada syari'ahnya adalah tidak bererti apa-apa kalau urusan-urusan hidup anda telah melanggar syari'ahnya, dan anda mengikuti apa yang diperintahkan oleh syari'ah lain. Anda menyatakan bahawa anda mengakui Y sebagai objek pemujaan dan penyembahan anda, tetapi perbuatan anda bersujud kepadanya hanya akan menjadi omongan sahaja, kalau dalam praktik, anda menghamba kepada yang lain. Sebenamya, yang dapat disebut objek pemujaan dan penyembahan anda, dan yang hanya kepadanya anda beribadat, adalah dia yang perintah- perintahnya anda laksanakan dan yang larangan-larangannya anda jauhi, yang dalam batas-batas yang telah ditetapkannya, anda melaksanakan pekerjaan anda, yang anda ikuti sistemnya dalam tingkahlaku anda, yang prosedur-prosedumya anda ikuti dalam urusan perdagangan, yang anda minta penilaian dalam masalah-masalah hidup anda, yang syari'ah-nya mengatur hubungan timbal balik anda dan menetapkan pembahagian hak- hak di antara anda, yang kerana perintahnya anda menyerahkan seluruh tenaga jantung anda, tangan dan kaki anda bersama harta benda dan bahkan hidup anda. Kerana itu, apapun juga yang anda imani, apabila praktik yang sebenarnya bertentangan dengan iman anda tersebut, maka praktik yang sebenarnya itulah yang merupakan kenyataan yang konkrit. Dalam situasi seperti itu sama sekali tidak ada tempat bagi iman anda, tidak pula iman anda itu memiliki kualiti sedikit pun juga. Apabila dalam kenyataan anda, anda berada dalam din seorang raja, maka tidak ada tempat bagi din Allah. Juga apabila anda berada dalam din rakyat (jumhur) atau din bangsa Inggeris, Jerman, atau din negeri dan tanah air anda sendiri, maka tidak ada tempat bagi din Allah. Dan apabila dalam kenyataan anda adalah pemeluk din Allah, maka demikian pula tidak ada tempat buat din yang lain. Dan fahamilah benar-benar bahawa di mana terjadi syirik, maka itu adalah kebathilan yang nyata.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 186-190)