• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA UNTUK MEMPEROLEHI MANFAAT DARI HAJ

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 177-180)

Untuk memperolehi manfaat haji yang sepenuhnya, maka di pusat Islam ini perlulah ada penguasa yang berniat baik, dan mahumencurahkan seluruh tenaganya untuk memanfaatkan kekuatan universal haji ini. Di sana perlu ada suatu kelompok manusia yang merupakan jantung yang memompakan darah ke seluruh tubuh dunia setiap tahun; yang merupakan otidak yang.terus mencuba untuk menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia melalui ribuan dan ratusan ribu agen, utusan-utusan Tuhan. Dan kalaupun tidak ada kekuasaan yang mampu melakukan hal-hal tersebut, di sana setidak-tidaknya hendaklah terdapat masyarakat yang memperlihatkan terbinanya kehidupan Islam suci iaitu masyarakat yang dapat dijadikan teladan yang sempurna, sehingga orang-orang Islam dari seluruh dunia yang datang ke sana pulang ke negeri asalnya dengan memperoleh pelajaran dan contoh yang segar tentang kesalehan yang sejati. Namun alangkah sayangnya! Hal seperti itu tidak terdapat di sana. Sudah sejak lama sekali kebodohan telah meliputi tanah Arab. Sejak zaman Abbasiyah hingga zaman Usmani (Ottoman), raja-raja di setiap masa, demi tujuan politik mereka, terus berusaha untuk melemahkan bangsa Arab. Kiranya daripada membangun keadaan kehiupan mereka, mereka menekan bangsa Arab sampai pada tingkat kemunduran ilmu pengetahuan, moral, kebudayaan dan semua bidang yang lain. Akibatnya ialah, tanah dari mana cahaya Islam dahulu memancarkan sinarnya ke seluruh penjuru dunia, sekarang hampir kembali seperti keadaanya dahulu sebelum Islam datang. Sekarang, tidak ada ilmu Islam ataupun kehidupan Islam di sana. Orang-orang datang berziarah ke tanah suci dari tempat-tempat yang jauh-jauh dengan penuh niat dan pengabdian, tetapi setelah sampai di sana yang mereka jumpa hanyalah kejahilan, ketidaksopanan, kehinaan budi, kerakusan dunia, keburukan tingkah-laku, keadaan yang kacau-bilau dan kemerosotan keadaan rakyat jelata. Harapan mereka terpadam sedemikian rupa hingga banyak orang, setelah mengerjakan haji, jauh daripada memperolehi tambahan iman, malah iman mereka menjadi lemah. Lembaga kelas istimewa pengawal-pengawal agama, yang didirikan di Ka'bah sepeninggalan Ibrahim dan Isma'il as, dan yang kemudian dihapuskan oleh Muhammad saw, telah dihidupkan kembali. Pengawal-pengawal Ka'bah telah kembali

178

mengangkat diri mereka sebagai pengawal-pengawal agama. Rumah Tuhan telah menjadi milik mereka, dan haji menjadi sumber perniagaan. Mereka menganggap jema'ah haji sebagai langganan-langganan mereka. Agen-agen telah dipilih dipelbagai negeri dengan gaji besar untuk mencari dan memasukkan langganan. Setiap tahun, suatu gerombolan broker-broker dan agen-agen perjalanan berangkat dari Makkah dengan tujuan menjemput langganan-langganan di semua bahagian dunia. Orang-orang didorong untuk pergi haji dan membacakan kepada mereka ayat-ayat al-Qur'an dan mengutip hadis-hadis. Tetapi niatnya bukanlah untuk mengingatikan mereka akan kewajipan yang telah diperintahkan Allah, Tetapi hanyalah untuk membuka peti wang mereka dan memperolehi isinya. Seolah-olah Allah dan RasulNya, memang, telah menyediakan bisnis untuk menaikkan hidup penjaga-penjaga rumah suci dan broker-broker tersebut. Maka bila seseorang mahu mengerjakan haji, sejak dari permulaan perjalanan hingga sampai akhir kembalinya, ia harus berurusan dengan berbagai macam kumpulan dan pedagang din Muallim, Mutawwif, Wakil al-Mutawwif, Kalid Majlis al-Ka'bah, dan pemerintah Hijaz sendiri adalah peserta-peserta dalam perdagangan ini. Bahkan pintu Khana-i-Ka'bah tidak boleh dibuka oleh seorang Muslim tanpa membayar sejumlah wang tertentu. Na'udzu billah min dzalik.

Cara-cara yang dipakai oleh pandit-pandit dari Benares dan .Hardwar telah dipakai pula oleh Mujawir-Mujawir pusat peribadatan kita serta mereka yang menyebut dirinya pelayan-pelayan agama, padahal Islam telah membanteras perniagaan keagamaan ini. Bagaimana ruh ibadat akan dapat hidup bila di tempat pelaksanaan ibadat itu sendiri telah dijadikan perdagangan dan sumber pendapatan gaji, tempat-tempat peribadatan telah dieksploitasi untuk kepentingan pribadi, perintah-perintah Ilahi telah dipergunakan untuk memaksa orang mengerjakan sesuatu kewajipan dan memungut wang daripadanya, orang diharuskan untuk membayar bagi setiap peribadatan yang dilakukannya, dan rahmat dan berkat dari din ini telah menjadi semacam komoditi para pedagang dan pembelinya? Bagaimana anda boleh mengharapkan bahawa mereka yang mengerjakan haji dan mereka yang mengawasinya dapat memperolehi manfaat rohaniah yang sejati dari ibadat ini, kalau semua pekerjaan yang terlibat di dalamnya dilakukan dengan mentaliti jual-beli? Dengan menyebutkan fakta-fakta ini saya tidaklah bermaksud untuk menyalahkan siapa pun. Niat saya hanyalah menunjukkan kepada anda faktor-faktor apa yang membuat suatu sumber kekuatan yang demikian besar, seperti haji, menjadi tidak bermanfaat apa- apa.

Janganlah hendaknya sampai terjadi salah pengertian dalam fikiran siapa pun bahawa tidak diperolehinya manfaat haji itu disebabkan kerana kekurangan Islam dan sistem yang telah diajukannya. Tidak. Sesungguhnya kekurangan itu terletak pada mereka yang tidak mengikuti Islam dengan tepat dan benar. Adalah kesalahan anda sendiri kalau kaedah-kaedah yang ditujukan untuk menjadikan anda sebagai model manusia yang sempurna, yang dengan mengikuti kaedah tersebut dengan benar anda tentu akan menjadi pembaharu-pembaharu dan imam bagi seluruh dunia, sekarang ini tidak menghasilkan apa-apa. Situasinya telah menjadi sedemikian buruknya sehingga masyarakat telah meragukan keampuhan kaedah-kaedah tersebut.3 Perumpamaannya adalah seperti

3

Hendaklah diperhatikan bahawa khutbah ini diberikan pada tahun 1938. Setelah tahun tersebut hingga sekarang keadaan telah banyak bertambah baik, dan pemerintah Saudi Arabia sedang mengusahakan pcrbuatan-perbuatan lebih lanjut. Pendidikan juga sedang disebarkan di Saudi Arabia. Pertubuhan- pertubuhan tinggi untuk memberikan pengajaran tentang Syari'ah telah didirikan di Riyadh. Makkah, Jedah,

179

seorang doktor ahli yang meninggalkan resepi yang paling mujarab, dan resepi itu jatuh ke tangan penjual-penjual ubat di pinggir jalan dan orang-orang yang bodoh, dan dengan demikian ia menjadi tidak berguna dan juga menjatuhkan. nama baik doktor tersebut. Sebuah resepi boleh sahaja merupakan resepi yang paling baik dan istimewa, tetapi bagaimanapun tetap diperlukan kecerdasan dan pengetahuan teknikal untuk dapat mengambil manfaat daripadanya. Kalau yang menanganinya adalah orang-orang yang bodoh dan tidak mempunyai pengetahuan, maka resepi tersebut bkan sahaja tidak akan berkesan, Tetapi malah akan berbahaya, dan orang-orang yang jahil, yang tidak punya keahlian untuk menilai keampuhannya, akan menjadi salah faham dan menganggap bahawa resepi itulah yang tidak baik.

dan kota-kota lain. Sebuah universiti Islam telah mula bekerja dengan skala besar di Madinah. Suatu organisasi antarabangsa dunia Islam yang disebut Rabithah Islamiyyah telah dibentuk di Makkah, yang

cuba dengan sepenuh usaha untuk mcnggunakan haji untuk meniupkan ruh din ke tubuh bangsa-bangsa

Muslim. Dalam sinaran pcrkembangan ini, keadaan menjadi sangat memuaskan. Sekarang, yang diperlukan

adalah dua hal. Pertama, daerah dua tanah suci yang Mulia (haramain syari-fain) mesti diselamatkan dari

pengaruh kebudayaan Barat. Kedua, cara-cara kerja para Mu'allim (Syeikh pent.) hendaklah diperbaiki.

Semoga Tuhan menolong pemerintah Saudi Arabia dalam melakukan tindakan-tindakan tepat dalam hal ini.

180

JIHAD

1. JIHAD

Saudara-saudara sesama Muslim.

Dalam khutbah-khutbah saya yang telah lalu saya telah berulang-ulang menyatakan bahawa solat, puasa, haji dan zakat, yang telah diwajibkan oleh Allah kepada anda dan dijadikanNya sebagai tiang-tiang Islam, tidaklah sama dengan ibadat-ibadat dalam agama-agama lain, yang terdiri dari majlis-majlis yang cukup dilaksanakan begitu sahaja dan Tuhan akan senang kerananya. Dalam Islam, ibadat-ibadat diwajibkan dengan maksud untuk mempersiapkan anda untuk suatu tujuan yang besar dan melatih anda untuk memikul tugas yang besar pula. Nah, setelah saya menjelaskan secara terperinci kepada anda tentang semua latihan tersebut dan kaedah-kaedah persiapannya, tibalah saatnya sekarang untuk mengatakan kepada anda tujuan daripada latihan-latihan tersebut. TUJUAN ISLAM YANG SEBENARNYA

Secara singkat, cukuplah dikatakan bahawa tujuan Islam yang sebenarnya adalah melenyapkan penguasaan manusia atas manusia dan menegakkan pemerintahan Tuhan Yang Esa. Mempertaruhkan hidup seseorang dan segala sesuatu yang dimiliki untuk mencapai tujuan ini disebut jihad, sedangkan solat, puasa, haji dan zakat, semuanya dimaksudkan untuk mempersiapkan diri menghadapi tugas ini. Akan tetapi, kerana anda telah lama lupa tujuan Islam ini serta tugas yang dipercayakan kepada anda itu, kerana semua ibadat telah diubah menjadi tasawwuf semata-mata, maka maksud dari kalimat singkat tentang tujuan Islam yang saya sampaikan tadi akan tetap merupakan teka-teki bagi anda. Kerana itu saya akan memberikan penjelasan kepada anda tentang tujuan Islam ini.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 177-180)