• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIFAT-SIFAT YANG DITUNTUT BAGI ANGGOTA PARTI ALLAH 1 Tidak boleh berfikiran sempit

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 124-128)

Dalam parti ini tidak ada tempat bagi orang-orang yang berfikiran sempit. Hanya orang- orang yang lapang fikiran sahaja yang boleh masuk:

"...Dan barangsiapa yang dipelihara dari kesempitan fikirannya, mereka itulah orang- orang yang beruntung". (Al-Qur'an,al-Hasyr, 59:9)

2. Harus lapang dada

Di sini diperlukan orang-orang yang dadanya lapang hingga apabila seseorang pernah memusuhi dan menyakiti hati mereka, mereka masih mahu menolongnya dan membantunya demi Allah:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”( Al- Quran, an-Nur, 24:22)

3. Harus lapang hati

Di sini diperlukan orang-orang yang lapang hati:

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih." (Al-Qur'an, al-Insan, 76:8-9)

4. Harus berhati bersih dan suci

Di sini diperlukan orang-orang yang berhati suci bersih kerana Allah, iaitu memberikan barang-barang yang paling baik dari apa yang diberikan Tuhan kepada mereka:

125

"Wahai orang-orang beriman, nafkahkan (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memjelingkan mata terhadapnya..." (Al-Qur' an, al-Baqarah, 2:267)

5. Harus memberi walaupun dalam kekurangan

Di sini diperlukan orang-orang budiman yang walaupun sedang kekurangan, tidak ragu- ragu untuk memotong perbelanjaan mereka dan memberikannya untuk keperluan agama Allah dan membantu hamba-hamba Allah:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik diwaktu lapang mahupun di waktu sempit..." (Al-Qur'an, All 'Imran, 3:133-134)

6. Harus murah hati

Di sini diperlukan orang-orang beriman yang benar-benar percaya bahawa apa. pun yang dibelanjakan pada jalan Allah tidaklah akan sia-sia; dan sebaliknya, Allah akan memberikan balasan yang paling baik untuk itu., baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk itu mereka bersedia menafkahkan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memperolehi redhaNya. Mereka tidak pernah peduli apakah orang-orang tahu tentang kemurahan hati mereka atau tidak, apakah orang akan berterima kasih kepada mereka atau tidak.

"...Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya". (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:272)

7. Harus ingat kepada Allah pada masa senang

Di sini diperlukan orang-orang pemberani yang tidak lupa kepada Allah baik dalam keadaan hidup sejahtera, mahupun dalam istana megah dan penuh kemewahan:

"Wahai orang-orang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi". (Al-Qur'an, alMunafiqun, '63:9)

Semua yang tersebut di atas itu adalah kualiti-kualiti penting yang dituntut untuk membolehkan diri memasuki parti Allah. Tanpa mengikuti semua sifat itu, seseorang tidak akan boleh dimasukkan ke dalam kelompok teman-teman Allah. Sesungguhnya, itu semua bukan hanya ujian moral sahaja, Tetapi juga ujian iman yang lebih ketat. Orang

126

yang enggan membelanjakan hartanya di jalan Allah, dan menganggapnya sebagai denda yang dikenakan atas dirinya, juga mencari-cari alasan untuk menghindarinya, dan apabila memang melakukannya juga, ia mencuba untuk mengurangi sakit hatinya dengan menunjuk-nunjukkan pemberiannya atau mengusahakan agar perbuatannya disebarluaskan, orang seperti ini sesungguhnya bukanlah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Ia menganggap bahawa apa yang dibelanjakan di jalan Allah adalah terbuang percuma. Kemewahan, kenyamanan hidup, hobi, keuntungan dan kemasyhuran adalah lebih disayanginya daripada keredhaanNya. Ia mengira bahawa hidup hanya terbatas di dunia ini sahaja. Menurut pendapatnya wang sememangnya harus dibelanjakan, ia harus dibelanjakan untuk menjunjung nama dan kemasyhuran, agar infaqnya itu segera boleh dipetik hasilnya di dunia ini. Kalau tidak demikian, akan sia- sialah wang itu hilang. Orang semacam ini dengan tegas dinyatakan dalam al-Qur'an sebagai tidak boleh diterima Allah. Apabila ia menyombongkan imannya, ia adalah munafik. Perhatikanlah ayat dalam point di bawah ini.

8. Tidak boleh menyebut-nyebut pemberian

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir...." (Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:264)

9. Tidak boleh membanyak-banyakkan kekayaan

"....Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:34)

10. Tidak boleh mencari alasan mundur apabila diminta ikut berjihad di jalan Allah "Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu (Muhammad) untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya". (Al- Qur'an, at-Taubah, 9:44-45)

11. Harus taat sepenuh hati kepada Allah

"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan kerana mereka kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:54)

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka

127

Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik". (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:67)

12. Tidak boleh menganggap membelanjakan harta di jalan Allah sebagai paksaan yang tidak sepatutnya

"Dan diantara orang-orang Arab Badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah), sebagai suatu kerugian...." (Al-Qur'an, at-Taubah, 9:98)

13. Tidak boleh kikir

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir, sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu adalah orang-orang yang berkehendak (kepada)Nya; dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini". (Al-Qur'an, Muhammad, 47:38)

Saudara-saudara sesama Muslim

Inilah kedudukan yang sebenamya daripada zakat, tiang agama anda itu. Jangan anda samakan kedudukannya dengan pajak yang dikenakan oleh pemerintah negara dunia. Tetapi zakat adalah penting dan urat nadi Islam. Zakat adalah ujian keimanan. Sebagaimana halnya seorang pelajar atau mahasiswa, baru boleh naik tingkatan apabila ia lulus menempuh ujian akhir yang diadakan sekolah atau tempatnya menuntut ilmu. Sama halnya dengan seorang Muslim, ia harus pula lulus menempuh berbagai tingkatan ujian pengorbanan harta benda supaya ia dapat menjadi seorang Muslim yang sebenamya walaupun, memang, ini bukanlah ujian yang terakhir. Setelah ujian ini masih ada lagi ujian yang lebih berat, iaitu ujian pengorbanan nyawa, yang akan saya jelaskan pada kesempatan lain. Ada pun ujian pengorbanan harta benda, adalah ujian terakhir dari testing masuk ke dalam lingkungan Islam, atau dengan kata lain, ke dalam parti Allah. Sekarang ini, sebahagian orang mengatakan: sudah terlalu banyak khutbah dan ceramah yang diberikan kepada kaum Muslimin, yang menyerukan agar mereka membelanjakan harta dan melarang menghambur-hamburkan wang; padahal dalam keadaan kemiskinan dan kemelaratan seperti sekarang ini, seharusnya mereka diberi ceramah tentang bagaimana mencari dan mengumpulkan wang. Orang-orang yang berkata seperti itu tidak mengerti bahawa zakat dan membelanjakan harta di jalan Allah, adalah merupakan ruh Islam; dan salah satu faktor yang telah menjerumuskan umat Islam ke dalam lembah kehinaan sekarang ini, adalah kerana tidak adanya semangat pengorbanan ini. Kejayaan ummat Islam runtuh bukan disebabkan adanya semangat berkorban, tetapi kerana matinya semangat ini.

Dalam khutbah saya yang akan datang, saya akan menerangkan bahawa zakat dan sedekah adalah benar-benar ruh dari kehidupan bersama kita dan dalam keduanya terkandung semua berkat, tidak hanya untuk akhirat tetapi juga untuk kehidupan duniawi kita ini.

128

3. KEDUDUKAN ZAKAT DALAM KEHIDUPAN BERSAMA

Saudara-saudara Muslim.

Dalam kedua-dua khutbah saya yang telah lalu, saya telah menerangkan kepada anda kedudukan zakat yang sebenarnya. Sekarang saya akan menerangkannya dari seginya yang lain.

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 124-128)