• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURANGNYA PENGHARGAAN KITA

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 175-177)

Akan tetapi, ada cerita lain yang sangat menyedihkan hati dan menekan perasaan. Keadaan ummat Islam sekarang ini adalah seperti seorang anak yang lahir di tambang permata. Kalau seorang anak kecil duduk di atas tumpukan batu permata dan bermain- main dengannya, maka baginya batu-batu permata tersebut tidak bezanya dengan batu- batu biasa yang lain. Keadaan ummat Islam sekarang ini adalah seperti anak kecil tersebut kerana rahmat besar yang ada di tangan mereka hanya menjadi benda mainan belaka, sedangkan orang lain di seluruh dunia berada dalam kesusahan dan malapetaka kerana tidak menerima rahmat tersebut, padahal mereka sangat memperlakukan dan mencarinya dengan susah-payah. Ummat Islam memiliki rahmat tersebut di tangan mereka kerana mereka beruntung lahir di dunia Islam. Kalimah Tauhid, yang mampu menyelesaikan semua persoalan rumit yang dihadapi ummat manusia dan menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus dan sederhana, telah didengungkan ke telinga kaum Muslimin sejak mereka masih anak-anak, dan resepi solat dan puasa (yang lebih berharga daripada ilmu kimia, dan mampu mengubah manusia, dari seekor binatang menjadi insan). Kalimah Tauhid merupakan ubat terbaik yang ditemukan manusia untuk menjadikan manusia takut kepada Allah, saling bersaudara, dan bersimpati serta bersahabat satu sama lain. Kalimah Tauhid diwarisi oleh ummat Islam secara secara automatik dari bapa-bapa dan nenek-moyang mereka di saat mereka lahir. Sistem zakat yang tidak ada bandinganya itu, yang merupakan alat untuk mensucikan hati dan pembetul dari sistem kewangan dunia yang menghisap darah, telah berada ditangan anda laksana resepi-resepi mu'jizat berada di tangan anak seorang mahaguru doktor, sementara orang lain bersusah payah mencarinya. Demikian pulalah halnya dengan haji... suatu sistem kebesaran yang mutlak tidak bertara di dunia ini. Sampai hari ini tidak ada sebuah seruan pun yang lebih ampuh untuk menyebarkan suatu gerakan ke seluruh penjuru dunia dan memeliharanya tetap hidup hidup hingga akhir zaman. Tidak ada cara yang dapat me nandingi haji dalam kemampuannya untuk menarik manusia dan mengumpulkannya atas nama Tuhan di satu pusat pertemuan, dan mempersatukan sejumlah besar kaum-kaum dan bangsa-bangsa dalam satu tali persaudaraan manusia yang mengabdi kepada Tuhan,

176

bercita-cita suci dan saling mendo'akan rahmat bagi satu sama lain. Anda semua telah memperolehi sistem yang sempurna dan tidak bertara ini tanpa usaha sedikit pun, suatu sistem yang telah bekerja ratusan tahun dengan berjaya. Tetapi anda semua tidak menaruh perhatian sedikit pun terhadapnya, kerana ia telah berada ditangan anda ketika anda lahir dan membuka mata di dunia. Sekarang anda bermain-main dengannya seperti halnya seorang anak kecil bodoh yang dilahirkan di atas tumpukan permata dan menganggapnya sebagai batu-batu biasa sahaja. Hati saya terbakar melihat anda semua mempermainkan harta dan kekuatan yang demikian besarnya itu, kerana kebodohan dan ketololan semata-mata.

Bagaimana orang boleh bersabar dan menahan hati melihat batu-batu permata dihancur- leburkan oleh tukang-tukang pemecah batu?

Saudara-saudaraku yang tercinta. Seorang penyair berkata;

Keldai Isa pergi berhaji, Pulang kembali tetap keldai.

Maksudnya, keledai itu, walaupun milik seorang nabi seperti Isa as, tidak akan boleh memperolehi manfaat apa-apa dari kunjungan ke kota suci Makkah yang sangat bernilai itu. Kalau ia dibawa juga ke sana, pulangnya ia akan tetap sahaja bodoh dan tolol.

Memang, solat, puasa, atau haji tidaklah dimaksudkan untuk melatih binatang, Tetapi manusia. Tetapi, kalau manusia-manusia yang diberi latihan dengan amalan-amalan tersebut tidak mengerti erti dan kepentingannya, tidak pula berniat untuk memetik manfaat-manfaat yang terkandung di dalamnya; Tetapi sebaliknya fikiran .mereka kosong dari pengertian dan makna ibadat-ibadat tersebut, in mereka hanya melaksanakannya kerana meniru perbuatan nenek moyangnya sahaja; hasil apa yang boleh diharapkan dari mereka? Malangnya, ummat Islam pada umumnya melaksanakan 'adat-ibadat tersebut dengan cara demikian itu. Mereka mengerjakan tiruan pekerjaan lahiriah dari ibadat- ibadat tersebut tanpa memiliki ruhnya. Anda saksikan, setiap tahun ribuan orang pergi ke pusat Islam dan pulang kembali setelah melaksanakan haji tetapi ketika berangkat mereka tidak mengalami perasaan yang harusnya dialami oleh pengunjung tanah suci; tidak pula pengaruh haji terlihat pada diri mereka ketika mereka kembali; tidak pula mereka meninggalkan kesan baik tcntang tingkah laku mereka kepada orang-orang di tempat yang mereka lewati dalam perjalanan mereka. Sebaliknya, mereka menodai nama Islam dengan memperlihatkan kekotoranhan mereka, tingkah-laku yang buruk dan moral yang lemah. Melihat kehidupan mereka, tidak seperti kuasa din yang memberikan kesan pada orang-orang lain, din itu sendiri menjadi kehilangan erti di mata pemeluk-pemeluknya. Dan inilah sebabnya mengapa orang-orang muda bangsa kita sendiri meminta kepada kita untuk menerangkan manfaat apa yang boleh diperolehi dari haji, sedangkan haji sesungguhnya adalah sesuatu yang apabila dilaksanakan dengan keagungannya yang sebenarnya, maka orang-orang kafiriin akan menyatakan keimanannya kerana menyaksikan manfaat-manfaatnya yang nyata. Haji adalah suatu gerakan-yang puluhan bahkan, ratusan ribu atau jutaan anggotanya, yang berasal dari setiap bahagian dunia, yang setiap tahun berkumpul di satu pusat pertemuan, dan kemudian mereka pulang

177

kembali ke tempat masing-masing dan memperlihatkan kehidupan, fikiran-fikiran dan tingkah laku mereka yang suci ketika melewati kota-kota dan daerah-daerah. Mereka tidak hanya mendakwahkan prinsip-prinsip yang mendasari gerakan tersebut dengan kata-kata sahaja di tempat mereka berhenti atau lewat, tetapi juga memperlihatkan sepenuhnya dalam kehidupan mereka sehari-hari, dan proses ini berlangsung tidak hanya dalam jangka waku sepuluh atau dua puluh tahun sahaja, tetapi beratus-ratus tahun. Fikirkanlah, perlukah manfaat yang demikian besarnya ini dipersoalkan lagi? Demi Tuhan, apabila amalan haji ini dikerjakan dengan cara yang benar, maka orang-orang buta pun akan boleh menyaksikan manfaat-manfaatnya dan orang-orang tuli akan boleh mendengarkan keuntungan-keuntungannya. Haji yang dilaksanakan setiap tahun itu pasti akan membuat ratusan juta orang Islam menjadi orang-orang yang saleh dan pasti akan menarik ribuan orang bukan Muslim ke dalam lingkungan Islam, dan memberi kesan terhadap puluhan ribu manusia bukan Muslim akan keluhuran dan ketinggian Islam. Tetapi alangkah memalukannya kebodohan! Betapa barang yang tidak ternilai harganya telah terhambur dengan sia-sia kerana dipermainkan orang-orang yang bodoh!

Dalam dokumen KEWAJIPAN KITA KE ATAS KURNIA YANG KITA TERIMA (Halaman 175-177)