• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT-SYARAT DAN ATURAN IMAMAH

Di sini tkiak ada waktu untuk membicarakan hal-hal yang terperinci; kerana itu saya hanya menjelaskan beberapa garis besarnya sahaja:

1. Soleh dan bijak

Diwajibkan, bahawa orang yang diangkat menjadi imam adalah orang yang bijak, tinggi ilmunya, lebih banyak pengetahuannya tentang al-Qur'an daripada orang lain serta paling

96

tua usianya. Urutan prioriti sifat-sifat ini telah diterangkan dalam hadis. Atas dasar ini dapat diambil pelajaran tentang sifat-sifat mana yang harus dipertimbangkan dalam memilih seorang pemimpin bangsa.

2. Mewakili majoriti

Diwajibkan, bahawa imam tersebut bukanlah orang yang tidak disukai oleh majoriti jema’ah. Biasanya, hampir tidak ada orang yang tidak mempunyai musuh seorang pun, terapi bila seseorang tidak disukai oleh sejumlah besar anggota jema’ah, maka ia tidak boleh diangkat menjadi imam. Sekali lagi, di sini kita boleh mengambil peraturan untuk memilih pemimpin bangsa.

3. Bersimpati kepada pengikut

Diwajibkan, bahawa orang yang telah diangkat menjadi imam haruslah memimpin solat dengan cara sedemikian rupa, sehingga anggotajema’ah yang paling tua pun tidak merasa berat mengikutinya. Ia tidak boleh membaca surat-surat yang panjang atau melakukan ruku' dan sujud berlama-lama, yang mungkin hanya sesuai untuk orang-orang yang masih muda, kuat, sihat dan orang-orang yang punya banyak waktu terluang; ia juga harus memperhatikan orang-orang yang berusia lanjut, sakit dan lemah serta orang-orang sibuk yang ingin cepat-cepat menyelesaikan solatnya dan kembali kepada pekerjaannya. Rasulullah saw. telah memberikan contoh tentang kelembutan hati dan kasih-sayang ini dengan tindakan bahawa bila beliau sedang mengimami solat lalu terdengar suara anak kecil menangis, maka beliau selalu mempersingkat solatnya agar ibu anak itu, yang mungkin ikut solat berjema’ah, tidak terlalu cemas. Ini merupakan nasihat bagi seorang pemimpin bangsa tentang bagaimana harus memimpin ummatnya.

4. Imam harus mundur apabila tidak mampu melaksanakan tugas

Apabila seorang imam yang sedang memimpin solat mengalami suatu hal yang menyebabkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya, maka ia harus segera mengundurkan diri dan menempatkan salah seorang yang ada di belakangnya untuk menggantikan kedudukannya. Ini bererti bahawa bila seorang pemimpin bangsa merasa tidak mampu melaksanakan tugas-tugasnya, ia harus mundur sendiri dari jabatannya dan mempersilakan seorang lain yang sesuai untuk menggantikannya. Dalam hal ini tidak boleh ada rasa malu atau mementingkan diri sendiri, yang dapat menghalangi pergantian pimpinan tersebut.

5. Kepatuhan sepenuhnya kepada Imam

Diwajibkan untuk mengikuti perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh imam dengan ketat. Bergerak sebelum imam bergerak adalah sama sekali terlarang. Sebuah hadis mengatakan bahawa orang yang ruku' atau sujud sebelum imam melakukannya, akan dibangkitkan kelak sebagai seekor keldai. Ini adalah pelajaran bagi ummat, bagaimana seharusnya mentaati pemimpinnya.

97

Apabila imam melakukan kesalahan dalam memimpin solat, misalnya ia berdiri padahal seharusnya duduk, atau duduk padahal seharusnya berdiri, maka menurut peraturan, jemaah harus memperingatkannya dengan kata-kata "subhanallah". Subhanallah bererti maha suci Allah. Mengatakan subhanallah ketika imam membuat kesalahan bererti seakan-akan mengatakan kepada imam: "Hanya Allahlah yang bebas dari kesalahan. Engkau hanya seorang manusia, dan tidak menghairankan bila engkau membuat kesalahan". Ini adalah cara untuk membetulkan kesalahan imam, dan kalau ia diperingatkan dengan cara demikian, maka wajiblah baginya untuk membetulkan kesalahannya tanpa harus merasa malu atau dirugikan. Tentu sahaja apabila imam merasa yakin bahawa ia tidak melakukan kekeliruan, maka ia boleh meneruskan tindakannya, dan dalam situasi demikian jema’ah wajib menurutinya walaupun mereka tahu bahawa ia keliru. Setelah solat selesai, jema’ah berhak untuk meyakinkan imam akan kekeliruannya dan menuntutnya untuk mengulangi solat sekali lagi.

7. Tidak boleh patuh dalam dosa

Perlakuan oleh jema’ah terhadap imam seperti tersebut di atas hanya terbatas pada situasi yang melibatkan kekeliruan dalam masalah-masalah kecil sahaja. Akan tetapi, apabila berlawanan dengan sunnah Rasul, imam mengubah cara solat atau dengan sengaja membaca ayat-ayat al-Qur'an secara salah, atau dalam solat itu ia melakukan perbuatan perbuatan kufr atau syirik, atau melakukan dosa yang terang, maka jema’ah wajib menghentikan solat mereka dan memisahkan diri dari imamnya. Semua petunjuk- petunjuk di atas memberikan pelajaran yang lengkap kepada anda semua tentang bagaimana seharusnya memperlakukan pemimpin bangsa anda.

Saudara-saudara sesama Muslim.

Dari manfaat-manfaat solat berjema’ah yang saya sebutkan di atas anda tentu boleh menilai bagaimana dalam suatu ibadat yang hanya memakan waktu beberapa minit, yang dilakukan dalam lima kali sehari semalam, Allah telah mengumpulkan bagi anda keberkatan dunia dan akhirat, bagaimana satu kali pelaksanaan ibadat ini memperkayakan anda dengan limpahan rahmat yang tidak terkira banyaknya, dan bagaimana solat mempersiapkan manusia untuk menghamba kepada Allah dan menjadi penguasa dunia.

Sekarang anda pasti akan bertanya: apabila solat, memang, begitu hebatnya, maka mengapa manfaat-manfaat yang saya sebutkan di atas tadi tidak diperolehi? Insya Allah dalam pembahasan selanjutnya saya akan menjawab pertanyaan ini.

98

5. APA SEBAB SOLAT TIDAK MENDATANGKAN MANFAAT

Saudara-saudara sesama Muslim,

Dalam khutbah hari ini, saya akan menjelaskan kepada anda mengapa solat, yang manfaat-manfaatnya telah begitu banyak saya uraikan dalam beberapa pembahasan, tidak memberikan manfaat-manfaat tersebut. Mengapa boleh terjadi bahawa meskipun anda mengerjakan solat, namun hidup anda tidak menjadi lebih baik, akhlak anda tidak menjadi suci, anda tidak menjadi tentera Tuhan yang perkasa? Sebaliknya, orang-orang kafirlah yang menguasai anda, sedangkan anda semua berada dalam keadaan yang sengsara dan menyedihkan. Mengapa boleh terjadi demikian?

Jawapan singkat terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah: pertama, anda pada umumnya tidak mengerjakan solat, kedua, bila anda mengerjakannya, anda tidak mengerjakannya menurut cara yang digariskan oleh Allah dan RasulNya. Kerana itu anda ridak boleh mengharapkan manfaat-manfaat solat tersebut, yang boleh mengangkat darjat seorang yang beriman kepada darjat yang setinggi-tingginya. Tetapi saya tahu jawapan ini tidak akan memuaskan hati anda. Kerana itu saya akan menjelaskan masalah ini secara agak terperinci kepada anda.