• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBUATAN MESTI SESUAI DENGAN PENGETAHUAN

Setelah memiliki pengetahuan ini, maka perbuatan-perbuatan dan perilaku anda haruslah sesuai dengan pengetahuan anda. Bila anda percaya bahawa suatu hari nanti anda akan mati, bahawa sesudah mati anda akan hidup lagi, dan dalam hidup sesudah mati anda harus makan dari hasil tanaman anda di dunia ini, maka tidaklah mungkin bagi anda untuk menyimpang dari cara-cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan menempuh cara-cara lain dalam menanami ladang dunia anda. Mengapa anda bercucuk tanam di ladang dunia ini? Kerana anda yakin bahawa anda tidak akan memperoleh hasil tanpa bercucuk-tanam, dan tanpa hasil tanaman, anda akan mati kelaparan. Seandainya anda tidak yakin akan hal ini, dan seandainya anda mengira bahawa anda akan boleh memperoleh hasil tanpa bertanam, atau bahawa anda boleh menghilangkan lapar tanpa makanan, tentu anda tidak akan bersusah-payah bercucuk-tanam di ladang dunia ini. Jadi anda boleh menilai posisi anda berdasarkan hal ini. Seseorang yang di mulut mengakui Allah sebagai Pemilik dan PenguasaNya dan Muhammad saw sebagai Utusan Allah, dan juga percaya akan hidup sesudah mati, tetapi perbuatan-perbuatan dan tingkahlakunya bertentangan dengan ajaran-ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah, maka imannya yang demikian itu adalah iman yang lemah. Sebagaimana ia yakin bahawa ia tidak akan memperoleh hasil tanpa bertanam, demikian pula apabila ia yakin bahawa tanamannya yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk pula, tentulah ia tidak akan lengah tentang hal ini. Tidak seorang pun yang dengan sengaja dan sedar mahu menanam duri

37

untuk dirinya. Hanya orang yang tidak percaya bahawa benih duri akan menghasilkan duri sahajalah, dan bahawa duri itu akan merugikan dirinya sendiri sahajalah, yang akan melakukan hal itu. Anda tentu tidak akan mahu dengan sedar memegang bara api kerana anda yakin bahawa bara itu akan membakar tangan anda. Hanya bayi kecil dan orang gila sahajalah yang mahu menaruh tangannya dalam api, kerana memang tidak tahu akibatnya.

38

ISLAM

1. SIAPA YANG DISEBUT MUSLIM

Saudara-saudara sesama Muslim!

Hari ini saya akan menjelaskan kepada anda sifat-sifat seorang Muslim. Saya akan menyebutkan persyaratan-persyaratan minima yang harus dipenuhi oleh seorang Muslim, dan apa yang harus dilakukan oleh seseorang agar ia dapat disebut sebagai seorang Muslim.

APAKAH "KUFUR" DAN ISLAM ITU?

Untuk memahami masalah tersebut di atas, pertama-tama anda harus mengerti apa itu kufur dan apa itu Islam. Kufur adalah penolakan seseorang untuk melaksanakan perintah- perintah Allah, dan Islam adalah kepatuhan kepada Allah semata-mata, serta penolakan atas semua sistem, hukum dan perintah-perintah yang bertentangan dengan petunjuk- petunjuk yang diterima dari Allah. Perbezaan yang nyata antara Islam dan kufur ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Qur'an, Allah berkata:

Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir". (Al-Qur'an, al-Maidah, 5:44)

Menetapkan hukum tidak hanya bererti mengadili perkara-perkara dalam sidang- sidang pengadilan sahaja. Sesungguhnya, hukum di sini bererti setiap keputusan yang dibuat oleh setiap orang setiap saat dalam hidupnya. Setiap saat anda dihadapkan kepada persoalan apakah anda harus melakukan sesuatu atau tidak, dengan cara bagaimana sesuatu harus dilakukan, cara apakah yang harus dipakai dalam menyelesaikan sesuatu persoalan, dan sebagainya. Bagi setiap hal yang seperti ini, suatu metodologi untuk membuat keputusan telah digariskan dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedangkan metodologi-metodologi selain itu adalah metodologi-metodologi yang

Bahagian

39

ditentukan oleh kemahuan diri sendiri, adat kebiasaan nenek moyang atau aturan-aturan yang dibuat oleh manusia. Nah, apabila seseorang mengetepikan cara-cara yang telah digariskan Allah dan memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lain, maka sesungguhnya ia telah mengikuti jalan kufur. Dan apabila ia selama hidupnya menempuh cara-cara kufur dalam melakukan segala sesuatu, maka ia adalah seorang kafir. Apabila ia mematuhi petunjuk Allah dalam sebahagian masalah, dan dalam masalah-masalah yang lain mengikuti kemahuannya sendiri atau adat kebiasaan masyarakat atau aturan-aturan buatan manusia, maka ia telah terlibat dalam kekufuran sejauh pembangkangannya terhadap hukum-hukum dan aturan-aturan Allah. Seseorang mungkin setengah kafir, seperempat kafir, sepersepuluh atau mungkin seperduaputuh kafir. Pendeknya, ukuran kekufuran seseorang adalah menurut sejauh mana ia telah membangkang hukum Allah.

Islam tidak lain adalah penghambaan seseorang semata-mata kepada Allah. Ia sama- sekali tidak mengikuti kemahuannya sendiri, atau kemahuan nenek-moyangnya atau kemahuan keluarga dan sukunya, atau kemahuan kaum ulama atau kiyai, kemahuan pemerintah, hakim, atau kemahuan sesiapapun yang lain, selain kehendak Allah semata- mata. Allah menyatakan dalam al-Quran:

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah, kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah”.

(Al-Quran, Ali 'Imran, 3:64).

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNya lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan". (Al-Qur'an, Ali 'Imran, 3:83).

Dalam kedua-dua ayat ini hanya satu ajaran yang dikemukakan, yakni bahawa agama yang sebenarnya adalah kepatuhan dan kepasrahan kepada Allah. Menyembah Allah tidak hanya bererti bersujud di hadapanNya lima kali sehari, tetapi sebenarnya bererti melaksanakan perintah-perintahNya di setiap saat, siang dan malam. Anda harus menghindari semua yang telah dilarangNya dan mengerjakan apa yang telah diperintahkanNya. Dalam setiap masalah, anda harus menyelidiki apa perintah Allah mengenai masalah tersebut. Anda sekali-kali tidak boleh memikirkan kemahuan anda sendiri, pendapat akal fikiran anda, adat kebiasaan nenek-moyang anda, kemahuan keluarga dan sanak saudara anda, apa yang dikatakan oleh kiyai atau ulama tentang hal itu, apa yang diperintahkan oleh si anu, dan apa yang boleh menyenangkan hati si anu. Bila anda mengikuti kemahuan sesiapa pun juga dan mengetepikan perintah-perintah Allah, maka sesungguhnya anda telah menyekutukannya dengan Allah. Dengan perbuatan anda itu, bererti anda telah memberikan kepadanya kedudukan yang sebenarnya adalah hak Allah semata-mata, kerana yang berhak memberi perintah hanyalah Allah sahaja:

40

“menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah, Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik".

(Al-Qur'an, al-Anam, 6:57).

Hanya Dia sahajalah yang layak disembah, Dia yang telah menciptakan dan menghidupkan anda. Semua yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada perintahNya. Tidak ada sebuah batu pun yang tunduk kepada batu yang lain. Tiada sebatang pohon pun yang tunduk kepada pohon yang lain. Tidak seekor binatang pun yang tunduk kepada perintah binatang yang lain. Maka apakah anda akan menjadi lebih hina dari binatang, pohon, dan batu dengan tunduk kepada sesama manusia dan mengetepikan Allah, sedangkan binatang, pohon, dan batu hanya tunduk kepada Allah semata-mata? Inilah masalah yang terkandung dalam kedua ayat tersebut di atas tadi.