• Tidak ada hasil yang ditemukan

PATUH KEPADA SELAIN ALLAH ADALAH PENYELEWENGAN

Sekarang marilah kita lihat mengapa manusia boleh tersesat dalam kegelapan dengan mematuhi objek-objek selain Allah, dan mengapa bahawa cahaya kebenaran hanya boleh diperoleh dengan jalan patuh kepada Allah.

Anda hendaklah mengetahui bahawa hidup anda terikat oleh beribu mata-rantai hubungan. Hubungan anda yang pertama adalah dengan jasad anda sendiri. Tangan, kaki, mata, telinga, lidah, otak, hati, perut, semuanya diberikan Allah untuk melayani kepentinganmu. Anda harus mencari bagaimana caranya menggunakan mereka dengan baik Dengan apa anda harus mengisi perut anda, dan dengan apa tidak. Pekerjaan apa yang boleh dikerjakan oleh tangan dan apa yang tidak. Jalan mana yang harus ditempuh oleh kaki dan jalan mana yang tidak boleh dijalani. Pekerjaan apa yang boleh dikerjakan oleh mata dan telinga dan pekerjaan apa yang tidak boleh. Untuk pembicaraan yang bagaimana lidah harus dipakai. Fikiran macam apa yang harus difikirkan oleh otak. Semua ini harus anda pertimbangkan. Anda boleh memanfaatkan pelayan-pelayanmu itu untuk mengerjakan pekerjaan yang baik ataupun yang buruk. Mereka boleh mengangkat darjat anda menjadi orang yang mulia dan luhur, tetapi mereka juga boleh memerosokkan anda ke jurang kehinaan yang lebih rendah daripada binatang.

Selain itu, anda mempunyai ikatan dengan anggota keluarga anda. Anda punya ayah, ibu, saudara lelaki, saudara perempuan, anak, isteri, dan kerabat-kerabat lain. Dalam hal ini, anda harus memutuskan bagaimana anda harus berbuat terhadap orang-orang ini. Apa hak anda terhadap mereka dan apa hak mereka terhadap anda? Kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan anda di dunia ini dan di akhirat nanti bergantung pada tingkah laku anda yang benar terhadap mereka. Apabila tingkah laku anda salah, dunia akan menjadi neraka bagi anda, dan tidak hanya di dunia ini sahaja, tetapi juga di akhirat nanti, anda harus mempertanggungjawabkannya kepada Allah.

Seterusnya, anda juga mempunyai hubungan dengan beribu-ribu manusia di dunia ini. Sebahagian dari mereka adalah tetangga anda, sebahagian adalah teman-teman dan sahabat anda, dan sebahagian lagi mungkin musuh-musuh anda. Juga banyak di antara mereka yang merupakan sokongan bagi anda. Kepada sebahagian dari mereka, anda harus memberi sesuatu, dan dari yang lainnya anda harus mengambil sesuatu. Seseorang yang memberi amanah kepada anda, sesungguhnya dia mempercayai anda, sedangkan apabila anda mengamanahkan sesuatu kepada orang, anda juga mempercayai orang itu.

60

Kedudukan anda kadang-kadang tinggi dari sebahagian orang, dan sebahagian lagi lebih tinggi kedudukannya dari anda. Pendeknya, anda tidak dapat tidak, mesti terus-menerus berurusan dengan begitu banyak orang yang tidak boleh anda hitung. Dan kebahagiaan anda, kehormatan dan nama baik anda di dunia ini, semuanya bergantung pada kemampuan anda untuk mempertahankan hubungan-hubungan ini atas dasar tingkah laku yang benar. Dan sama halnya di akhirat nanti, anda boleh memperoleh tempat terhormat di sisi Allah, hanya apabila anda tidak pernah merampas hak-hak seseorang dan tidak pernah berlaku zalim terhadap siapapun. Anda akan memperoleh tempat terhormat di akhirat nanti, apabila di sana tidak ada yang menuntut dan menuduh anda telah merosakkan kehidupan atau merugikan kehormatan, hidup atau harta-benda seseorang secara tidak sah. Oleh kerana itu anda juga harus memutuskan bagaimana memelihara hubungan-hubungan yang tidak terhitung banyaknya ini dengan cara yang sepatutnya, dan menghindarkan perbuatan-perbuatan yang boleh merosak hubungan-hubungan ini. Sekarang, anda harus ingat bahawa untuk memelihara hubungan yang benar - antara anda dengan tubuh anda sendiri, dengan anggota-anggota keluarga anda, dan dengan orang- orang lain - anda memerlukan petunjuk pengetahuan pada setiap langkah. Anda harus tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar dalam setiap tindakan. Apa yang asli dan apa yang palsu, mana yang adil dan mana yang zalim. Siapa yang mempunyai hak atas diri anda dan berapa banyak haknya, apa hak anda atas orang lain dan sejauh mana. Di mana keuntungan dan kerugian yang sebenarnya. Apabila anda berusaha mencari pengetahuan tentang semua hal ini dalam diri anda sendiri, anda tidak akan mendapatkannya, kerana diri-manusia (nafs) sendiri adalah jahil. Apa lagi yang dipunyai oleh nafsu itu selain dorongan-dorongan kepuasan jasmani. Nafsu anda akan menyuruh minum minuman keras, melacur dan mencari wang dengan cara tidak sah, kerana hal-hal itu adalah menyenangkan bagi nafsu. Nafsu akan menggoda anda untuk merampas hak- hak orang lain dan menahan hak mereka, kerana perbuatan seperti itu adalah menguntungkan bagi diri anda. Nafsu akan mengajak anda memperalat dan mencegah anda untuk memberikan bantuan kepada orang lain, kerana dengan cara ini hidup anda akan senang sekali. Apabila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu, tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang rosak akhlak dan hidup anda akan hancur di dunia dan akhirat nanti.

Hal kedua yang mungkin terjadi dari mengikuti nafsu anda sendiri, adalah anda percaya pada manusia dan membiarkan mereka menyeret anda ke mana sahaja mereka kehendaki. Bahaya yang mungkin terjadi adalah munculnya orang-orang egois yang akan memperbudakkan anda, atau munculnya orang-orang jahil – yang dia sendiri sudah sesat – yang akan menyesatkan anda. Atau seorang yang zalim yang mungkin akan memperalatkan anda yang menggunakan anda untuk melakukan kezaliman terhadap orang lain. Pendeknya, dengan mempercayakan diri pada orang lain, anda tidak akan dapat petunjuk pengetahuan yang dapat membimbing anda untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, dan anda tidak akan dpat menempuh jalan yang benar dalam hidup anda di dunia ini.

61