• Tidak ada hasil yang ditemukan

No Nama Program Kegiatan Sokongan Komuniti

1 Biopori dan Perigi Susupan

Pembuatan Biopori dan Perigi Susupan

Lubang biopori dan Perigi Susupan dibuat di halaman rumah komuniti dengan bergotong-royong

2 Peneresan Pembuatan Peneresan Teres Bangku dibuat di ladang-ladang milik komuniti

3 Penanaman pokok Penanaman pokok di Desa Belok Sidan, Bongkasa Pertiwi,

Carangsai, Getasan, Pelaga, Pangsan dan tempat ibadah (pura)

Komuniti tempatan terlibat dalam menyemai biji benih dan penanaman pokok

4 Pendataan Flora dan Fauna (Kepelbagaian Hayati)

Mengenal pasti flora dan fauna yang hidup di alam sekitar wilayah desa

Komuniti tempatan melakukan pemetaan partisipatif

5 Biogas Pembuatan Biogas skala Rumah Tangga

Komuniti tempatan terlibat dalam pengelolaan biogas skala rumah tangga

6 Teknologi Pam Hydram

Penanaman pam hidraulik untuk mendapatkan air bersih

Gotong Royong dalam pembuatan curahan air bersih Tanah masyarakat untuk curahan air bersih

Aktif dalam KPSAB 7 STBM Kempen STBM dengan

memasang Baliho, stiker, kempen sanitasi

Komuniti tempatan bergotong-royong membina tandas 8 Pertanian Mesra

Alam & Pengembangan Makmal Pertanian Organik

Terbentuknya makmal pertanian mesra alam dan Kelompok Petani Mesra Alam di Badung- Bali

Petani terlibat dalam kegiatan penguatan keupayaan petani dan syarikat petani

9 Sekolah Konservasi Lapang (SKL)

Latihan tentang konsep pemuliharaan

Pelatihan pembuatan MOL dan Baja Mesra Alam

Sumber: Data Kajian

Manakala sebagai garis kasar, kegiatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Aqua Danone Mambal Plant terbahagi kepada tiga kegiatan, iaitu di Hulu, Tengah dan Hilir. Pada bahagian ini penyelidik akan membahaskan satu persatu kegiatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bermula dari Hulu, iaitu Ayung Lestari kemudian Tengah, yang dinamakan dengan Mambal Lestari dan Hilir iaitu Sahabat Mata Air dan Pengelolaan Sampah Berasaskan Masyarakat. Program Ayung Lestari

175

merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat Aqua Mambal Plant yang bermatlamat mengelola dan memelihara sumber air DAS Ayung serta membangunkan keupayaan komuniti di hulu DAS Ayung.

Penerapan Tanggungjawab Sosial Korporat Mambal Plant (CSR) berpegang pada pedoman Aqua Lestari, yang memiliki empat tunjang iaitu pelestarian air dan persekitaran, penglibatan dan pembangunan komuniti, amalan syarikat perniagaan mesra alam serta pengelolaan peredaran produk. Aqua Danone Mambal Plant melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mengembangkan program-program pembangunan komuniti dan memelihara sumber mata air bersepadu di wilayah hulu, tengah dan hilir sepanjang wilayah aliran Sungai Ayung. Menurut responden R4 (ketua Banjar) dalam petikan temubual sepertimana di bawah:

“Pelbagai pihak memberikan sokongan dan mahu bekerjasama seperti

sekolah-sekolah dan pihak berkuasa tempatan yang memberikan bantuan berupa bimbingan dan latihan seperti program pemeliharaan dan kebersihan di sekolah-sekolah”

Menurut R7 (masyarakat) dalam temubual yang dilakukan oleh penyelidik:

“Bantuan yang memberikan manfaat kepada masyarakat seperti penyediaan biji

benih, bantuan pembinaan bangunan tandas, latihan dan bimbingandiberi oleh syarikat-syarikat, Organisasi Bukan Kerajaan dan kerajaan sendiri”

Manakala menurut responden R8 (masyarakat):

Program-program tersebut tidak dilaksanakan sendiri oleh syarikat mahupun masyarakat. Penglibatan pelbagai pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan dalam pelaksanaan program tersebut ditunjuk melalui penganjuran sesi bimbingan

176

danlatihan. Masyarakat mendapat manfaat daripada latihan-latihan yang melibatkan penyediaan biji benih, pengelolaan air bersih dan sebagainya

Dari hasil dapatan temu bual oleh penyelidik, dapat dikatakan bahawa program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan memberi manfaat kepada komuniti tempatan dan meningkatkan pembangunan komuniti melalui program pemeliharaan persekitaran dan kebersihan

5.5. TU-3: Pelaksanaan CSR berasaskan THK

5.5.1.TA-5: Konservasi Alam Bersepadu

Tema Utama (TU) Pelaksanaan CSR berasaskan THK dibangunkan melalui 4 Tema Asas (TA) iaitu Konservasi Alam Bersepadu sebagai wujud THK (TA-5) Pemeliharaan Sumber Air dan Kesedaran Masyarakat terhadap Alam Sekitar (TA-6), Pertanian Mesra Alam (TA-7) serta Pengolahan Sampah dan Pendidikan Alam sekitar (TA-8).

Falsafah Tri Hita Karana (CSR) diamalkan sebagai panduan Tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sepanjang Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung, Bali. Daerah Aliran Sungai (DAS) Ayung mempunyai erti penting bagi kehidupan masyarakat, ekonomi, persekitaran dan budaya. Pendekatan bersepadu dikembangkan daripada tingkat perancangan, perumusan polisi, pelaksanaan hingga kawalan. Menurut responden R1 (pengurus CSR) dalam temu bual berikut:

“Diharapkan melalui amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), ketiga-tiga aspek dalam Tri Hita Karana (THK) dapat disertakan melalui hubungan dengan Tuhan, keseimbangan hubungan antara manusia mahupun hubungan dengan alam.

177

Setiap hubungan memiliki garis pedoman hidup yang menghargai semua aspek di persekitaran. Prinsip untuk menjalankannya adalah seimbang dan selaras. Jika keseimbangan dapat dicapai, hidup manusia akan dijauhkan daripada segala tindakan buruk. Hidup manusia akan seimbang, tenteram dan damai.

Konsep THK diwujudkan melalui program-program seperti konservasi yang terpadu, yang mengintegrasikan ketiga elemen iaitu Tuhan, manusia dan alam dan disertakan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan. Manakala responden R2 (pengurus pemegang taruh) mengatakan bahawa ketiga-tiga aspek dalam Tri Hita Karana disertakan dalam setiap program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh pihak syarikat perniagaan. Seperti yang dirangkum dalam temu bual yang berikut:

“Amalan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menyertakan ketiga-tiga aspek

dalam Tri Hita Karana. Dalam memulakan kegiatan selalunya melaksanakan peribadatan dalam kegiatan melibatkan gotong royong masyarakat dan melakukan pelestarian alam sekitar”

Pernyataan di atas juga diperkukuhkan lagi dengan petikan temubual yang dijalankan bersama responden lain. R3 (kepala desa) memberikan contoh perwujudan THK melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan oleh pihak syarikat Aqua Danone Mambal Plant. Seperti memulakan upacara sembahyang pada awal hingga tamat. Seperti yang dirangkum dalam temu bual dengan di bawah:

“Dalam program selalu memulakan upacara peribadatan pada awal sehingga tamat

178

melibatkan gotong royong pada setiap aktiviti dan kegiatan yang dilakukan ialah memelihara alam seperti penanaman pokok dan akses air bersih”

Program-program yang mengetengahkan konsep Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) merupakan bukti penerapan ajaran THK seperti pemuliharaan alam sekitar, melakukan gotong royong dan mengadakan upacara sembahyang dalam segala aktiviti yang ingin dianjurkan. Manakala responden R5 (NGO) dalam temu bual mengatakan:

“Semua program CSR yang dilaksanakan seperti aktiviti menanam pokok-pokok,

merawat dan memulihara sumber air, pertanian mesra alam adalah berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Tri Hita Karana”

Di samping itu, R7 (masyarakat) dalam temubual mengatakan:

“Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan berkait rapat

dengan ajaran Tri Hita Karana (CSR). Antara program CSR yang menepati prinsip-prinsip ajaran tersebut adalah seperti merawat dan memulihara sumber air, menanam pokok-pokok dan memelihara kelestarian sumber alam”

Seperti yang dikatakan oleh R9 (masyarakat) dalam temubual yang berikut:

“Semua program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan tidak lepas

dari ajaran dan nilai-nilai Tri Hita Karana. Seperti program penanaman pokok, menjaga sumber air bersih agar dapat diguna pakai dengan bergotong royong dan persembahyangan yang dilakukan untuk memulakan sesebuah aktiviti ialah perwujudan daripada ketiga-tiga aspek dalam Tri Hita Karana “