• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 5.1 Senarai Responden Temu Bual

5.4 TU-2: Penyertaan Sumber Tempatan dalam Perancangan CSR

5.4.1 TA-3: Penyertaan Komuniti dan Forum Tempatan

Dalam temubual dengan responden R1 (pengurus CSR), beliau mengatakan bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat Aqua Danone Mambal Plant dilaksanakan melalui

161

pelan penyertaan yang melibatkan komuniti tempatan dan forum-forum tempatan. Manakala responden R2 (pengurus pemegang taruh) mengatakan bahawa tahap perancangan selalu melibatkan komuniti tempatan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seperti yang dikatakan dalam temu bual:

“Tahap perancangan melibatkan komuniti tempatan untuk mengenal pasti masalah

yang dihadapi oleh masyarakat, melalui forum sangkep dan perbincangan dengan masyarakat”

Hasil dapatan tersebut disokong oleh responden lain yang mengatakan bahawa tahap perancangan melibatkan tokoh-tokoh daripada masyarakat dan masyarakat tempatan. Mereka berperanan dengan aktif dalam tahapan pengenal pastian masalah. Responden R3 (kepala desa) mengatakan bahawa masyarakat dilibatkan dalam meneroka masalah yang dihadapi melalui forum-forum tempatan yang ada dalam masyarakat. Manakala responden R4 (ketua banjar) menambahkan bahawa tahap perancangan dilakukan melalui perbincangan dengan Kepala Desa, Ketua Adat dan Banjar serta masyarakat yang dilakukan secara rutin dan kemasukan-kemasukan daripada masyarakat tempatan untuk menjadi idea program.Manakala masyarakat penerima program mengatakan bahawa dalam proses perancangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selalu melibatkan masyarakat. Perbincangan baik rasmi mahupun tidak rasmi dilakukan dengan masyarakat serta melalui forum-forum tempatan yang ada dalam masyarakat. Manakala dalam temu bual R8 (masyarakat) menyatakan:

“Tahapan perancangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melibatkan

162

persoalan yang dihadapi. Masyarakat turut terlibat dalam perbincangan melalui forum-forum tempatan seperti mesyuarat rutin di banjar”

Dalam melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), pihak syarikat perniagaan Aqua Danone Mambal Plant melakukan kerjasama dengan pemegang taruh lain yang menyokong pengembangan program seperti pemerintah tempatan dan pelbagai organisasi yang lain. Semasa menjalankan kegiatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Aqua Danone Mambal Plant menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan iaitu Yayasan Janma. Manakala Yayasan Janma bertugas menterjemahkan kegiatan Aqua Danone Mambal Plant yang koordinasinya berada di bawah pemantauan Aqua Danone Mambal Plant. Pihak syarikat perniagaan melakukan pemantauan secara berterusan dan jika terdapat sebarang masalah, maka masalah ini akan dibincangkan.

Selain itu, dalam temu bual yang dilakukan oleh penyelidik dengan R5 (NGO) Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Aqua Danone Mambal Plant dijalankan melalui siri langkah. Seperti yang dikatakan dalam temubual berikut:

“Proses penilaian awal (CSR Assesment) meliputi adalah melalui pemetaan risiko,

pemetaan pemegang taruh, penilaian keperluan, meneroka keadaan yang terjadi dan kemungkinan yang terjadi. Proses selanjutnya adalah proses perancangan yang meliputi pengenalpastian pemegang taruh dan pelan penyertaan, mengenal pasti matlamat manakala tahap berikutnya adalah tindakan”

Beliau menjelaskan bahawa program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan oleh Aqua Danone Mambal Plant adalah melalui pendekatan adat dan penerapan sekatan-sekatan sosial. Sebagai contoh, pada program stop Berak

163

Merata-rata (BABS), usaha yang dilakukan adalah dengan menerapkan aturan-aturan adat yang dikuatkuasakan melalui pararem dan masyarakat yang membuat aturan-aturan tersebut.

Seperti yang dijelaskan pada temubual berikut:

“Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan oleh Aqua Danone Mambal

Plant melalui pendekatan adat, aturan dan sekatan-sekatan sosial. Justeru dengan melalui adat, maka kesannya adalah lebih kuat. Dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), program diterokai melalui masyarakat. Apabila belum terfikirkan oleh masyarakat, maka kami akan membantu memikirkannya”

Beliau menambah lagi bahawa dalam program Water Access, Sanitation and

Hygiene (WASH), warga telah memiliki pararem (aturan adat) yang melarang

pembuangan air besar di merata-rata tempat. Banjar Bukian dan Kiadang telah memiliki pararem yang melarang warga melakukan pembuangan air besar di merata-rata tempat dan menjadi contoh Banjar Adat di wilayah Bali. Bali memiliki matlamat ODF pada tahun 2019 manakala sampai sekarang ini hanya dua desa yang sudah memiliki sijil ODF.

Dalam petikan temu bual di bawah, responden R7 (masyarakat) pula mengatakan:

“Beberapa cadangan seperti penggunaan pam hidraulik dicadang oleh masyarakat

kawasan tersebut tetapi cadangan tersebut dapat dilaksanakan dengan sokongan pihak syarikat yang memastikan pelaksanaan cadangan tersebut dikelola dengan baik dan sekaligus mengguna pakai cadangan tersebut dalam pelbagai projek pembinaan lain yang relevan”

164

Dalam petikan temubual di bawah, responden R8 (masyarakat) mengatakan:

“Perancangan sesuatu projek dilakukan dengan mengadakan perbincangan secara

berkala bersama Ketua Kampung, Ketua Adat dan Banjar serta ahli masyarakatyang lain. Penglibatan masyarakat tempatan digalakkan dalam memberikan buah fikiran untuk menjayakan program yang ingin dijalankan”

Sementara itu, responden R9 (masyarakat) mengatakan dalam petikan temubual di bawah:

“Perancangan untuk mengadakan suatu program merupakan sebahagian daripada

agenda aktiviti kampung tersebut. Dengan kerjasama yang terjalin dengan pihak syarikat yang dilantik, program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dikelola dengan lebih baik lagi”

Sebelum program dijalankan, pengenalan program kepada masyarakat dengan melalui kerjasama dengan tokoh masing-masing banjar telah dilaksanakan. Proses sosialisasi ini merupakan tahap yang sangat penting kerana masyarakat sendiri yang akan menjadi subjek dalam program tersebut dan menjadi pemilik program. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan bermatlamat untuk mengubah perilaku masyarakat dan membina komuniti menjadi masyarakat yang mandiri.

Pendekatan berasaskan Tri Hita Karana (THK) dijalankan melalui keterbukaan antara masyarakat dengan syarikat perniagaan Aqua Danone-Mambal Plant supaya informasi yang diperoleh daripada masyarakat bersifat telus, jujur dan sebenar tentang potensi desa, sumber-sumber, ekonomi masyarakat, permasalahan dan kecenderungan yang boleh terjadi. Proses yang dilibatkan antara lain ialah mengenal

165

pasti masalah. Aqua Danone Mambal Plant bersama-sama dengan komuniti mengenal pasti masalah, melakukan brainstorming, potensi dan halangan, komuniti terlibat dalam proses perancangan dan strategi, komuniti terlibat dalam pelaksanaan projek dan komuniti terlibat dalam sistem kawalan. Menurut responden R1(pengurus CSR):

“Perancangan aktiviti atau program Tanggungjawab Sosial Korporat dilaksanakan

dengan mengguna pakai pelan penyertaan yang melibatkan penyertaan komuniti tempatan menerusi penganjuran forum-forum tempatan”

Walau bagaimanapun, responden R2 (pengurus pemegang taruh) menyatakan:

“Ahli masyarakat terlibat secara aktif dalam perancangan program tersebut melalui

penganjuran forum-forum tempatan, baik yang rasmi mahupun yang tidak rasmi.Sebagai contoh, forum perbincangan diadakan di Subak, Sekeha dan Banjar untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi”

Manakala responden R3 (kepala desa) mengatakan dalam petikan temu bual sebagai berikut:

“Pelan penyertaan melibatkan masyarakat dan tokoh-tokoh masyarakattempatan

supaya pengenalpastian masalah yang mungkin dihadapi adalah lebih jelas kerana merekalah yang menghadapi masalah tersebut setiap hari”

Dari dapatan temu bual di atas dengan responden masyarakat yang disasarkan dalam Program CSR, maka dapat disimpulkan bahawa tahap perancangan program melibatkan masyarakat tempatan dan sumber-sumber tempatan, baik melalui forum-forum tempatan yang ada di masyarakat seperti forum-forum sangkepan (mesyuarat rutin)

166

banjar, forum subak dan sekeha juga diguna pakai untuk menerokai persoalan-persoalan. Melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), komuniti terlibat dan turut sama secara aktif sebagai subjek. nampak di dalam pemberian idea-idea, aktif dalam penyelesaian masalah dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).