• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 2.2 Penghargaan CSR yang diperolehi tahun 2011-2015

3.2. Konsep Kearifan Tempatan

BAB 3

SOROTAN LITERATUR

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian literatur yang berkaitan dengan tema kajian. Penyelidik membahagikan kajian kepada sebelas (11) bahagian, iaitu konsep kearifan tempatan, bentuk-bentuk kearifan tempatan, konsep Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) dan jenis-jenis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), proses perancangan CSR, proses pelaksanaan CSR, proses kawalan CSR, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan kepentingan pemegang taruh, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan reputasi syarikat perniagaan, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam etika perniagaan serta kajian lepas tentang faktor budaya dalam CSR. Kerangka teori yang digunakan dalam penyelidikan ialah Teori Pemegang Taruh (Stakeholder’s Theory) dan Teori Legitimasi (Legitimacy Theory). Teori ini dipilih kerana kesesuaian kandungannya boleh jadi menjadi panduan dalam melaksanakan analisis dan perbincangan. Akhir sekali, penyelidik menyediakan kerangka teori (Theoritical Framework) yang diguna pakai dalam penyelidikan ini

3.2.Konsep Kearifan Tempatan

Kearifan tempatan adalah suatu konsep yang melibatkan pelaksanaan proses dan penghasilan produk berkaitan budaya manusia yang digunakan untuk kelangsungan hidup manusia. Kearifan tempatan memainkan peranan aktif sejak terdapat kesan negatif akibat pembangunan yang membawa pencemaran persekitaran, bencana alam dan ketidakadilan.

40

Bambang Hudayana (2011) menegaskan bahawa kearifan tempatan mendapat perhatian kerana nilai-nilai luhur yang mampu dikembangkan untuk kemaslahatan hidup bersama di muka bumi. Ini juga merangkumi mesej tentang moral yang universal misalnya prinsip tentang keadilan, perlindungan kepada kaum yang lemah, persekitaran yang lestari, mengutamakan teknologi dan tenaga boleh diperbaharui yang bermatlamat untuk mewujudkan kebajikan sosial.

Berdasarkan kajian persuratan yang dijalankan, pelbagai definisi tentang kearifan tempatan dikenalpasti. Definisi pertama ialah kearifan tempatan merupakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi daripada masyarakat dan diwariskan daripada generasi ke generasi dengan segala perkaitannya dengan persekitaran. Definisi kedua ialah, kearifan tempatan merupakan satu siri penilaian atau panduan dalam membuat tindakan dan perlakuan seharian serta diyakini kebenarannya dalam masyarakat.

Menurut Kongprasertamorn (2007), kearifan tempatan ialah kumpulan pengetahuan yang diguna pakai sebagai garis panduan kehidupan seharian termasuk membina perhubungan dengan sanak saudara, jiran tetangga dan semua individu yang hidup di persekitaran sekeliling. Menurut beliau, terdapat tiga jenis aspek kearifan tempatan yang dikenal pasti. Aspek pertama ialah, kearifan tempatan melibatkan pelbagai pengetahuan yang mengajar etika dan moral. Aspek kedua ialah, kearifan tempatan mengajar manusia untuk mencintai alam semesta dan bukan untuk memusnahkan alam sekitar dan bukannya memusnahkan alam dan aspek ketiga, kearifan tempatan ialah berasaskan generasi terdahulu. Sementara itu, Mungmachon (2012) membahaskan bahawa kearifan tempatan ialah pengetahuan dasar yang diperoleh daripada kehidupan harmoni dan menjaga alam sekitar.

41

Jatna Supriatna (2012) mendapati kearifan tempatan merujuk kepada kumpulan pengetahuan yang berdasarkan pengalaman yang diperoleh masyarakat. Kumpulan pengetahuan yang diperolehi masyarat tempatan dan secara individu dilihat sebagai pengetahuan yang didapati daripada pengalaman yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kearifan tempatan juga ialah kumpulan pengetahuan dan cara berfikir yang berdasarkan ciri kebudayaan suatu kumpulan masyarakat yang merupakan hasil daripada pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh yang cukup lama. Berdasarkan definisi di atas, dapat dikatakan bahawa kearifan tempatan merupakan pengetahuan eksplisit yang muncul daripada tempoh masa yang panjang dan berevolusi bersama-sama masyarakat serta persekitaran sekeliling. Melalui proses belajar ini, pengetahuan dapat diubah suai, diadaptasi dan dikembangkan oleh masyarakat tempatan.

Tambahan pula, Sonny Keraf (2010) berkata bahawa kearifan tempatan merupakan pengetahuan, keyakinan, pemahaman atau wawasan serta adat kebiasaan serta etika yang mempengaruhi perilaku manusia yang hidup dalam suatu sistem ekologi. Menurut beliau, kearifan tempatan merangkumi pengetahuan, pemahaman dan adat kebiasaan tentang manusia, alam sekitar dan cara hubungan ini dibangunkan. bagaimana relasi dibangunkan. Alam sekitar, manusia dan persekitaran fisikal memiliki hubungan yang rapat. Pada masa yang lalu, sifat-sifat alam sekitar ini dikenal pasti dikenal pasti oleh manusia dan berdasarkan sifat-sifat itu, satu sistem pengatahuan dihasilkan serta digunakan untuk menguruskan penggunaan sumber-sumber alam.

Pandangan lain tentang kearifan tempatan menekankan bahawa kearifan tempatan merupakan siri nilai atau panduan perilaku kehidupan bagi masyarakat

42

tempatan. Menurut Suhartini (2009) kearifan tempatan merupakan siri nilai ataupanduan perilaku kehidupan bagi masyarakat tempatan. Menurut Suhartini (2009) pula, kearifan tempatan merupakan satu siri nilai atau perilaku kehidupan bagi masyarakat tempatan untuk berinteraksi dengan persekitaran sekeliling mereka secara aktif. Menurut Nurma Ali Ridwan (2007) pula, kearifan tempatan wujud melalui proses internalisasi yang panjang dan berlangsung secara turun-temurun sebagai akibat daripada interaksi yang wujud antara manusia dan persekitaran. Proses evolusi yang panjang ini bermuara kepada kemunculan sistem nilai yang wujud dalam bentuk hukum adat, kepercayaan dan budaya tempatan.

Sementara itu, menurut Gobyah (2003), kearifan tempatan merupakan kebenaran yang dijadikan sebagai suatu tradisi manakala Geertz (1992) mendefinisikan kearifan tempatan sebagai norma yang berlaku dalam suatu masyarakat yang diyakini kebenarannya dan menjadi garis panduan dalam bertindak dan berkelakuan dalam kehidupan sehari-harian. Kearifan tempatan sebenarnya, menyepadukan nilai-nilai rohaniah dan memberikan keutamaan kepada orang yang lebih tua dan memberikan penekanan pada aspek moral berbanding hal-hal yang bersifat material (Elvinaro Ardianto, 2012).

Daripada pelbagai pandangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa kearifan tempatan memiliki pelbagai definisi yang bersesuaian dengan rujukan dan skop bidang. Daripada definisi-definisi tersebut terdapat beberapa kata kunci yang dikenal pasti iaitu pengetahuan pengalaman, panduan nilai masyarakat yang terhasil daripada hubungan antara masyarakat dan alam sekitar secara menyeluruh. Kearifan tempatan merupakan aspek abstrak daripada pengalaman individu atau kelompok sosial dalam berinteraksi sesama mereka mahupun dengan alam sekitar di sekeliling mereka.

43

Fungsi kearifan tempatan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaansumber-sumber alam sekitar, mengembangkan sumber manusia, mengembangkan amalan-amalan kebudayaan dan ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat.